Saturday, March 21, 2015

Fashion and dressmaking at Giatmara

13 jan 2015-21 mac 2015 
Tempoh aku berada di giatmara. Banyak benda berlaku, banyak yang aku nak share kat blog. Selepas kejadian rasa cam nak luahkan aje kat sini, tapi sekarang rasa macam semua tu dah tak penting. So aku belanja gambar hasil yg aku belaja kat giat. 

poket tebuk

poket dua bibir


baju kanak-kanak

Sepanjang kat giat aku tak banyak amik gambar pun. Tumpang bergambar kamera orang aje. So ada la jugak memori daun pisang sepanjang kat giat. Ada sorang tu sepanjang hari dia selfie. Mula2 tu aku ok je, tapi lama kelamaan rasa sangat anoyying, horny face la, duck face la, baby face la, eeeiiii gedikssss nyer. Sepanjang masa tak kira la masa tea break, lunch, gotong royong, assembly, bacaan yaasin, ceramah, bersukan semua nak selfie. Takleh blah lepas guna handfon sendiri, pinjam pulak handfon iphone member. hish bernanah mata nengoknya. 

Yang lain tu ada ketika je la selfie. Aku pulak sepanjang masa kat giat aku malas nak belek handfon. Fokus pada jahit 100%. Sebab memang itu niat aku masuk giat. Enam bulan je pun, so aku taknak sia-siakan masa dengan perkara remeh. Balik rumah tengok noti whatsapp beratus. Noti fb berpuluh. Aku bukak baca dan kalau rasa merepek aku terus clearkan conversation. Fb plak yang mana ada kaitan tu aku respon. Selebihnya aku take note je. Memang takde masa nak ngadap lappy. Apatah lagi nk update entry. 

Entry kali ni memang terkumpul sejak day 1 kat giat. Aku ada buat draf, tapi malas pulak nak menaip. Hanya boleh kongsikan ini sahaja. Selebihnya biarlah ia berlalu pergi. Ada banyak lagi yang aku dah belaja. Tapi tak snap gambar. Nanti ada masa aku update semula. 

Bakat terpendam??

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku berjaya siapkan homework. Tapi belum siap sepenuhnya. Tinggal lagi nak buat frame then letak nama. Idea banyak tapi tak menjadi sebab tak berkenan dengan hasilnya. So tak puas hati, kena buat lagi. 



Petang pulak dah janji dengan anakanda al-qa'id, nak baa dia ke pantai main bubble. Tapi angin kuat sangat, bubble plak tak menjadi, air sabun kurang sabun terlebih air. Apapun papa dan qa'id seronok mandi manda.  



Malam pulak aku berurut badan. Tak boleh nak cancel sebab dah buat appoinment. Badan aku sakit sangat terutama belakang pinggang dan perut. Rahim aku jatuh sebab dah lama tak berurut. Badan pulak banyak angin. So dah  tak tahan menahan sakit, memang kena urut jugak. 

Teringat pulak projek mekap dengan jiran aku kelmarin. Aku ada share gambar ke group whatsapp giatmara. Sebab diorang suka mekap-mekap ni. Ada sorang tu aku nk sangat tengok muka dia tanpa mekap. Pastu aku teringin nak mekapkan dia. sebab mekap dia terlalu tebal untuk usia dia yang muda. Datang kelas jahit je pun, takyah lah mekap tebalmacam pengantin. ekekkekekekke

Salah sorang tu komen, katanya aku ada bakat terpendam. Lagi sorang katanya macam minah arab dah mekapnya. Tergelak dibuatnya. Aku pun tak tahu lah itu namanya bakat terpendam atau hanya kebetulan. Dah ada peluang untuk belajar, aku buat la ikut sukahati aku. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, cuba lagi. Sebab tak rugi belajar. 

Apapun fokus kepada jahit dulu. Sambil tu kalau ada peluang belajar mekap, aku akan ambil. In Sya Allah. Jahit ni pun dulu hanyalah angan-angan aku je. Aku berangan nak jahit baju kurung sendiri, jahitkan baju melayu untuk kanda, jahitkan baju tidur untuk qa'id. Tak sangka sekarang aku dapat peluang belajar jahit. Memang tak sangka sangat dapat peluang ni, yang penting kanda support 200%. Family members pun support. Alhamdulillah. Aku takkan sia-siakan peluang ini. 

Sambil tu kumpul duit untuk beli mesin, kalau takde mesin, sia-sia je lah aku belajar jahit. Kalau tak dapat jahit untuk orang, jahit untuk diri sendiri pun dah cukup bagus. 

Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk aku. 


Cuti sekolah

Assalamualaikum wbt

Seminggu cuti sekolah, aku pun cuti juga, cuti penggal giatmara. ahahhahahahha. Tapi baru hari ni berkesempatan jenguk blog. Busy sangat-sangat. Kena siapkan homework bagai. Balik kampung plan nak siapkan kat kampung homework tapi ada je program lain. Balik rumah Mersing pulak, ada je benda yang nak dibuat. 

