Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Jerebu Jun 2013

Minggu lepas kecoh sekejap dengan cuaca jerebu yang sangat teruk, bacaan IPU mencapai tahap darurat iaitu IPU700, bacaan IPU300 dah tahap bahaya, kali ni memang teruk sangat. tapi fenomena ni sekejap aje. sebab hujan turun selepas 2 minggu. alhamdulillah keadaan semakin baik. 

Punca jerebu kat malaysia ni tak lain tak bukan disebabkan pembakaran berlaku di Indonesia. Setiap tahun masalah yang sama, pelik betul dengan sikap manusia di Indonesia ni, haih.

Member-member FB aku, sume update pasal jerebu. Aku pun tak ketinggalan, aku dengan member opis keluar time lunch dan meronda kawasan sekitar serdang. tujuan kitorg sebenarnya nak ke Pusat Kesihatan UPM untuk dapatkan mask percuma. dah alang2 keluar tu, aku snap je la pic. 


Kawasan tempat letak kereta opis. 24/6/13 isnin



Gambar diambil dari Pusat Kesihatan UPM.



Dapat mask percuma dr Pusat Kesihatan UPM.


Kawasan Serdang


Pemandangan dari tingkat 3 Opis



Pemandangan dari rumah, Sungai Merab, Kajang. 24/6/13 isnin


Highway Putrajaya-Serdang ... 25/6/13 selasa



Highway Putrajaya - Serdang berdekatan hostel UNITEN .... matahari kelihatan tidak bercahaya !!


Keesokan paginya setelah hujan turun semalam. baru nampak cahaya matahari !! 26/6/13 rabu

Dalam gambar ni xde la nampak teruk keadaan jerebu, tapi kalau alami dengan mata kepala sendiri, baru tahu ..... 

Newborn Boy

Ahad 30/6/13 aku berkesempatan untuk melawat ex-picc colleague nisa, yang boleh dikatakan masih baru lagi melahirkan baby boy nyer ... aku sampai jam 5 petang, ikutkan janji dengan member jam 4.30 ptg. tapi berlaku miss-communication. member tu sampai lebih awal jam 2 petang lagi. adoiiiiiii ....

Apapun xpe la, sume tu dah setel .... eheheheheh. comel sangat baby rizki ni. semoga menjadi anak yang soleh !! bila dengar cerita kelahiran baby rizki ni, aku rasa betapa allah maha berkuasa .... maha penyayang dan pemurah ... pelbagai dugaan dihadapi untuk lahir ke dunia ... itu belum lagi ujian di dunia setelah lahir. apapun baby rizki bertuah kerana lahir dengan selamat, dikurniakan ibu dan ayah yang baik ... semoga jadi anak yang menggembirakan ibu dan ayah. 



Semoga nisa tidak trauma dan tidak serik untuk pregnant lagi !!

Friday, March 29, 2013

Dua pupu

23/03/2013 ahad, aku kanda dan al-qa'id datang ke PD tuk hadiri majlis akikah cucu mak lang ... dua pupu qa'id. ibu dan abah tak dapat datang sebab ke lumut ada family day. kitorg tak dapat pergi ke family day sebab kena pergi ke PD .... huhuhuhu !! nak wat camana event berlangsung serentak, kena la bahagi-bahagikan wakil. 



Inilah bayi yg diakikahkan ... baby boy bernama umar hayyan .... comel sangat ... buat aku rasa nak preggy lagi !! 

Tuesday, February 5, 2013

Sister's Birthday Treat

2/2/13 sabtu yg lepas, aku ke rumah kakak tuk celebrate birthday girl in advance. huhuhuhuhu

Ini la satu-satunya kakakku yg rapat dengan aku ... kami berdua aje la yg saling ingat mengingati antara satu sama lain. syukur alhamdulillah, Allah panjangkan umur kakak. semoga Allah murahkan rezeki kakak, permudahkan segala usaha dan urusan kakak, dan semoga hidup kakak sekeluarga diberkati. amin.


