Showing posts with label Tahun baru. Show all posts
Showing posts with label Tahun baru. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Saya sayang blog saya

Assalamualaikum wbt

Saje je nak ucapkan ....



Bye bye 2014.

Saya percaya 2014 banyak meninggalkan kenangan ... sudah tentu banyak kenangan manis & pahit telah dilalui, saya pun sama ... nak undur balik masa dah tentu tak boleh, jadi di tahun baru ni jangan diulangi kesilapan yg lepas, bersikap positif, sentiasa majukan diri, berusaha lebih kuat dan cipta kenangan yang indah-indah. 

Apapun tahun 2015 ni saya berazam untuk menceriakan blog ni .. saya akan berusaha untuk menulis entry dan berkongsi ilmu pengetahuan sekerap yang boleh. In Sya Allah.

Saya sayang sangat blog ni !!

Tuesday, December 31, 2013

Happy New Year 2014

Assalamualaikum wbt



Azam 2014 aku sambung dari azam tahun lepas, sambung dari tahun-tahun sudah ... eheheheh

Semoga 2014 lebih baik dari tahun 2013 !!

New year new plan new book

Assalamualaikum wbt

Hari ni hari terakhir 2013 .... Esok dah masuk tahun 2014 ... Dan semestinya cuti umum !!!!
Untuk permulaan tahun 2014, seperti biasa UPM akan berikan kalendar, planner, diary dan notebook ....

Diary tahun 2013 pun x tertulis, nasib baik diary 2014 ni kecik... Ehhehe


Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013

Hari ni 2/1/13 rabu .... rasanya belum terlambat tuk ucapkan welcome 2013 ... good bye 2012 !!

Ini entry pertama tuk tahun 2013 .... well, tahun silih berganti, masa bergerak pantas, namun seperti biasa, aku lalui hari2 seperti biasa ... tiada yg luar biasa ... org kata kalau xde azam hidup xde matlamat. kalau hidup xde matlamat, takde guna hidup ni ... so masing2 pun ikut la berazam itu ini !! 

Tp bg aku ... sekalipun xde azam tahun baru, xde matlamat hidup, carry azam tahun lepas yg tak tercapai ... itu semua perkara biasa saje ... yg penting ialah amalan. kerana itu yg dinilai oleh allah ... kalau kita jaga amalan dan ibadah .. kita akan dapat dunia dan akhirat. so lebih baik berazam untuk tingkatkan amalan dan ibadah kepada allah sebagai bekalan di hari akhirat nnt !! 

Alhamdulillah azam aku ni carry forward dr tahun lepas semasa awal muharram bulan november 2012 ... so sah lakunya hingga awal muharam tahun 2013. semoga allah permudahkan segala usaha dan urusan aku !! insyaAllah !!

Monday, December 31, 2012

2012 dalam kenangan

Hari ni isnin last day untuk tahun 2012 .... well sehingga hari ni dalam tahun 2012, blog aku sudah mencapai 4392 pageviews ... aku sangat terharu dan happy ... 

Niat buat blog awal dulu hanya nak jadikan blog sebagai personal diary aku je ... tp malangnye kat sini tak boleh nak luahkan perasaan secara mendalam ... tapi dah lama tu aku rasa macam nak jadikan blog ni sebagai tempat untuk bercerita dan berkongsi pengalaman. 

Banyak maklumat, cerita, pengalaman dan nostalgia cuba aku tuliskan disini sebagai memori. supaya suatu hari nanti aku boleh baca balik dan juga simpan untuk diri sendiri. semuanya dari diri sendiri untuk diri sendiri ... tapi bila tengok pageviews yang semakin meningkat saban hari, aku sedar bahawa blog aku ni dibaca oleh orang ramai ... terima kasih kepada yg sudi singgah dan baca coretan aku yg tak seberapa ni. 

Blog ini terhasil ikhlas dr hati ... !! yg dah jadi followers tu, terima kasih pada kalian kerana sudi follow !! 

Selamat datang 2013 ... aku tetap akan update blog seperti biasa !!