Showing posts with label Ketidaksihatan. Show all posts
Showing posts with label Ketidaksihatan. Show all posts

Sunday, January 11, 2015

Ikan kerisi masak berlado

Assalamualaikum wbt

Oleh kerana kanda dah semakin sembuh, maka hilanglah segala pantang nye. Chicken pox dah tak tumbuh lagi dah. Skang ni chicken pox tu tegah mengering. Maka banyakla bintik-bintik hitam. Ok serius yang ini sangat scary. Tak sanggup nak share pic. Kanda risau lekat parut. Dia dah tanya aku camana nak hilangkan parut tu nanti. Aku ada je jawapannya, nak ngan taknak aje. 

Apapun, kanda dh mula berselera makan. Tapi dia tak tahu nak makan apa. Tetiba dia minta nak makan masak berlado. Kebetulan aku ada beli ikan kerisi, maka aku pun masaklah ikan kerisi masak berlado. Ni haa rupanya !


Alhamdulillah rezeki dari Allah. 1st time buat. Terima kasih la pakcik google sebab baik hati bagi resepi. Kenyang kami sekeluarga semalam. Qa'id yang cerewet makan tu pun habis juga seekor ikan. 
  

Friday, January 9, 2015

Penangan Chicken Pox gelembung air bertukar jadi gelembung nanah

Assalamualaikum wbt

Hari ke-5 kanda chicken pox. Gelembung air dah bertukar menjadi nanah. Sangat menggelikan. Dalam masa yang sama sangat kasihan tengok kanda yang serabai, tak terurus, tak selesa. Bila aku tunjuk gambar belakang kanda yang dipenuhi gelembung nanah, kanda sendiri geli melihatnya. 





Aku tanya apa yang kanda rasa. Katanya rasa sakit pada gelembung tu. Tak boleh sentuh tempat gelembung tu. Kanda suruh aku cuba bayangkan sakit jerawat batu. Tapi sakit chicken pox ni lebih dari sakit jerawat batu. Kalau sakit jerawat masih boleh sentuh. tapi sakit chicken pox jangan la cuba nak sentuh.

Sejak mandi dengan daun semambu, rasa gatal memang hilang. So selesa lah sikit. Tapi masih rasa tak selesa sebab diri tak terurus, kepala dipenuhi kerak, liang roma keluar putih-putih macam nasi, janggut dan misai panjang, rambut berminyak. So tetap tak selesa juga. Sekurang-kurangnya gatal hilang. 

Aku faham macamana perasaan bila mengalami kegatalan. Cukup terseksa bila gatal sebab alergy. Gatal chicken pox lebih dasat lagi. 

Thursday, January 8, 2015

Ais krim bubur pulut hitam ais krim malaysia

Assalamualaikum wbt

Bangun pagi tadi terus ke dapur, tengok sekeliling dapur kesayangan aku, apa nak makan hari ni ye? Dah banyak hari aku tak masak. Rasa macam ular sawa pulak. Takpun macam harimau pun ye jugak. Makan kenyang2 pastu duk rehat aje tak buat pape. Ni semua sebab kanda yang ketidaksihatan. dapur dikuarantin. Hanya boleh masak makanan yang tidak bergoreng sahaja. 

Bubur nasi nampaknya dah tak berselera lagi nak menelannya. 3 hari berturut-turut makan nasi air. Sup tulang pun dah hancur dagingnya. Mushroom soup pun dan tak bernafsu. Tinggal bubur pulut hitam aje yg masih berselera. Tetiba datang idea untuk buat ais krim malaysia. Kanda pun dah tak sakit tekak lagi. Chicken pox pun dah bertukar jadi nanah. Kata kanda, dah boleh makan pejal dan dah tak perlu berpantang. 




Aku malas nak cakap apa, ikutkan aaje lah. Tapi barang dapur memang kena beli. Sebab dah banyak hari tak masak, semua dah rosak dan tak fresh lagi. 



