Perancangan asal weekend lepas ialah, 8/12/12 hari sabtu tengahari, me and family-in-law akan gerak ke PD ... ada kenduri belah malamnya ... kenduri untuk anak2 buah mother-in-law yg nak berkhatan .. sekarang kan musim cuti sekolah. memang orang akan amik peluang ni untuk buat majlis khatan. plan nak gerak awal ke sana, so boleh la bawa anakanda al-qa'id mandi-manda kat PD. lagipun papa kebetulan balik jumaat malam sabtu.
Pagi sabtu aku perasan mother and father-in-law takde dirumah. selalunya dalam jam 8 pg mereka akan balik dan bawa balik sarapan. aku sendiri ajak kanda breakfast di luar pagi tu. tp x jd sebab kanda x bangun walaupun dh kejutkan banyak kali. jam 9 pg mereka masih belum balik lg. aku syak mesti ada sesuatu. then kanda bangun, ajak keluar breakfast. aku dh tawar hati dan xde selera dh nak breakfast kat luar. kanda plak tetiba kata nk keluar pergi cyber cafe sekejap. tghr nnt balik.
Dah tengahari pun mother and father-in-law masih belum muncul. perasaan pelik dan ingin tahu naik ke kepala. ada sesuatu berlaku ke??? kalau mereka pergi beli barang dapur sekalipun, jam 10 dh tersembul depan rumah. dh masak dgn aktiviti mereka. yang anak dara sorg tu pulak tghr br nk bgn tidur ... aku terus tanya apa yg berlaku. terkejut aku dibuatnya .... br semalam jumpa nenek dan berborak2.
Subuh tadi nenek dimasukkan ke KPJ Kajang ... itu sahaja, selanjutnya masih tak tahu lg apa yg berlaku. bila kanda balik rumah tghr tu, aku ajak kanda ke hospital untuk melawat nenek. dalam duk bersiap tu, br la ibu dan abah balik. mereka kata tak payah pg ke hospital dulu sebab nenek nak kena transfer ke HUKM. tapi nenek sakit apa?? menurut ibu, nenek pernah dibedah pada bahagian usus. so disebabkan itu, bahagian usus yg dibedah tu tersumbat. nenek makan tp makanan yg dimakan tu tak masuk ke perut. so mlm td nenek muntah2. dh tahap kritikal dan perlu buat pembedahan balik semula.
Dan plan nk ke PD, ibu dan abah tak dapat pergi. tp kanda decide tuk pergi juga, sebagai wakil kepada ibu. selepas asar kami gerak ke PD. kanda decide tuk tidur semalaman di rumah mak lang (kakak mother-in-law). so esok boleh bawa anakanda al-qa'id mandi pantai.
Ahad 9/12/12, jam 10 pg kami gerak balik. tp sebelum tu singgah dulu ke pantai ... bawa anakanda al-qa'id mandi air pantai PD yg meloyakan tu .... aku tak berkenan dengan pantai PD tu walaupun femes dn sentiasa penuh dengan manusia yg dtg entah dr mana. tp itu aje la yg ada pun ... tengari gerak balik .... sampai ke rumah sekitar 1 ptg ... makan tengahari dan berehat ...
Petang selepas asar semua anak beranak ke hospital UKM untuk melawat nenek. aku ditinggalkan di rumah berdua dengan anakanda al-qa'id. aku nak ikut tp memandangkan anakanda al-qa'id tidur, so tak sampai hati pulak nak kejutkan. qa'id memang sleepy dan letih. semalam tidur x lena dan pg td mandi laut, tertelan air masin banyak ... sampai muntah dibuatnya ... so biar la aku kat rumah bersama qa'id. nnt ada masa leh pg melawat nenek plak.
Pagi ni 10/12/12 .. aku dimaklumkan oleh maknoor (pengasuh anakanda al-qa'id) .. angah dimasukkan ke hospital .. tgh kritikal dalam wad ICU ... MASYA ALLAH ... INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUUN !! mata aku bergenang, air mata menitis akhirnya .. aku sebak dan sedih ... lepas sorang, sorang plak lg ... mengejutkan ... aku panjatkan doa pada Allah semoga nenek dan angah cepat sembuh dan kembali sihat ... amin.
Sampai ke ofis aku tgk mesej kat hp, satu mesej dr ofismate ... inform aku yg anak dia mengalami penyakit kaki tangan dan mulut. tengaharinya dia datang ofis untuk hantar surat MC dan mohon cuti. dia sendiri pun tak sihat. kesian sangat ..... semua yg berlaku adalah ujian Allah untuk hambaNya yg menandakan Allah sayangkan hambaNya. aku pun turut rasa tiada mood nak buat kerja. sedih dan sebak, walaupun benda tak terjadi pada aku secara khasnya, tapi secara umumnya terjadi kepada insan-insan yg rapat dan terdekat, turut buat aku rasa tempiasnya.
Tuhanku, ampunkanlah hamba-hambaMu ... kasihani lah kami ... ya Allah !!
Sampai ke ofis aku tgk mesej kat hp, satu mesej dr ofismate ... inform aku yg anak dia mengalami penyakit kaki tangan dan mulut. tengaharinya dia datang ofis untuk hantar surat MC dan mohon cuti. dia sendiri pun tak sihat. kesian sangat ..... semua yg berlaku adalah ujian Allah untuk hambaNya yg menandakan Allah sayangkan hambaNya. aku pun turut rasa tiada mood nak buat kerja. sedih dan sebak, walaupun benda tak terjadi pada aku secara khasnya, tapi secara umumnya terjadi kepada insan-insan yg rapat dan terdekat, turut buat aku rasa tempiasnya.
Tuhanku, ampunkanlah hamba-hambaMu ... kasihani lah kami ... ya Allah !!
No comments:
Post a Comment