Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Aidiladha 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
15 OKT 2013 bersamaan 10 ZULHIJJAH 1434H

Alhamdulillah syukur pada ilahi kerana berpeluang menyambut hari raya haji bersama keluarga dan umat islam seluruh dunia.

Seperti biasa aku akan make sure persiapan raya tuk keluarga kecil tersedia. pagi raya selesai solat sunat, lebih kurang jam 10 pagi aku gerak ke rumah abang di Putrajaya. Aku dengan anakanda al-qa'id aje pergi ke rumah abg kila, kanda pulak kena tolong orang kampung uruskan majlis qurban di masjid.

Sampai umah abg kila, kakak aku kak na dah sampai. so kami semua beraya bersama. happy sangat sebab raya aidilfitri yg lepas kami semua tak berpeluang sambut bersama. lama juga aku lepak dan borak2 di rumah abang kila, lama kot tak jumpa diorang. almaklumlah kakak ipar kak ti kerja di johor, abang kila pulak selalu travel ... memang susah kami nak berjumpa apatah lagi berkumpul sekeluarga.

tengahari aku balik rumah, kanda pun dah balik. all the way pergi dan balik tadi jalan putrajaya memang lengang. aku no idea mana semua orang, balik kampung mungkin, atau masih lagi di masjid tuk ibadah qurban. lepas zohor kami gerak ke shah alam, ke rumah abang aku lagi sorang. abang pawi ada buat majlis akikah anak bongsunye sufian hadi. 

alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkumpul ramai-ramai ... walaupun tak dapat duduk dan makan bersama, tapi dapat jumpa, salam dan bertegur sapa pun dah kira ok. aku ralat sebab tak sempat langsung nak snap gambar .... rugi sangat sebab bukan senang kami semua berkumpul mcm ni ... entah bila plak lagi kitorang dapat berkumpul. duh !!

lepas asar baru kami gerak balik ... nak balik tu abang aku yang lebih tua sampai bersama family dia. abg abi sampai, aku salam and gerak balik. dia sampai lambat kot, so kitorang dah stay lama, terpaksa undur diri dulu lah. lagi pun rumah dia dekat BBB je, anytime aku boleh pergi sebab dekat. belah malam pulak kami ke rumah nenek kanda. 

Kawan-kawan opis duk tanya aku, betul ke sambutan raya haji di kelantan meriah berbanding negeri lain. hurrmmm aku sendiri tak tahu, jadi aku tak tahu nak jawab camana. bagi aku sama je. memang banyak nostalgia sambutan raya haji di kelantan, yang buat aku rasa syahdu setiap kali raya. masa arwah ayah masih ada, memang daging korban ada je dihantar ke rumah oleh orang kampung. daging2 tu sume disimpan dalam besen, daging qurban tu tak basuh pun, terus je letak dalam besen kemudian tabur dengan garam. kalau ada lagi org kasi masukkan aje, then tabur garam lagi. almaklumlah rumah waktu tu takde peti ais. so itulah caranya menyimpan daging qurban.

walaupun menyimpan daging dengan cara tu menghasilkan bau, tapi sebenarnya bau itu la yang memberi aroma pada daging tu. membuatkan masakan daging menjadi lebih umppph, dan bau itu la yang aku rindu dan buat aku teringat2 akan suasana raya qurban. masakan yang paling aku suka dengan daging qurban ialah singgang, rebus cicah air asam, goreng kunyit dan bakar. tak perlu hidangan kuzi atau kerutub, cukup singgang daging, budu dan ulam. fuh terangkat. hari-hari makan pun tak jemu. serously !! mak aiiii betapa nostalgianyer zaman itu dan aku rindu, sebak dan sayu bila ingat balik kenangan itu. 

sekarang aku tak tahu apa menu tuk masak daging qurban, rasa daging pun tak sama mcm yg simpan dalam besen tu, aduhaiiii rasa nak putar balik waktu ... walau apa pun berlaku, kenangan lama tetap terpahat di sanubari sampai bila-bila !!

Monday, October 29, 2012

Raya haji 2012

Raya haji tahun ni jatuh pada hari jumaat 26/10/12 bersamaan 10 Zulhijjah 1433H. Persiapan raya langsung takde macam baju raya aku, kanda dan baby qa'id sume xde. pakai yg mana ada je. memang betul kata ramai, raya haji x meriah kecuali di kelantan. Raya haji di kelantan meriah dengan cara yg tersendiri. memang aku rindu saat tu sume, terutama semasa arwah ayah masih ada. 

Hari raya pertama aku bersiap mcm biasa, pakai baju raya siap2 sebab dalam jam 11 pg nak beraya di rumah kakak aku di Bandar Baru Bangi. tapi qa'id pulak masih lg tidur dr jam 10 pg lg. jam 12thgr br qa'id bangun. kanda pun selepas solat sunat raya balik rumah terus sambung tidur. so kena kejutkan kanda dan siapkan qa'id. nasib baik aku dh bersiap awal. 

Jam 12.30tghr br gerak. 15 mnt kemudian sampai di rumah kakak. kakak aku tu tengah tunggu masa je nk bersalin. hari ahad genap 40 minggu. aku ke rumah kakak bawa lemang, rendang ayam dan nasi impit. aku gembira bila tengok kakak aku begitu teruja makan lemang dengan rendang. itu menu yg dia nk makan sebelum dia bersalin dan berpantang. akhirnya dapat juga merasa.

