Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Birthday Boy minta nak naik bas

Birthday Boy

Muhammad Al-Qa'id Ha'il

Mengandungkanmu adalah satu rahmat
Melahirkanmu adalah satu anugerah
Membesar dan menjagamu adalah satu nikmat
Mendidikmu adalah amanah
Kamulah yang terindah












Qa'id dah lama minta nak naik bas. Akhirnya ibu tunaikan permintaan anakanda yg sorang ni. Bukan main happy lagi dia. Balik rumah bercerita pada wan, atuk dan asyu. Kecoh dibuatnya !!

Boleh pulak qa'id minta nak naik flight masa otw balik rumah. Entah bila la ibu dapat tunaikan tu. Tengok flight boleh la. 

Boat, ferry, train, motosikal dia dah rasa. Banyak lagi yang belum. Ada rezeki lebih nanti ibu tunaikan permintaan qa'id ye. Jangan minta yang bukan-bukan sudah !!

Monday, December 30, 2013

Birthday Treats

Assalamualaikum wbt

I Love Disember ..... walaupun sukar menerima kenyataan yang aku dah terjebak ke dalam golongan 3 series ni .... aku harus akur dan redha .... dan berfikiran positif ... lama-kelamaan ok la nanti ... in sha allah !!

Sepanjang disember ni sempena bulan kelahiran aku, ada la beberapa celebrations serta penghargaan yang aku terima ... yang pertama dari Alamanda Shopping Mall ... 


Walaupun tak seberapa tapi ada juga sesuatu ... ini pun rezeki untuk aku ... tak pernah terlintas untuk merasa Tutti Frutti ni ... tapi bila dapat voucher ni, dapat la rasa .... komen aku .... biasa aje ... sedap lagi ais krim kacang merah potong ni ... huhuhu


Tahun lepas aku dapat voucher Famous Amos dari Alamanda .... tahun ni dapat Tutti Frutti pulak ... thanks anyway !!!

Then birthday treats dari kanda .... disambut bersama keluarga belah abah semasa Family Day Hajah Aminah .... aku order 2 biji kek, kanda yang bayarkan .... so dapat la sesama merasa ... kebetulan berkumpul maka dapat la sambut sekali dengan ahli keluarga yang lahir pada bulan disember !!





Next birthday treats dari kakak kesayangan .... Thank You sister !!






Aku bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas, menikmati hidup di bumi Allah dan dapat melakukan tugas harian dengan baik .... umur adalah ukuran dan peringatan untuk aku agar lebih peka, bersedia dan perbanyakkan amal ibadah .... Semoga hidup aku diberkati Allah, semoga Allah murahkan rezeki, semoga aku berjaya dalam apa sahaja yang aku lakukan, semoga allah berikan kesihatan dan kelapangan untuk aku lalui kehidupan ini, dan semoga bahagia menjadi milikku, amin ya rabbal alamiin.

Tidak lupa juga kepada kawan-kawan, sahabat handai, rakan taulan, sanak saudara yang ucapkan selamat hari lahir pada aku dalam facebook, mesej dan juga whatsapp .... terima kasih banyak-banyak ... semoga Allah membalas kebaikan pada kalian.

Hari Keluarga Hajah Aminah

Assalamualaikum wbt

Bulan lepas Hari Keluarga Pak Abu, bulan ni Hari Keluarga Hajah Aminah pulak .... tak banyak yang nak diceritakan sebab lokasi sama, hari pun sama .. sabtu dan ahad ... cuma tarikhnya pada 14-15 dis 2013. Kebetulan 15 tu tarikh lahir aku yang ke 30 tahun ..... huhuhu dah 3 series rupanya .... tak dapat terima kenyataan tapi aku redha aje !! 

Kali ni aku dapat snap beberapa pic area yang tak sempat diexplore pada kali pertama datang sini. hari keluarga hajah aminah ni ada aktiviti bersama keluarga ... selain dari memasak dan makan, ada aktiviti yang melibatkan semua orang !! serasi bersama, couple bingo, karaoke tak oke ... sangat huru hara dan hapPENING dengan mak cik-mak cik yang sangat havoc !! dan semua orang sangat sporting. kumpulan kami menang secara keseluruhan dan dapat hadiah tipuware !!

