Showing posts with label Pets. Show all posts
Showing posts with label Pets. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Rest in peace

Baru semalam update tentang si montel ... alih-alih pagi ni time nak bagi susu, panggil punya panggil, senyap aje ... aku syak ada bapak kucing datang malam td. montel terlalu kecil tuk melawan dan selamatkan diri. sewaktu bela 3 beradik dulu, memang bapak kucing tu ada datang, intai-intai dan kitorang perasan kehadiran dia, kanda terus hambat bapak kucing tu. kali ni memang x dapat buat pape. xde siapa perasan. kesian montel ....

Semalam 26/11/12 isnin, ibu mertua khabarkan pada aku dengan berbisik, "rabbit dah mati" .... erk, speechless kejap. waktu tu hujan renyai, so aku dengan rasa sedih, kuatkan diri pergi ke kandang sebab nak tengok. terkejut tengok markonah terbujur kaku atas rumput. melihatkan keadaan markonah, tentu dia baru mati, sebabnya tanah kat situ tidak terusik. kalau mati semalaman, mesti sekitar bangkai ada tanah gembur ... tak tahu la pulak nape tanah tu tergembur ... tp memang mcm tu keadaannya. 

Aduh, rasa bersalah sangat. nak aje aku pesan pada adik ipar supaya jangan bela arnab lagi. sebab kami yg ada kat rumah ni xde masa nak jaga ... lagipun rabbit ni cerewet sket penjagaan dia. buktinya jelas, arnab yang bawa balik ke rumah comel2 belaka, tapi bila bela arnab tu mesti sakit, bulu yg lebat jadi luruh, bulu sekitar telinga dan hidung akan tanggal, telinga jadi berkurap dan macam2 lagi la. rasa macam mendera binatang pulak. kenapa la adik ipar aku tu tak serik2, tetap nak bela arnab. 

Semoga montel dan markonah rest in peace .... 

Monday, November 26, 2012

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti

Baru je nak rasa aman setelah ketiadaan 3 beradik si gemuk, si tembam dan si debab, petang sabtu yg lalu 24/11/12, kanda bawa balik seekor anak kucing. aduh laaa !! 

Mak mertua dah bising2 lagi sekali .... x larat nak mendengarnya !!

Aku tahu mesti ada sebab kenapa kanda selamatkan anak kucing tu ... memang tak sampai hati tengok anak kucing yg dibuang di tepi jalan, kalau nasib mereka malang kena langgar kereta atau dimakan binatang lain. kalau hidup pun mesti terseksa, susah nak cari makan, senang kena penyakit pulak. 

Kali ni kanda terjumpa seekor anak kucing yg masih kecil, anak kucing yg masih menyusu, agak2 berumur sebulan lebih kurang. kata kanda, kucing tu berdua, tapi seekor sudah dilanggar kereta dan kucing tu ada besebelahan dengan mayat. sungguh menyayat hati. rasa nak tolong tapi serba salah dibuatnya. kalau tak tolong, apa pulak nasib dia. oleh sebab kesian, kanda tolong juga. bila bawa balik rumah, mak mertua apa lagi, terus melenting!!! duh ..

Tapi bila tengok anak kucing yg malang tu, terus ibu mertua ku kendurkan suara, menyuruhku berikan susu. kebetulan hanya ada susu baby qa'id, so beri aje la. anak kucing tu minum dengan gelojoh. lapar sangat la tu. aku amik nasi dan gaulkan dengan ikan bilis, beri kucing tu makan. kesian dia. 

Mak mertua decide tuk jaga sehingga kucing tu dh besar sedikit, baru cari orang yg sanggup bela. option lain, kalau kucing tu berdisiplin, dia boleh stay lama... ehehehehhe ... tersenyum aku dibuatnya!! 

Apa pulak nama yg sesuai tuk kucing ni !! rasa nya montel ok kot !! semoga si montel akan cepat2 sihat dan membesar dengan montel, berdisiplin dan well behave !! 

Selamat tinggal 3 beradik

17-9-2012 isnin - 23-11-2012 jumaat

Itu adalah tempoh dimana aku terjumpa 3 ekor kucing yg dibuang di tepi jalan, selamatkan mereka, bela dan jaga mereka ... akhirnya jodoh kami hanya setakat itu sahaja. tak larat dah. 

Alkisahnya, mak mertua aku bising2 sebab pasu bunga jadi tandas, kurung tak sampai sehari, mereka berjaya keluar, dah tu tidur atas sofa, habis melekat bulu kucing, karpet pun dh jadi tandas, bau najis semerbak busuknya, tiada lagi udara segar,  pantang buka pintu mesti kucing2 tu datang, sebab dia ingat kitorang bawa makanan. padahal br je lepas beri makan. so pintu sentiasa bertutup, mcm duk dalam gua, kalau keluar, kemana saja pergi kucing2 tu akan mengendeng kat kaki. follow aje .. rimas

Masalah lain, walaupun dah sediakan tempat tuk mereka tapi mereka lebih suka bebas, bila dah bebas, berak merata, tidur merata, dah sediakan tempat tuk berak dan ajar mereka berak kat tempat yg disediakan, tapi still berak merata. dah tu kalau hari bekerja, mereka akan kelaparan. makan sekali sehari je. nak keluar rumah mesti rasa rimas sebab kucing asik berkeliaran dekat kaki. nak melangkah pun tak senang. aku sendiri pernah beberapa kali terpijak dan kena cakar dengan mereka. 

