Thursday, January 31, 2013

Rebate RM200

Akhirnya aku berjaya register rebat RM200. rebat ni aku gunakan tuk beli hp hadiah pd adik ipar yg dapat 8A PMR ... kanda la yg buat janji "kalau dapat 8A, nk bg samsung note". hamboih ... banyak duit??alih-alih, amekaw .. terkejut kanda bila adik dia betul2 dapat 8A.  

Setelah mendapat nasihat dan pendapat dr semua orang, kanda belikan juga hp tp bukan note la. mahal kot, mana la mampu nk beli walaupun Note I ... ahhaahh itu la padahnya kalau berjanji !! aku kesian pd kanda, nk marah pun ada ... lain kali jgn janjikan sesuatu yg tak mampu nk tunaikan!!

Disebabkan rasa kasihan pd kanda, aku terus bg cadangan tuk gunakan rebat RM200. ringan la sikit beban kanda. nak guna tuk diri sendiri, aku dh ada hp, br je beli tak sampai sebulan. 

Aku pun satu hal gak, tak nyempat-nyempat nk beli hp, kalau tunggu rebat, dah leh jimat RM200. RM200 cash tu leh wat beli HDD .... hurrrmmm, xpe la, anyway aku happy dapat ringankan beban kanda. ada juga hikmah di sebaliknya. 

Ni la hasilnya !! HTC Desire C



Harga hp ni sekitar RM700. then HTC ada buat promosi, dapat la kurang RM100. tolak dengan rebate, cuma perlu tambah RM400 saja lg. kanda keluarkan RM200 dan adik ipar sendiri keluarkan RM200. untuk screen protecter RM15 mintak drpd adik ipar lg sorang. so masing2 ada syer !!

Dapat free gift payung HTC, Cawan HTC dan juga Kalendar HTC. aku plak dapat sampul duit CNY HTC dan tune talk simpack. 

Sebenarnya, nasib baik la ada hp HTC ni. sebabnya semua kedai telco yg ditanya, semua takde stok. kalau ada pun I-Phone, HTC Butterfly dan smartphone yg mahal2. DIGI, CELCOM juga MAXIS sume hampeh. tetiba ada satu booth HTC dibuka dan tampal tentang rebate. kalau tak, terpaksa la pegi jejauh semata2 nk beli hp. dan adik ipar plak nasib baik dia leh consider hp HTC. sebab dia sebenarnya nk samsung atau sony yg harga RM800. demand jugak ... huhuhu




Pencuci muka

Tiba masa tuk tukar pencuci muka. dah 3 tahun guna pencuci muka yg sama. rasa jemu dan dh takde kesan dah. habis madu sepah dibuang ... mcm kacang lupakan kulit pun ye jugak ... ahahhaha

Sorang member pernah bagitahu pengalaman dia pergi jumpa pakar kulit. katanya kita tak boleh guna sesuatu produk tu untuk jangkamasa yg lama. sampai satu tahap kita kena tukar. tak kira la produk apa sekalipun.

Aku plak sering bertukar produk muka terutamanya sebab jemu dan bosan. bukan sebab pakar kulit ke doktor atau kawan .. dr remaja hingga sekarang dah macam2 produk pencuci muka aku guna. pencuci muka pertama yg aku guna ialah eversoft. tube kaler hijau. then beberapa tahun kemudian aku tukar kepada ginvera, pastu biore, kemudian fair and lovely. aku pernah guna hazeline, dove, clean and clear, simple, new york skin solution, mary kay dan sekarang syahirah! tube kaler pink. tahun lepas guna syahirah tp tukar pencuci muka tube kaler biru lak. 

Mula2 guna sesuatu produk tu memang rasa perubahan dan perbezaan. lama kelamaan dah xde apa2. masalah kulit muka yg berjerawat, berminyak, kering  tu memang dh biasa. tp tak teruk sgt dan terkawal. oleh sebab dh 3 tahun guna syahirah, aku rasa tiba masa tuk tukar pencuci muka lain plak. disebabkan umur aku yg semakin meningkat, rasanya tak salah aku cuba pencuci muka safi rania.

