Showing posts with label Mari Memasak. Show all posts
Showing posts with label Mari Memasak. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Apam pisang berangan segar dari pengukus

Assalamualaikum wbt

Petang tadi try buat apam pisang untuk kali kedua. Tawakkal aje sebabnya kali pertama buat tak jadi. Bantat sebantat bantatnya. Frust, sedih, down sangat. Buang macam tu aje. Membazir sangat dan rasa bersalah pada makanan. Habuan tong sampah jadinya. 

Kali ni aku guna resepi kawan bagi. Resepinya sama je cuma nya bila bahan tu betul dan ikut resepi, pasti menjadi. So memang patut la pon yang 1st dulu tu tak menjadi. Rasa memang dah betul, masa kukus bukan main lagi dia menggedik naik, senyum merekah tak ingat. Dah tutup api, nak sejukkan, tetiba makin mengecut, bantat akhirnya. hurrmmmmm

Meh tengok hasil apam pisang aku hari ni .... huhuhuuu




Alhamdulillah

Happy sangat

Bezanya cuma soda bikarbonat aje pon. Yang 1st tu tak bubuh soda. Yang 2nd ni bubuh soda. Laju je pegi beli soda kat bandar tadi. 

So belajar benda baru kali ni iaitu, soda bikarbonat dan baking powder, fungsinya berbeza. Lain kali jangan derhaka pada resepi lagi. Kena banyak belajar lagi ni !! Kalau dan expert, sukahati la nak derhaka pon! ehehheh



Sunday, January 11, 2015

Ikan kerisi masak berlado

Assalamualaikum wbt

Oleh kerana kanda dah semakin sembuh, maka hilanglah segala pantang nye. Chicken pox dah tak tumbuh lagi dah. Skang ni chicken pox tu tegah mengering. Maka banyakla bintik-bintik hitam. Ok serius yang ini sangat scary. Tak sanggup nak share pic. Kanda risau lekat parut. Dia dah tanya aku camana nak hilangkan parut tu nanti. Aku ada je jawapannya, nak ngan taknak aje. 

Apapun, kanda dh mula berselera makan. Tapi dia tak tahu nak makan apa. Tetiba dia minta nak makan masak berlado. Kebetulan aku ada beli ikan kerisi, maka aku pun masaklah ikan kerisi masak berlado. Ni haa rupanya !


Alhamdulillah rezeki dari Allah. 1st time buat. Terima kasih la pakcik google sebab baik hati bagi resepi. Kenyang kami sekeluarga semalam. Qa'id yang cerewet makan tu pun habis juga seekor ikan. 
  

Laksam Kuah lemak

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi. Hari ni breakfast laksam. Kuah laksam semalam masih berbaki, sayang nak buang, malas dah nak simpan beku. Kuah laksam yang lama un masih ada kat tempat beku. Entah bila nak guna balik semula tu. So kukus je la laksam sekejap. Dapat 10 gulung. Tu pun dah cukup banyak. Kalau tak habis, memang rezeki jiran-jiran la tu.  




Ada yang betanyakan resepi. Kalau ada yang tanya aku kongsi lah. Kalau tak tanya, aku diamkan aje. Sebab aku sendiri pun tengok resepi orang jugak pun. Tu haaa pak ck google tu,baik bukan main. Tanya je resepi apa, dia memang tak kedekut.

Untuk laksam yang aku buat tu, ni resepinya. 

Bahan-bahan laksam :-

2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya ;-

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, tuang air suam, kacau sebati. 
Kalau nak cepat, guna la blender, atau whisk, atau mixer.

Dah siap bancuh, boleh la kukus, tuang je atas tutup periuk.
Nak tahu dia dah masak ke belum, senang aje, kalau nampak menggelembung naik macam bukit bukau tu, haa masak lah tu. Sekejap aje masaknya. Yang buat lama tu sebab kena kukus satu persatu. 

Ok, selamat mencuba ye ! 


Friday, January 9, 2015

Laksam segar dan panas dari pengukus

Assalamualaikum wbt

Oleh kerana mood memasak berkobar-kobar, satu lagi menu yang aku buat hari ni. 

Taaa daaaaa ....



Laksam homemade .... panas dan segar dari pengukus. 

Tengahari tadi habis 2 pinggan hokeh. Berbaloi masak sendiri. Yang tak sangka nye, anakanda al-qa'id pun makan banyak jugak. Selalu qa'id cerewet makan. Tak semua yang aku masak dia makan. Bergantung pada mood dan tahap kelaparan dia. Kalau dia taknak, tak payah la paksa. Buat sakit hati je. 