Sesungguhnya kami tiada masa tuk mendidik mereka serta mendisiplinkan mereka. makan minum mereka pun tak terjaga. kalau bagi makan hari ni, esoknya mesti cirit-birit. kalau dh cirit-birit, merata la beraknya. 

Aku sukakan kucing tapi aku tak suka tuk membelanya !! memang kalau nak bela kucing kena bg komitmen yg tinggi br leh bela. 

Bukan senang tuk mencari orang yang sanggup ambil kucing2 ni ... aku bukan nak jual, bagi free je pun, xde orang yg sanggup. tapi alhamdulillah akhirnya ada insan yg berhati mulia, dan kucing2 tu akan ada tuan yg lebih baik dr kitorg. aku taknak buang kucing tu, entah apa nasib diorg kalau aku buang. lebih baik berikan saja kepada mereka yg sayangkan kucing.

Aku harap kucing2 tu berbahagia dengan tuan barunya. bye bye selamat tinggal gemuk, tembam dan debab !!  


Thursday, October 4, 2012

Cats vs Rabbits

Setelah 5 hari berlalu, inilah dia 3 beradik si gemuk, si tembam dan si debab ... tarikh snap pic ni 22/9/12 sabtu, dah berisi sikit dan sihat. mata si kelabu @ si tembam pun dh elok setelah bawa jumpa vet... 


GEMUK
SI DEBAB ... PALING MUDA ... KIRA MCM YG BONGSU LA... KURUS DAN KECIL
TEMBAM
MATA DAH TAK SAKIT LG
MARKONAH
TUMINAJOKO ... BETINA, DIA SAKIT ... KESIAN ... 

MASJOKO

Pet's photos

Jumpa anak kucing 3 beradik ni pada 17/9/12 Isnin, hari cuti sempena sambutan hari malaysia. semua gambar dibawah diambil pada 18/9/12 selasa sekitar jam 6 petang. kesian sgt, kurus, kelaparan, masik menyusu dan sakit. time ni belum fikir nama lagi. letakkan sekali dalam kandang ni bersama 3 ekor rabit. biar mereka bersosial sikit. 







Friday, September 21, 2012

Gemuk Tembam Debab

Semenjak dah ada pet ni aku makin busy .... risaukan kucing mengalahkan risau kat anak sendiri ..... ada ke patut .... 

Dalam duk mencari nama sesuai tuk 3 ekor anak kucing yg aku jumpa tu, aku ada tanya pada ofismate yg memang sukakan kucing dan memang bela kucing. ofismate aku ckp kalau nk bg nama pd kucing, mcm manusia juga, beri nama yg elok2 semoga bila kita panggil dia dengan nama tu, mudah-mudahan ia akan jd seperti yg kita panggil. 

So agaknya apa nama terbaik tuk seekor kucing ye??? supaya dia akan jadi sihat walafiat. kena fikir satu nama yg positif. aku dengan bersungguh-sungguh fikir itu ini akhirnya muncul nama bambam. bambam ni singkatan tuk tembam. dengan harapan kucing tu akan jadi tembam dan sihat. 

Tapi kanda tak suka nama tu sebab nnt sama pulak dengan nama salah sorang anak buah dia. hahahhahhaa secara tak sengaja. akhirnya panggil guna nama tembam. tak kisah la ....... hehhehehehe ..... lagi dua ekor, aku letak nama gemok dan debab ...... ekekekkekekek

Semalam 20/9/12 rabu, balik dr tempat keje aku ajak kanda pegi beli barang. dah alang2 nk keluar tu aku rasa baik bawa tembam ke klinik haiwan. lagipun tembam memang sakit mata. so aku call klinik haiwan yg ada di putrajaya. xde jawapan. call pulak klinik haiwan di BBB. nasib baik ada yg jawab. katanya klinik tutup kul 9 dan kebetulan vet ada. 

Selepas jemput anakanda al-qa'id, kitorg terus ke BBB Seksyen 8, cari klinik haiwan Dr. Pet. Aku rasa sangat lega selepas si tembam dah dapat rawatan vet. semoga mata si tembam cepat sembuh. 

Nak dijadikan cerita, aku nak bawa si tembam ni jumpa vet, br aku terfikir yg kami takde cage. so camana nk bawa si tembam? bawa baby lagi? alih2 aku dapat idea tuk letakkan si tembam dalam bakul kain. si tembam tu duduk diam dan elok je dalam bakul kain tu ..... 

