Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Hari Keluarga Haji Abu (Arwah)

Assalamualaikum wbt

Tanggal 16-17 Nov 2013 (Sabtu & Ahad) yg lepas, satu perjumpaan keluarga telah diadakan. Perjumpaan keluarga ini melibatkan keluarga belah ibu mertua .... semua adik beradik ibu mertua serta anak menantu telah turut serta ... termasuk lah aku sekeluarga. Ini merupakan kali pertama aku join program hari keluarga belah ibu mertua. Jadi ini lah masanya untuk berkenalan lebih rapat, beramah mesra untuk mengukuhkan lagi silatul rahim ... sememangnya kami semua jarang berjumpa !!! program sebegini memang sangat sesuai dan rugi kalau tak join !!

Lokasi yang dipilih ialah Pak Akob Place, Lubok Semak, Lata Jarum, Raub, Pahang darul Makmur. Kenapa lokasi ini dipilih tidak lah aku ketahui dan aku tidak kisah sangat ... yang penting tujuan diadakan aktiviti hari keluarga ni tercapai matlamatnya... Tempat yang best adalah satu bonus, dan sememangnya lokasi yang dipilih adalah sangat sangat sesuai ... sebabnya, tiada gangguan oleh orang ramai, kawasan pak akob place tu kami yang conquer .... so dengan suka hatinya kami rasa tempat tu kami yang punya .... untuk tempoh 2 hari satu malam je lah !!





Aktiviti tak banyak pun, sukahati kitorang la nak buat apa pun .... nak berendam seharian pun takde sape yang nak halang, makan sampai muntah (2 hari stay sana berat badan aku naik 3 kilo ... gilosss) .... memang family kitorang aje yang melobi tempat tu .... check-in jam 12.30 tgh ... family kitorang yang sampai dulu ... almaklumlah, ibu dan abah merupakan mastermind untuk gathering kali ni. dan abah sendiri yang pilih lokasi ... plus kawasan Hulu Dong di raub tu ibarat rumah kedua abah ... sebabnya abah ulang alik dr Sg Merab ke Hulu Dong, Raub saban minggu, dua orang adik ipar stay di Hulu Dong ni demi menjaga kebun getah, sawit dan ternakan kambing abah. 

Aku sendiri tak sangka yang tempat ni memiliki kawasan rekreasi yang sangat superb ... aku cakap macam ni sebab aku sukakan aktiviti mandi sungai dan menikmati keindahan alam semulajadi .... kalau dapat buat aktiviti mountain climbing lagi syiookk !! dah lama tak daki bukit ni ... rasa gian plak ... tapi fikirkan yang aku dh ada anak kecik ni ... apa pun tak boleh la !!

Aktiviti pertama yang kitorang buat ialah berkubang dalam sungai yang dikelilingi air terjun .... ya ampun air dia sangat sejuk macam ais .... jernih dan bersih ... memang sangat fresh !! sementara menunggu ahli keluarga lain tiba ... diorang sume dari PD, Seremban, Melaka dan KL... kena mandi sebelum makan ... kalau lepas makan ... memang aku gerenti semua makan beku dalam perut, tak pasal-pasal masalah penghadaman berlaku plak !! 



Selesai mandi manda, terus melantak ... lapar sangat-sangat ... breakfast pagi tadi hanya makan cekodok kentang aje !! tambah lagi berendam macam kerbau dalam sungai yg sejuk memang kebulur jadinya. menu makan tengahari ialah hidangan pot luck ... ikan keli goreng cili, masak lemak ayam, ayam masak kicap, samapi ikan bilis petai, ada kek gula hangus, puding roti custard, kueh akok, kacang kuda rebus, kerabu ulam dan air sirap .... dah kenyang ... apa lagi, masa tuk tidur la !! macam ular sawa sudah !! Petang bangun tidur masuk dalam sungai lagi sekali, kali ni mandi ramai-ramai dengan mak cik mak cik ... memang syok ... aktiviti bebas sebebasnya !! kanda menjala, budak-budak memancing ... dapat la jugak ikan baung dan ikan seduan .... hihihi







Aktiviti belah malam ialah bacaan yasin dan tahlil ... aku tak join, sebab anak menantu kena tolong siapkan makan malam ... lepas selesai majlis ... masa tuk melantak BBQ plak ... menu mlm ni ialah nasi goreng, kambing bakar, ayam bakar, sosej bakar dan buritos .... acara yang ditunggu-tunggu ialah potong kek sempena hari lahir anakanda al-qa'id dan juga atif (anak mak su - adik ibu) .. tarikh lahir mereka sama iaitu 17 Nov .. tapi berlainan tahun !! makan sambil sembang, gossip dan sebagainya !! lewat malam baru masuk tidur  !!