Kalau anak dan suami suka, itu dah cukup buat aku rasa bersemangat. Penat lelah memasak rasa berbaloi sangat. Alhamdulillah itu semua rezeki dari Allah SWT.


Apam gula hangus

Assalamualaikum wbt

Mood memasak dah datang. Berkobar-kobar ni ha. Macam-macam ada dalam kepala ni. Hampir seminggu tak boleh bercinta kat dapur. Rindu dapur kesayangan ku itu.

Maka terhasillah kueh ni ....



Yes it is. Apam gula hangus !

Ini pertama kali buat, acuan apam xde, hentam saja lah. 

Tak sangka ianya menjadi, seronok aje sepanjang masa duk mengukus kueh ni. Tutup pengukus aku transparent, so boleh tengok apa yang jadi. Gila seronok tengok kueh menaik, pastu merekah. Kueh senyum aku pun senyum. 

Bila try sebiji, nak lagi sebiji, pastu sebiji lagi. satu cup tu semulut aje. Nyum nyummy !

Anakanda al-qa'id pun sama naik je, Lepas sebiji, sebiji lagi, pastu sebiji lagi ... haaa mana tak seronok kalau masak menjadi pastu sedap plak lagi. Terutama kalau anak teruna yang sorang tu suka. Bersemangat ibu nya ni. 

Makan yang masih panas, fresh dari pengukus, pastu hujan plak lagi. Well ini bukan rezeki kami semata. Alhamdulillah syukur sebab dapat sedekahkan kepada jiran terdekat. Kita sama-sama berkongsi rezeki Allah SWT. 

Thursday, January 8, 2015

Ais krim bubur pulut hitam ais krim malaysia

Assalamualaikum wbt

Bangun pagi tadi terus ke dapur, tengok sekeliling dapur kesayangan aku, apa nak makan hari ni ye? Dah banyak hari aku tak masak. Rasa macam ular sawa pulak. Takpun macam harimau pun ye jugak. Makan kenyang2 pastu duk rehat aje tak buat pape. Ni semua sebab kanda yang ketidaksihatan. dapur dikuarantin. Hanya boleh masak makanan yang tidak bergoreng sahaja. 

Bubur nasi nampaknya dah tak berselera lagi nak menelannya. 3 hari berturut-turut makan nasi air. Sup tulang pun dah hancur dagingnya. Mushroom soup pun dan tak bernafsu. Tinggal bubur pulut hitam aje yg masih berselera. Tetiba datang idea untuk buat ais krim malaysia. Kanda pun dah tak sakit tekak lagi. Chicken pox pun dah bertukar jadi nanah. Kata kanda, dah boleh makan pejal dan dah tak perlu berpantang. 




Aku malas nak cakap apa, ikutkan aaje lah. Tapi barang dapur memang kena beli. Sebab dah banyak hari tak masak, semua dah rosak dan tak fresh lagi. 



Saturday, January 3, 2015

Puding gula hangus yang terhangus

Assalamualaikum wbt

Semalam cuba masak puding gula hangus. Rasa macam ok je bila tengok rupa pun dah memang dia. So this morning bila rasa, of course rasa macam puding gula hangus yang hangus gula nya. Pahiiiiiittt 




Bukan silap resepi, tapi aku yang silap, terover goreng gula, kemudian lupa nak campur sedikit air ke dalam gula hangus tu. 

Apapun, aku akan cuba lagi hingga menjadi. 


Friday, August 29, 2014

Caramello, Crunchy Almond, Florentine Nuts, Caramel Crunchy

First time makan benda ni, terus jatuh hati. Kanda pun suka. Nak buat tapi serba kekurangan. Bahan mentah dia mahal juga bagi aku la. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Ibu mertua pun suka dan beria-ia nak buat untuk hantaran tunang anaknya (adik ipar aku). Semangat berkobar-kobar ajak aku beli barang. Alih-alih aku juga yang kena buat. Ahhahahhaha.

Tapi takpe, aku buat aku dapat ilmu dan dapat pengalaman serta kemahiran. Itu yang untungnya. So sekarang aku dah tahu buat benda ni. 



Kanda pun asyik suruh aku buat, katanya boleh jual nanti. Siap nak belikan aku oven sebiji. Nanti la ye sayangku. In Sya Allah akan datang dinda buat sedap2 banyak2 ye !!

