Saturday, August 30, 2014

Fresh Seafood at Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang

Saje nak berkongsi apa yang kami makan sewaktu singgah di Tanjung Lumpur tempohari. Menu yang sangat simple tapi sangat sedap, kenyang dan diingati. Aku memang kalau boleh nak masakan aku diingati oleh yang memakannya. Walaupun hanya sepinggan nasi. Itu maknanya masakan kita ni penuh dengan kasih sayang. 

So bagi aku orang yang memasak untuk kami makan malam tempohari telah memasak dengan ikhlas. Sebabnya hingga ke hari ini kami masih ingat dan nak pergi lagi. 







Aku terpaksa meminta izin kanda untuk snap picture makanan ni. Kanda memang anti sangat orang ambik gambar makanan. Dia boleh jadi tak lalu makan dan meluat. Bila kanda izinkan, aku cepat2 snap, dapat sekeping dua pun jadi lah. Gambar-gambar makanan yang lain tu aku snap aje sebab kanda tak berada di tempat kejadian. Kalau kanda ada memang aku tak berani nak buat. Tak pasal kena bebel percuma nanti.

Tengok gambar-gambar ni makin aku rasa nak kesana lagi sekarang juga!!!!

Friday, August 29, 2014

Caramello, Crunchy Almond, Florentine Nuts, Caramel Crunchy

First time makan benda ni, terus jatuh hati. Kanda pun suka. Nak buat tapi serba kekurangan. Bahan mentah dia mahal juga bagi aku la. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Ibu mertua pun suka dan beria-ia nak buat untuk hantaran tunang anaknya (adik ipar aku). Semangat berkobar-kobar ajak aku beli barang. Alih-alih aku juga yang kena buat. Ahhahahhaha.

Tapi takpe, aku buat aku dapat ilmu dan dapat pengalaman serta kemahiran. Itu yang untungnya. So sekarang aku dah tahu buat benda ni. 



Kanda pun asyik suruh aku buat, katanya boleh jual nanti. Siap nak belikan aku oven sebiji. Nanti la ye sayangku. In Sya Allah akan datang dinda buat sedap2 banyak2 ye !!

Bihun Goreng Sempoi

Kadang benda yang sangat simple menjadi paling susah untuk aku. Dari dulu hingga lah sekarang, aku memang tak pandai goreng bihun. Ada je yang tak kena. Terlebih masin, terlalu tawar, terlalu basah, bihun hancur dan macam-macam lagi lah. Inilah bihun yang aku goreng yang paling menjadi. 



So kalau nak makan masakan bihun aku lebih suka buat bihun sup atau bihun soto. 

Thursday, August 28, 2014

Nasi Goreng Sukahati

Ini lah dia menu yang selalu aku masak pepagi bila dah takde idea langsung nak masak apa. Nasi goreng sukahati. Campak aje apa rencah apa yang ada dalam fridge. Asal jadi nasi goreng. Style aku makan nasi goreng mesti ada keropok. Tak kisah la keropok apa pun. Wajib ada. Kalau takde rasa tak lengkap. 


Kalau makan kat restoran, selalunya aku akan order nasi goreng ikan masin atau nasi goreng kampung. Aku pernah makan nasi goreng cili padi dan nasi goreng kerabu. Tapi susah nak cari orang yang betul-betul pandai buat. 

Pernah sekali order nasi goreng cili padi tapi entah apa-apa dia masak. Setakat tabur je cili padi yang dipotong kecik atas nasi goreng kosong. Hampeh tul. Nasi goreng kerabu yang paling sedap pernah aku rasa masa zaman study kat UKM Bangi dulu. Sekarang restoran tu dah takde lagi kat situ. Kempunan sangat!!

Fettucine Carbonara yang creamy

Dah selalu sangat masak Spagethi Bolognese, kali ni aku try plak Fettucine Carbonara. Aku memang penggemar pasta. Sekarang dah berjangkit ke kanda pulak. Bulan puasa ritu berbuka dengan pasta, tak sangka kanda minta aku masak lagi. Memang teruja sangat la kalau suami dah suka !!!



Anakanda pun suka, apa sahaja mee dia suka. Kalau nasi putih langsung tak pandang. Tapi kalau nasi lemak dia suka pulak. Dan kalau nasi yang ada warna serta ada rasa anakanda akan makan. 

Wednesday, August 27, 2014

Pancake Gebu

Tadaaaaaa ...... !!!

Sebelum ni pernah share resepi pancake kat sini dan sini lagi di sini ..... 


Another pancake, feveret kanda, anakanda dan ibu mertua !!!

Puding Triflle

Pertama kali makan puding triffle ni masa jamuan raya office kat Putrajaya dulu. Kemudian aku try google resepi dan buat sendiri. Dah banyak kali cuba, macam-macam perisa kek, buah-buahan dan perisa jelly aku cuba. 




Kanda memang suka puding triffle ni. Aku buat pun memang sebab kanda minta nak makan. Senang aje membuatnya. Mana-mana resepi yang aku cuba semuanya menjadi. Yang membezakan rasanya ialah kek, jelly dan buahan yang digunakan. 