Tuesday, January 6, 2015

Kelapa dan semambu ubat chicken pox

Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulillah. Semalam ada jiran sedekah buah kelapa untuk kanda. Bukan sebiji tapi setandan kelapa muda. Syukur sangat.

Baru je siap proses kelapa, kawan kanda pulak datang hantar pokok semambu. Rezeki mencurah-curah datang. Allah swt permudahkan segala urusan. Semoga kanda cepat sembuh.




2 hari pertama demam, kanda dah minum kelapa. Bila dah sah chicken pox, doktor larang minum kelapa. Reason, air kelapa akan menyebabkan bertih air tu akan keluar banyak secara mendadak. Air kelapa mempercepatkan bertih keluar. So badan akan mengalami kejutan. Kalau tak minum kelapa bertih tu akan keluar secara normal.

Majoriti yang tahu kanda dapat chicken pox suruh kanda minum air kelapa. Termasuklah jiran-jiran. Itu la pasal ada jiran sedekahkan buah kelapa setandan. 

Sewaktu di klinik tempohari aku bertanyakan seorang kakak, mana nak cari pokok semambu. Katanya pokok tu senang dapat kat kuil india. Kat Mersing ni mana la nak cari kuil india. Ada satu kuil besar kat tengah2 bandar. Tapi xde pulak pokok semambu. 

Kami turut bertanyakan jiran-jiran, mereka pun tak tahu mana nk cari pokok tu. Tetiba officemate kanda datang hantar. Aku sempat bertanya, mana dia dapat, katanya kat kuil india di Mersing kecil. Gunanya daun pokok semambu tu untuk buat mandi dan juga lapik tidur. Tujuannya untuk kurangkan gatal chicken pox.

Kepada jiran-jiran yang membantu juga officemates kanda yang susah payah cari pokok semambu tu, kami ucapkan berbanyak terima kasih. Jasa kalian kami hargai sangat. Semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua. Amin.



Monday, January 5, 2015

Nasi air untuk orang demam

Assalamualaikum wbt

Dapur kena kuarantine sepanjang tempoh kanda demam campak. Bukan la kata langsung tak masak. Untuk beberapa hari ni masak sup aje. Takleh masak yang bergoreng. Ikutkan aku nak aje masak. Tapi atas arahan tuan punya badan yang sakit. Aku akur aje la.

Aku suarakan juga untuk masak laksam dan laksa. Tapi kanda nak sup dan nasi air aje. Buat pertama kali aku tengok kanda berpantang makan. Sup bukan feveret kanda. Kanda suka masak lemak. Hari-hari masak lemak pun takpe. Tapi sup sebulan sekali. 

Tengok muka kanda masa makan nasi air, macam pasrah sangat. Kesian pulak tengoknya. Ta sampai hati.Tapi dah terpaksa. Semoga kanda cepat sembuh!!



Selain nasi air kanda boleh telan mushroom soup yang instant aje lah. Nak buat sendiri tak boleh sebab nanti kena tumis juga bawang. Macam-macam aku nak masak, tapi dah tuan punya badan larang, biarkan aje lah. 


Chicken pox hari ke-2

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah masuk hari ke-2 kanda chicken pox. Kesian tengok kanda yang dah macam apa ntah. seluruh badan putih dengan ubat. Ada member kat fb komen kata kanda dah macam hantu kongkang. Nasib baik aku tak tahu camana rupa hantu kongkang. Kalo tak memang x tidur malam la jawabnya. 

Muka kanda menggerutu, bahagian depan badan pun menggerutu, bahagian belakang badan pun sama juga. Bahagian belakang rasanya lebih truk. aku yang tengok ni rasa scary. Kanda sendiri bila tengok gambar, geli katanya. 






Ini pertama kali aku tengok rupa cacar air. Dan juga kali pertama berdepan dengan orang yang mengalami chicken pox ni. Kanda duk risau anakanda al-qa'id. Qa'id kemungkinan akan kena. Aku pun boleh jadi akan kena juga. 

