Dah lama aku perasan dan hanya memendam sahaja dalam hati sanubari. tapi sampai satu saat dan ketika aku tak mampu lagi menanggung perasaan berbaur.
aku perlukan ruang dan tempat untuk aku luahkan perasaan. luahkan pada manusia, belum tentu mereka faham. luahkan pada sebuah buku, hanya aku yang baca, luahkan pada blog, baru nak cuba.
berkenaan b***. my brother *********. aku tak tahu nak mulakan dr mana. tapi senang cerita, sikap dia membuat aku terfikir, akukah yg bersalah?? apa salah aku hingga dia bersikap begitu. biadap dalam sopan dan lemah lembut. aku mulanya tidak kisah apa yg dia buat tapi bila dah ada pihak ketiga menegur, bukan sekali tapi sudah berkali-kali, fikiran aku jadi tak tenteram. ada yg perasan rupanya cuma aku yg menidakkannya. sebab nak jaga perhubungan.
aku sedar aku siapa, dan aku juga sedar dia siapa. dia anak orang yg penting kat kampung, orangnya cantik, lemah lembut, penuh adab sopan, kategori perempuan melayu terakhir, berkerjaya. aku pula??? mungkin aku terlalu merendah diri, low-self-esteem dan pasif ... adakah itu semua kesalahan dan aku perlu mengalah pada dia.
yang menjadi tanda tanya, tidak adakah sedikit rasa hormat dalam diri dia terhadap aku?? im nobody, but as a human being, just a little respect. diakan muslimah, takkan tak tahu hukum hakam kot. susah sangat agaknya. hinggakan aku terfikir, apakah agaknya yg telah aku buat pada dia hinggakan tiada langsung rasa hormat. jumpa sebulan sekali, setiap kali jumpa belum tentu bertegur sapa, so kalau nk dikatakan dia terasa hati dengan kata-kata aku, kami sendiri jarang sekali berbual mesra seperti yang lain.
jumpa sebulan sekali bukan salah aku, langsung xde kena mengena. berbual mesra juga bukan salah aku, dia sendiri yg tak mahu bergaul dengan yg lain. tanya sepatah, sepatah dia jawab. jadi apakah masalahnya sehinggakan dia langsung berlalu pergi tanpa sepatah kata, apatah lagi nak balas senyuman aku yg mcm kerang busuk ni duk tersengih kat dia. cis !!
banyak lagi yg aku nak luahkan tapi biarlah dulu .... aku akan perhatikan sandiwara yg dia cipta, sehingga aku mendapat jawapannya. "blame it on me ... i will show you the diva's drama"
No comments:
Post a Comment