Macam-macam berlaku sejak akhir-akhir ni .... isu pokoknya tentang kerja tapi bersangkut paut dengan hal lain macam satu rantaian yang tak berkesudahan. Dan anak adalah tumpuan utama untuk segala keputusan dan kemungkinan.
Selepas tamat kontrak di tempat kerja lama, aku jadi surirumah sepenuh masa. setiap hari aku update jawatan kosong dan apply beberapa jawatan yg bersesuaian. tak banyak tapi ada la beberapa. aku tidak memilih kerja akan tetapi aku perlu pertimbangkan banyak perkara sebelum memohon sebarang pekerjaan. aku mohon menggunakan semua kelayakan dan pengalaman yg ada.
Kebanyakan kerja kosong yang ada semuanya di KL. di kawasan terdekat seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya ada tapi terhad. jawatan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman aku sangat terhad. kalau ada pun, bila aku mohon, mesti tak dapat. sangat mengecewakan. itu satu hal la, satu hal lagi yag dekat tak panggil, yg jauh pulak yg panggil, aku pulak kalau yg jauh tu kena fikir banyak kali. fikir masak-masak.
Sebelum ini aku pernah memohon jawatan kosong di PPSPPA. tapi itu dah lama kalau tak silap aku, mungkin awal tahun ni. So mereka panggil aku untuk datang ke ujian fizikal dan temuduga bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa N17. Kemudian aku dipanggil sekali lagi untuk temuduga kali kedua. Persaingan sangat sengit kerana mereka memerlukan hanya 25 orang sahaja sedangkan calon yg dipanggil utk temuduga seramai 200 orang. Aku tawakkal sahaja la sebab tak mahu terlalu mengharap, nnt frust menonggeng. tapi sejujurnya aku dalam dilema sekiranya berjaya nnt.
Keputusan temuduga diketahui selepas raya. dukacita dimaklumlah bahawa aku telah gagal. aku tidak kecewa dan rasa macam lega. semua dilema tu hilang begitu sahaja. rezeki allah untuk aku, dalam bulan puasa aku dapat kerja PTPO sambilan di UPM. syukur sangat. dan kini dilema tu datang balik. Hari isnin lepas aku dihubungi oleh seseorang, minta aku untuk datang temuduga besoknya di Berjaya Times Square. aku faham dan ok aje sebab mmg HQ di sana. aku mohon pun sebab jawatan tu ada di alamanda putrajaya. dekat dengan rumah.
Tapi semasa itvw aku dimaklumkan yg penempatan aku di HQ. hurrrmmmmm ini lah dilemanya. Alkisahnya ..... dr putrajaya nak ke KL mmg xde masalah. boleh naik train dan exchange train. kosnya rm20 sehari. kerja 12 jam, 2 jam rehat, 5 hari kerja 2 hari cuti. cuti tak semestinya hari sabtu dan ahad. (tak sama mcm org lain dh) mula kerja jam 10 pg habis 10 malam. belum dikira masa perjalanan pergi dan balik lg. katakan lah keluar awal pagi jam 9. balik kerja pula sampai rumah jam 11mlm. banyak masa terbuang dan masa sangat terhad untuk aku apatah lagi masa untuk diluangkan bagi menguruskan anak kecil. lagi satu aku tak semestinya keluar jam 9, mungkin aku akan keluar lebih awal bersama-sama kanda seawal 7 pg. sebabnya aku xde transport sendiri untuk ke stesen ERL, i have neither car nor motocycle, ada lesen penuh tapi tak dibenarkan drive ..... dah pening dah kat sini .... semua bersangkut paut, berantai-rantai
Berdasarkan pengalaman yg aku ada, aku ditawarkan gaji melebihi expected salary. yg ni aku bersyukur sgt kalo betul tapi adakah ianya mencukupi untuk kos yg perlu aku tanggung. takpe la isu ni sementara aje, kalo performance bagus, gaji akan naik dan mesti ada bonus drpd company. One thing, aku sekarang tinggal serumah dengan mentua, jadi segala apa yg aku buat mereka juga mesti tahu. my mother-in-law, dia tak kisah aku nak kerja apa cuma dia sangat menitikberatkan kalau aku kerja jauh, dia risau. dia juga risau kalau bila dah kerja anak akan terabai sebab aku mungkin kurang masa bersama anak. berasas juga kerisauan dia cuma aku fikir, kalau tak bekerja nanti ada pulak yg bising kata aku goyang kaki di rumah. aku juga perlu kerja untuk langsaikan hutang belajar PTPTN. dah banyak bulan tertangguh. satu lagi insuran aku pun tergendala skang ni.
Kerja juga agak menarik dan senang sebenarnya. aku ada banyak peluang untuk membina kerjaya dan masa depan cerah di company ni. sayang pulak rasanya nak tolak. peluang mcm ni entah ada lagi ke tidak next time. company besar memang susah nk masuk dan demand pulak lg. company ni kira tak banyak songeh dan dia terus panggil aku sebab aku ada pengalaman in a related field. itu kalau aku fikir demi diri sendiri, terus terima. tapi dalam pala otak aku ni kena fikir tentang anak, kanda tak kisah sangat dan xde halangan. kalau dah jadi ibu, perkara pertama adalah anak, barulah redha suami. tambah lagi redha kedua ibu bapa mentua (mereka dh jadi ibu bapa aku bila aku kahwin dengan anak mereka). penting tu.
Macam senang dan xde la komplikated sgt pun tapi bila berada dalam situasi aku ni, pasti akan rasa tertekan. kadang bagi kita masalah org tu, bukan la masalah besar pun, tapi bg org tu, masalah tu boleh buat fikiran jd bercelaru. aku cuma perlukan ruang untuk bertenang, mencari idea dan berfikir dengan lebih matang dan positif. mengadu pada orang kadang tu tidak menyelesaikan masalah.
Sekarang masih menunggu apa yg bakal terjadi selanjutnya. harap sangat berita baik. kalao aku tak diterima bekerja disebabkan beberapa kekangan, aku redha. mungkin bukan rezeki aku lg. kalau diterima, aku juga redha sekiranya terpaksa berkorban.
No comments:
Post a Comment