Malam sabtu lepas 26/1/13, adik ipar aku belanja family makan malam. tempat abah yg decide. semua org tak tahu kat mana tempat pilihan abah. rupanya abah nak makan kat restoran Ana Ikan Bakar Petai.
Aku dh lama nk rasa mkn kat restoran ni. sb nk rasa ikan bakar petai. apa yg speselnya ikan bakar petai ni?? ni beberapa gambar yg aku nk share terutama menu utama dia la kan. ikan bakar petai.
Kerapu masak 3 rasa ni dh biasa sangat ... plus aku x berapa suka masak 3 rasa or sweet sour dan aku tak gemar ikan besar mcm ni !!
This one aku recommend ... sedap sangat ... kitorg ratah benda ni ...
Ni lah dia ... menu utama yg glemer tu ... ikan bakar petai
Ada dua sos untuk cicah dengan ikan bakar... satunya sos kicap dan satu lagi asam belacan .. both sedap hingga menjilat jari .. sos yg pekat, cukup rasa dan yg penting pedas dan rasa belacan memang kaw2 ... tu yg buatkan sos dia lain dr yg lain !!
Taadaaa ... ikan bakar petai .... abah pilih ikan merah ... ikan merah memang isi sedap dan lembut. aku yg habiskan ikan ni .... huhuhuh
Banyak lagi menu lain yg kami order ... mcm kailan ikan masin dan juga telur bungkus ... biasa2 je la yg tu ... air pula abah order longan ... 2 jag untuk 8 orang memang tak mencukupi ... air longan dia sedap, tak puas minum, nk tambah lg tp xpe la ... next time pulak ... !! ikan plak memang fresh .... puas hati. menu utama tidak mengecewakan!! cuma satu menu yg kami order, tak muncul sehingga saat kami selesai makan. xpe la, sebab time nk bayar, menu tu tak diambil kira pun. so bagi aku semua sedap dan memuaskan. mungkin mulut orang lain, lain pula citarasanya !!
So far makan kat sini memang tak menghampakan. kawasan dia luas dan ada playground. sewaktu kami sampai lebih kurang jam 9 mlm, memang full house, tp masih ada parking lot, dan ada meja lagi. kena tinjau dan pandai cari la kan. memang ramai tersangat ramai. first impression, mmg sesiapa pun akan fikir xnak la makan kat sini sebab, kereta banyak, parking penuh, meja penuh, orang sah-sah la ramai tak hengat, mungkin juga servis lambat sebab penuh kan .... lebih baik jgn buat andaian dengan hanya sekali pandang. bertenang dan enjoy !!
Bila tengok keadaan mcm tu, kena la bear in mind, pekata cuba dulu sambil observe ... kena la faham dan bg peluang tuk diri kita dan mereka. kalau mereka buat bisnes betul2 serius mesti mereka beri servis yg terbaik. fikir logik, yg datang tu majoritinya adalah keluarga dalam 5 orang ke 20 orang. nk makan malam bersama-sama, so kena la bersedia tuk terima apa sahaja kekurangan apabila dh memilih tempat mcm tu kan. dan kalau servis tak elok kenapa orang begitu ramai memenuhi restoran. setiap malam mesti full house, dan yg datang tak putus2 dan xde pun yg patah balik atau balik dengan perasaan hampa. aku tengok pelanggan yg balik dengan muka yg puas, setelah kekenyangan melantak, yg tinggal hanya pinggan yg licin dan dah berganti dengan sisa tulang ikan bertimbun. so, mesti ada sesuatu yg buat orang stay still !!
So kami juga beri peluang pada mereka dan diri sendiri, sabar menunggu, dan sepanjang berada di restoran, kami enjoy menikmati makan malam dengan tenang sambil berborak dan bergambar. perkara biasa la kalau ada sedikit yg ralat tu. kita semua manusia yg serba kekurangan. lain la kalau ada yg extremely teruk kan. so restoran ni sesuai tuk family menjamu selera!!
No comments:
Post a Comment