Showing posts with label Macam-macam. Show all posts
Showing posts with label Macam-macam. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Bakat terpendam??

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku berjaya siapkan homework. Tapi belum siap sepenuhnya. Tinggal lagi nak buat frame then letak nama. Idea banyak tapi tak menjadi sebab tak berkenan dengan hasilnya. So tak puas hati, kena buat lagi. 



Petang pulak dah janji dengan anakanda al-qa'id, nak baa dia ke pantai main bubble. Tapi angin kuat sangat, bubble plak tak menjadi, air sabun kurang sabun terlebih air. Apapun papa dan qa'id seronok mandi manda.  



Malam pulak aku berurut badan. Tak boleh nak cancel sebab dah buat appoinment. Badan aku sakit sangat terutama belakang pinggang dan perut. Rahim aku jatuh sebab dah lama tak berurut. Badan pulak banyak angin. So dah  tak tahan menahan sakit, memang kena urut jugak. 

Teringat pulak projek mekap dengan jiran aku kelmarin. Aku ada share gambar ke group whatsapp giatmara. Sebab diorang suka mekap-mekap ni. Ada sorang tu aku nk sangat tengok muka dia tanpa mekap. Pastu aku teringin nak mekapkan dia. sebab mekap dia terlalu tebal untuk usia dia yang muda. Datang kelas jahit je pun, takyah lah mekap tebalmacam pengantin. ekekkekekekke

Salah sorang tu komen, katanya aku ada bakat terpendam. Lagi sorang katanya macam minah arab dah mekapnya. Tergelak dibuatnya. Aku pun tak tahu lah itu namanya bakat terpendam atau hanya kebetulan. Dah ada peluang untuk belajar, aku buat la ikut sukahati aku. Kalau jadi alhamdulillah. Kalau tak jadi, cuba lagi. Sebab tak rugi belajar. 

Apapun fokus kepada jahit dulu. Sambil tu kalau ada peluang belajar mekap, aku akan ambil. In Sya Allah. Jahit ni pun dulu hanyalah angan-angan aku je. Aku berangan nak jahit baju kurung sendiri, jahitkan baju melayu untuk kanda, jahitkan baju tidur untuk qa'id. Tak sangka sekarang aku dapat peluang belajar jahit. Memang tak sangka sangat dapat peluang ni, yang penting kanda support 200%. Family members pun support. Alhamdulillah. Aku takkan sia-siakan peluang ini. 

Sambil tu kumpul duit untuk beli mesin, kalau takde mesin, sia-sia je lah aku belajar jahit. Kalau tak dapat jahit untuk orang, jahit untuk diri sendiri pun dah cukup bagus. 

Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk aku. 


Cuti sekolah

Assalamualaikum wbt

Seminggu cuti sekolah, aku pun cuti juga, cuti penggal giatmara. ahahhahahahha. Tapi baru hari ni berkesempatan jenguk blog. Busy sangat-sangat. Kena siapkan homework bagai. Balik kampung plan nak siapkan kat kampung homework tapi ada je program lain. Balik rumah Mersing pulak, ada je benda yang nak dibuat. 

Ikutkan aku taknak balik kampung, sebab nak siapkan homework. Tapi kanda pujuk balik, katanya atuk dan wan rindukan cucu. Lagipun sebagai anak kena la selalu jenguk mak ayah kan. Lain lah aku ni, mak ayah dah takde. Sebagai isteri aku kena lah taat pada suami. Aku taknak suami aku jadi anak derhaka. Hampir dua bulan tak balik jumpa mak ayah, so bila dh cuti panjang ni, apa salahnya luangkan masa baik kampung jumpa mak ayah.

Okey, dah balik mersing aku cuba siapkan homework aku yang terbengkalai. Tapi masih juga tak siap hingga ke hari ni. Huhuhuhu



Dua hari lepas, jiran aku whatsapp, lebih kurang macam ni la, dia nk aku jadi model make-up dia. So aku setuju aje. Petang lepas asar tu kami jalankan lah projek jiran aku tu. Alkisahnya, kawan jiran aku ni nk nikah bulan mei nanti, dan minta dia make-upkan. Oleh sebab dia dah lama tinggalkan kerja-kerja make-up ni, so dia bercadang untuk warm up balik skill make-up dia tu. Lelama tinggal nanti hilang pulak ilmu yang dipelajari. Aku pulak dah lama sangat tak touch-up muka dengan make-up, dan teringin nak dimake-upkan, so aku setuju aje lah.

