Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

2nd Wedding Anniversary

30/1/13 rabu yg lepas, genap sudah usia perkahwinan aku 2 tahun ... syukur alhamdulillah dengan segala nikmat yg allah berikan. kali ni kami sambut secara ala kadar sahaja, meraikan hari bahagia kami dengan insan2 yg bermakna dalam hidup kami. 

Ibu dan abah takde sebab bawa jemaah umrah ke mekah, so kami decide tuk sambut anniversary bersama mak noor sekeluarga ... mereka adalah sebahagian dr keluarga kami .... berkongsi rezeki dan kegembiraan !! InsyaAllah dapt berkat dan rahmat !!



Gelagat qa'id yg sering menjadi perhatian ... ada sahaja aktiviti lasak yg dilakukan ... 



Menu yg disediakan .. kenyang .. alhamdulillah ... rezeki dari allah swt



Imperial Chocolate by The Bakers Cottage !!



Kami yg meraikan dan diraikan ...



Mak Noor dan En Hamzah ... terima kasih banyak-banyak !!







Tuesday, January 31, 2012

1st wedding anniversary

semalam 30 jan 2012, genap la setahun usia perkahwinan aku. 30 jan 2011 lalu aku berumahtangga & bergelar isteri kepada seorang insan yg amat aku kasihi. syukur alhamdulillah.

aku bahagia dengan apa yg aku ada sekarang, dlm tempoh setahun kahwin, dikurniakan seorang anak lelaki, rasa hidup ini lengkap. anak itu adalah hadiah yg tidak ternilai buat aku dan kanda. kerana anak itu la pengikat kasih sayang kami. kami dh jadi satu keluarga dlm tempoh masa setahun. sangat2 bersyukur.

sempena 1st wedding anni ni, aku berdoa semoga hidup aku sekeluarga bertambah bahagia, mendapat keberkatan yg maha esa, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dilindungi, dipermudahkan segala usaha dan urusan. itulah doa yg sering aku panjatkan setiap kali selesai solat. dan doa ini juga akn aku mohon pada Allah sepanjang masa hayatku. apa lagi yg diperlukan oleh seorang hamba allah seperti aku.

rezeki yg telah Allah berikan kepada ku ingin aku kongsikan bersama keluarga. so malam tadi aku dan kanda belanja diorang makan malam. xde la makan besar-besaran pun, tp cukupla sekadar ikut kemampuan kami sebagai tanda kesyukuran. berkat doa keluarga juga la yg membuatkan hubungan kami kekal bahagia hingga saat ini. alhamdulillah. so, setakat belanja makan kecil2 tu x menjadi mslh.

untuk 1st time ni aku xde hadiah buat kanda, begitu juga kanda, almaklumlah, kewangan kami belum stabil lagi. so kami memahami situasi masing2. dan aku pun x mengharapkan sangat hadiah tu semua. yg penting masing2 saling mengingati dan mencintai.