Tawakkal dan redha aje lah. Semoga kanda cepat sembuh. Semoga Allah swt permudahkan segala usaha kami. Amin 

Sunday, January 4, 2015

Demam campak

Assalamualaikum wbt

Sepagi tadi berada di klinik, teman kanda check-up.

Apa kata doktor tentang demam kanda ?? 

Kanda disahkan terkena demam campak. Menurut doktor, nasib baik kanda datang awal, cacar air belum tumbuh banyak lagi. Doktor larang minum air kelapa. Ada beberapa ubat diberikan untuk cacar air.

Aku termenung seketika, semalam sebelum tidur aku perasan ada melepuh pada badan kanda. Aku tak pasti benda apa pada mulanya. Rasa hairan juga tengok badan kanda banyak bintik2 merah macam ruam. Aku syak kanda terkena demam campak. 

Jujur cakap, ini first time kanda demam, pastu kena chicken pox pulak. Camana nak handle ni?? Aku takde pengalaman uruskan orang demam campak. Aku sendiri pun tak pasti samada aku pernah kena atau tak. 

Malam tu jugak aku google pasal demam campak. Semua simptom ada pada kanda. Memang sahlah demam campak. 

Dalam blog yang aku baca tu ada sebut pasal daun semambu, air kangkung dan air kelapa. Itu ubat tradisional untuk chicken pox. So kena prepare la mana patut. 

Skang ni aku zero pengalaman pasal chicken pox. Kalau kata ia akan berjangkit pada aku dan juga qa'id, memang boleh terjadi. Sebab qa'id belum pernah kena. 

Suhu semalam

cacar air yg tumbuh semalam


seluruh badan kena sapu ubat

Kanda dapat cuti sakit 4 hari. Semoga demam campak tak berlarutan dan cepat sembuh. Bila kanda sakit, terserlah beberapa kelemahan dia. Yang jelas, time sakit ni la suami nak bermanja dengan isteri katanya. Betul ke wahai lelaki di luar sana?? 




Bila kanda demam

Assalamualaikum wbt

Sekali kanda kena demam memang haru. Kanda susah nak demam. Sejak kahwin dengan kanda, ni kali pertama kali kanda demam. Memang aku x tahu nak handle, jujur cakap.

Jumaat ritu kanda balik dari pejabat, katanya badan rasa lain macam, semacam nak demam. Malamnya kanda dah lain macam, badan lemah, tak larat dan belakang sakit-sakit katanya. Kanda minta aku urutkan belakang dan kaki. Bila sentuh aje badan dia memang panas membahang. Aku letak tangan kat dahi dan leher, memang panas betul. Terus amik termometer nk tengok suhu. Memang sah la demam.





Hari sabtu, kanda demam teruk. Suh badan semakin tinggi, hilang selera makan, badan lemah tak bermaya. Keluar mencari air kelapa, dapat la dua biji. Kanda still refuse makan ubat. Hanya minum air kelapa. 






Sebelu tidur tadi kanda cek suhu, makin naik ke 38.9 darjah. Esok pagi kalau masih tak berubah, kena ke klinik juga. Apapun tengok lah camana nanti. 



Wednesday, May 28, 2014

Masa untuk keluar dari gua

Assalamualaikum wbt

Tak sabarnya nk blik ke Mersing ... Tinggal bbrp hari shj lg ... Betapa rindu nya pd bumi Mersing, kerana di situ lah syurga ku ... Ikut perancangan ahad nnt gerak blik ... In Sya Allah, mudah-mudahan.

Hampir 2 bulan aku bertapa di Sungai Merab, di rumah keluarga mertua, mulanya untuk tempoh pemulihan daripada operation appendiks .. Kemudian kanda pula ada urusan rasmi berkhidmat utk negara, demi keselamatan aku dan anakanda al-qaid ... Terpaksalah stay sehingga selesai urusan kanda ..