Bila tengok peralatan make-up tu aku tetiba jadi teruja, terus aje cakap kat jiran aku tu, lepas ni aku pulak nak make-upkan dia. Tolong ajarkan aku make-up. Nak juga cuba guna segala mak nenek peralatan make-up tu terutama berus. Nak beli make-up set sendiri rasa membazir. Bukannya selalu pkai pun. Tapi aku sebenarnya suka make-up, tapi tak reti nak make-up. Nak masuk kelas rasa malas. So make-up la dengan apa yang aku ada. Sekali tengok peralatan make-up jiran aku tu, complete set, macam-macam ada, tangan rasa gatal plak nak mencuba. 

So inilah hasil projek kami. 


 
Seronok juga belajar make-up ni. Lepas ni kalau ada peluang, aku nk blaja make-up lah pulak. Memang minat dan suka make-up. Tapiiiiiii ..... takde modal. kih kih kih. Dulu ada juga berangan nak jadi jurumekap. Sama macam aku berangan nak jadi tukang jahit. Semoga jadi kenyataan suatu hari nanti. In Sya Allah

Thursday, January 8, 2015

Ais krim bubur pulut hitam ais krim malaysia

Assalamualaikum wbt

Bangun pagi tadi terus ke dapur, tengok sekeliling dapur kesayangan aku, apa nak makan hari ni ye? Dah banyak hari aku tak masak. Rasa macam ular sawa pulak. Takpun macam harimau pun ye jugak. Makan kenyang2 pastu duk rehat aje tak buat pape. Ni semua sebab kanda yang ketidaksihatan. dapur dikuarantin. Hanya boleh masak makanan yang tidak bergoreng sahaja. 

Bubur nasi nampaknya dah tak berselera lagi nak menelannya. 3 hari berturut-turut makan nasi air. Sup tulang pun dah hancur dagingnya. Mushroom soup pun dan tak bernafsu. Tinggal bubur pulut hitam aje yg masih berselera. Tetiba datang idea untuk buat ais krim malaysia. Kanda pun dah tak sakit tekak lagi. Chicken pox pun dah bertukar jadi nanah. Kata kanda, dah boleh makan pejal dan dah tak perlu berpantang. 




Aku malas nak cakap apa, ikutkan aaje lah. Tapi barang dapur memang kena beli. Sebab dah banyak hari tak masak, semua dah rosak dan tak fresh lagi. 



Wednesday, May 8, 2013

Mulberry

Mulberry

Aku kenal pokok dan buah mulberi ni sejak berkahwin dan tinggal dengan mentua ... pernah la dengar pasal buah mulberry tapi tak pernah kenal .. so aku tak sangka yang buah adik beradik berry ni boleh hidup di malaysia yang beriklim panas dan lembap. rupanya pokok ni memang berasal dari benua asia. 

Mula-mula dapat rasa dan makan buah mulberry ni memang aku suka dan excited nk makan lagi ... tp sekarang aku dah tak hairan ... sebabnya kat rumah yg aku tinggal sekarang ni dipagari oleh pokok mulberry ... teringat kampung halaman, rumah aku dipagari pokok bunga puding ... rumah jiran lain pokok bunga pagar, ada jiran pagar rumah dengan pokok bunga raya, ada pokok bunga kertas .... senang cerita pokok bunga dijadikan pagar rumah .... memang cantik dan ceria mata memandang !!

Masalahnya kalau rumah dipagari pokok mulberry ni, kena berebut dengan beruk-beruk liar ... belum sempat tuan rumah nk makan, beruk terlebih dulu petik. itulah dia adat berkongsi tempat tinggal. tapi pokok mulberry ni senang dijaga dan senang ditanam. pokoknya rendah dan kena rajin trim dan cantas batang, baru la dia akan bertunas dan berbuah lebat. 





Sedikit info pasal pokok mulberry :

Daun - merupakan makanan ulat sutera

Batang - perlu ditrim sekerap mungkin baru la pokok dapat menghasilkan buah yang banyak. pokok mulberry hidup dengan keratan batang atau biji benih.

Buah - dimakan begitu sahaja, dibuat pie, tart, wines, kordial dan perisa teh. 

Monday, April 8, 2013

Koleksi kanda

Dalam diam koleksi note 50 sempena 50 tahun malaysia dah banyak ... ini sebahagian aje ... aku tak faham nape kanda suka sangat kumpul duit ni ... dulu ada jugak dengar org kata sekeping note 50 yg ada 50 tahun malaysia ni kalau tukar leh dapat rm200.... tapi sume tu mcm x betul je !!


