Wednesday, January 30, 2013

Umrah 2013

Sudah 2 kali terlepas peluang untuk menghantar ibu dan abah serta jemaah umrah ke KLIA. kali ni aku tak mahu terlepas lagi. kebetulan hari isnin lepas 28/1/13 adalah hari cuti sempena thaipusam, so dapat la aku ikut serta. 

Aku malas nk cerita panjang lebar sebab tak sempat nk taip banyak2. so aku upload gambar aje la. ini semua adalah moment yg berlaku sepanjang masa di KLIA dr jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. 

Alkisah bermula dengan anakanda al-qa'id ha'il ... bertolak dr rumah jam 8.15 pg. sampai KLIA   jam 9.15. So isi perut anak dulu yg penting. ibu dan papa kemudian pun xpe. papa belikan pancake McD ... so fluffy and delicious...


Selepas breakfast, perut kenyang hati senang, leh la bermain dengan riang.



Ada orang datang ganggu qa'id yg sedang leka bermain tiang ... 


Geram betul dia kat orang tu ... hehhheh 




Cak Cak !! macam2 aksi qa'id ni bermain dengan tiang .... 


Para jemaah umrah dan juga ahli keluarga masing-masing .... meriah di arrival hall KLIA !!

Wajah masing2 happy dan ceria ... tak sabar-sabar nak fly .... ahli keluarga datang menemani dan memberi semangat !! aku plak ... sibuk merakam detik2 yg penuh berharga ini ... di dasar hati, semoga aku pun akan jejakkan kaki ke mekah ... sooner or later, insyaAllah !!






Our family, dari kiri sekali ialah cik payah, nenek, cik peha, cik mat (suami cik peha), cik borhan ( suami cik payah) .. mereka semua family belah abah (father-in-law)



Inilah keluarga kami ... dari kiri gambar ialah sarah, abah, yah, ibu, husni, qa'id, habib dan aku. yg duduk kat bawah tu ialah hairi .... yg xde dalam gambar ni ialah abul dan isteri serta emi.... dapat juga bergambar bersama ... memang payah nk bergambar bersama mcm ni !!




My father-in-law ... orang kuat. abah bertanggungjawab membawa jemaah umrah ... setiap tahun akan ada 2 trip ke mekah ... abah dah agak lama melakukan kerja ni ... dh mcm keje tetap pun ye juga ... semua anak2 dah dibawa bersama ... alhamdulillah semua dh sampai ke mekah ... aku ni bila agaknya !! huhuhu 


Ok, fokus pada gelagat si kecik ni plak .... heheheheh ... ni la rupa qa'id bila merajuk ... di tengah2 khalayak ramai tu, dia merajuk ... ibu rasa qa'id kebosanan ataupun lapar .. sb td hanya makan pancake aje. kesian anak ibu ni !! jap lg kita makan ye sayang !!













Jom makan, ibu belanja KFC Breakfast !!

Sementara tunggu makanan sampai, papa teman qa'id bermain kat KFC Funland dulu !! 






Leka bermain apa agaknya tu ??



Ni la dia yg buat qa'id leka tadi !! 


Sedap nyer bubur ayam KFC .... berselera qa'id makan .... sambil makan sambil tengok flight berlepas !! then sambung main ... nak suap bubur pun kena kejar !! 



Lepas dah kenyang, papa bawa qa'id masuk dalam sebuah box. dalam box tu ada angin yg kuat. angin tu akan menerbangkan rama-rama kertas yg berwarna-warni. tangkap rama-rama berwarna pink banyak2 nnt leh dapat free gift !! (gula2 lollipop berbentuk butterfly pink) 

Sementara papa ngan qa'id dalam box sambil tangkap rama-rama pink, ibu plak sibuk kumpul Fridge Magnet. Nk dpt FM tu kena like fb page diorg. selain fm dapat kalendar dan juga sampul angpow... huhuhu





Dah jam 12 tghr, masih lagi menunggu, masing2 dah kepenatan berdiri, tak tahu apa lagi yg nak dibualkan. anakanda al-qa'id pun dh kepenatan dan mengantuk. tapi ada je benda yg dia buat ... langsung tak duk diam !!







Akhirnya tiba juga masa tuk berangkat ke balai pelepasan. lebih kurang jam 12.30 tghr. Semua bergerak menuju ke kawalan imigresen untuk semak passport dan terus turun ke departure hall.




Ini adalah nek lang. adik beradik nenek. setiap tahun nenek akan ke mekah bersama abah .. bestnye !!


Ini nenek, masih kuat dan sihat. semoga nenek diberi kesihatan yg baik oleh Allah untuk mengerjakan ibadah umrah.


 Ini mak tam. adik beradik belah ibu ... tahun ni giliran maktam. mak tam pergi sendirian tanpa suami !!


Abah dan ibu ... adalah orang terakhir yg melepasi pemeriksaan imigresen !! setelah make sure semua jemaah selesai baru la abah dan ibu follow !!




Semoga jemaah umrah kali ni selamat berangkat ke Mekah dna selamat kembali. Kami ahli keluarga dan juga sanak saudara mendoakan kalian dan berharap agar ibadah diterima oleh allah. kami menunngu kepulangan kalian semua. 

oooops, hampir terlupa tuk masukkan gambar ni .... moment yg sangat touching !!







Gambar ni diambil dari laluan atas. boleh follow dan lihat family yg sedang membuat pemeriksaan imigresen antarabangsa ... 














No comments:

Post a Comment