Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Foto hari keluarga hajah aminah

Assalamualaikum wbt

Masih lagi entry pasal hari keluarga hajah aminah, kejar masa ni, sebab hari ni last day tahun 2013, so nak update semua aktiviti tahun 2013 pada hari ni .. ehehehhe.... nak share gambar-gambar yang diambil oleh sedara yang lain .... memang ramai fotografer ... disebabkan aku tak snap gambar ni dan banyak moment yang aku miss, so amik la diorang punya .... huhuhu


Jalan masuk / keluar ke lokasi pak akob place !!


Makan tengahari potluck


Berkubang hari pertama .... air deras, dalam dan merbahaya



Solat Jamak Maghrib & Isyak ... Bacaan Yaasin





Makan malam, BBQ dan celebrate birthday disember 



Aktiviti malam ... serasi bersama, bingo, karaoke ...


Masa untuk tidur !!


Aktiviti hari kedua ... melibatkan anak-anak bujang, dewasa dan single !!








Kumpulan kami .... juara keseluruhan !!


Senarai permainan serta markah terkumpul 


Hadiah penghargaan 


Bintang hati ibu ... sayang qa'id sangat sangat sangat !!!


Berkubang setelah penat bermain ... mandi manda dulu, pasni nak check out !!




Bye Bye 2013 .... Jumpa lagi pada next family day 2014 .... 

Monday, December 30, 2013

Hari Keluarga Hajah Aminah

Assalamualaikum wbt

Bulan lepas Hari Keluarga Pak Abu, bulan ni Hari Keluarga Hajah Aminah pulak .... tak banyak yang nak diceritakan sebab lokasi sama, hari pun sama .. sabtu dan ahad ... cuma tarikhnya pada 14-15 dis 2013. Kebetulan 15 tu tarikh lahir aku yang ke 30 tahun ..... huhuhu dah 3 series rupanya .... tak dapat terima kenyataan tapi aku redha aje !! 

Kali ni aku dapat snap beberapa pic area yang tak sempat diexplore pada kali pertama datang sini. hari keluarga hajah aminah ni ada aktiviti bersama keluarga ... selain dari memasak dan makan, ada aktiviti yang melibatkan semua orang !! serasi bersama, couple bingo, karaoke tak oke ... sangat huru hara dan hapPENING dengan mak cik-mak cik yang sangat havoc !! dan semua orang sangat sporting. kumpulan kami menang secara keseluruhan dan dapat hadiah tipuware !!

Alhamdulillah cuaca baik dan aktiviti mandi manda sangat best .... air memang deras pada hari pertama dan hari kedua air kembali normal .... so memang dapat berkubang sakan ... berjimba dengan family members ... memang syok sangat !! cuma anakanda al-qa'id yang takut nak mandi ... hanya jadi pemerhati .... qa'id yang menggigil lebih .... 

Event ni juga aku anggap sebagai birthday treats untuk aku ... sebab ada kek untuk ahli keluarga yang lahir bulan disember. bulan lepas pulak birthday treats untuk anakanda al-qa'id .... rezeki kami berdua dapat celebrate birthday dengan keluarga !!

Aku nak share beberapa keping gambar yang tidak sempat ambil semasa pertama kali datang sini !! So kali kedua datang berkesempatan snap gambar dari sudut yang berbeza !!





Jambatan yang scary 


Tapak perkhemahan



Sedikit info tentang sungai ni, tapak perkhemahan ni kedudukan dia seakan-akan pulau kecil ... sungai terbahagia dua membentuk tapak perkhemahan ni dan sungai bertemu semula di bahagian bawah ... rupanya ada satu lagi pulau kecil yang terbentuk di bahagian atas .... so terdapat dua pulau kecil ... pulau lagi satu aku tak sempat explore .. maybe next time kalau pergi lagi aku akan explore pulau yang lagi satu tu !! 

Tempat berkubang & berjimba-jimba





teruja dapat ambil gambar dengan kanda & anakanda al-qa'id .... 



atuk & cucu



kanda & qa'id


Snowy Cheese Cake


 Butterscotch Walnut Cake


Dapat belajar teknik fotografi dengan sepupu kanda ... kak iti





Walaupun dah dua kali datang sini, aku tetap rasa tak puas dan kalau boleh nak datang lagi .... bagi mereka yang sukakan nature memang tempat ni sangat best untuk diexplore !! sangat privasi, tenang, damai, cantik, segar dan mengujakan. 

Friday, November 22, 2013

Lubok Semak, Lata Jarum, Hulu Dong, Raub, Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum wbt

Entry sebelum ni aku dah ceritakan pasal program hari keluarga yang telah diadakan di Raub. So kali ni aku nak share sikit beberapa keping lagi gambar keindahan alam sekitar lokasi program hari keluarga. tak sangka pulak ramai yang hubungi aku untuk bertanya lanjut mengenai lokasi tersebut. 

Nampak gayanya hari keluarga belah abah dengar khabarnye nak buat kat tempat yang sama .... tunggu dan lihat saja nanti ...







Ikutkan hati nak aje masukkan kesemua sekali 500 keping gambar dalam entry ni ... tapi terpaksa pilih 5 keping aje ... tempat ni sangat la mendamaikan, tenang, segar dan sangat sesuai untuk buat pelbagai aktiviti ... cuma kitorang aje yang tak berkesempatan untuk explore keseluruhan tempat disebabkan masa yang terlalu singkat. aktiviti seperti flying fox dan meninjau tempat bunga rafflesia tak sempat dilakukan ... itu sebab kalau boleh aku nk datang lg tempat ni !!