Last week aku ke pasaraya tuk beli safi rania gold facial wash, aamboih ... boleh tahan mahal dia. memang la new york skin solution dan mary kay tu lagi mahal tp, itu produk dr luar. ni produk tempatan, senang dibeli di mana2 kedai, tp harga dia .... xleh blah ... hurmmmm ... mungkin sebab ada nano gold kot. gold la sangat kan ... 


Bye bye Shahirah ... thank you so much for being nice to me !!


Hi Safi rania ... nice meeting you then, hope we can attached nicely!!

Koleksi Fridge Magnet 2013

Dah lama tak update pasal Fridge Magnet ... kebetulan isnin lepas aku ke KLIA, dapat FM free, baru teringat nk update beberapa keping FM yg aku simpan lama. lupa nk update !! koleksi pun dh makin bertambah ... so excited 


Floria Putrajaya aku beli masa festival Floria Putrajaya tahun 2012. ada banyak design tapi berkenan pd yg ni !


FM dr zoo negara, aku beli semasa pergi jenjalan bawa anak sempena hari lahir dia yg pertama tahun lepas 2012. sume cantik hingga tak tahu nk pilih yg mana satu.


Aku lupa mana datang fm ni. kalau tak silap dapat semasa bekerja kat opis lama. mungkin aku ada melawat booth pameran tuk kutip paperbag dan kebetulan ada fm dlm goodie bag tu. ye la kot !!

Di bawah ni adalah koleksi dari Malaysia Airports. Kebetulan mereka ada satu fb dan tengah tarik orang tuk like. so sesiapa yg like dpt 2 keping fm, sampul duit CNY, kalendar dan gula2. aku dpt 4 fm sebab like bg pihak kanda. suka tgk fm yg simple dan comel ... free lak lagi ... eheheh 





Wokeh ... itu sahaja tuk kali ni ... nnt ada lagi aku akan update di lain entry !!

Ana Ikan Bakar Petai

Malam sabtu lepas 26/1/13, adik ipar aku belanja family makan malam. tempat abah yg decide. semua org tak tahu kat mana tempat pilihan abah. rupanya abah nak makan kat restoran Ana Ikan Bakar Petai. 

Aku dh lama nk rasa mkn kat restoran ni. sb nk rasa ikan bakar petai. apa yg speselnya ikan bakar petai ni?? ni beberapa gambar yg aku nk share terutama menu utama dia la kan. ikan bakar petai. 


Kerapu masak 3 rasa ni dh biasa sangat ... plus aku x berapa suka masak 3 rasa or sweet sour  dan aku tak gemar ikan besar mcm ni !!


This one aku recommend ... sedap sangat ... kitorg ratah benda ni ... 


Ni lah dia ... menu utama yg glemer tu ... ikan bakar petai 


Ada dua sos untuk cicah dengan ikan bakar... satunya sos kicap dan satu lagi asam belacan .. both sedap hingga menjilat jari .. sos yg pekat, cukup rasa dan yg penting pedas dan rasa belacan memang kaw2 ... tu yg buatkan sos dia lain dr yg lain !!


Taadaaa ... ikan bakar petai .... abah pilih ikan merah ... ikan merah memang isi sedap dan lembut. aku yg habiskan ikan ni .... huhuhuh


Banyak lagi menu lain yg kami order ... mcm kailan ikan masin dan juga telur bungkus ... biasa2 je la yg tu ... air pula abah order longan ... 2 jag untuk 8 orang memang tak mencukupi ... air longan dia sedap, tak puas minum, nk tambah lg tp xpe la ... next time pulak ... !! ikan plak memang fresh .... puas hati. menu utama tidak mengecewakan!! cuma satu menu yg kami order, tak muncul sehingga saat kami selesai makan. xpe la, sebab time nk bayar, menu tu tak diambil kira pun. so bagi aku semua sedap dan memuaskan. mungkin mulut orang lain, lain pula citarasanya !!

So far makan kat sini memang tak menghampakan. kawasan dia luas dan ada playground. sewaktu kami sampai lebih kurang jam 9 mlm, memang full house, tp masih ada parking lot, dan ada meja lagi. kena tinjau dan pandai cari la kan. memang ramai tersangat ramai. first impression, mmg sesiapa pun akan fikir xnak la makan kat sini sebab, kereta banyak, parking penuh, meja penuh, orang sah-sah la ramai tak hengat, mungkin juga servis lambat sebab penuh kan .... lebih baik jgn buat andaian dengan hanya sekali pandang. bertenang dan enjoy !!

