Sunday, January 4, 2015

Bila kanda demam

Assalamualaikum wbt

Sekali kanda kena demam memang haru. Kanda susah nak demam. Sejak kahwin dengan kanda, ni kali pertama kali kanda demam. Memang aku x tahu nak handle, jujur cakap.

Jumaat ritu kanda balik dari pejabat, katanya badan rasa lain macam, semacam nak demam. Malamnya kanda dah lain macam, badan lemah, tak larat dan belakang sakit-sakit katanya. Kanda minta aku urutkan belakang dan kaki. Bila sentuh aje badan dia memang panas membahang. Aku letak tangan kat dahi dan leher, memang panas betul. Terus amik termometer nk tengok suhu. Memang sah la demam.





Hari sabtu, kanda demam teruk. Suh badan semakin tinggi, hilang selera makan, badan lemah tak bermaya. Keluar mencari air kelapa, dapat la dua biji. Kanda still refuse makan ubat. Hanya minum air kelapa. 






Sebelu tidur tadi kanda cek suhu, makin naik ke 38.9 darjah. Esok pagi kalau masih tak berubah, kena ke klinik juga. Apapun tengok lah camana nanti. 



No comments:

Post a Comment