Lately, aku tak sanggup nak dengar berita kat radio mahupun tengok berita kat TV ... sungguh menyeramkan dan menakutkan. yang duk hangat sekarang ni tentang remaja awal 20-an campak anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3. Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun .... masya Allah .... apa nak jadi pada manusia skang ... itu belum lagi berita kat negara luar seperti palestin, libya dan myanmar (rohingya) yg sedang hangat diperkatakan.
Dah tu dalam fb plak sume tu disharekan untuk tatapan bersama. kalau dah dengar pun rasa seram, bila tgk gambar lagi menakutkan. menitis air mata aku tgk gambar baby yg dicampak tu ... tak lain tak bukan aku teringat anak aku ... hanya Allah sahaja yg tahu perasaan hambanya.
Semalam 17/9/12 isnin, semasa otw nak ke salak tinggi hantar adik ipar balik ke asrama, kitorg terserempak 3 ekor anak kucing yg masih kecil (masih menyusu) betul2 atas jalan. anak-anak kucing tu nak melintas jalan agaknya tapi macam pening2 terhuyung hayang. nasib baik kereta depan break. kalau tak mati kucing tu kena lenyek.
Bila kanda berhenti tuk kutip kucing tu, aku perasan ada guni putih yg terbuka sedikit. mungkin guni tu tuk isi anak-anak kucing tu dan dibuang kat situ. kucing tu masih baru dibuang di situ mungkin beberapa minit lalu. sebab keadaan mereka yg terpinga-pinga mencari arah. kanda masukkan semula ke dalam guni dan bawa masuk ke kereta.
Mula2 tu meraka struggle nk lepaskan diri, tapi lama-kelamaan, senyap dan elok aje diamnya. kucing pun ada hati dan perasaan juga. dia tahu kami nak selamatkan that's why mereka well behave.
Aku menyumpah-nyumpah kepada org yg buang anak-anak kucing yg masih kecil, masih menyusu. kalau nak buang, buang sekali dengan ibu kucing tu, ok lagi. sekurang-kurangnya anak-anak kucing tu boleh menyusu dan ibu kucing boleh protect anak dia. kejamnya manusia.
Kejam lagi manusia yg buang anak tu .... ishhhh .... sakit hati !!
Anak kucing bertiga tu bertuah kerana kami yg jumpa mereka. kalau tak, tak tahu la apa nasib mereka. aku cuba bela anak kucing tu sebaik mungkin. InsyaAllah ..... kanda belikan palet untuk bagi makan mereka. harap mereka sihat.
Nama apa sesuai tuk mereka bertiga yer????
No comments:
Post a Comment