Bila tengok keadaan mcm tu, kena la bear in mind, pekata cuba dulu sambil observe ... kena la faham dan bg peluang tuk diri kita dan mereka. kalau mereka buat bisnes betul2 serius mesti mereka beri servis yg terbaik. fikir logik, yg datang tu majoritinya adalah keluarga dalam 5 orang ke 20 orang. nk makan malam bersama-sama, so kena la bersedia tuk terima apa sahaja kekurangan apabila dh memilih tempat mcm tu kan. dan kalau servis tak elok kenapa orang begitu ramai memenuhi restoran. setiap malam mesti full house, dan yg datang tak putus2 dan xde pun yg patah balik atau balik dengan perasaan hampa. aku tengok pelanggan yg balik dengan muka yg puas, setelah kekenyangan melantak, yg tinggal hanya pinggan yg licin dan dah berganti dengan sisa tulang ikan bertimbun. so, mesti ada sesuatu yg buat orang stay still !!

So kami juga beri peluang pada mereka dan diri sendiri, sabar menunggu, dan sepanjang berada di restoran, kami enjoy menikmati makan malam dengan tenang sambil berborak dan bergambar. perkara biasa la kalau ada sedikit yg ralat tu. kita semua manusia yg serba kekurangan. lain la kalau ada yg extremely teruk kan. so restoran ni sesuai tuk family menjamu selera!!
 

Tapai ubi goreng


Dah agak lama x makan tapai goreng. Kt kl ni mmg susah nk jumpa. Mungkin ada kt memana. Kbtln ibu beli byk tapai ubi tuk jamu jemaah umrah, tp ibu tlupa tuk hidang. 

Sb dh beli byk, xmau membazir, bosan mkn mcm tu je, baik aku goreng aje. Tawakal je la. Kalau diorg xnk mkn, aku habiskan. Bla dh msk ramai plak yg suka. Terutama abah. Berselera mkn. Ibu x suka sgt. X reti mkn katanya. 



Ini pula cendawan goreng ... feveret ibu ...  


Resepi tuk kedua-dua menu diatas sangat simple 

Bahan-bahan :

Tepung gandum
Tepung beras
Serbuk kari
Garam
Minyak masak

Cara membuatnya :

Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk. sukatan ikut suka. lebihkan tepung beras supaya lebih rangup. masukkan serbuk kari. aku guna serbuk kari ikan. serbuk kari daging dan ayam pun boleh. sama je. gaul hingga sebati. masukkan garam secukup rasa.

Adunan tuk tapai goreng tu jangan masukkan serbuk kari. 

Panaskan minyak masak secukupnya. goreng dan hidang. siap!! 
senang kan ...

Wednesday, January 30, 2013

Umrah 2013

Sudah 2 kali terlepas peluang untuk menghantar ibu dan abah serta jemaah umrah ke KLIA. kali ni aku tak mahu terlepas lagi. kebetulan hari isnin lepas 28/1/13 adalah hari cuti sempena thaipusam, so dapat la aku ikut serta. 

Aku malas nk cerita panjang lebar sebab tak sempat nk taip banyak2. so aku upload gambar aje la. ini semua adalah moment yg berlaku sepanjang masa di KLIA dr jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. 

Alkisah bermula dengan anakanda al-qa'id ha'il ... bertolak dr rumah jam 8.15 pg. sampai KLIA   jam 9.15. So isi perut anak dulu yg penting. ibu dan papa kemudian pun xpe. papa belikan pancake McD ... so fluffy and delicious...


Selepas breakfast, perut kenyang hati senang, leh la bermain dengan riang.



Ada orang datang ganggu qa'id yg sedang leka bermain tiang ... 


Geram betul dia kat orang tu ... hehhheh 




Cak Cak !! macam2 aksi qa'id ni bermain dengan tiang .... 


Para jemaah umrah dan juga ahli keluarga masing-masing .... meriah di arrival hall KLIA !!