Tuesday, August 26, 2014

Marhaban Ya Syawal !!

Syawal dah tiba ke penghujungnya. Setiap tahun mesti ada cerita raya yang menjadi moment terindah. Boleh la dikatakan penutup kepada cerita raya untuk tahun 2014 ni. Just nak berkongsi cerita raya di Mersing. Buat Julung kalinya kami beraya di tiga tempat berasingan. 

Kelainan amat terasa pada sambutan raya tahun ni apabila kembali ke Mersing. Seolah-olah kemeriahan aidilfitri telah berakhir. Tapi mood raya datang kembali bila jiran sebelah rumah jemput kami ke rumahnya untuk beraya. Disusuli beberapa jemputan raya yang lain. Tinggal di bandar memang meriah dengan budaya rumah terbuka. Tapi kat kampung-kampung pun dah terikut-ikut. 

Kemeriahan Aidilfitri bukan sahaja terletak pada rumah terbuka dan menu yang dihidangkan sahaja, tapi lebih dari itu ialah silatulrahim dan kemaafan. Aidilfitri kali ni aku berpeluang untuk menjalinkan ukhuwwah dengan jiran-jiran yang belum sempat kenal. Itulah kelebihan hidup berjiran. Tambah lagi bila kita berhijrah ke tempat baru, dapat pengalaman baru, kenalan baru, suasana baru, kenangan baru, kehidupan baru dan banyak lagi. Tapi kenangan yang lepas akan kekal dalam ingatan. 

Di kejiranan yang aku tinggal sekarang ni ada buat Majlis Marhaban Aidilfitri. So aku turut dijemput untuk sesama meraikannya. Dengan izin Allah aku dapat sertai Majlis Marhaban ni. So dapat lah berkenalan dengan jiran-jiran dan merasai kemeriahan marhaban. Selama ini aku tak pernah lalui pengalaman seperti ini. Seronok dan syukur sebab dapat peluang macam ni. 









Marhaban ni bermula dengan lorong rumah aku, Jalan Intan 1. So mana-mana rumah yang nak jemput masuk rumah kumpulan marhaban memaklumkan lebih awal kepada ketua kumpulan. Ikutkan aku nak terlibat sama untuk menjemput mereka masuk, tapi anakanda pulak tidur awal. So rumah aku terpaksa skip marhaban. 

Satu lorong tu tak semua rumah kami dapat masuk, tapi banyak rumah juga yang sudi menerima kunjungan kumpulan marhaban. Ramai juga yang hadir, bukan penduduk di kejiranan sahaja, penduduk kejiranan lain pun turut serta. Dapat la berkenalan dan menjalinkan silatulrahim. Kanak-kanak dapat duit raya, seronok la mereka. Dan rumah terakhir menyediakan makanan dan minuman. Rumah terakhir ni dikira person incharge bagi lorong tersebut.

Setiap rumah yang menerima kumpulan marhaban tak perlu sediakan makanan dan minuman pun, tapi ada juga yang baik hati menghidang air dan biskut raya. Aku beruntung sebab turut dapat duit raya dari tuan rumah yang pemurah. Duit tu aku beri pada anakanda al-qa'id sebagai duit raya untuknya. Kalau qa'id ikut tentu dapat lagi banyak ... hihihihi

Kumpulan marhaban ni hanya kaum wanita sahaja. Tapi kaum lelaki hadir selepas isyak untuk makan sahaja. Marhaban kali ni aku jadi tumpuan. Sebabnya aku adalah jiran baru, semua datang sapa dan bertanya khabar, almaklumlah sebelum ni tak pernah nampak dan tak pernah jumpa.. Sebab lain ialah aku jadi jurugambar, bawa Cik Nikon, setiap rumah aku capture. Orang duk berselawat, aku duk ambik gambar. Memang jadi tumpuan la. Tak tahu la apa yang mereka fikir. 

Next marhaban adalah lorong sebelah, Jalan Intan 2, seminggu kemudiannya, bukan setiap malam ada marhaban. Tapi aku tak dapat join, ada jemputan rumah terbuka. 

Ini adalah suatu yang baru bagi aku, sepanjang hidup mana pernah ada aktiviti seperti ini di tempat aku tinggal. Dan tak sangka ada sambutan sebegini sepanjang Syawal. Beruntung lah aku sebab dapat merasainya sendiri. Ini merupakan salah satu pengalaman baru yang sangat bermakna. 

Rasanya setakat ini sahaja cerita raya 2014. Bye bye Syawal 1435H. Semoga kita bertemu lagi pada tahun depan. In Sya Allah 

Sambal Sotong

Disebabkan anakanda Al-Qa'id suka sangat makan sotong dan udang, papanya pun belila stok sotong dan udang bebanyak. Sotong dan udang fresh yang baru naik dari bot nelayan.  Fulamak, rasa dia memang sedap, manis, juicy dan rangup. Selalunya aku masak goreng kunyit atau tom yam untuk anakanda makan. Kalau sambal bercili macam ni, qa'id tak makan sangat sebab pedas. Makan tiga empat ketul, cukup la.