Pada mulanya mmg rasa kecewa dan sedih tapi apakan daya, aku kena tabah dan redha ... Ada hikmah di sebalik semua ini !!

Alhamdulillah sepanjang tempoh bertapa tu aku dpt lalui dengan tenang dan penuh harapan .. Segala aktiviti dan tanggungjawab dpt dilaksanakan sebaiknya ... Sekarang kesihatan aku semakin baik, emosi stabil, fizikal so so ... Almaklumlah menanggung rindu ... So kena lah berkorban sikit ..

Lepas ni kena teruskan apa yg telah aku mulakan ... Segala perancangan mesti dilaksanakan dan semoga kejayaan dan kebahagiaan mengiringi ... In Sya Allah

Apendiks

Assalamualaikum wbt

Sungguh tak disangka ... Tak pernah terlintas di benak ... Dan bukan juga aku minta semua ni terjadi ... Suddenly it just  happened and i can do nothing ... Redha dan pasrah je la ... Perasaan aku hanya Allah swt yg tahu ...

Tak dapat bayangkan dan gambarkan kesakitan akibat apendiks ni ... Setiap orang berbeza keadaannya ... Aku pula tetiba sahaja demam on off 3 hari, kmdn sakit seluruh badan, baring salah, duduk salah, berdiri salah, tidur salah, mengiring salah, bernafas sakit, makan sakit, minum sakit, berak kencing sakit, memang tak boleh buat apa2 ... Semua sakit dr hujung rambut ke hujung kaki plus bleeding yang sangat banyak ... Rasa macam nazak tunggu masa je ... Pelik betul sakit dia ...

8 hari aku bertahan ... Nasib baik apendiks tak pecah ... Kalau tak naya aku .. Boleh bawa maut ... Doktor yg merawat aku cakap 8 hari tu patutnya dh pecah !!! Memang tak dapat nk bayangkan lah kalau pecah ... Ngeriii

Bila disahkan apendiks aku down sangat dan tak boleh terima kenyataan apabila terpaksa buat pembedahan ... Soalan pertama aku tanya pada doktor, bolehkan saya mengandung lepas ni ... Ye lah mana taknya perut aku nak kena toreh lg ... Berjahit berpantang ... Luka c-sect baru sembuh .... Tambah plak satu lagi ... 2 thn aku tunggu utk sembuh, tetiba jadi mcm ni ... Memang frust sgt!!!

Seboleh nya aku tak mahu teruskan pembedahan tp apakan daya aku tak mampu lawan takdir, jadi pulak bahan presentation doktor pelatih kpd doktor pakar ... Lepas tu pulak 3 kali delay sbb operation theater ada banyak emergency case !!! Memang nasib aku malang, 4 hari berpuasa tanpa niat puasa ... Bdn lmh selemahnya, bibir kering merekah dan berdarah, tangan plak dah membengkak dan sangat sakit akibat drpd suntikan ubat tahan sakit dan antibiotik ... Jujur aku ckp, suntikan tuk masukkan wayar ke salur darah tidaklah sakit mana jika nak dibandingkan rasa sakit suntikan ubt melalui saluran darah ...

Aku dapat rasa cecair ubat mengalir masuk dalam saluran darah ... Tajam menyucuk-nyucuk, rasa mcm nk lumpuh sebelah tangan ... Tangan kiri bengkak dan sakit, tukar pula ke tangan kanan ... Sama juga sakitnya dan tangan kanan pula makin bengkak ... Tiap kali nurse masuk ward aku rasa cuak ... Takut sangat ... Terutama time bagi ubat ... Dengan suara yg lemah aku mohon nurse tu buat slowly, nurse pulak suruh aku tahan sakit ... Dan aku terpaksa tahan kesakitan demi kesakitan sehingga menitis air mata setiap kali suntikan kemudian tertidur keletihan !!! Dalam hati kenapa aku harus lalui semua ini??? Berapa lama lagi dan bila ia akan berakhir?? Menangis lagi ... Pasrah !!!