Alhamdulillah cuaca baik dan aktiviti mandi manda sangat best .... air memang deras pada hari pertama dan hari kedua air kembali normal .... so memang dapat berkubang sakan ... berjimba dengan family members ... memang syok sangat !! cuma anakanda al-qa'id yang takut nak mandi ... hanya jadi pemerhati .... qa'id yang menggigil lebih .... 

Event ni juga aku anggap sebagai birthday treats untuk aku ... sebab ada kek untuk ahli keluarga yang lahir bulan disember. bulan lepas pulak birthday treats untuk anakanda al-qa'id .... rezeki kami berdua dapat celebrate birthday dengan keluarga !!

Aku nak share beberapa keping gambar yang tidak sempat ambil semasa pertama kali datang sini !! So kali kedua datang berkesempatan snap gambar dari sudut yang berbeza !!





Jambatan yang scary 


Tapak perkhemahan



Sedikit info tentang sungai ni, tapak perkhemahan ni kedudukan dia seakan-akan pulau kecil ... sungai terbahagia dua membentuk tapak perkhemahan ni dan sungai bertemu semula di bahagian bawah ... rupanya ada satu lagi pulau kecil yang terbentuk di bahagian atas .... so terdapat dua pulau kecil ... pulau lagi satu aku tak sempat explore .. maybe next time kalau pergi lagi aku akan explore pulau yang lagi satu tu !! 

Tempat berkubang & berjimba-jimba





teruja dapat ambil gambar dengan kanda & anakanda al-qa'id .... 



atuk & cucu



kanda & qa'id


Snowy Cheese Cake


 Butterscotch Walnut Cake


Dapat belajar teknik fotografi dengan sepupu kanda ... kak iti





Walaupun dah dua kali datang sini, aku tetap rasa tak puas dan kalau boleh nak datang lagi .... bagi mereka yang sukakan nature memang tempat ni sangat best untuk diexplore !! sangat privasi, tenang, damai, cantik, segar dan mengujakan. 

Monday, December 2, 2013

Oh My December !!

Assalamualaikum wbt

Cam tak caya je, cam tak caya je !!! skang dah masuk Disember 2013 .... aaaaarrrggghhhhhh !!


Tetiba rasa cepat sungguh masa berlalu ... nanti dah masuk tahun baru, hurrmmm lambatnyer nak bulan disember !! 


Well, taknak cakap banyak, cumanya bulan disember ni merupakan bulan aku dilahirkan ke dunia ... iaitu 15 Disember !! sebenarnya aku rasa cam tak caya je yg aku dah masuk 3 series !! no no no no no no !! tetiba rasa tensyen sangat .... why why why why why ????????

Kena lah terima kenyataan bahawa umur akan bertambah angkanya ... bukan berkurang ... dan cuba fikir positif ye hasni .... life must go on and on !! never regrets and keep moving !!!

Sebenarnya aku perlukan motivasi .... sungguh !! kenapa aku feeling down sangat ni???? Aku pernah rasa macam ni sewaktu umur aku masuk 17 tahun dulu !! tapi kali ni rasa nyer lebih worst lagi !! aku hitung umur berdasarkan tarikh lahir, bukan tahun ye !!! walaupun hakikatnya ikut tahun jugak ... ngehehe


Counting countdown !!

Tuesday, February 5, 2013

Sister's Birthday Treat

2/2/13 sabtu yg lepas, aku ke rumah kakak tuk celebrate birthday girl in advance. huhuhuhuhu

Ini la satu-satunya kakakku yg rapat dengan aku ... kami berdua aje la yg saling ingat mengingati antara satu sama lain. syukur alhamdulillah, Allah panjangkan umur kakak. semoga Allah murahkan rezeki kakak, permudahkan segala usaha dan urusan kakak, dan semoga hidup kakak sekeluarga diberkati. amin.


Chocolate Indulgence by Secret Recipe

Monday, December 24, 2012

2nd birthday treat

Well, sungguh tak sangka my sister telah plan birthday treat tuk aku kali ni ... ni 1st time kiranya ... sebelum2 ni just wish and kasi hadiah je ... tp kali ni kakak ajak datang rumah dan senyap2 order kek dan masak !! 

Ikutkan sepatutnya aku datang hari sabtu tapi kanda ada hal di perak so postpone hari ahad. Semalam 23/12/12 ahad aku ke rumah kakak.

surprise !!!! 


Stay di rumah kakak sampai tengahari ... kakak order plak pizza hut (PHD) ... sederhana dan cukup bermakna buat aku ... terima kasih kak na ... love you so much !!

