Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Marhaban Ya Syawal !!

Syawal dah tiba ke penghujungnya. Setiap tahun mesti ada cerita raya yang menjadi moment terindah. Boleh la dikatakan penutup kepada cerita raya untuk tahun 2014 ni. Just nak berkongsi cerita raya di Mersing. Buat Julung kalinya kami beraya di tiga tempat berasingan. 

Kelainan amat terasa pada sambutan raya tahun ni apabila kembali ke Mersing. Seolah-olah kemeriahan aidilfitri telah berakhir. Tapi mood raya datang kembali bila jiran sebelah rumah jemput kami ke rumahnya untuk beraya. Disusuli beberapa jemputan raya yang lain. Tinggal di bandar memang meriah dengan budaya rumah terbuka. Tapi kat kampung-kampung pun dah terikut-ikut. 

Kemeriahan Aidilfitri bukan sahaja terletak pada rumah terbuka dan menu yang dihidangkan sahaja, tapi lebih dari itu ialah silatulrahim dan kemaafan. Aidilfitri kali ni aku berpeluang untuk menjalinkan ukhuwwah dengan jiran-jiran yang belum sempat kenal. Itulah kelebihan hidup berjiran. Tambah lagi bila kita berhijrah ke tempat baru, dapat pengalaman baru, kenalan baru, suasana baru, kenangan baru, kehidupan baru dan banyak lagi. Tapi kenangan yang lepas akan kekal dalam ingatan. 

Di kejiranan yang aku tinggal sekarang ni ada buat Majlis Marhaban Aidilfitri. So aku turut dijemput untuk sesama meraikannya. Dengan izin Allah aku dapat sertai Majlis Marhaban ni. So dapat lah berkenalan dengan jiran-jiran dan merasai kemeriahan marhaban. Selama ini aku tak pernah lalui pengalaman seperti ini. Seronok dan syukur sebab dapat peluang macam ni. 









Marhaban ni bermula dengan lorong rumah aku, Jalan Intan 1. So mana-mana rumah yang nak jemput masuk rumah kumpulan marhaban memaklumkan lebih awal kepada ketua kumpulan. Ikutkan aku nak terlibat sama untuk menjemput mereka masuk, tapi anakanda pulak tidur awal. So rumah aku terpaksa skip marhaban. 

Satu lorong tu tak semua rumah kami dapat masuk, tapi banyak rumah juga yang sudi menerima kunjungan kumpulan marhaban. Ramai juga yang hadir, bukan penduduk di kejiranan sahaja, penduduk kejiranan lain pun turut serta. Dapat la berkenalan dan menjalinkan silatulrahim. Kanak-kanak dapat duit raya, seronok la mereka. Dan rumah terakhir menyediakan makanan dan minuman. Rumah terakhir ni dikira person incharge bagi lorong tersebut.

Setiap rumah yang menerima kumpulan marhaban tak perlu sediakan makanan dan minuman pun, tapi ada juga yang baik hati menghidang air dan biskut raya. Aku beruntung sebab turut dapat duit raya dari tuan rumah yang pemurah. Duit tu aku beri pada anakanda al-qa'id sebagai duit raya untuknya. Kalau qa'id ikut tentu dapat lagi banyak ... hihihihi

Kumpulan marhaban ni hanya kaum wanita sahaja. Tapi kaum lelaki hadir selepas isyak untuk makan sahaja. Marhaban kali ni aku jadi tumpuan. Sebabnya aku adalah jiran baru, semua datang sapa dan bertanya khabar, almaklumlah sebelum ni tak pernah nampak dan tak pernah jumpa.. Sebab lain ialah aku jadi jurugambar, bawa Cik Nikon, setiap rumah aku capture. Orang duk berselawat, aku duk ambik gambar. Memang jadi tumpuan la. Tak tahu la apa yang mereka fikir. 

Next marhaban adalah lorong sebelah, Jalan Intan 2, seminggu kemudiannya, bukan setiap malam ada marhaban. Tapi aku tak dapat join, ada jemputan rumah terbuka. 