Alkisahnya duit ni kanda terpaksa tukar dengan member dia buat sementara waktu, nnt kanda akan tebus balik. sebab kanda terdesak nak pakai duit .... kelakar bila aku dengar dia explain mcm tu .. tp itu dh hobi dia, sukati dia je la ... 

Tuesday, February 19, 2013

Inai

Ini adalah kegemaran aku sejak dr kecil lagi ... suka bila tgk kuku diwarnakan dengan inai, warna merah inai daun sgt menarik, sanggup p rumah jiran, minta daun inai, balik rumah buang tulang daun inai dan tumbuk. campur dengan arang, nasi dan air limau. tumbuk lumat2 pastu tempek pada jari. balut pulak dengan plastik, ikat dengan benag. pakai semalaman. esok pg br bukak balutan. jari kebas dan mengecut sebab darah tak mengalir ... hahahaha ... tp bila tgk hasil, memang puas hati. ehehehhe.. tp sekarang mana ada lg org yg guna inai daun bagai. beli je inai tube kat kedai, tp x semua inai tube berkualiti. this one aku suka sebab warna dia cantik, harga pun boleh tahan juga mahalnya .... 

Kali ni berinai sebab kebetulan sepupu belah suami nikah jumaat 15/2/13 lepas. hr sabtu 16/2/13 tu majlis sanding belah pompuan, belah laki next week hr ahad 24/2/13. so aku pun dengan rajin nye berinai kaki dan tangan pada sabtu. guna inai yg dh lama tersimpan. aku beli inai ni sewaktu aku nk nikah dulu. masih tinggal satu tube. warna inai ni bertahan selama seminggu lebih, then dia akan semakin pudar. bergantung juga pd keadaan, kalau setiap hari duk cuci pinggan, inai ni akan cepat luntur dek kerana sabun. kalau dalam seminggu tu tak kena sabun, amik masa lama sikit la warna dia nk pudar. 




Wednesday, December 5, 2012

Kalsium

Dah lama aku berhenti minum susu .... sebab susu makin mahal ... aku selalunya minum susu tepung every day ... satu pek 500 gram tak sampai pun RM10 ringgit. itu 5 tahun lepas .... pastu naik ... naik lagi ... makin naik .... last week aku ke giant nak beli susu ... terkejut tengok harga .... dah dekat RM20 tuk 500 gram .... 

Tapi terpaksa juga beli ... beli yg murah sikit ... susu tepung nespray 600 gram ... RM 14 !! itu yg paling murah .... susu nespray bagi aku tak sedap ... bau hamis ... ikutkan nespray dan every day keluaran nestle ... tp rasa berbeza dan harga pun berbeza !! 

Terfikir tuk amik pil kalsium sebagai ganti susu ... tp collagen yg aku makan sekarang tinggi dengan kalsium sebenarnya ... disebabkan aku masih lagi breastfeed baby, so aku memerlukan lebih kalsium dalam badan !! 

Selepas bersalin gigi aku patah semasa makan nasi !!! itu tandanya kalsium dalam badan berkurangan ... so untuk tambahkan kalsium kena la makan makanan yg ada kalsium tinggi ... kadang tu aku tak selalunya makan makanan yg ada kalsium .. so nak tak nak kena juga ambil susu atau pil kalsium !!

Dah terlanjur beli nespray, kena la minum sampai habis ... setiap kali minum mesti rasa semacam je dalam perut !!


Wednesday, October 24, 2012

Bingung

Pelik dengan perubahan diri sendiri, bukan perubahan apa pun, tp kalo tetiba makan masih tak kenyang, mesti aku rasa pelik. minggu ni lain macam je rasa badan. 

Dari pagi aku makan, mengunyah, minum 2 liter air, ke toilet setiap setengah jam, perut masih tak kenyang, rasa lapar sepanjang masa. kenapa agaknya ???

Tak pernah pulak jadi macam ni sebelum ni ... cuma dalam sesatu masa tu, ada la juga aku rasa nk mengunyah aje .... kadang tu makan sikit pun dh kenyang ... tapi tak berlarutan. kali ni dah banyak hari dh ... pusing kepala aku dibuatnya !!

Monday, July 9, 2012

Duhai anak .... syurga di bawah tapak kaki ibu !!!