Wajah masing2 happy dan ceria ... tak sabar-sabar nak fly .... ahli keluarga datang menemani dan memberi semangat !! aku plak ... sibuk merakam detik2 yg penuh berharga ini ... di dasar hati, semoga aku pun akan jejakkan kaki ke mekah ... sooner or later, insyaAllah !!






Our family, dari kiri sekali ialah cik payah, nenek, cik peha, cik mat (suami cik peha), cik borhan ( suami cik payah) .. mereka semua family belah abah (father-in-law)



Inilah keluarga kami ... dari kiri gambar ialah sarah, abah, yah, ibu, husni, qa'id, habib dan aku. yg duduk kat bawah tu ialah hairi .... yg xde dalam gambar ni ialah abul dan isteri serta emi.... dapat juga bergambar bersama ... memang payah nk bergambar bersama mcm ni !!




My father-in-law ... orang kuat. abah bertanggungjawab membawa jemaah umrah ... setiap tahun akan ada 2 trip ke mekah ... abah dah agak lama melakukan kerja ni ... dh mcm keje tetap pun ye juga ... semua anak2 dah dibawa bersama ... alhamdulillah semua dh sampai ke mekah ... aku ni bila agaknya !! huhuhu 


Ok, fokus pada gelagat si kecik ni plak .... heheheheh ... ni la rupa qa'id bila merajuk ... di tengah2 khalayak ramai tu, dia merajuk ... ibu rasa qa'id kebosanan ataupun lapar .. sb td hanya makan pancake aje. kesian anak ibu ni !! jap lg kita makan ye sayang !!













Jom makan, ibu belanja KFC Breakfast !!

Sementara tunggu makanan sampai, papa teman qa'id bermain kat KFC Funland dulu !! 






Leka bermain apa agaknya tu ??



Ni la dia yg buat qa'id leka tadi !! 


Sedap nyer bubur ayam KFC .... berselera qa'id makan .... sambil makan sambil tengok flight berlepas !! then sambung main ... nak suap bubur pun kena kejar !! 



Lepas dah kenyang, papa bawa qa'id masuk dalam sebuah box. dalam box tu ada angin yg kuat. angin tu akan menerbangkan rama-rama kertas yg berwarna-warni. tangkap rama-rama berwarna pink banyak2 nnt leh dapat free gift !! (gula2 lollipop berbentuk butterfly pink) 

Sementara papa ngan qa'id dalam box sambil tangkap rama-rama pink, ibu plak sibuk kumpul Fridge Magnet. Nk dpt FM tu kena like fb page diorg. selain fm dapat kalendar dan juga sampul angpow... huhuhu





Dah jam 12 tghr, masih lagi menunggu, masing2 dah kepenatan berdiri, tak tahu apa lagi yg nak dibualkan. anakanda al-qa'id pun dh kepenatan dan mengantuk. tapi ada je benda yg dia buat ... langsung tak duk diam !!







Akhirnya tiba juga masa tuk berangkat ke balai pelepasan. lebih kurang jam 12.30 tghr. Semua bergerak menuju ke kawalan imigresen untuk semak passport dan terus turun ke departure hall.




Ini adalah nek lang. adik beradik nenek. setiap tahun nenek akan ke mekah bersama abah .. bestnye !!


Ini nenek, masih kuat dan sihat. semoga nenek diberi kesihatan yg baik oleh Allah untuk mengerjakan ibadah umrah.


 Ini mak tam. adik beradik belah ibu ... tahun ni giliran maktam. mak tam pergi sendirian tanpa suami !!


Abah dan ibu ... adalah orang terakhir yg melepasi pemeriksaan imigresen !! setelah make sure semua jemaah selesai baru la abah dan ibu follow !!




Semoga jemaah umrah kali ni selamat berangkat ke Mekah dna selamat kembali. Kami ahli keluarga dan juga sanak saudara mendoakan kalian dan berharap agar ibadah diterima oleh allah. kami menunngu kepulangan kalian semua. 

oooops, hampir terlupa tuk masukkan gambar ni .... moment yg sangat touching !!







Gambar ni diambil dari laluan atas. boleh follow dan lihat family yg sedang membuat pemeriksaan imigresen antarabangsa ...