Selepas jumpa vet pun si tembam duk je dlm bakul tu diam-diam. kami siap pegi soping kat econsave, tinggalkan dia dlm keta, dia cool je .... xde nk nakal2, bising-bising atau buas dalam keta. terbaring aje. mungkin juga sebab dia tak sihat sebab tu dia pasif. 

Pagi tadi aku pegi jenguk, si tembam dh makin sihat dan bertenaga sikit. alhamdulillah. balik nanti nk amik gambar si tembam dan adik beradik dia yg lg dua ekor tu ..... oh lupa plak, 3 ekor anak kucing ni kanda letak sekalikan dengan 3 ekor arnab peliharaan ... biar mereka berkawan .. hehehe

Get well soon tembam ...

Wednesday, September 19, 2012

Si Kelabu

Semalam, balik dari tempat keje, aku berkesempatan tengok anak-anak kucing yg kanda selamatkan hari isnin lepas. subhanallah, comel nye ..... bulu panjang, ekor panjang, sihat dan manja, jinak plak tu ... xde cacat celanya .... tersentuh hati aku bila ada manusia sanggup buang mereka. kejam sungguh manusia itu .... sungguh !!!

2 ekor dr mereka warna putih tompok hitam. sekor warna kelabu. aku suka warna kelabu tu, dia paling kecil mungkin paling bongsu kot. bulu dia gebu dan panjang. tapi yg sedih nya mata dia sakit. dua belah mata dia membengkak dan berair, tahi mata penuh dan warna macam nanah. aku tetiba rasa nk nangis sebab tak tahu camana nk tolong. 

Hari ni aku ada bertanyakan org camana nk buat pada anak kucing tu. rasa tak sabar nak balik dan belikan ubat tuk mata si kelabu. kesian dia. walaupun gaji belum masuk lagi dan kami tengah kering kontang, tapi aku lebih risaukan kucing tu. aku tak mahu dia jatuh sakit. kanda letakkan kucing tu satu tempat dengan rabit. biar mereka berkawan. heheheheh ...

Oooh, nama mereka belum ada lagi, si kelabu tu kira nama dia la. lg 2 ekor tu .... apa ek???

Tuesday, September 18, 2012

Mana letaknya kemanusiaan ???

Lately, aku tak sanggup nak dengar berita kat radio mahupun tengok berita kat TV ... sungguh menyeramkan dan menakutkan. yang duk hangat sekarang ni tentang remaja awal 20-an campak anak yang baru dilahirkan dari tingkat 3. Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun .... masya Allah .... apa nak jadi pada manusia skang ... itu belum lagi berita kat negara luar seperti palestin, libya dan myanmar (rohingya) yg sedang hangat diperkatakan.

Dah tu dalam fb plak sume tu disharekan untuk tatapan bersama. kalau dah dengar pun rasa seram, bila tgk gambar lagi menakutkan. menitis air mata aku tgk gambar baby yg dicampak tu ... tak lain tak bukan aku teringat anak aku ... hanya Allah sahaja yg tahu perasaan hambanya. 

Semalam 17/9/12 isnin, semasa otw nak ke salak tinggi hantar adik ipar balik ke asrama, kitorg terserempak 3 ekor anak kucing yg masih kecil (masih menyusu) betul2 atas jalan. anak-anak kucing tu nak melintas jalan agaknya tapi macam pening2 terhuyung hayang. nasib baik kereta depan break. kalau tak mati kucing tu kena lenyek. 

Bila kanda berhenti tuk kutip kucing tu, aku perasan ada guni putih yg terbuka sedikit. mungkin guni tu tuk isi anak-anak kucing tu dan dibuang kat situ. kucing tu masih baru dibuang di situ mungkin beberapa minit lalu. sebab keadaan mereka yg terpinga-pinga mencari arah. kanda masukkan semula ke dalam guni dan bawa masuk ke kereta. 

Mula2 tu meraka struggle nk lepaskan diri, tapi lama-kelamaan, senyap dan elok aje diamnya. kucing pun ada hati dan perasaan juga. dia tahu kami nak selamatkan that's why mereka well behave. 

Aku menyumpah-nyumpah kepada org yg buang anak-anak kucing yg masih kecil, masih menyusu. kalau nak buang, buang sekali dengan ibu kucing tu, ok lagi. sekurang-kurangnya anak-anak kucing tu boleh menyusu dan ibu kucing boleh protect anak dia. kejamnya manusia.

Kejam lagi manusia yg buang anak tu .... ishhhh .... sakit hati !!

Anak kucing bertiga tu bertuah kerana kami yg jumpa mereka. kalau tak, tak tahu la apa nasib mereka. aku cuba bela anak kucing tu sebaik mungkin. InsyaAllah ..... kanda belikan palet untuk bagi makan mereka. harap mereka sihat. 

Nama apa sesuai tuk mereka bertiga yer????