Semalam, balik dari tempat keje, aku berkesempatan tengok anak-anak kucing yg kanda selamatkan hari isnin lepas. subhanallah, comel nye ..... bulu panjang, ekor panjang, sihat dan manja, jinak plak tu ... xde cacat celanya .... tersentuh hati aku bila ada manusia sanggup buang mereka. kejam sungguh manusia itu .... sungguh !!!
2 ekor dr mereka warna putih tompok hitam. sekor warna kelabu. aku suka warna kelabu tu, dia paling kecil mungkin paling bongsu kot. bulu dia gebu dan panjang. tapi yg sedih nya mata dia sakit. dua belah mata dia membengkak dan berair, tahi mata penuh dan warna macam nanah. aku tetiba rasa nk nangis sebab tak tahu camana nk tolong.
Hari ni aku ada bertanyakan org camana nk buat pada anak kucing tu. rasa tak sabar nak balik dan belikan ubat tuk mata si kelabu. kesian dia. walaupun gaji belum masuk lagi dan kami tengah kering kontang, tapi aku lebih risaukan kucing tu. aku tak mahu dia jatuh sakit. kanda letakkan kucing tu satu tempat dengan rabit. biar mereka berkawan. heheheheh ...
Oooh, nama mereka belum ada lagi, si kelabu tu kira nama dia la. lg 2 ekor tu .... apa ek???
Oooh, nama mereka belum ada lagi, si kelabu tu kira nama dia la. lg 2 ekor tu .... apa ek???
No comments:
Post a Comment