Chocolate Indulgence by Secret Recipe

Monday, January 21, 2013

Umrah

Niat di hati untuk pergi umrah dah lama tp hingga kini masih belum terlaksana ... hati meronta-ronta nak ke mekah tunaikan umrah ... Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkan lah umurku dan murahkan lah rezeki untukku, semoga hambamu ini dapat jejakkan kaki ke tanah suci mekah untuk tunaikan umrah !! 

Setiap kali teringatkan umrah dan mekah, msti hati rasa sebak dan air mata bergenang ... aku begitu ingin dan rindu nak ke sana ... Ya Allah permudahkan lah niatku. Hantar la hamba mu ini ke mekah Ya Allah. Engkau la yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui ... Kasihani lah hambamu ini. Amin !!

Tahun ini seperti juga tahun2  sebelumnya, ibu dan bapa mertua akan ke mekah membawa rombongan umrah. Kali ni mereka akan berangkat pada 28 Jan 2013 ... 2nd trip nnt bulan mei .... seperti biasa bapa mertua akan buat majlis perjumpaan untuk jemaah .. seperti biasa juga perjumpaan itu akan diadakan di rumah. jadi aku akan membantu apa yg patut !!

Melihat pada riak wajah setiap orang yg nak pergi umrah, hati aku rasa sayu dan gembira. terdetik dalam hati, aku tekad suatu masa nnt aku akan ke sana ... harap sangat masa itu akan tiba !! perasaan cemburu juga ada bilamana melihat mereka begitu gembira dan tidak sabar2 untuk pergi. 


Inilah persiapan untuk jemaah umrah kali ni ... dapat hand luggage, dalam tu ada beg kecil, telekung tuk wanita dan kain ihram tuk lelaki. bestnyer la hai !! tak sabar nak pg umrah jugak .... huhuhuhu

Tuesday, January 8, 2013

Pergi tak kembali

Jumaat lepas 4/1/13 selepas lunch aku dpt call dr maknoor. maknoor inform angah dah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun, takziah!!. dan maknorr minta aku jemput qa'id sebab nak uruskan jenazah. aku terus call kanda, tp tak dapat. owh aku terlupa kanda tengah solat jumaat. 

Aku cuba call sarah tuk dapatkan no ibu. tp takde jawapan. aku nk call abah tp terfikir yg abah tentu masih kat masjid. then aku terfikir tuk call yah. dapat aje no ibu, terus call dan inform apa yg berlaku. yg buat aku kalut ialah, nak kena jemput qa'id secepat mungkin sb tak mahu maknoor tertunggu2. ye lah sebab maknoor nk ke hospital untuk uruskan jenazah.

Akhirnya masalah selesai. itu lah padahnya kalau tak boleh drive. kalau dia tak terbuka hati lg aku tak tahu la. kalau berlaku benda emergency mcm ni, dengan aku yg tak boleh drive, terpaksa la menyusahkan semua orang. 

Malam selepas maghrib gerak ke rumah keluarga arwah tuk melawat jenazah. Jenazah selamat dikebumikan selepas isyak. aku doakan semoga roh arwah angah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin.

Arwah angah dimasukkan ke wad ICU hospital serdang pada 7/12/12. sepanjang terlantar di hospital aku sempat menziarahi beliau. memang sangat menyedihkan. Allah lebih sayangkan angah. angah disahkan meninggal dunia jam 12.45 tghr pada jumaat 4/1/13. 

Monday, December 24, 2012

3 of us

Just wanna share a few photos of us .... 

Kali ni berkesempatan bergambar dengan kanda yg lengkap beruniform. susah betul nak amik gambar mcm ni. Kali pertama kanda pakai uniform ni semasa majlis P.O.P dulu. waktu kanda pakai uniform ni, snap guna handphone black sony ericcson aje ... dapat la snap dua tiga keping gambar ..huhuhu

Kebetulan pula kanda jadi pengapit member dia kahwin, aku amik kesempatan tuk bergambar bersama ... 




Teringin sangat nak buat photoshoot post wedding ... kanda pakai uniform ni dan lalu bawah pedang !!

Aku nk share gambar wedding bawah pedang yg dipanggil sword bearer !! duk kecoh pasal farid kamil dan DD kahwin ala2 fairy tales tu kan ... yg ni memang x perlu di pertikaikan ... memang layak sword bearer .. 