Ini adalah suatu yang baru bagi aku, sepanjang hidup mana pernah ada aktiviti seperti ini di tempat aku tinggal. Dan tak sangka ada sambutan sebegini sepanjang Syawal. Beruntung lah aku sebab dapat merasainya sendiri. Ini merupakan salah satu pengalaman baru yang sangat bermakna. 

Rasanya setakat ini sahaja cerita raya 2014. Bye bye Syawal 1435H. Semoga kita bertemu lagi pada tahun depan. In Sya Allah 

Berkelah di hari raya at Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor

Berkelah di hari raya. huhuhuhu .... orang lain beraya kami berkelah. Ini pun boleh dikira beraya juga. Ramai yang pernah buat apa !!! ehehehheh

Pepagi aku bercinta dalam dapur menyiapkan segala makanan untuk dibawa. Selepas Solat Jumaat, kami gerak ke Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor. 

Kali kedua datang ke pantai ni. Ada bentuk muka bumi yang berubah. Sungguh menakjubkan. Dan buat pertama kalinya berjumpa dengan tetamu yang tak diundang. 

Dan juga kali kedua berkelah dengan kawan kanda sekeluarga. Kali pertama datang sini dulu pun dengan mereka juga. Secara tidak langsung aku dapat tebus balik kekurangan masa berkelah kali pertama dulu. So rasa puas hati dan berbaloi serta seri kosong-kosong.

Apapun kami gembira dan enjoy sambut raya sambil berkelah. Kali ni aku tak mandi laut, hanya menikmati keindahan alam dan captured the best moment with my Cik Nikon and Mr Sony.
















Jika ada kesempatan, aku nak datang ke sini lagi. Memang best, tak puas rasanya. Kalau boleh nak camping kat sini, walaupun ada resort tapi lebih challenging kalau camping. 

Sunday, August 3, 2014

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum wbt

SALAM LEBARAN
AIDILFITRI 1435H

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana tahun ni sekali lagi aku dapat meraikan kemenangan bersama-sama seluruh umat islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. Lebih bermakna lagi raya tahun ini dapat sambut bersama kanda dan anakanda di kampung halaman aku di Kelantan. Walaupun tidak semeriah mana, tapi ianya tetap bermakna. Sejujurnya raya kami tak seperti raya orang lain. Sangat menyedihkan, tetapi dalam kesedihan itu, masih ada lagi insan yang lebih menyedihkan dari kami. 

Hari raya perama di Kelantan hanya sebelah pagi sahaja. Tengahari kami dah mulakan perjalanan ke Selangor. Kami beraya di tempat yang terdapat mereka-mereka dan insan-insan yang merindui dan menunggu kepulangan kami. Kami selamat sampai ke kampung halaman kanda semasa azan maghrib. Alhamdulillah

Seperti biasa, malam raya pertama, semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah pak lang dan mak lang (ibu abah). Siang tadi dah setel semua rumah adik beradik dan nenek, tanpa kehadiran kami. Tapi akhirnya kami dapat juga bertemu semua ahli keluarga yang datang. Walaupun penat masih terasa sebab travel jauh, tetapi kami gembira melayan sanak saudara dan beraya bersama. Barulah rasa raya makin bermakna. 

Belah pagi teramat hambar, bila malam meriah tak ingat. Ibarat langit dan bumi. Kesian pada kanda dan anakanda. Both tak sempat dan tak pernah merasa keseronokan beraya di Kelantan. Semuanya hambar selepas ketiadaan arwah ayah. Both takde kenangan terindah sambut beraya bersama Tok Ayah dan ahli keluarga Pak Do Man. Dan setiap kali raya, aku tentunya sebak dan menangis bila terkenangkan semua kenangan indah sambut raya bersama arwah ayah. Sesungguhnya ku tak mampu putarkan balik saat itu. Tapi kenangan itu aku akan ingat sampai bila-bila. 