Bila tiba giliran aku masuk OT, mmg dh x berdaya, longlai .. Aku berserah bulat-bulat pd Allah swt ... Sebolehnya aku nk percepatkan dan tak sabar dh menunggu, letih dan terseksa, i can't wait for another day anymore ... Tak henti berdoa semoga semua ni cepat-cepat berlalu ... Tak mampu nak fikir dan menangis lagi ... Aku dah tak tahan tanggung sakit, semoga semuanya lancar dalam OT ...

Setelah selesai semua urusan, aku dah tak sabar nak discharge ... Menipu doktor cakap dah tak sakit dan dah ready nak balik ... Padahal nak bergerak pun payah ... Sebelum sakit selepas pun sakit ... Persetankan, yg penting aku nk keluar dari sini, nk blik rumah, rindu anak dan suami ... Cepat-cepat minta nurse cabut jarum kat tangan ... Baru perasan tangan sebelah kiri rupanya ada dua kesan jarum ... Agaknya semasa operate tadi darah dimasukkan ... Memang sepanjang dalam OT aku tak sedar apa sebab fully bius ... Sedar aje aku dh kat katil ward ...

Satu pengalaman yang ngeri dan aku kini xde lagi organ apendiks ... Ehehheheh yg best berat badan turun 3 kilo tanpa susah payah diet ... Sekarang berat badan naik semula ... Apapun syukur semuanya selamat dan selepas bertapa hampir dua bulan, aku dah makin sembuh ... Tapi masih perlu berhati-hati ... Luka luar nampak aje ok, luka dalam tak tahu macam mana ... Hope all is well ... Life must go on ... No turning back ... Have faith in Allah swt!!

Thursday, December 12, 2013

Demam pakej

Assalamualikum wbt

Kalau nak kata sekarang ni musim demam, rasanya sepanjang masa ada je yang demam. so memang demam tak pernah ada musim la ye ... pape je la ... tapi kali ni demam pakej. Aku demam, diikuti anakanda al-qa'id. kebetulan semasa kami berdua demam papa sailing. memang besar sungguh dugaan untukku.

First time aku dan qa'id demam serentak. Mulanya aku selsema aje dulu pd isnin 2/12. kemudian aku ke Pusat Kesihatan ambil ubat selsema pada 4/12 rabu. Hari jumaat 6/12 kerongkong rasa perit, panas dan kering. tengahari tu aku dah mula batuk2 kering. 

Sabtu 7/12 pergi kenduri, balik dr kenduri kanda sakit2 badan. malam pulak badan aku rasa semacam, seram sejuk, senak perut, kepala berdenyut, akhir sekali aku berpeluh sewaktu tidur.

Ahad 8/12 aku ke kelas menjahit, memang hilang fokus sebab kepala berdenyut dan sakit. Balik rumah kanda gtau qa'id terkena iron. petang lepas zohor pergi kenduri. malam badan aku terasa sangat lemah. sangka aku sebab makan makanan kenduri. so ajak kanda teman aku berurut. 


Isnin 9/12, bangun pagi rasa ringan tapi sakit2, sengal2 dan seram sejuk seluruh badan. aircond pulak kuat, kepala aku dh berdenyut, selsema datang balik, mata dah berair, tekak dah perit, kompem demam. badan menggigil, aku telan ubat demam. then rebahkan badan sekejap kat surau. 

Petang jemput qa'id, mak noor kata qa'id demam. sampai rumah aku terus bagi ubat pada qa'id then tidurkan dia. aku pun turut tertidur kepenatan sebab demam. malam jam 10 terjaga sebab qa'id muntah. setel sume, sambung tidur. kemudian jam 2 pagi terjaga lagi sebab qa'id muntah lagi. aku berikan ubat bontot sebab panas badan qa'id cecah 38darjah.