Bihun Goreng Sempoi

Kadang benda yang sangat simple menjadi paling susah untuk aku. Dari dulu hingga lah sekarang, aku memang tak pandai goreng bihun. Ada je yang tak kena. Terlebih masin, terlalu tawar, terlalu basah, bihun hancur dan macam-macam lagi lah. Inilah bihun yang aku goreng yang paling menjadi. 



So kalau nak makan masakan bihun aku lebih suka buat bihun sup atau bihun soto. 

Thursday, August 28, 2014

Nasi Goreng Sukahati

Ini lah dia menu yang selalu aku masak pepagi bila dah takde idea langsung nak masak apa. Nasi goreng sukahati. Campak aje apa rencah apa yang ada dalam fridge. Asal jadi nasi goreng. Style aku makan nasi goreng mesti ada keropok. Tak kisah la keropok apa pun. Wajib ada. Kalau takde rasa tak lengkap. 


Kalau makan kat restoran, selalunya aku akan order nasi goreng ikan masin atau nasi goreng kampung. Aku pernah makan nasi goreng cili padi dan nasi goreng kerabu. Tapi susah nak cari orang yang betul-betul pandai buat. 

Pernah sekali order nasi goreng cili padi tapi entah apa-apa dia masak. Setakat tabur je cili padi yang dipotong kecik atas nasi goreng kosong. Hampeh tul. Nasi goreng kerabu yang paling sedap pernah aku rasa masa zaman study kat UKM Bangi dulu. Sekarang restoran tu dah takde lagi kat situ. Kempunan sangat!!

Fettucine Carbonara yang creamy

Dah selalu sangat masak Spagethi Bolognese, kali ni aku try plak Fettucine Carbonara. Aku memang penggemar pasta. Sekarang dah berjangkit ke kanda pulak. Bulan puasa ritu berbuka dengan pasta, tak sangka kanda minta aku masak lagi. Memang teruja sangat la kalau suami dah suka !!!



Anakanda pun suka, apa sahaja mee dia suka. Kalau nasi putih langsung tak pandang. Tapi kalau nasi lemak dia suka pulak. Dan kalau nasi yang ada warna serta ada rasa anakanda akan makan. 

Wednesday, August 27, 2014

Pancake Gebu

Tadaaaaaa ...... !!!

Sebelum ni pernah share resepi pancake kat sini dan sini lagi di sini ..... 


Another pancake, feveret kanda, anakanda dan ibu mertua !!!

Puding Triflle

Pertama kali makan puding triffle ni masa jamuan raya office kat Putrajaya dulu. Kemudian aku try google resepi dan buat sendiri. Dah banyak kali cuba, macam-macam perisa kek, buah-buahan dan perisa jelly aku cuba. 




Kanda memang suka puding triffle ni. Aku buat pun memang sebab kanda minta nak makan. Senang aje membuatnya. Mana-mana resepi yang aku cuba semuanya menjadi. Yang membezakan rasanya ialah kek, jelly dan buahan yang digunakan. 

Tuesday, August 26, 2014

Sambal Sotong

Disebabkan anakanda Al-Qa'id suka sangat makan sotong dan udang, papanya pun belila stok sotong dan udang bebanyak. Sotong dan udang fresh yang baru naik dari bot nelayan.  Fulamak, rasa dia memang sedap, manis, juicy dan rangup. Selalunya aku masak goreng kunyit atau tom yam untuk anakanda makan. Kalau sambal bercili macam ni, qa'id tak makan sangat sebab pedas. Makan tiga empat ketul, cukup la.



Kanda suka sotong goreng tepung, aku buat banyak kali tapi tak pernah menjadi. Frust betul. Macam-macam resepi dah aku cuba. Even beli tepung goreng pun sama, tak menjadi juga. So terpaksa la makan kat kedai kalau teringin sangat. 

Sotong goreng tepung yang paling sedap pernah aku makan ialah kat Restoan Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan. Sotong dia segar dan besar, memang menepati citarasa aku. Harga mahal tapi berbaloi. 

Sandwich Telur Cheese

Entah kenapa teringin sangat nak makan Sandwish Telur. Masa aku bantu abang berniaga dulu, setiap hari aku kena buat Sandwish untuk dijual. Sandwish Tuna, Sardin dan Telur. Mula-mula memang seronok, tapi kalau dah setiap hari buat benda sama aku jadi bosan. Tengok sandwish pun dah muak, apatah lagi nak makan. 