Walaupun tengah sarat, sempat kakak masak nasi arab, spagheti bolognaise dan puding karamel. dapat la merasa masakan kakakku sebelum dia berpantang. huhuhu ... banyak juga aku belasah nasi arab .... sambil makan sambil tu suap qa'id ..... qa'id dh boleh makan apa yg org dewasa makan ... so xde la leceh sangat tuk sediakan makanan baby kalau keluar memana. 

Selepas makan, ni la dia beberapa keping gambar kenangan sambutan raya haji. dan juga gambar terakhir kakak ku yg membawa perut. lepas ni dh bersalin, entah bila plak leh tgk kakak aku preggy .. boleh kan wat statement camtu ... hihihihi ... aku yg beria sgt pujuk kakak posing dengan perut memboyot tu ... 




Ni lagi beberapa keping gambar semasa beraya di rumah kakak .... ni je la gambar yg ada pun tuk raya haji ni ... sebagai kenang-kenangan ... nak snap kat rumah di pagi raya, x sempat !!




Balik dari umah kakak kanda singgah ke rumah nenek sekejap untuk beraya. sekejap aje kat sana then terus balik rumah. belah malam mak su (adik ibu) datang beraya. 

Keesokannya, sekitar jam 12.49 tghr aku dpt mesej dr kakak, mengkhabarkan berita gembira. kakak dah selamat bersalin .... baby boy, berat 3.85kg di hospital putrajaya. alhamdulillah kakak bersalin normal. kiranya kakak bersalin pd minggu ke 39, sehari lg genap 40 minggu. kalau selepas 40 minggu masih belum bersalin, besar kemungkinan kakak akan bersalin secara pembedahan. aku happy bila kakak x perlu bersalin secara pembedahan. 

Petang tu juga aku ke hospital melawat kakak ... sedih nye pihak hospital melarang kanak-kanak bawah 12 tahun memasuki wad. so terpaksa la kanda stay bersama qa'id. hanya aku sahaja dapat melihat kakak. sejam bersama kakak, berborak itu ini ... sebelum balik sempat amik gambar newborn baby boy .... gambar ibunya aku tak amik sebab kakak kepenatan ... kesian kakak!!




Kakak dah ada nama untuk baby cuma belum confirm lagi. nnt update .... he is so adorable ... aku tak puas meluangkan masa dengan baby. sepanjang aku melawat, baby nenen aje, x mau lepas ... geram pulak rasanya. mak dik nk pegang dia kejap pun x boleh .. skang dh rindu kat si comel ni ... 

Bila tatap muka baby ni, satu perasaan halus meresap dalam sanubari .. rasa kasih, sayu, terharu, excited ... rasa cm aku nk pregnant dan bersalin, dapat baby lagi ... bestnya dapat baby ... aduhaaiiii 

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 

Raya tahun ni sepatutnya turn kelantan. tapi biasa la, kalau aku tak bersuara, senyap aje, xde yg ambil inisiatif bertanya dan prihatin .... hurrmmmmm

Takpe la, aku tak mengharapkan semua orang faham situasi aku ... hanya Allah yg tahu ... yg penting aku faham situasi sekarang, cukup la. bunyi macam pasrah dan sedih kan .... insyaAllah aku cuba bergembira di hari raya ini. 

Ampun dan maaf dipinta ... semoga aidiladha kali ni membawa kebahagiaan. aidiladha menuntut pengorbanan dan aku akan sahut tuntutan pengorbanan itu. Semoga Allah memberkati ku!!


Monday, November 14, 2011

SALAM AIDIL ADHA

Lupa plak nk update pasal raya haji ...

Raya haji tahun ni plan asalnye nk balik kampung di kelantan ... tp mendapat tentangan dr kakak tersayang. katanya x usah balik, sebab kandungan dh sarat, takut nnt jd pape dlm perjalanan nnt. 

Betul juga tu, aku ni dh sarat sangat2. kebetulan raya haji genap plak kandungan 9 bulan. mmg la aku masih kuat tp risau juga kan... perjalanan ke kelantan tu bukannya amik masa sejam dua ... so, aku xnk amik risiko.

Nak dijadikan cerita pada pagi raya tu pulak, kanda kena duty, hurrmmmm ... hambar je rasa raya haji kali ni... x rasa cam raya pun.. dh la solat sunat raya pun x pegi.. uhuk uhuk huk !!!

Nasib baik la ada kakak kat sini, sekurang2 nye leh jumpa dia n beraya bersama. walaupun kanda x dpt bawa aku ke rumah kakak, aku ajak adik ipar, dlm kul 1 tghr kitorg ke rumah kakak aku di Bandar Baru Bangi... dapat la merasa nasi dagang dan ketupat palas .... terubat juga la kerinduan tuk beraya di kampung halaman ... then dpt pulak sikit daging korban dari kakak.. daging tu pemberian abg yang juga duk kat BBB.

Belah malam plak ada buat makan2 kat umah. semua adik beradik ibu dan abah berkumpul di rumah ... meriah jugak le, bdk2 duk berenang and mandi manda kat dlm kolam, org dewasa plak terjun kolam belah malam nye. aku x banyak membantu malam tu ... sbb x larat sgt .. lgipun ramai yg dtg membantu ...

Kanda balik selepas maghrib ... walaupun rumah penuh dengan ahli keluarga, tp dlm diri aku rasa teramat kosong dan sunyi ... rindukan kampung halaman !!