Memang betul sangat, bila mak ayah dah takde, raya tiada makna lagi dah. So bagi yang masih ada mak ayah tu, hargailah kenangan sambut raya bersama. Sebab bila orang tua kita dah takde, suasana raya tu sangat hambar. Berkumpul adik beadik dan menziarahi sanak saudara pun rasa macam tak seronok. 

Walaupun aku dikurniakan keluarga mentua yang sangat havoc, tapi tetap tak boleh ganti balik suasana ngan arwah ayah. Well, boleh dikatakan masa aku hanya setakat itu, sekarang ni masa untuk anak aku pulak. Syukur anak aku masih ada atuk, wan dan onyang belah kanda. 

Dan impian aku ialah untuk memberikan kemeriahan pada anak-anak aku setiap kali raya. Biar mereka rasa apa yang sepatutnya mereka rasa bila tiba hari raya. Aku akan ciptakan kenangan raya terindah buat anak-anak aku nanti. Semoga hari itu akan tiba dan semoga Allah swt permudahkan. In Sya Allah.

Ini sahaja gambar yang sempat dirakamkan asalkan ada untuk kenang-kenangan.

Malam raya kat kampungku



Pagi raya



Malam raya pertama kat kampung kanda


Gambar-gambar pun hambar aje

Orait, ini pula gambar raya family, semua ada .... kecuali kami !!! Gambar ni aku cilok dari fb..




Thursday, July 24, 2014

Menjelang hari raya aidilfitri

Assalamualaikum wbt

Hari ni 24/7/14 khamis, bersamaan 26 Ramadhan 1435H. Tinggal 3 hari sahaja lagi baki ramadhan. Aku harap untuk hari yang masih berbaki ni aku dapat melipatgandakan lagi amal ibadah. Rugi nye rasa kerana telah mensia-siakan ramadhan kali ni kalau tak ambil peluang yang ada. Mana tahu 3 hari yang berbaki ini segala amalan ikhlas diterima oleh Allah swt. Bukan lah kata sepanjang ramadhan ni tak buat langsung amal ibadah, hari-hari buat, tapi kita tak tahu samada amal ibadah yang kita dah buat sepanjang ramadhan tu diterima Alla swt atau tidak. Kita ni kan setiap masa buat dosa. Mana lah tahu kan, kita berpuasa tapi mulut mengumpat, mencaci, mencerna, sebut perkataan yang tak baik dan macam-macam lagi. So masa yang masih berbaki ni elok lah ambik peluang untuk bertaubat, mohon keampunan dan tambahkan amalan baik dengan ikhlas. In Sya Allah.

Alhamdulillah, ramadhan kali ni aku dapat tunaikan kewajipan sebagai isteri dan ibu. Pertama kali dalam hidup aku bangun untuk sediakan sahur, kejutkan suami sahur, uruskan anak, uruskan rumah dan macam-macam lagi tugasan. Hidup rasa sempurna walaupun ala kadar sahaja. Apa lagi yang lebih penting bagi seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu melainkan tanggungjawab pada suami dan anak. 

Persiapan raya ala kadar sahaja. Sebab mood nak sambut raya datang dan pergi. Ini semua dipengaruhi oleh persekitaran. Semakin umur meningkat, semakin hilang rasa nak sambut raya. Tidak seperti zaman kanak-kanak dahulu. Tambahan pula isu rakyat Palestin, isu penerbangan MH17, dan beberapa faktor lain telah mempengaruhi mood nak raya. Setiap hari mood sedih. Lagi sedih bila aku tak mampu nak tolong mereka yang dalam kesusahan. Tak sanggup tengok mayat anak-anak kecil jadi mangsa manusia terlebih tamadun yang tiada perikemanusiaan. Aku juga ada anak kecil, mereka tidak mengerti apa-apa, kenapa ragut hak mereka???

Takziah dan Al-Fatihah untuk keluarga mangsa MH17. Begitu tragis sekali. Aku turut merasai kehilangan yang dirasai oleh ahli keluarga mangsa. Aku juga pernah kehilangan orang yang tersayang. Tidak ada makna lagi sambutan raya tanpa mereka yang tersayang. 

