Tuesday, January 8, 2013

Pergi tak kembali

Jumaat lepas 4/1/13 selepas lunch aku dpt call dr maknoor. maknoor inform angah dah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun, takziah!!. dan maknorr minta aku jemput qa'id sebab nak uruskan jenazah. aku terus call kanda, tp tak dapat. owh aku terlupa kanda tengah solat jumaat. 

Aku cuba call sarah tuk dapatkan no ibu. tp takde jawapan. aku nk call abah tp terfikir yg abah tentu masih kat masjid. then aku terfikir tuk call yah. dapat aje no ibu, terus call dan inform apa yg berlaku. yg buat aku kalut ialah, nak kena jemput qa'id secepat mungkin sb tak mahu maknoor tertunggu2. ye lah sebab maknoor nk ke hospital untuk uruskan jenazah.

Akhirnya masalah selesai. itu lah padahnya kalau tak boleh drive. kalau dia tak terbuka hati lg aku tak tahu la. kalau berlaku benda emergency mcm ni, dengan aku yg tak boleh drive, terpaksa la menyusahkan semua orang. 

Malam selepas maghrib gerak ke rumah keluarga arwah tuk melawat jenazah. Jenazah selamat dikebumikan selepas isyak. aku doakan semoga roh arwah angah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin.

Arwah angah dimasukkan ke wad ICU hospital serdang pada 7/12/12. sepanjang terlantar di hospital aku sempat menziarahi beliau. memang sangat menyedihkan. Allah lebih sayangkan angah. angah disahkan meninggal dunia jam 12.45 tghr pada jumaat 4/1/13. 

No comments:

Post a Comment