Thursday, October 31, 2013

Mission in action

Hari ni genap 5 hari misi makan untuk sihat. Setiap pagi aku ambil bijirin sarapan dengan susu, tengahari aku kunyah bijirin tu tanpa susu, then banyakkan minum air suam, balik rumah baru ambil nasi.  Aku tanamkan dalam kepala, no more nasi lemak, nasi goreng atau mee/bihun/kue teow goreng, kalau lapar, kunyah aje bijirin yang ada, tengahari jangan fikir pasal makan, kalau member ajak keluar, bagi alasan kenyang, dan kontrol selera makan. ehehhehe berjaya bertahan selama 5 hari. satu percubaan yang bagus!!

Sejak aku mula bekerja di UPM ni setahun lepas, berat badan naik mendadak. Apa tidaknya, makan pagi mesti nasi lemak atau nasi/mee/bihun/kue teow goreng, duduk je dalam air-cond ngadap PC. Tengahari keluar makan, mesti makan heavy, siap boleh tapau makanan bergoreng bagai, masuk opis duduk terperap dalam air-cond lagi, mulut tak henti mengunyah. Balik rumah tolong ibu masak, terliur dengan masakan ibu, aku makan lagi, makan sekitar jam 8 mlm, jam 10 mlm dah masuk tidur. Betapa rutin harian aku yang sungguh tidak elok untuk diamalkan. Lama-kelamaan aku boleh dapat penyakit.

Aku memang perasan berat makin naik, tapi awal-awal dulu tak kisah sangat sebab aku kena makan supaya dapat hasilkan susu untuk anakanda. Ada juga alasan untuk makan banyak. ahahahhaha !! Tapi lama kelamaan anak semakin besar, semakin kurang menyusu, tapi aku masih lagi kuat makan, dah jadi habit kan, susah nak hentikan. Sehari mesti tiga kali nasi. memang dasyat sungguh. even puasa hari tu, aku dah start cuba kurangkan makan, time raya pun aku berjaya kontrol dengan berpuasa sunat dan puasa ganti. tapi aku start makan balik sebaik habis bulan syawal.

Sekarang ni dah masanya untuk aku amalkan gaya pemakanan sihat, diet seimbang, bukan tujuan untuk kurus tapi untuk mencegah dari dapat penyakit obesiti dan juga diabetes. Lebih-lebih lagi aku dalam proses persediaan untuk mengandung. Aku kena kekalkan berat badan ideal dengan diet seimbang tanpa pengambilan apa-apa ubat kurus. kalau berat badan turun dan aku nampak kurus tu kira bonus la kan!!

Satu lagi diet takkan berkesan kalau tak bersenam. so aku dengan gigihnya buat tali skipping menggunakan getah ikat. bila dah buat, malas pulak nak bersenam. aku ni jenis yang teringin nak buat itu ini, tapi nak mulakan itu ini tu memang la payah. bila sekali aku dah start, aku risau ianya akan sekerat jalan. itu la masalahnya dengan diri aku ni. senang cerita, xde disiplin. hurrmmmm !!

Apapun percubaan seminggu makan untuk sihat dah berjaya, so aku akan teruskan misi sehingga aku betul-betul yakin akan beroleh hasilnya. Good luck hasni!!





Friday, October 25, 2013

Susu skim

Terdapat pelbagai jenis susu di pasaran sekarang ini. Ada susu segar penuh krim, ada susu segar rendah lemak, ada juga susu tanpa lemak ataupun kita panggil susu skim ( skimmed milk ). Nak tahu apa beza susu ini semua? Kalau susu segar biasa, kandungan lemaknya adalah di dalam anggaran 3.25% daripada kandungan, susu rendah lemak pula separuh daripada kandungan lemak susu biasa manakala susu skim mengandungi kandungan lemak hingga 0.5% atau tiada lemak langsung.

Berikut adalah antara 5 sebab susu skim kurang baik untuk kesihatan anda...

1. Rendah kandungan vitamin A
Apabila lemak dikeluarkan dari susu, kepekatan vitamin A mengurang secara drastik. Ini kerana vitamin A adalah larut lemak. Apabila anda tidak mendapat bekalan vitamin A yang diperlukan, ia diambil dari hati dan ini mengurangkan rizab vitamin A dalam badan anda.

2. Kesuburan badan rendah
Penggunaan yang tinggi susu rendah lemak atau susu skim menjejaskan ovulasi wanita. Ia adalah penting untuk mempunyai pengambilan lemak tenusu penuh dan vitamin yang diperlukan daripada susu semasa mengandung atau jika anda merancang untuk hamil. Susu tanpa lemak atau susu rendah lemak tidak menyediakan lemak yang cukup, kalsium dan vitamin yang wanita perlukan terutamanya yang sedang hamil.