Ada beberapa lagi upacara seperti makan beradab dan potong kek serta menepung tawar ... tp aku sibuk dengan al-qa'id, so ini je la yg sempat snap. nnt kalau ada lg aku share kat sini !! 

Ada yg anggap kanda masih single .... almaklum lah jadi pengapit kan !! gelemer sama naik dengan pengantin ... kaedahnya meh bersemuka dengan aku dulu untuk sahkan kanda ni single ke tidak ... cis !!

3K (Kematian Kesakitan Kelahiran)

Aku tak tahu mana satu nak cerita dulu ... semuanya berlaku dalam masa yg berdekatan ... so, nak cerita ikutkan prioriti atau ikut rentetan ???? ini pun boleh jd dilema ke ?? ... perasaan berbaur sebenarnya ni !! aku xleh nak fokus sekarang ...

Ok la, aku cerita ikut prioriti lah .... My step-mother passed away !! sabtu malam ahad ... 15 minit sebelum jam 12 malam ... 22 Disember 2012 ... aku terkejut dan tak percaya dengan apa yg berlaku ... aku dapat mesej dari abang pawi mengatakan my-step-mom admited ward, she fell down during solat subuh ... dan disebabkan itu ada pendarahan dalam kepala. semasa aku terima mesej tu, aku dalam perjalanan balik dr perak. so, aku berdoa agar step-mom stabil .. maybe esok atau lusa aku gerak balik. aku tak balas mesej abang pawi sebab kredit handphone dh expired. nak topup secara key-in tak boleh sebab button # not function. handphone aku memang dah rosak sebenarnya pun. asyik mati je. so aku sabar dan bertenang dulu. memang hati aku dh tak keruan.

Sampai rumah sekitar 11 malam. so aku terus tidur. kepenatan dan mengantuk yg amat. aku terjaga dr tidur dan tengok handphone. niatnya nak tengok jam berapa. lebih kurang jam 3 pagi. perasan ada satu mesej. terkejut aku baca mesej tersebut. my step-mom dah xde !! lebih kurang jam 12 tgh mlm td. aku terpempam ... terjelepok dan lembik !! apa harus aku respon ?? serba salah dibuatnya ... innalillahi wainna ilaihi rajiuun ..

Aku kejutkan kanda, inform kanda dan aku dh xleh tidur selepas tu. semua kenangan bersama step-mom berlegar di kepala !! aku kali terakhir jumpa dia semasa raya puasa bulan ogos lepas. tetiba teringat yg aku pernah bermimpi gigi geraham tercabut dua batang. sungguh tak sangka ... sukar nak percaya !! aku redha dengan pemergian arwah ... yg aku mampu lakukan ialah mendoakan dan bacakan surah yasin sebanyak mungkin dan hadiahkan pd arwah. semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin !! 


My step-mother ... gambar ni diambil semasa aku bawa balik qa'id .. kalau tak silap bulan februari kot ... !! gambar masa raya xde la pulak ... 

Semalam 23/12/12 ahad aku bersama kanda amik peluang ke hospital serdang untuk melawat pak long (abang father-in-law) yg berada di wad ICU. pak long dimasukkan ke icu sebab demam denggi dan jangkitan kencing tikus. kebetulan juga angah yg koma beberapa minggu lepas juga ada dalam wad icu yg sama, katil bersebelahan pulak tu, so akhirnya dapat juga melawat angah. 

Aku tak mampu lagi tahan air mata ... tewas akhirnya ... melihatkan keadaan angah yg begitu uzur ... sungguh menyayat hati ... sekali tengok dh xde rupa angah .. wayar beselirat di seluruh badan .. aku terkedu ... terus menangis di sebelah kanda ... aku juga tak mampu duk lama2 dalam wad icu tu ... melihat insan2 yg sakit kritikal betul2 menyayat hati ... menginsafkan diri sendiri !! 


