Monday, December 24, 2012

3K (Kematian Kesakitan Kelahiran)

Aku tak tahu mana satu nak cerita dulu ... semuanya berlaku dalam masa yg berdekatan ... so, nak cerita ikutkan prioriti atau ikut rentetan ???? ini pun boleh jd dilema ke ?? ... perasaan berbaur sebenarnya ni !! aku xleh nak fokus sekarang ...

Ok la, aku cerita ikut prioriti lah .... My step-mother passed away !! sabtu malam ahad ... 15 minit sebelum jam 12 malam ... 22 Disember 2012 ... aku terkejut dan tak percaya dengan apa yg berlaku ... aku dapat mesej dari abang pawi mengatakan my-step-mom admited ward, she fell down during solat subuh ... dan disebabkan itu ada pendarahan dalam kepala. semasa aku terima mesej tu, aku dalam perjalanan balik dr perak. so, aku berdoa agar step-mom stabil .. maybe esok atau lusa aku gerak balik. aku tak balas mesej abang pawi sebab kredit handphone dh expired. nak topup secara key-in tak boleh sebab button # not function. handphone aku memang dah rosak sebenarnya pun. asyik mati je. so aku sabar dan bertenang dulu. memang hati aku dh tak keruan.

Sampai rumah sekitar 11 malam. so aku terus tidur. kepenatan dan mengantuk yg amat. aku terjaga dr tidur dan tengok handphone. niatnya nak tengok jam berapa. lebih kurang jam 3 pagi. perasan ada satu mesej. terkejut aku baca mesej tersebut. my step-mom dah xde !! lebih kurang jam 12 tgh mlm td. aku terpempam ... terjelepok dan lembik !! apa harus aku respon ?? serba salah dibuatnya ... innalillahi wainna ilaihi rajiuun ..

Aku kejutkan kanda, inform kanda dan aku dh xleh tidur selepas tu. semua kenangan bersama step-mom berlegar di kepala !! aku kali terakhir jumpa dia semasa raya puasa bulan ogos lepas. tetiba teringat yg aku pernah bermimpi gigi geraham tercabut dua batang. sungguh tak sangka ... sukar nak percaya !! aku redha dengan pemergian arwah ... yg aku mampu lakukan ialah mendoakan dan bacakan surah yasin sebanyak mungkin dan hadiahkan pd arwah. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin !! 


My step-mother ... gambar ni diambil semasa aku bawa balik qa'id .. kalau tak silap bulan februari kot ... !! gambar masa raya xde la pulak ... 

Semalam 23/12/12 ahad aku bersama kanda amik peluang ke hospital serdang untuk melawat pak long (abang father-in-law) yg berada di wad ICU. pak long dimasukkan ke icu sebab demam denggi dan jangkitan kencing tikus. kebetulan juga angah yg koma beberapa minggu lepas juga ada dalam wad icu yg sama, katil bersebelahan pulak tu, so akhirnya dapat juga melawat angah. 

Aku tak mampu lagi tahan air mata ... tewas akhirnya ... melihatkan keadaan angah yg begitu uzur ... sungguh menyayat hati ... sekali tengok dh xde rupa angah .. wayar beselirat di seluruh badan .. aku terkedu ... terus menangis di sebelah kanda ... aku juga tak mampu duk lama2 dalam wad icu tu ... melihat insan2 yg sakit kritikal betul2 menyayat hati ... menginsafkan diri sendiri !! 


Aku sharekan doa ni agar selepas ni kalau pergi melawat org sakit leh la baca dan amalkan ... sekarang ni kita melawat orang sakit, mana tahu kita pula yg sakit ... nauzubillah !! semuanya kehendak Allah yg maha esa ... kita hanya mampu berdoa !!

Dalam masa yg sama dapat pula berita kelahiran baru ... sepupu kanda, anak pak long yg mendirikan rumahtangga awal tahun ni, selamat menimang cahaya mata pertama di hospital Kajang Plaza Medical Centre (KPMC). isteri beliau selamat melahirkan seorang puteri jam 4.26 petang, seberat 2.65kg, normal delivery, pada 23/12/12 ahad . so cute and adorable !! 


So selepas melawat pak long, terus gerak ke KPMC tuk melawat newborn baby !! 

Dengan apa yg berlaku, aku betul2 rasa kebesaran Allah swt dalam menghidupkan dan mematikan manusia, menguji manusia dengan kesakitan dan pelbagai dugaan lain. manusia dihidupkan di muka bumi ni sebagai hamba. kita sepatutnya lebih bergantung pada Allah dan sedar diri kita ni hamba. hari ni kita sihat, esok kita sakit ... xde sapa yg tahu apa akan berlaku hari ni, esok dan seterusnya, tapi Allah maha mengetahui ... jadi aku ingatkan diri sendiri agar insaf dan bertaubat .. tak guna kita hidup di dunia ini kalau kita lupa pd Allah swt ..!! 

Kematian, kesakitan dan kelahiran ... semua itu kehendak allah ... 

Astaghfirullah halaziim ...

No comments:

Post a Comment