3. Menyebabkan keradangan dalam arteri
Susu skim mungkin mempunyai semua bahan-bahan yang baik dan manfaat kesihatan yang sama dengan susu biasa. Walau bagaimanapun, pepejal susu tepung menghasilkan nitrat yang boleh menyumbat dan menyebabkan keradangan di dalam arteri anda.

4. Kekurangan vitamin K
Susu skim tidak mempunyai nutrien penting seperti Vitamin K. Jika anda ingin mendapatkan kebaikan vitamin K, anda diharuskan mengambil susu skim bersama-sama dengan satu blok kecil mentega atau kiub keju. Anda mengambil susu rendah lemak untuk mengurangkan berat badan tetapi hasilnya adalah asia-sia jika anda kekurangan vitamin K. Dan jika anda ingin mendapat manfaat daripada vitamin K, anda perlu mengambil produk yang tinggi kandungan lemak seperti mentega dan keju.

5. Penyakit jantung
Oleh kerana lemak tepu yang dikeluarkan dari susu skim dengan cara mengurangkan secara pemanasan pada suhu yang tinggi dan dengan tekanan tinggi, dan ia boleh menjadikan susu itu kurang berkhasiat. Malah, aspek yang paling berkhasiat dalam susu seperti lemak tepu tidak hadir, dan boleh menyebabkan kolesterol tetap berada di dalam arteri, serta boleh meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.


Bagi anda yang ingin diet tu, ambillah susu segar kerana susu rendah lemak tidak semestinya membantu anda menguruskan badan atau diet. Anda kena bersenam selalu! :)

Thursday, October 24, 2013

Mendidik anak

PERTAMA
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. "Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka....Ianya masih BELUM TERLAMBAT...ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT....kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini...

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” - Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” - Hadis Riwayat Muslim

sumber dari facebook

Wednesday, October 23, 2013

Aidiladha 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
15 OKT 2013 bersamaan 10 ZULHIJJAH 1434H

Alhamdulillah syukur pada ilahi kerana berpeluang menyambut hari raya haji bersama keluarga dan umat islam seluruh dunia.

Seperti biasa aku akan make sure persiapan raya tuk keluarga kecil tersedia. pagi raya selesai solat sunat, lebih kurang jam 10 pagi aku gerak ke rumah abang di Putrajaya. Aku dengan anakanda al-qa'id aje pergi ke rumah abg kila, kanda pulak kena tolong orang kampung uruskan majlis qurban di masjid.

Sampai umah abg kila, kakak aku kak na dah sampai. so kami semua beraya bersama. happy sangat sebab raya aidilfitri yg lepas kami semua tak berpeluang sambut bersama. lama juga aku lepak dan borak2 di rumah abang kila, lama kot tak jumpa diorang. almaklumlah kakak ipar kak ti kerja di johor, abang kila pulak selalu travel ... memang susah kami nak berjumpa apatah lagi berkumpul sekeluarga.

tengahari aku balik rumah, kanda pun dah balik. all the way pergi dan balik tadi jalan putrajaya memang lengang. aku no idea mana semua orang, balik kampung mungkin, atau masih lagi di masjid tuk ibadah qurban. lepas zohor kami gerak ke shah alam, ke rumah abang aku lagi sorang. abang pawi ada buat majlis akikah anak bongsunye sufian hadi. 

alhamdulillah kami sekeluarga dapat berkumpul ramai-ramai ... walaupun tak dapat duduk dan makan bersama, tapi dapat jumpa, salam dan bertegur sapa pun dah kira ok. aku ralat sebab tak sempat langsung nak snap gambar .... rugi sangat sebab bukan senang kami semua berkumpul mcm ni ... entah bila plak lagi kitorang dapat berkumpul. duh !!

lepas asar baru kami gerak balik ... nak balik tu abang aku yang lebih tua sampai bersama family dia. abg abi sampai, aku salam and gerak balik. dia sampai lambat kot, so kitorang dah stay lama, terpaksa undur diri dulu lah. lagi pun rumah dia dekat BBB je, anytime aku boleh pergi sebab dekat. belah malam pulak kami ke rumah nenek kanda. 

Kawan-kawan opis duk tanya aku, betul ke sambutan raya haji di kelantan meriah berbanding negeri lain. hurrmmm aku sendiri tak tahu, jadi aku tak tahu nak jawab camana. bagi aku sama je. memang banyak nostalgia sambutan raya haji di kelantan, yang buat aku rasa syahdu setiap kali raya. masa arwah ayah masih ada, memang daging korban ada je dihantar ke rumah oleh orang kampung. daging2 tu sume disimpan dalam besen, daging qurban tu tak basuh pun, terus je letak dalam besen kemudian tabur dengan garam. kalau ada lagi org kasi masukkan aje, then tabur garam lagi. almaklumlah rumah waktu tu takde peti ais. so itulah caranya menyimpan daging qurban.