Anakanda pun masih kecil, belum lagi mengerti erti ramadhan dan syawal. Jadi persiapan raya hanya untuk si kecil sahaja. Sepasang baju melayu untuk anakanda. Cukup lah tu. Ada lagi kanak-kanak lain yang tidak mampu pun untuk sepasang baju baru. Untuk kanda, katanya dia tak perlukan baju baru. Baju melayu yang ada pun dah cukup. Aku pula, kebetulan ibu mertua belikan kain untuk aku semasa melancong ke Vietnam tahun lepas, tahun lepas lagi dah siap jahit, tapi masih belum berkesempatan untuk pakai, sebab dah berhenti kerja, so boleh la jadikan baju raya. Syukur alhamdulillah !!!

Kueh raya dan segala yang berkaitan tu aku rasa tak perlu. Lagipun tahun ni kehidupan kami dah berubah. Seolah-olah baru sahaja memulakan hidup, sejak berpindah, aku tak mengharapkan ada tetamu yang datang kerumah. Lagipun tiada sesiapa yang dikenali di tempat baru ni. Jiran-jiran pun rasanya tak datang kerumah aku ni. Kalau sudi datang pun, aku sediakan apa yang ada aje lah. 

Apapun tahun ni kami akan balik beraya di kampung halaman aku di Kelantan. Kemudian balik ke kampung halaman kanda di Selangor. Lepas tu balik semula ke Johor. In Sya Allah, semoga perjalanan kami selamat dan dilindungi Allah swt. Walaupun mood raya datang dan pergi, saat-saat sebegini insan mana yang tak ingat dan rindukan mak dan ayah serta ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan kampung halaman. Ini lah masanya aku nak menziarahi kubur arwah mek dan ayah. Setahun sekali, hanya di hari raya, hari lain masing-masing sibuk hal dunia. Nanti tak pasal-pasal menangis bila dengar takbir raya !!! 

Akhir kata aku ucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada seluruh umat islam. Mohon ampun dan maaf zahir & batin. Ikhlas dari Hasni, Habib & Al-Qa'id. 

Thursday, August 22, 2013

Sambutan hari raya UPM 2013

Semalam 21/8/13 rabu telah berlangsungnye Sambutan Hari Raya Aidilfitri UPM 2013 ... yang telah diadakan di perkarangan Dewan Besar UPM. ini kali kedua aku menghadiri majlis raya UPM ... tahun lepas tak update sebab waktu tu masih baru masuk keje, so tak tahu ada majlis seperti tu ... seperti juga sambutan Hari Raya JPM, semua warga UPM berkumpul ... ada gerai-gerai dari PTJ ... pertandingan gerai tercantik .... berebut makanan .... melaram tunjuk baju raya masing2 ... bersesak2 tengah panas.... make up habis cair, muka sume berkilauan .... nasib la JPM buat dalam dewan kat PICC ... dulu buat kat perkarangan Blok B tu je ... memang panas ... sekarang ada aircond, dewan grand, cantik dan selesa. kan bagus kalau UPM pun buat kat dalam dewan ... hikhikhik !!!

Well teringat kenangan lama .... apapun kali ni aku bersedia mental fizikal ... datang awal sebab nak tolong PTJ buat persiapan terakhir kat khemah !! kalau aku tahu nk kena berpanas dan menunggu, takdenye aku datang awal ... habis make up cair tau .... eheheheh ... so datang dengan paperbag besar sb nnt nak kutip makanan. oleh sebab dh dtg awl so leh la survey gerai lain tgk menu diorg ... so kali ni aku aim laksa johor & laksam. elok juga datng awal kan .... ngeehhhehe!!!! dapat apa yg aku nk, blah dari situ, terus balik opis. bukan apa, kalau nk kutip semua mmg x sempat. sebab orang ramai sangat, panas dan makanan terhad. menu utama yg UPM sediakan ialah sate. aku tak suka sangat makan sate. sampai opis aku melantak puas2 ... siap leh kongsi dengan staf lain. kesian diorg, x sempat kutip makanan kat gerai2 sebab dh licin ... gara-gara beratur nak amik sate !!! bayangkan waktu aku pergi serang setiap gerai pun, sampai gerai hujung sekali, makanan diorg dh licin. tinggal perhiasan khemah aje !!! betapa dasyatnya warga UPM ... ahahahahhahh ... standard la, sambutan raya JPM pun sama. lewat 15 minit je, putih mata la jawabnye. so lepas kemas khemah, pergi la mereka mencari makan di restoran.