Jam 5 pagi hari selasa 10/12, qa'id lapar, minta susu, kemudian muntah lagi. selepas makan ubat qa'id sambung tidur. aku tak pergi kerja sebab anak demam, diri sendiri pun demam. bangun pagi jam 8 qa'id segar, sempat bermain sebelum badan lemah kembali. sekitar jam 11 pagi selepas beri ubat makan dan ubat bontot aku tidurkan qa'id. suhu badan dah cecah 39.4darjah. jangan sampai 40 darjah, bahaya untuk kanak-kanak. nanti boleh jadi sawan. qa'id sambung tidur, dengan harapan bila bagi ubat bontot tu suhu turun. jam 3 ptg suhu menten 39. aku dah cuak.


Terus aku maklum kan ibu dan abah. lepas asar gerak ke klinik zalfah di seksyen 4, BBB. orang ramai so kena tunggu agak lama. lepas maghrib baru dapat jumpa doktor. lega lepas jumpa doktor, sebab doktor masukkan ubat bontot dan juga berikan ubat demam yang baru serta antibiotik. bukan apa, dah bagi ubat demam dan ubat bontot sampai 3 biji panas masih tak kurang. 

Balik dari klinik terus tidurkan qa'id. sepanjang malam qa'id tidur lena. rabu 11/12 hari cuti umum untuk selangor, so dapat lah aku cuti dan menjaga anak yang masih demam. diri sendiri pun belum semdbuh sepenuhnya. tapi aku kena kuat demi anak. alhamdulillah hari ni masih panas tapi berkurang sedikit. takde la cecah 39. keep cont bagi ubat demam, antibiotik, ubat selsema dan ubat batuk. nampak macam semakin ok. lega sangat !! 

Ikutkan hari ni khamis 12/12 aku masih malas nak bekerja, memikirkan anak yang masih belum sembuh sepenuhnya. tapi apakan daya, aku perlu bekerja. mengharapkan qa'id sembuh seperti sediakala, sepanjang hari fikiran tak fokus, asyik teringat anakanda saja. tak sabar nak balik jemput qa'id, rindu sangat pada anak. aku pun cepat la sembuh, aku perlu sihat supaya anak aku pun sihat. semoga Allah permudahkan segalanya. 




Wednesday, April 10, 2013

Operation lutut

Minggu lepas kanda menjalani pembedahan pada lutut kanan. Hari isnin 1/4/13 kanda masuk wad, bermalam di wad, then hari selasa 2/4/13 jam 10 pg operation dijalankan. Lbh kurang tghr selesai dan dimasukkan ke wad 8B hospital serdang. 

Balik dr kerja, aku dengan bapa mertua singgah jenguk kanda sekejap. Ni la keadaan kanda sewaktu aku melawat tempohari. 

Sewaktu kami sampai kanda terbaring tanpa bantal ... kanda bukannya tidur tapi menahan kesakitan dan kanda tidak dibenarkan banyak bergerak ... orang dh biasa aktif tetiba terbaring macam ni .. sabar ye sayang !!


Keadaan lutut kanda yang dioperate ... 



Yang bertampal di dada kanda tu adalah injection morfin, dadah untuk tahan sakit ... tp kanda x amik pun selepas operation ... katanya dia nak rasa sakit tu camana rasa .... sukati kanda la !! dahi berkerut menahan sakit, ubat bius dh hilang memang azab sakit (aku pernah rasa) !! jujurnye aku tak pernah tengok kanda mcm ni selama kenal... 


Dari malam isnin kanda tak dibenarkan makan. kena berpuasa, tepat jam 6 ptg hari selasa baru leh makan. kanda habiskan 2 portion of food ... dah tak fikir da makanan sedap ke tidak asal dapat makan. kebulur katanya. menu plak sume western !! untung orang sakit dapat makan western setiap hari .... kikikikiki


Semoga kanda cepat sembuh seperti sediakala .... alkisahnya lutut kanda ni, ligamen terkoyak. ianya berlaku sewaktu bermain bola sepak semasa di pusat latihan maritim kuantan awal tahun 2011. sewaktu hari pernikahan kami, kanda baru je lepas cedera. nk duduk bersila mengadap tok kadi pun seksa.