Perkara ni dah lama berlaku sebenarnya. tapi aku tak terlintas pun nk tulis kat blog. tapi kali ni, entah kenapa aku terpanggil tuk bercerita. niat aku cuma nak berkongsi luahan hati aku yg begitu terkilan dgn sikap bdk ni terhadap ibunya. bukan aku nk burukkan sesapa. bg aku bdk ni cukup kurang ajar dan berani aku katakan anak derhaka.

Aku teringat kata ustaz semasa sekolah dulu, sebut "ah" aje pd ibu sudah cukup untuk jd anak derhaka. inikan pula bercakap kasar, meninggi suara, melawan, dan tak dengar cakap ibu. dah banyak kali perkara ni berlaku, aku hanya memerhati. perasaan geram tu mmg ada. bdk ni kalo jd adik beradik aku mmg dh lama aku bg sepak terajang. aku nak tegur, nnt apa pulak kata fmly dia. aku org luar aje pun.

Yg buat aku geram, depan-depan orang dia malukan ibu dia. alkisahnya, ibu dia hanya tanya baju yg dia basuh tu dah sidai ke belum aje pun (baju sendiri, bkn bj org lain pun). yg dia plak pegi menjawab dengan nada merenggus, suara tinggi dan jawapan kurang ajar. siap sound ibu dia depan-depan orang lg tu. hish, mmg aku angin betul. nk je aku balas balik tak pun lempang aje mulut celupar tu.

Sedih sangat bila aku tgk ibu dia terus berjalan tanpa sepatah kata, masuk dalam keta dan palingkan muka pandang ke lain. aku tgk air muka ibu dia berubah, lgsg tiada senyuman. lambai tgn pun tidak. seyes hati aku sakit. bertambah sakit bila bdk tu takde rasa bersalah langsung. yg aku hairan si bapak dan si kakak boleh senyap dan berlalu pergi. mungkin masing-masing tersentap kot dengan apa yg berlaku. atau mungkin sbb ada org lain berada kat situ. 









Tuesday, April 17, 2012

Gatal-gatal

aduhaiiiii .... sungguh tak selesa. aku perasan gatal-gatal ni hari khamis 5/4/12 kat konter ofis. aku menggaru-garu tangan kiri dan kanan. selalunya kalau gatal mesti ada biji yg berair tu. tapi ni bintik-bintik merah selepas muncul selepas aku garu. dr tangan gatal di lengan pulak. pastu muka dan kepala.

setahu aku, aku bukan jenis yg alergik. tp tgk pada gaya dan cara gatal ni mcm alergik. punca tak dpt dikenalpasti. aku makan macam biasa je. semua benda yg aku boleh makan. hr ni 17/4/12 selasa, dh 13 hr aku kegatalan. aku hanya makan piriton tuk kurangkan rasa gatal. 

nk ke klinik jumpa doktor, rasa macam x perlu sebab xde la teruk benar pun. apa pun harap sangat gatal-gatal ni tk menjangkiti baby qa'id. 

Monday, April 16, 2012

blog caca marba ..

oh my blog ... haru biru dibuatnya ....

dh jd caca marba ... gara2 double post ... sesapa yg pandai tang coding2 tu sila la tolong hamba yg x pandai ni .. tolong hilangkan double post .... rimas nengoknyer !! nk update blog pun xde semangat !!

Thursday, March 29, 2012

Celebrity Chocolate Homemade by Zamarul Hisham !!!!







coklat ni beli masa wedding fair mega at PICC .... sedap hingga ke gigitan yang terakhir !!  

mulanya just nk merasa sebab kompani artis zamarul hisham yg buat ... pernah baca tntg cokolat ni dlm paper ... tetiba masa ronda2 wedding fair, ada satu booth khas yg jual coklat zamarul hisham ni ... 

bermacam jenis coklat ade ... so aku beli la satu bar just nk rasa ... sedap la pulak ... terus kirim pd adik ipar yg kebetulan dtg event bidadari dunia di PICC ... pastu x cukup, nk lagi, kirim lg kat ofismate diyana plak ... 

harga satu bar rm3 aje. bg aku ia sgt murah, sbb coklat dia tebal dan penuh dgn kacang hazel!!

ni kira produk tempatan ... so aku beli sebagai tanda sokongan pd usahawan melayu .. x kira la siapa dia ... artis atau bukan !!!