Kalau ikutkan, aku tak suka pergi tempat macam tu. tapi aku excited sebab semalam hari raya aku. dah habis ganti puasa dan puasa enam ... so nak le rasa makanan raya. lagipun bayar kot rm5 pd PTJ ... huhuhuhu !! kalau pergi MCD dah kenyang dapat burger, fries dan air dgn harga rm5 tau .... ahhahahaha. apa pun aku xde la tamak sgt nk kutip sume, dapat apa yg aku nak pun dh kira bahagia ... berbaloi raya aku ... eheheh.

Kebetulan member opis ada bawa kamera, so aku pun menumpang la sekeping dua, kamera sendiri malas nk bawa, nampak fotographer sangat kalau bawa cik nikon tu, pastu susah plak nak suruh org lain amik gambar aku, sebab diorg tak tau guna dslr ... kih kih kih ... selain aku yg jd tukang amik gambar ... asyik amik gambar korang je, aku pun nk bergambar juga la !!! so ini lah kenangan pada sambutan raya UPM .... 

Ini menu yang PTJ kami sediakan.... aneka kueh mueh tradisional ...

kueh koci

tapai pulut

kueh bakar

bingka ubi 

kueh palis

makanan myanmar ... miang kam ... 



kek gula hangus, kek buah kukus dan kueh talam keladi 

aku plak tak pakai baju raya macam orang lain, tak pandai melaram ... lagipun cuaca panas, so xyah la melaram sgt !! bergambar dengan opismate !!





Apapun seronok juga la dapat meraikan raya bersama warga UPM .... minggu depan jamuan raya opis plak .... heheh tak sabar rasanya nak melantak lagi !! 

Monday, August 19, 2013

Ramadhan dan Syawal 2013

Ikutkan ramadhan dah pun berlalu ... hari ni pun dh 12 syawal ... akibat mood nk update blog kelaut so hari ni aku merajinkan diri jugak la .... just nak cerita tentang ramadhan yang baru je ditinggalkan.

Sayu rasa di hati bila ramadhan pergi ... entah sempat entah tidak tuk ramadhan tahun depan ... dengan keadaan dunia sekarang ni yang macam dh nk kiamat ... apa pun aku tetap bersyukur kerana tahun ni berpeluang tuk menikmati ramadhan. 

Sepanjang ramadhan kali ni, aku tanam dalam diri tuk mengelakkan pembaziran. aku nk lalui dan nikmati ramadhan sesederhana mungkin. alhamdulillah aku berjaya tuk tidak mengunjungi mana-mana bazar ramadhan, aku tahan diri dari berbuka di luar, dan bersederhana semasa berbuka dan bersahur. Alhamdulillah aku betul2 menikmati ramadhan dengan cara yang sebaiknya yang dituntut oleh islam. iaitu tidak membazir dan bersederhana. dan yang paling bermakna ialah aku akhirnya dapat merasai suasana berpuasa di kelantan. yang sememangnya dah lama aku rindui dan ditunggu-tunggu saban tahun. alhamdulillah syukur !!

Untuk persiapan raya juga, aku cuba untuk bersederhana ... baju raya aku sepasang aje, aku upah jahit dan telah siap awal tahun ... so tak terasa sangat duit mengalir tuk baju raya. hanya baju kurung moden simple dan xde nak ikut fesyen terkini bagai. kemudian kuih raya aku langsung tak beli. dua tahun lepas aku hanya membantu ibu membuat biskut raya. dan aku ada juga membeli beberapa kueh raya. tapi kali ni aku menyumbang dengan membuat biskut raya. dan aku juga menyediakan juadah raya tuk keluarga yang bertandang. 