Aku sharekan doa ni agar selepas ni kalau pergi melawat org sakit leh la baca dan amalkan ... sekarang ni kita melawat orang sakit, mana tahu kita pula yg sakit ... nauzubillah !! semuanya kehendak Allah yg maha esa ... kita hanya mampu berdoa !!

Dalam masa yg sama dapat pula berita kelahiran baru ... sepupu kanda, anak pak long yg mendirikan rumahtangga awal tahun ni, selamat menimang cahaya mata pertama di hospital Kajang Plaza Medical Centre (KPMC). isteri beliau selamat melahirkan seorang puteri jam 4.26 petang, seberat 2.65kg, normal delivery, pada 23/12/12 ahad . so cute and adorable !! 


So selepas melawat pak long, terus gerak ke KPMC tuk melawat newborn baby !! 

Dengan apa yg berlaku, aku betul2 rasa kebesaran Allah swt dalam menghidupkan dan mematikan manusia, menguji manusia dengan kesakitan dan pelbagai dugaan lain. manusia dihidupkan di muka bumi ni sebagai hamba. kita sepatutnya lebih bergantung pada Allah dan sedar diri kita ni hamba. hari ni kita sihat, esok kita sakit ... xde sapa yg tahu apa akan berlaku hari ni, esok dan seterusnya, tapi Allah maha mengetahui ... jadi aku ingatkan diri sendiri agar insaf dan bertaubat .. tak guna kita hidup di dunia ini kalau kita lupa pd Allah swt ..!! 

Kematian, kesakitan dan kelahiran ... semua itu kehendak allah ... 

Astaghfirullah halaziim ...

Monday, December 10, 2012

Benda dah nak jadi ...

Perancangan asal weekend lepas ialah, 8/12/12 hari sabtu tengahari, me and family-in-law akan gerak ke PD ... ada kenduri belah malamnya ... kenduri untuk anak2 buah mother-in-law yg nak berkhatan .. sekarang kan musim cuti sekolah. memang orang akan amik peluang ni untuk buat majlis khatan. plan nak gerak awal ke sana, so boleh la bawa anakanda al-qa'id mandi-manda kat PD. lagipun papa kebetulan balik jumaat malam sabtu.

Pagi sabtu aku perasan mother and father-in-law takde dirumah. selalunya dalam jam 8 pg mereka akan balik dan bawa balik sarapan. aku sendiri ajak kanda breakfast di luar pagi tu. tp x jd sebab kanda x bangun walaupun dh kejutkan banyak kali. jam 9 pg mereka masih belum balik lg. aku syak mesti ada sesuatu. then kanda bangun, ajak keluar breakfast. aku dh tawar hati dan xde selera dh nak breakfast kat luar. kanda plak tetiba kata nk keluar pergi cyber cafe sekejap. tghr nnt balik.

Dah tengahari pun mother and father-in-law masih belum muncul. perasaan pelik dan ingin tahu naik ke kepala. ada sesuatu berlaku ke??? kalau mereka pergi beli barang dapur sekalipun, jam 10 dh tersembul depan rumah. dh masak dgn aktiviti mereka. yang anak dara sorg tu pulak tghr br nk bgn tidur ... aku terus tanya apa yg berlaku. terkejut aku dibuatnya .... br semalam jumpa nenek dan berborak2.

Subuh tadi nenek dimasukkan ke KPJ Kajang ... itu sahaja, selanjutnya masih tak tahu lg apa yg berlaku. bila kanda balik rumah tghr tu, aku ajak kanda ke hospital untuk melawat nenek. dalam duk bersiap tu, br la ibu dan abah balik. mereka kata tak payah pg ke hospital dulu sebab nenek nak kena transfer ke HUKM. tapi nenek sakit apa?? menurut ibu, nenek pernah dibedah pada bahagian usus. so disebabkan itu, bahagian usus yg dibedah tu tersumbat. nenek makan tp makanan yg dimakan tu tak masuk ke perut. so mlm td nenek muntah2. dh tahap kritikal dan perlu buat pembedahan balik semula. 

Dan plan nk ke PD, ibu dan abah tak dapat pergi. tp kanda decide tuk pergi juga, sebagai wakil kepada ibu. selepas asar kami gerak ke PD. kanda decide tuk tidur semalaman di rumah mak lang (kakak mother-in-law). so esok boleh bawa anakanda al-qa'id mandi pantai. 