Wednesday, March 28, 2012

-Susu Terakhir buat si kecil-

-Susu Terakhir buat si kecil-

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Tuesday, March 27, 2012

Spoil mood

pepagi lg mood aku tetiba berubah ... boleh pulak terserempak dengan dia sewaktu nk ke tempat punch card. terpandang lak lagi muka dia yg mencuka kelat dan ketat mcm puki ayam .... cis !!! 

aku tetiba rasa annoying to the max dan entah kenapa nk tulis dlm blog ni tentang perasaan aku ni ... rasa sungguh yucks sebab wajah dia asyik bermain di minda .... dengan harapan kalau luahkan kat blog boleh la hilangkan segala rasa kurang enak ni ..... bweeeeeekkkk !!!!

Tuesday, March 13, 2012

Konvokesyen orang

event convocation macam ni, sgt hapPENING ... macam-macam hal berlaku ... kalau nk cerita semua kat sini mmg xkan habis .... aku pun malas nk ingat balik semua c2wc tu ... ada yg ok ada yg tak ok.... macam2 ragam manusia aku boleh tengok. dah lali dengan keadaan bila setiap kali event konvo.

cuma kali ni aku terpanggil tuk menulis tentang satu c2wc yang menyentuh perasaan aku. mcm biasa, aku bertugas di kaunter pertanyaan. sekeliling aku ni mmg penuh dengan manusia yg dtg entah dr mana. rata2 mcm orang kampung. aku boleh bezakan mereka dr segi penampilan dan pembawaan diri mereka. itu bukan suatu yg luar biasa. 

so nk dijadikan cerita, aku duk melihat gelagat og ramai yg berlegar2 di lobi .... memandang di sekeliling, kemudian aku terpandang ke sebelah kiri kerana ada kelibat seorang graduan lelaki menerpa ke arah ayahnya ... dia meluru ke arah ayahnya lantas terus aje dia peluk ayah dia yg memang sedang menunggu. peluk punya peluk kiri kanan, si ayah sembamkan muka pada bahu kiri anak lelaki dia. lama juga ... aku syak si ayah ni macam menangis aje .... terharu dengan anak dia yg konvo agaknya ... almaklumlah kan.. kemudian pelukan dilepaskan, si ayah terus memalingkan muka membelakangi anaknya ... sambil mengesat air mata ... kan betul tekaan aku. 

tersentuh hati aku melihat seorang ayah menangis gembira dengan kejayaan anak. itu baru konvo dah menangis gembira. konvo ni tuk cikgu, so mmg lepas konvo kompem terus dpt keje. tunggu posting aje tu.

aku teringat masa aku konvo dulu .... mak dan ayah aku dh xde time aku konvo ... yg dtg pun abg dengan kakak je.... dh tu hingga sekarang aku belum dpt keje tetap lg ... belum rezeki dpt keje tetap lagi agaknya. diorg ni bertuah la, konvo yg mmg dh dpt keje, abis belaja terus kompem jd cikgu ... aku ni x, lepas konvo nk kena cari keje dulu, dh tu bukannya keje tetap .. lg satu belum tentu dpt keje seperti yg duk belaja 3 4 tahun tu ... sedih hingga sekarang !!








Wednesday, February 29, 2012

Taska oh taska

petang semalam 28 feb hari selasa, my cousin postkan satu video dlm facebook bertajuk "Di bawah penjagaan taska-wajarkah bg anda?". 

tgk pada gambar dh tahu ia berkenaan dengan kanak atau baby... then tgk plak pd komen, seolah2 benda ni x wajar. so ia menarik aku tuk tgk vid tersebut. malangnye my lappy x boleh tgk sbb flash player out of date. cari punya cari dlm youtube pun x jumpa. akhir sekali tgk kat pc, walaupun xde suara pun xpe. yg penting boleh tgk vid tu.

sekali dpt tgk vid tu, aku terkedu, tergamam, dan bulu roma aku meremang..... nak menangis tgk vid tu tp aku tahan .... sbb tgk dgn kawan. kalau tgk sorg2 kompem dh menangis. sambil tu mulut aku x lepas dr duk menyumpah org yg buat mcm tu pd kanak2/bayi.

hari ni dtg ofis, vid semalam dh jd tajuk utama akhbar.... so rupanya vid semalam adalah vid baru dan vid tu dh jd isu besar .... dlm fb pun dh ramai yg post ... ingatkan ni kes lama ... betul2 x sangka. 

aku bersyukur kerana anak aku dijaga oleh orang kampung yg dkenali oleh famly dan makcik tu hanya jaga anak aku sorang aje.... kalau tak, mau aku benti keje tuk jaga nak sendiri.