Mungkin tahun depan giliran aku plak yang memasak kot ... ibu boleh berehat dan beribadah dengan tenang. itulah hasrat aku ... berjasa pada ibu mertua sama seperti berjasa pada ibu sendiri. inilah peluang tuk aku membalas jasa seorang ibu, menghargai ibu selagi masih ada. kalau dh xde ibu, baru tahu apa rasanya. tentu arwah ibu aku dan juga arwah ibu tiriku bangga dan gembira bila aku berbuat baik pada ibu mertua. aku sekarang pun dh jadi seorang ibu dan aku sangat2 memahami perasaan seorang ibu. dulu tak berkesempatan tuk membalas jasa mereka dan menghargai mereka, so peluang ini tidak akan aku sia-siakan... insyaAllah.

Oleh sebab kanda bizi dengan sailing, dan aku plak dh boleh drive keta, so persiapan raya kanda aku sediakan. sepasang baju melayu tuk kanda dan sepasang baju melayu tuk anakanda. ok, sume dh komplete, dh boleh raya dengan hati yang gembira. ikutkan tahun ni giliran beraya di kelantan, tapi di saat akhir perancangan tak menjadi. so aku decide tuk balik lebih awal. dan hari raya pertama pun tanpa kanda. di saat akhir, malam takbir, kanda muncul dengan selamat ... syukur alhamdulillah. terasa lengkap hari raya aku. 

Cumanya dalam keluarga mertua, 2 adik ipar tidak ada bersama untuk meraikan ramadhan dan syawal kali ini. lumrah hidup memang akan sampai masanya kita akan berjauhan dengan keluarga. dan pengalaman yang macam ni yang buat diri kita menghargai kehidupan. apapun sambutan raya tetap diteruskan dan disambut dengan sederhana penuh kesyukuran. kemeriahan raya tetap ada dan diri sendiri lah yang mewujudkan suasana itu ... di hari yg mulia penuh keberkatan sempena meraikan kemenangan diri kita menentang hawa nafsu, kita berhak tuk bergembira walaupun org tersayang tiada di sisi. iaitu dengan gembira mensyukuri nikmat Allah swt. jangan lupa untuk mendoakan insan2 tersayang yang tiada di sisi. 

Sekarang ni pulak masing-masing sibuk dengan open house, jamuan raya, beraya sakan mengunjungi sanak saudara, teman dan rakan taulan. bagi yang menjemput aku ke rumah masing2, aku cuba hadirkan diri jika tiada aktiviti lain. sebabnya di rumah aku ni setiap malam ada tetamu. rasanya abah xde buat open house tahun ni, makanya sesiapa yang ingin bertandang dialu-alukan. kerana rumah kami sentiasa open !!!

Ok, dah penat menaip dan berceloteh, layankan gambar2 yang sempat aku snap sepanjang ramadhan dan syawal 2013. Semasa balik ke kelantan 4 hari, dapat juga akhirnya merasa makanan kelantan yang hanya boleh dibeli di bazar. nak buat sendiri memang xreti ... so jejak juga kaki ini ke bazar ramadhan. harga murah, makanan sedap, banyak dan beli tuk berbuka leh simpan sampai sahur !!








Ini pula puding trifle yang aku buat tuk hari raya .... 1st time buat dah menjadi ... alhamdulillah !!




Puding trifle 2nd time buat .... baru berani buat dalam bekas besar !!


Jelly buah-buahan tropika .... habis licin sumenya !! 


Gambar raya family .... our family ... big family .... tema biru !!





big family, tema warna warni ... !! 



Mood raya macam biasa je .... tapi kemalasan tuk bekerja tu .... adoyaiiii .... ok, nanti update pasal ramadhan 4 hari kat kelantan plak !!