Ahad 9/12/12, jam 10 pg kami gerak balik. tp sebelum tu singgah dulu ke pantai ... bawa anakanda al-qa'id mandi air pantai PD yg meloyakan tu .... aku tak berkenan dengan pantai PD tu walaupun femes dn sentiasa penuh dengan manusia yg dtg entah dr mana. tp itu aje la yg ada pun ... tengari gerak balik .... sampai ke rumah sekitar 1 ptg ... makan tengahari dan berehat ...

Petang selepas asar semua anak beranak ke hospital UKM untuk melawat nenek. aku ditinggalkan di rumah berdua dengan anakanda al-qa'id. aku nak ikut tp memandangkan anakanda al-qa'id tidur, so tak sampai hati pulak nak kejutkan. qa'id memang sleepy dan letih. semalam tidur x lena dan pg td mandi laut, tertelan air masin banyak ... sampai muntah dibuatnya ... so biar la aku kat rumah bersama qa'id. nnt ada masa leh pg melawat nenek plak. 

Pagi ni 10/12/12 .. aku dimaklumkan oleh maknoor (pengasuh anakanda al-qa'id) .. angah dimasukkan ke hospital .. tgh kritikal dalam wad ICU ... MASYA ALLAH ... INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUUN !! mata aku bergenang, air mata menitis akhirnya .. aku sebak dan sedih ... lepas sorang, sorang plak lg ... mengejutkan ... aku panjatkan doa pada Allah semoga nenek dan angah cepat sembuh dan kembali sihat ... amin.

Sampai ke ofis aku tgk mesej kat hp, satu mesej dr ofismate ... inform aku yg anak dia mengalami penyakit kaki tangan dan mulut. tengaharinya dia datang ofis untuk hantar surat MC dan mohon cuti. dia sendiri pun tak sihat. kesian sangat ..... semua yg berlaku adalah ujian Allah untuk hambaNya yg menandakan Allah sayangkan hambaNya. aku pun turut rasa tiada mood nak buat kerja. sedih dan sebak, walaupun benda tak terjadi pada aku secara khasnya, tapi secara umumnya terjadi kepada insan-insan yg rapat dan terdekat, turut  buat aku rasa tempiasnya. 

Tuhanku, ampunkanlah hamba-hambaMu ... kasihani lah kami ... ya Allah !!


Friday, January 13, 2012

P.O.P

Apa tu P.O.P ??

POP adalah Passing of Parade ....ni yg diorg namakan sempena hari pentauliahan tuk pegawai maritim yg dh habis latihan selama setahun ...

dengan ini maka dengan rasminya tamat la sudah tempoh latihan maritim kanda di kuantan tu ... POP ni dibuat pada 2 hb julai 2011 bertempat di pusat latihan baru maritim di Gebeng ...

pd hr tersebut aku, bapa mentua dan ibu mentua travel dr sg merab ke kuantan sebelum subuh dan sampai ke gebeng dlm kul 10 pg. time ni aku baru je habis tempoh sengsara morning sickness !! bdn masih lemah lg tp semangat berkobar2 nk tgk kanda tamat latihan ... betapa excitednya aku setelah 3 bulan lebih x jumpa kanda .. dtg jauh2 semata2 nk jumpa suami tercinta dan meraikan kanda tamat latihan ..

syukur pd Allah akhirnya kanda berjaya tamat latihan maritim ... kanda akan bercuti selama seminggu dan akan menjalani latihan praktikal di maritim klang selama 4 bulan ... TAHNIAH SAYANGKU !!!

disebabkan aku yg serba berada ni, ini sahaja gambar yg dpt aku amik menggunakan HP cap ayam ... heheh


















Monday, August 8, 2011

::::: 05082011 :::::

Apakah maksud di sebalik no di atas?? heheeh mungkin no bertuah ... so boleh la dijadikan no ekor !! huhuhu ...