sangat kejam dan kasihan melihat anak kecil yg x tahu apa2 diperlakukan begitu ... dibedung seketat mungkin, diikat, ditutup mulut dengan plaster dan disumbat puting dan ditelangkupkan pulak lagi..... sgt tidak berperi kemanusiaan ... terbayang my son yg dibedung sebab susah nk tidur ... dia meraung dan melalak menangis nak bebaskan diri, aku dh x sampai hati, ini kan pula nk diperlakukan mcm tu .... kanak/bayi tu mesti trauma, tp nk cakap x boleh ... 

kesian sgt dan sedih serta kecewa.... ibu bapa mana sanggup tgk anak diperlakukan begitu ... mesti mak bapak kanak2/bayi tu x tahu keadaan anak mereka ... kalau tahu tp still hantar ke tempat tu lg mmg x tahu la nk ckp ape... mungkin mak bapak buat jugak kat umah kot ... tapi hrap2 xde la ... so aku anggap mak bapak kanak2/bayi ni tak tahu situasi sebenar ank mereka.... skang isu ni dh tersebar, harap mak bapak amik la tindakan sebelum terlambat ... keian anak2.

petikan akhbar harian metro :-

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.



JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

Friday, October 21, 2011

Pokok tumbang

Alkisahnya semalam 20/10/2011 (rabu)

Hujan lebat belah malam nye serta ribut .... sebatang pokok tumbang menghalang jalan ... akibatnya lewat masuk ofis .... semalam tak sempat amik gambar sebab rushing ... 




 terima kasih pada jiran bawah umah sebab tolong suami saya potong dan alihkan pokok ni ... amik masa sejam tuk clearkan tempat kejadian ...

MENGGEMPARKAN !!!

THIS MORNING 21/10/2011 (FRIDAY)










pagi tadi aku dan family mentua dikejutkan dengan kematian seekor anak rabbit dan 9 ekor anak ayam.... sungguh menyayat hati ... mengerikan dan menggemparkan.... angkara manusia atau binatang buas ????

anak rabbit dijumpai mati dalam sangkar ... keadaannya sungguh tragik ... tinggal kepala bersama kulit bulu yang dah tersiat dari badan, isi perut dah xde, sepasang kaki depan dh xde ... tinggal kaki belakang aje yg masih bersambung dengan badan.... yg peliknya, sangkar tidak terusik, kesan darah sikit aje pada lantai sangkar ... so camana pembunuh ni melakukannya ??? aku x sempat amik gambar keadaan rabit dalam sangkar .... gambar yg kat atas tu diambil sebelum ditanam ...lagi dua ekor rabit dewasa ( mak ngan bapak anak rabit yg malang ) x pulak jadi mangsa ....

9 ekor anak ayam rasanya sume mati kot ... sebab yng jumpa hanya 5 ekor ... 3 ekor dijumpai mati bergelimpangan berdekatan sangkar ... 2 ekor dijumpai mati dlm kolam ... lagi empat ekor x jumpa ... mungkin bangkai ayam lg 4 ekor tu ada tersembunyi di hutan belakang umah kot ... 

sungguh menyayat hati ... aku blur seketika bila tgk apa yg terjadi ... speechless ... x tercapai akal tuk fikirkan kejadian yg sungguh dasyat ni ... mula2 tu menyeramkan, lama2 aku rasa geram plak ... sungguh aku tak faham kenapa ... apa punca dan motif .... 

sekitar rumah tu mmg la bayak monkey, tapi sepanjang duk bela binatang ni, monkey hanya curi makanan aje ... x penah plak buat benda kejam camni ... 

malam tadi mmg aku terdengar bunyi anjing menyalak ... bunyi dekat sangat .... tp x pulak aku nak tgk jam atau bangun .... selalunye aku kerap bangun malam sebab nak ke toilet ... tapi malam tadi lain pulak ... ada kemungkinan juga anjing2 ni punya angkara ... anjing bela mmg makan palet, tapi anjing liar ni makan binatang ... lebih2 lagi rabbit ... binatang yg tak pandai melawan dan mempertahan diri ... macam ayam plak, pelik juga semua boleh mati .. ayam ni pandai la jugak mempertahankan diri .. mcm kalao sergah dia akan terbang ... lagi pelik, apa motif anjing bunuh semua ayam tapi x usik pun ... x makan pun ... 

pagi tadi sebelum datang ke tempat keje, aku dan kanda nampak anjing2 tu sume masih ada berkeliaran ... berdekatan dengan umah ... sume 5 ekor ... siap la anjing tu sume ... nasib anjing tu baik sebab senapang bapak mertua kehabisan bullet ... kalau tak ... mmg dh nahas.