Then kali kedua cedera semasa kat tempat kerja sewaktu bermain badminton. kejadian berlaku tahun 2012. kali ni kanda buat ujian MRI dan lutut kanda terpaksa ditebuk dahulu sebelum operation dijalankan. entah macamana, malang tak berbau, kanda cedera kali ketiga awal tahun ni 2013, kanda terjatuh bagi mengelak dari memijak pasu bunga di rumah, menyebabkan ligamen putus terus. bila ke hospital tuk buat pemeriksaan, doktor perlu operate segera. dan kalau ikutkan memang tarikh tuk operation telah ditetapkan pd 2/4/13. 

Keesokan harinya, aku ke hospital melawat kanda bersama ibu dan abah. knda nampaknya dah ceria dan sihat ... alhamdulillah !! kanda dibenarkan discharge pada hari khamis 4/4/13. 



Wednesday, January 9, 2013

Bantal punya pasal, aku jd robot !!

Jumaat lepas 4/1/12, aku xleh bangun xleh angkat kepala dan badan. Disebabkan tu aku bangun lewat dan setelah bersiap perlahan-lahan, minta kanda hantar ke opis. seharian kat opis menahan kesakitan. sapu flanil dengan harapan akan hilang sakit. tp langsung tak berkesan.

Petang tu sampai ke rumah minta kanda urutkan. rasa lega sangat sebab sakit dh hilang. keesokanya sabtu 5/1/13 aku rasa badan cam lumpuh di bahagian bahu ke kepala. langsung tak boleh bergerak. amik masa yg lama tuk bangun. alhamdulillah boleh bangun juga akhirnya. kesakitan yg teramat sangat. minta kanda urut lg sekali. 

Aku ceritakan pd ibu, ibu senyum dan selamba ckp, "biasa la tu, salah tidur tu, pegi jemur bantal, tepuk2 sikit bantal tu. ibu selalu juga kena, memang x boleh buat apa-apa, tahan je ala sakit tu, dia akan sembuh sendiri tanpa kita sedar. jangan urut, kalau tak dia makin teruk sebab sakit tu pada urat sampai ke tulang belikat." 

Hurrmmmm patut la, hr ni sakit yg amat, sebab semalam aku minta kanda urut. padahnya hr ni rs cam lumpuh. mana la aku nk tahu kan. first time benda nk jd. sume ni salah bantal ... bantal punya pasal ... bantal yg dipersalahkan !! padahal selama ni tidur atas bantal yg sama, elok aje... dah benda nk jd ... apa boleh buat. 

So jadilah aku mcm robot dua tiga hari ni ... hari ni rabu 9/1/13 pun masih sakit. kalau baring memang menyakitkan, so terpaksa la tidur sambil duduk. aku yg bijak pandai ni beli la salon pas dan tampal koyok salon pas tu kat belakang leher dan bahu dengan harapan kurang lah rasa sakit. Membazir duit aje ... betul ckp ibu, jgn fikir sgt, buat biasa je, nnt hilang la dia. bila aku buat tak tahu memang x rasa sakit. tp bila aku tersalah pusing badan, br terasa sakit balik semula. robot pun robot la !! 

Masalahnya disebabkan sakit ni aku tak boleh nk dukung qa'id lelama. tak larat dan rasa mcm nk tercabut bahu dan leher. tp terpaksa juga dukung sebab qa'id sekarang tengah demam, so dia asyik minta dukung dan merengek aje ... aku tahu badan qa'id tak selesa dan sakit. so aku kena la dukung dan peluk tuk tenangkan qa'id. kesian anakanda, kesian juga dekat ibu dia ni!! 

Cepat la sembuh wahai anakanda al-qa'id dan cepat la sembuh sakit otot aku ni !!