Showing posts with label Awal Muharram. Show all posts
Showing posts with label Awal Muharram. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Salam Muharam 1435 Hijrah

Assalamualaikum wbt

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI ALAM SEMESTA !!

Hari ni dah dah masuk 2 Muharram 1435H bersamaan 6 November 2013

Alhamdulillah kerana berkesempatan untuk membaca doa akhir tahun dan juga doa awal tahun malam semalam. Harapan dan azam untuk tahun baru kali ni .... hurrmmmmm aku nak jadi insan yang lebih baik dari sebelum ni !! sangat klise kan .... pape je lah !!

Permulaan tahun baru 1435 hijrah kali ni aku ingin buat announcement la kat blog ni ..... bahawasanya ...



Well, aku saje je ingin mencuba sesuatu yang baru .... aku cuba untuk melakukan penghijrahan dan pengobanan sepertimana yang dituntut. Jadi sempena tahun baru islam hijrah ni rasanya elok la aku melakukan sesuatu untuk kebaikan diri aku sendiri jugak !!! 

Semoga hidup aku lebih sukses, bahagia bersama keluarga, impian menjadi kenyataan dan usaha serta urusan aku pada tahun ini dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah, amiin ya rabbal alamiin !!

Friday, November 16, 2012

Awal Muharram 1434H

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1434H

Hari ni 2 muharram, so masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru islam hijrah. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana kali ni aku berkesempatan tuk membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. itu pun di saat akhir br teringat. nasib baik sempat baca doa akhir tahun. punya la remind kat fb bagai tapi terlupa juga. apapun akhirnya sempat ... lega sangat. tambah gembira dapat baca bersama anakanda al-qa'id. aku aminkan dan raupkan ke muka qa'id setelah doa selesai dibaca. 

Tahun islam atau tahun masihi, azam tetap sama je. keadaan berbeza kerana kehidupan semakin kedepan dengan pelbagai dugaan. aku tetap mengharapkan suatu hari nanti aku akan dapat pekerjaan tetap. akan aku usahakan sedaya upaya .... apapun aku tetap redha dengan apa yg aku ada. memang kita nakkan hidup yg lebih baik dr sebelum ni ... so kita berusaha ke arah itu, namun Allah jua yg menentukannya. so aku redha dan tawakkal pd allah. mungkin aku sukar untuk dapat pekerjaan tetap tapi bersyukur kerana permintaan aku yg lain allah tunaikan. so kita tak semestinya dapat apa yg kita impikan tetapi allah beri apa yg kita berhak dapat. so kena percaya pada qada' dan qadar allah !!

All the best and good luck for myself !!