Ikutkan aku taknak balik kampung, sebab nak siapkan homework. Tapi kanda pujuk balik, katanya atuk dan wan rindukan cucu. Lagipun sebagai anak kena la selalu jenguk mak ayah kan. Lain lah aku ni, mak ayah dah takde. Sebagai isteri aku kena lah taat pada suami. Aku taknak suami aku jadi anak derhaka. Hampir dua bulan tak balik jumpa mak ayah, so bila dh cuti panjang ni, apa salahnya luangkan masa baik kampung jumpa mak ayah.

Okey, dah balik mersing aku cuba siapkan homework aku yang terbengkalai. Tapi masih juga tak siap hingga ke hari ni. Huhuhuhu



Dua hari lepas, jiran aku whatsapp, lebih kurang macam ni la, dia nk aku jadi model make-up dia. So aku setuju aje. Petang lepas asar tu kami jalankan lah projek jiran aku tu. Alkisahnya, kawan jiran aku ni nk nikah bulan mei nanti, dan minta dia make-upkan. Oleh sebab dia dah lama tinggalkan kerja-kerja make-up ni, so dia bercadang untuk warm up balik skill make-up dia tu. Lelama tinggal nanti hilang pulak ilmu yang dipelajari. Aku pulak dah lama sangat tak touch-up muka dengan make-up, dan teringin nak dimake-upkan, so aku setuju aje lah.

Bila tengok peralatan make-up tu aku tetiba jadi teruja, terus aje cakap kat jiran aku tu, lepas ni aku pulak nak make-upkan dia. Tolong ajarkan aku make-up. Nak juga cuba guna segala mak nenek peralatan make-up tu terutama berus. Nak beli make-up set sendiri rasa membazir. Bukannya selalu pkai pun. Tapi aku sebenarnya suka make-up, tapi tak reti nak make-up. Nak masuk kelas rasa malas. So make-up la dengan apa yang aku ada. Sekali tengok peralatan make-up jiran aku tu, complete set, macam-macam ada, tangan rasa gatal plak nak mencuba. 

So inilah hasil projek kami. 


 
Seronok juga belajar make-up ni. Lepas ni kalau ada peluang, aku nk blaja make-up lah pulak. Memang minat dan suka make-up. Tapiiiiiii ..... takde modal. kih kih kih. Dulu ada juga berangan nak jadi jurumekap. Sama macam aku berangan nak jadi tukang jahit. Semoga jadi kenyataan suatu hari nanti. In Sya Allah

Friday, March 6, 2015

Entry takde tajuk

Assalamualaikum wbt

Rindunya kat blog, sangat lama tak update. Sejak masuk giatmara ni memang masa sangat terhad. Banyak perkara nak cerita dan kongsi tapi masa tak mengizinkan tambah dengan penyakit malas. 

Tak sangka sekarang dah hampir 3 bulan aku jadi pelatih giatmara. Rutin harian aku jam 7.30 pagi gerak ke bengkel, lebih kurang 8.45pg aku sampai. Jarak bukan jauh sangat pun, tapi kat bandar ni kadang ada banyak kereta, kadang lengang. Aku kena pandu perlahan-lahan di sekitar Mersing ni. Sebab orang sini memandu melulu, kalau nak keluar simpang tu, main terjah je. motor kereta sama je. Aku pernah eksiden sekali dan hampir eksiden banyak kali. Brek mengejut toksah cakap, sampai simpang baru bagi signal. Kadang tu langsung tak bagi signal. Huuurrmmmmm.

Jam 8.00pg assembly. Kena nyanyi lagu negaraku, lagu negeri johor dan lagu giatmara, bacaan doa dan ikrar. Dengar amanat then baru masuk bengkel sekitar jam 8.40pg. Masuk bengkel pulak kena baca doa, pastu baru leh buat kerja. Jam 10.00pg tea break setengah jam. Rehat sejam dr kul 1.00tghr ke 2.00ptg. Sebelum balik kena gotong royong dulu. Sekitar 5.15ptg baru boleh balik.

Sampai rumah je badan letih. Sesi surirumah pulak sampai la tido jam 11.00mlm. Cuti hari jumaat dan Sabtu. Kalau ada cuti umum, kitorang pun cuti jugak lah. Sama macam orang yg bekerja. Pertengahan bulan mac ni ada cuti pengal selama seminggu. Aku nak duk umah je. Rehat puas-puas. Petang-petang boleh ambil angin kat pantai.

Hari cuti hjung minggu biasanya aku manfaatkan sepenuhnya untuk anak dan suami. So mood nak berblog 50-50. Aku ni jenis yang malas nk berblog kalau tkde mood. Pastu benda nak diceritakan hilang macam tu aje. Bila ada masa online, dah lupa nak tulis apa. akhirnya senyap macam tu aje. Hari ni pun sama, tapi aku nak dapatkan mood, so merepek meraban la sekejap. Mana tahu tetiba je mood datang dan idea mencurah-curah. At least boleh draft dulu. 

Ok dah nak maghrib, kena uruskan anakanda dulu. Malam karang sambung balik.