Hadiah pun dapat juga. Skirt duyung warna coklat ... yeay !!


Tuesday, December 18, 2012

Happy Birthday

HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF !!!!

15 Disember 2012 bersamaan dengan 1 Safar 1434 H 

Jatuh pada hari sabtu

Genap sudah umur ku 29 tahun .... sejak dr lahir hingga kini aku tak pernah menyambut hari lahir sendiri ... mak ayah tak pernah dedahkan tentang sambutan hari lahir atau apa2 sambutan melainkan hari raya ... dan aku sendiri tidak pernah tahu bila tarikh lahir aku .. sehingga la suatu ketika, umurku 12 tahun, aku dalam darjah enam .. kakakku tetiba menghadiahkan aku sebatang pencil mekanikal ... aku terpinga-pinga .. katanya "ni hadiah tuk adik, hr ni hari lahir adik" .... aku sangat gembira tak terkata ... aku masih ingat rupa pecil tu .. kaler dia hijau turquois .. huhuhu .. pencil tu dh xde dalam simpanan ... time tu mana la terfikir nak simpan sebagai kenangan bagai ... 

Then next birthday mula la aku mengaharapkan ada yg memberikan hadiah. frust je bila xde hadiah dah lepas tu ... then pada hari lahir aku yg ke 17 .. masa form 5 kalau tak silap, aku minta hadiah birthday dr kakak aku ... kali ni demand ... nk walkman !! sebab waktu tu walkman adalah benda yg tengah hot dan mahal. akhirnya kakak mengalah dan hadiahkan aku walkman panasonic .... yeay dapat hadiah !!... sangat gembira ... aku masih simpan walkman tu ... sebab aku rasa itu hadiah yg paling berharga dalam hidup aku ... 

Walkman tu aku sayang sangat nak guna ... lagipun walkman guna battery 2A ... nak beli battery kena ada duit .. aku mana ada duit ... so walkman tu jarang digunakan !! sekarang ni aku tak tahu la ia masih berfungsi ke tidak ... 

Bila aku dh masuk ke alam universiti, alam pekerjaan dan hingga la sekarang, bila aje tiba birthday kakak, aku tak pernah lupa untuk wish ... dan bila ada rezeki lebih aku akan belikan kakak hadiah ... begitu juga kakak !! kami berdua akan ingat birthday masing2. Last year aku dapat hadiah birthday berupa periuk kaca ala vision .. tp ni brand lain !!

Semasa zaman belajar kat U, xde yg wish pun ... bila dah start keje, baru la ada yg wish ... dan yg paling best semasa kerja di PICC ... walaupun xde yg celebrate birthday aku, tp aku dapat beberapa hadiah drpd kawan rapat ... kawan2 pakat share duit tuk beli hadiah, ada juga yg bg personal ... so dpt la hadiah patung tikus dan bear !! 

Aku tak mengharapkan hadiah pun sebenarnya, tp kalau ada yg bagi tentu la sangat happy !! bila ada kawan2 atau sesapa yg wish, itu dah cukup bahagia sebab orang tu ingat kat aku ... dan doakan aku !! 

Sejak dah bekerja, tiba aje hari lahir, aku akan habiskan duit tuk treat myself ... aku pernah beli minyak wangi yg harga beratus sebagai hadiah tuk diri sendiri ... kali ni, aku tak belikan apa2 tuk diri aku .. tp aku decide tuk belanja family-in-law makan kek !! bila tengok mereka happy, aku senang hati ... 

Kepada kawan2 yg wish birthday aku kat FB dan juga phone call, terima kasih tak terhingga ... kamu semua buat aku gembira ... hanya Allah sahaja yg dapat membalas kebaikan kalian ... semoga hidup kalian diberkati Allah swt !! amin ..

Ni aku just nak share beberapa keping gambar ...






Rasa macam susah nak terima kenyataan yg next year dah 3 series ..... 

Hadiah yg paling berharga dalam hidup aku ialah kelahiran anakanda al-qa'id hail ... syukur alhamdulillah ya Allah !!

Kanda pernah hadiahkan aku bear besar .. lg besar dr diri aku sendiri ... sewaktu kami bercinta duhulu kala lah .... sekarang dh jd suami isteri ... no more hadiah ... tanggungjawab lebih kepada anak plak !! huhuhuhuh