Kanda suka sotong goreng tepung, aku buat banyak kali tapi tak pernah menjadi. Frust betul. Macam-macam resepi dah aku cuba. Even beli tepung goreng pun sama, tak menjadi juga. So terpaksa la makan kat kedai kalau teringin sangat. 

Sotong goreng tepung yang paling sedap pernah aku makan ialah kat Restoan Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan. Sotong dia segar dan besar, memang menepati citarasa aku. Harga mahal tapi berbaloi. 

Sandwich Telur Cheese

Entah kenapa teringin sangat nak makan Sandwish Telur. Masa aku bantu abang berniaga dulu, setiap hari aku kena buat Sandwish untuk dijual. Sandwish Tuna, Sardin dan Telur. Mula-mula memang seronok, tapi kalau dah setiap hari buat benda sama aku jadi bosan. Tengok sandwish pun dah muak, apatah lagi nak makan. 




Aku gunakan resepi yang sama macam dulu, cuma aku tambahkan dengan cheese. Sandwish ni kalau bakar selepas siap tak sedap sangat. Kalau buat pagi, dalam tengahari baru bakar, memang terangkat. Sebabnya  roti dah menyerap rasa telur, mayo dan sos cili. So bila bakar, bahagian luar akan jadi rangup dan bahagian dalam akan basah berkrim. Sooo sedap !!

Berkelah di hari raya at Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor

Berkelah di hari raya. huhuhuhu .... orang lain beraya kami berkelah. Ini pun boleh dikira beraya juga. Ramai yang pernah buat apa !!! ehehehheh

Pepagi aku bercinta dalam dapur menyiapkan segala makanan untuk dibawa. Selepas Solat Jumaat, kami gerak ke Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor. 

Kali kedua datang ke pantai ni. Ada bentuk muka bumi yang berubah. Sungguh menakjubkan. Dan buat pertama kalinya berjumpa dengan tetamu yang tak diundang. 

Dan juga kali kedua berkelah dengan kawan kanda sekeluarga. Kali pertama datang sini dulu pun dengan mereka juga. Secara tidak langsung aku dapat tebus balik kekurangan masa berkelah kali pertama dulu. So rasa puas hati dan berbaloi serta seri kosong-kosong.

Apapun kami gembira dan enjoy sambut raya sambil berkelah. Kali ni aku tak mandi laut, hanya menikmati keindahan alam dan captured the best moment with my Cik Nikon and Mr Sony.
















Jika ada kesempatan, aku nak datang ke sini lagi. Memang best, tak puas rasanya. Kalau boleh nak camping kat sini, walaupun ada resort tapi lebih challenging kalau camping. 

Kerabu Sotong

Puasa ritu aku masak kerabu sotong buat menu berbuka. Gara-gara terliur tengok kakak ipar post gambar kerabu sotong kat fb, aku terus google resepi dan cuba sendiri. Kali pertama buat terus menjadi, almaklumlah tengah puasa mana la nak tahu rasa dia ok ke tidak. Apapun aku happy sangat kanda suka dan minta buat lagi nanti. 


Puas hati dan rasa yakin bila buat sesuatu terus menjadi. Tapi aku jenis yang kalau masak kali pertama menjadi, masak kali kedua dah tak sesedap yang pertama. Banyak kali dah jadi cenggitu !! 

Monday, August 25, 2014

Roti Jala Kari Ayam

Pertama kali menjala, inilah hasilnya. Sangatlah tidak pandai. Tapi rasanya sedap dan lembut. Takpe, cuba lagi lepas ni, pasti menjadi. In Sya Allah !!



Laksam Kuah Lemak

Teringin sangat nak makan laksam, dan dah lama teringin nak buat sendiri. Makan laksam yang dibeli di pasar malam, pasar ramadhan dan kedai-kedai makan tak menepati selera. Almaklumlah mereka buat laksam nak jual dan nak untung. Asal ada rasa dah kira boleh dijual. Bila buat sendiri ni lagi puas hati dan boleh makan sepuas-puasnya. 




Laksam yang menepati citarasa aku ialah kuah lemaknya yang pekat, berlemak, creamy dan rasa ikan yang manis. Ada cara macamana nak hasilkan kuah lemak yang sedap. Teringat masa bulan ramadhan ritu, terliur tengok laksam kat bazar, beli satu bungkus. Lepas makan badan aku gatal-gatal. Tapi aku tak mengesyaki apa-apa. Esoknya lagi sekali aku beli,dan sekali lagi badan aku gatal-gatal alergik. Sahlah memang puncanya dari kuah lemak laksam. 

Aku ni bukan jenis yang alergik. bila tetiba jadi alergik, mesti la rasa pelik, gusar dan takut. Entah apa yang mereka letak dalam kuah lemak tu agaknya. Sewaktu makan takde rasa pelik pada kuahnya. Sekarang ni dah serik dah nak beli laksam kat memana gerai area Mersing ni. Baik buat sendiri.