Sebenarnya itu adalah tarikh yang penting untuk diingati .... tarikh itu jatuh pada hari jumaat bersamaan dengan 5 ramadhan 1432H. Tiga tahun lepas iaitu pada tarikh yang sama aku mendapat satu mesej yang tak diundang dari seseorang yang tidak disangka akan muncul dalam hidup aku. Mesej itu berbunyi "Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh cik hasni...tgh wat pe?wes mangan urung?" 05082009 20:24

My first thought is, who is this? and what's the meaning of "wes mangan urung? bahasa apa tu? x penah dengar pun sebelum ni? Aku agak ragu nak balas mesej orang yang tak dikenali dan aku biasanya langsung tak akan layan kalo dpat mesej atau call dari nombor yang tak dikenali. Tapi mesej ni lain pulak penangannya. Aku diselubungi dengan perasaan curious terlampau. Nak sangat find out sape punya gerangan yang tahu namaku. So aku balas. 

Itulah detik permulaan perkenalan aku dengan Si Dia .. kini dah masuk 3 tahun kami kenal .. pada mulanya hanya sebagai kawan biasa, kemudian kami semakin rapat, dan kesudahannya kini kami telah sah sebagai suami isteri. Dia lah suami yang aku panggil kanda. Namanya Muhammad Habibullah Bin Ahmad Dahari. Orangnya yang aku kenal selama tiga tahun adalah segala-galanya bagi aku. 

Mengimbau kembali saat-saat pertemuan dengan kanda, pada suatu hari kanda telah datang ke kaunter pertanyaan tempat aku bertapa mencari rezeki, dengan senyuman dan muka selamba dia menegur. Waktu tu aku hanya melayannya sebagai orang yang datang untuk bertanya. Almaklumlah dia bekerja sebagai staf maintenance di tempat keje dan aku pula memang tugas hakiki melayan tetamu yang datang no matter what, so aku layan macam kebanyakan staf yang lain juga la. 

Selang beberapa hari baru la aku mendapat mesej pertama dari kanda. Bermula dari situ la, hubungan kami terjalin. Sememangnya aku tak pernah menyangka yang dia akan muncul dalam hidup aku. Hampir dua tahun bekerja di PICC, aku tak pernah terfikir akan bertemu jodoh dengan orang-orang yang bekerja satu tempat kerja. Tapi itulah dia yang dikatakan jodoh. Ia akan datang tanpa kita sangka. Kita tak cari tapi bila masa itu tiba, ia akan muncul jua. 

Hampir dua tahun perkenalan kami, akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri. Rasa seolah-olah bermimpi. Aku sangat bersyukur kerana hubungan kami mendapat restu keluarga. Semuanya berjalan lancar dan kami menerima seadanya. Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang berlaku, semua itu adalah rencah kehidupan. Kini usia perkenalan kami sudah masuk tahun ketiga. Banyak suka dan duka kami lalui bersama. Sebagai kawan, teman tapi mesra, kekasih, suami isteri dan akan datang sebagai ibu dan bapa. Satu tempoh yang kami tidak lalui ialah pertunangan. Tentu ada hikmahnya kenapa tempoh pertunangan itu tidak ada dalam perjalanan hidup kami. 

Walau apa pun, aku amat bersyukur dengan apa yang aku ada, apa yang aku miliki dan apa saja yang telah dirancang oleh Allah SWT untuk aku, aku dengan hati terbuka meredhai semua anugerah Allah SWT. Kita memang merancang untuk masa depan diri kita sendiri tetapi perancangan Allah SWT adalah lebih hebat. 

Sempena 3 tahun perkenalan aku dengan kanda, aku menulis entri ini sebagai mengabadikan kenangan terindah suka dan duka sepanjang perkenalan kami. Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana diberi peluang, mencurahkan rezeki, memberi umur yang panjang dan mempermudahkan segala urusanku di dunia ini. Doaku agar Allah SWT memberkati, merahmati dan melindungi hidupku serta kanda dan keluarga kami. Semoga rezeki Allah SWT tidak putus kepada kami serta mempermudahkan segala urusan kami. Semoga bahagia kekal menjadi milik kami. Amin Ya Rabbal Aalamin.