Aku gunakan resepi yang sama macam dulu, cuma aku tambahkan dengan cheese. Sandwish ni kalau bakar selepas siap tak sedap sangat. Kalau buat pagi, dalam tengahari baru bakar, memang terangkat. Sebabnya  roti dah menyerap rasa telur, mayo dan sos cili. So bila bakar, bahagian luar akan jadi rangup dan bahagian dalam akan basah berkrim. Sooo sedap !!

Kerabu Sotong

Puasa ritu aku masak kerabu sotong buat menu berbuka. Gara-gara terliur tengok kakak ipar post gambar kerabu sotong kat fb, aku terus google resepi dan cuba sendiri. Kali pertama buat terus menjadi, almaklumlah tengah puasa mana la nak tahu rasa dia ok ke tidak. Apapun aku happy sangat kanda suka dan minta buat lagi nanti. 


Puas hati dan rasa yakin bila buat sesuatu terus menjadi. Tapi aku jenis yang kalau masak kali pertama menjadi, masak kali kedua dah tak sesedap yang pertama. Banyak kali dah jadi cenggitu !! 

Monday, August 25, 2014

Roti Jala Kari Ayam

Pertama kali menjala, inilah hasilnya. Sangatlah tidak pandai. Tapi rasanya sedap dan lembut. Takpe, cuba lagi lepas ni, pasti menjadi. In Sya Allah !!



Laksam Kuah Lemak

Teringin sangat nak makan laksam, dan dah lama teringin nak buat sendiri. Makan laksam yang dibeli di pasar malam, pasar ramadhan dan kedai-kedai makan tak menepati selera. Almaklumlah mereka buat laksam nak jual dan nak untung. Asal ada rasa dah kira boleh dijual. Bila buat sendiri ni lagi puas hati dan boleh makan sepuas-puasnya. 




Laksam yang menepati citarasa aku ialah kuah lemaknya yang pekat, berlemak, creamy dan rasa ikan yang manis. Ada cara macamana nak hasilkan kuah lemak yang sedap. Teringat masa bulan ramadhan ritu, terliur tengok laksam kat bazar, beli satu bungkus. Lepas makan badan aku gatal-gatal. Tapi aku tak mengesyaki apa-apa. Esoknya lagi sekali aku beli,dan sekali lagi badan aku gatal-gatal alergik. Sahlah memang puncanya dari kuah lemak laksam. 

Aku ni bukan jenis yang alergik. bila tetiba jadi alergik, mesti la rasa pelik, gusar dan takut. Entah apa yang mereka letak dalam kuah lemak tu agaknya. Sewaktu makan takde rasa pelik pada kuahnya. Sekarang ni dah serik dah nak beli laksam kat memana gerai area Mersing ni. Baik buat sendiri. 

Bihun Sup

Mood puasa masih kuat, so aku teruskan dengan puasa ganti sebaik sahaja sampai ke Mersing. Dapat pahala puasa enam. Tetiba datang idea nak masak Bihun Sup. Almaklumlah sekarang ni bulan Syawal. Walaupun mood raya dah lama hilang, tapi hati tetap memberontak untuk menikmati menu raya. Akhirnya buat sendiri, baru puas hati !!











Alkisah si begedil ayam itu .... ini pertama kali buat dan menjadi. Sebenarnya aku pernah belajar buat sebelum ini, tapi tak menjadi, buang begitu sahaja sebesen kentang lenyek, sungguh membazir. Sejak dari hari itu aku serik. Itu kisah sepuluh tahun dulu. 

Kali ni sekali cuba aje, terus menjadi, so keyakinan membuat begedil dah datang semula. Senang sangat buat begedil ni sebenarnya .... huhu. 

Wednesday, April 10, 2013

Masterchef

MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 ..... dia sudah datang ..... x sabar nk tengok drama dan ragam selebriti !!! 


Ooooops ternampak zain saidin ... dalam fikiran aku, best ni, pernah tgk dia masak dalam Hot Guys Who Cook kat DIVA ... intai lagi ... Ohemgee terlopong tgk cik ta pun ada .... ahahahahha ... hurmmm ni boleh wat bahan ni, kat dapur nnt mesti cik ta control gojes kan ... make up tebal, senyum cam patung ... hihihihi x sabar nk tgk drama dari cik ta ... ahahhhahahahahahhaah !! wah !! pak nil pun ada, musim lepas azwan ali masuk, kali ni pak nil lak ... alaaaaahaiii !!

Apapun, just nk tgk tingkahlaku dan ragam selebriti dari sisi lain pulak !!