walaupun menyimpan daging dengan cara tu menghasilkan bau, tapi sebenarnya bau itu la yang memberi aroma pada daging tu. membuatkan masakan daging menjadi lebih umppph, dan bau itu la yang aku rindu dan buat aku teringat2 akan suasana raya qurban. masakan yang paling aku suka dengan daging qurban ialah singgang, rebus cicah air asam, goreng kunyit dan bakar. tak perlu hidangan kuzi atau kerutub, cukup singgang daging, budu dan ulam. fuh terangkat. hari-hari makan pun tak jemu. serously !! mak aiiii betapa nostalgianyer zaman itu dan aku rindu, sebak dan sayu bila ingat balik kenangan itu. 

sekarang aku tak tahu apa menu tuk masak daging qurban, rasa daging pun tak sama mcm yg simpan dalam besen tu, aduhaiiii rasa nak putar balik waktu ... walau apa pun berlaku, kenangan lama tetap terpahat di sanubari sampai bila-bila !!

Thursday, October 10, 2013

Putrajaya International Fireworks Competition

Dia datang lagi ... setelah beberapa tahun event ni xde, tetiba tahun ni, muncul semula. aku excited nak tengok walaupun dah banyak kali tengok, tetap tak bosan !! cuma kali ni excited lebih sebab nak bawa anakanda al-qa'id menikmati keindahan bungapi.

Teringat sewaktu aku bekerja di PICC dulu, event fireworks ni memang seronok sebab dpt tgk bungapi dari tempat VIP, siang hari ada pelbagai program dianjurkan dalam PICC. sampai tahap rasa mcm nak pecah telinga sebab muzik kuat dan riuh dengan crowd. habis je event, jam 12 mlm baru bersiap balik rumah. sampai rumah jam 1 pagi ... tidur lambat, esoknya kena bangun awal. memang penat tapi seronok. kali ni aku hanya berkesempatan tengok bungapi dari jauh.

Kali ni aku nak sangat tengok team korea dan Dubai, tapi x kesampaian. apapun dpt tgk team perancis, usa dan china pun dah ok ... selain dari nak tunjukkan fireworks pada anakanda al-qa'id, aku sebenarnya nak lepaskan gian amik gambar ... dah lama sangat mr. nikon terperap dalam kotak, apa kata kali ni cuba skill amik gambar bungapi ... 

Team USA .... view dari Taman Cabaran, Presint 20, Putrajaya .... 15 Sept 2013 Ahad










Ini pula hasil dari kamera handphone sony xperia .... sambil merakam dalam masa yang sama snap picture !! 








Event fireworks memang aku nantikan saban tahun, aku suka tengok bungapi and berangan tuk amik gambar yang hebat-hebat ... huhuhu ... kalau tengok profesional photographer aku jadi gila sbb gambar diorg nye cantik2 ... harap suatu hari nanti aku pun boleh amik gambar mcm profesional jugak, hanya tuk kepuasan sendiri !! 

Monday, October 7, 2013

Selamat berjuang !!!

Sudah sebulan pemergian hairi adik iparku ke jordan, menuntut ilmu usuluddin di universiti mu'tah, jordan. rasa macam baru semalam aje dia pergi meninggalkan keluarga. rasa sedih masih lagi menyelubungi kami. kami sekeluarga sangat merinduimu, terutama ibu ... dalam tempoh itu ada beberapa kali ibu dan hairi berborak melalui skype. betapa rindu dan sayangnye seorang ibu pada anak. demi segulung ijazah, anak dan ibu terpaksa berpisah. kalau difikirkan memang normal la kan, dah rezeki hairi dpt belajar di luar negara, entah kenapa aku rasa tersentuh dan bila fikir secara mendalam, itu lah pengorbanan. 

Yang aku respek seorang yang bernama hairi, dia memang tahu apa yg dia mahu, dan dia berusaha capai apa yg dia mahu ... dia sendiri nampak kemana hala tuju yg dia impikan. walaupun abah sendiri cuba tuk ubah pendirian dia, tp akhirnya abah akur dengan kesungguhan hairi. dan sekarang dia sedang berjuang tuk mencapai impiannya. ibu abah dan keluarga mendoakan yang terbaik untuk hairi. kenapa hairi memilih jordan??? jawapannye dia lebih suka belajar dengan guru berbanding belajar dengan buku. 

Hairi yg aku kenal mmg seorang yg bijak .... anak yang taat ... adik yang penyayang ... kawan yang baik dan dia seorang yg sederhana dan sporting. terdetik di lubuk hati aku, kalau la aku memiliki anak seperti hairi, alangkah bahagianya seorang ibu... teringat kata-kata hairi yg buat aku menangis ... "saya ke jordan bukan sebab saya hebat, bukan sebab saya dah pandai. tapi saya ke jordan sebab saya nak jadi hebat dan saya nak jadi pandai. sekiranya ibu dan abah tiada, biarla ada seorang di kalangan adik beradik yang ikut jejak abah dan boleh meneruskan legasi abah. saya nak jadi orang yang boleh hantar ibu abah ke syurga."  


Di majlis kesyukuran 



Di KLIA ...