Jam 5 pagi bangun untuk qiamullail .... aku tak larat .... geng-geng veteran je yang join .. lepas subuh aku sambung tidur ... godaan di subuh hari yang sejuk, nyaman dengan deruan air terjun yang kuat ... berselimut untuk panaskan badan ... alasan je tuh !! Jam tujuh bangun terus ke dapur !! dah ramai yang sedang melantak sarapan pagi rupanya. anakanda masih tidur so aku boleh la tolong apa yang patut. sarapan pagi ni memang superb !! perut dah kenyang pun masih lagi duk menyuap !! Apa tidaknya ... siap masak frozen food, hidang lepas satu, satu lagi frozen food keluar ... then nasi goreng, mihun goreng, teh tarik kaw kaw manis berkrim ... tetiba muncul mak cik mak cik yang pergi ke pasar tani bawa balik nasi lemak, kueh mueh macam-macam ... memang heaven la !! melantank sampai ke jam 11 pagi. terus sambung mkan tengahari pulak !! menu tengahari ikan goreng, sup daging, masak lemak perut rebung, ulam ulaman ... ikan masin dan air sirap !!



Untuk hari ni aku tak mandi sungai sebab semalam hujan lebat, menyebabkan air sungai keruh dan sangat deras ... sangat merbahaya dan tak selamat tuk mandi manda ... lebih2 lagi untuk kanak-kanak !! ada je adik ipar dan anak-anak makcik mandi manda. kebetulan aku sibuk packing barang dan uruskan anakanda al-qa'id yang buat perangai, so x sempat nak mengelilingi kawasan buat kali yang terakhir !! tapi dalam hati aku harap suatu hari nanti aku akan datang ke sini lagi !! 

Lepas makan tiba la masa tuk berpisah ... check out jam 12.30tgh ... sebelum berangkat kami posing bergambar kenangan !! sepatutnya ada aktiviti melawat kandang kambing abah ... tapi terpaksa cancel sebab masing-masing ada hal dan rushing nak balik .... lagipun nak ke kandang kambing kena naik dengan hilux ... lokasi atas puncak bukit ... dalam kawasan ladang sawit abah !! huhuhu kalau semua nak pergi ... memang x dapat la ... sangat chalenging ... aku first time pegi situ pun rasa macam dalam rancangan 4x4 masuk hutan ... so sangat tak sesuai tuk buat lawatan ramai-ramai ... maybe lain hari la !! 




Kami terus balik setelah semua selesai... ibu abah stay sebab ada hal nak uruskan berkaitan kambing, sawit dan getah !! oh lupa plak family kitorang yang datang ialah aku, kanda, anakanda al-qa'id, adik ipar sarah, munirah, helmi (memang stay kat raub jaga kambing, getah dan sawit) ibu dan abah. Kesimpulannya mission accomplished ... kami semua gembira dan menikmatinya ... jika umur panjang, ada rezeki dan kesempatan akan ada lagi hari keluarga pada masa akan datang !! In Sya Allah ..

Monday, October 7, 2013

Selamat berjuang !!!

Sudah sebulan pemergian hairi adik iparku ke jordan, menuntut ilmu usuluddin di universiti mu'tah, jordan. rasa macam baru semalam aje dia pergi meninggalkan keluarga. rasa sedih masih lagi menyelubungi kami. kami sekeluarga sangat merinduimu, terutama ibu ... dalam tempoh itu ada beberapa kali ibu dan hairi berborak melalui skype. betapa rindu dan sayangnye seorang ibu pada anak. demi segulung ijazah, anak dan ibu terpaksa berpisah. kalau difikirkan memang normal la kan, dah rezeki hairi dpt belajar di luar negara, entah kenapa aku rasa tersentuh dan bila fikir secara mendalam, itu lah pengorbanan. 

Yang aku respek seorang yang bernama hairi, dia memang tahu apa yg dia mahu, dan dia berusaha capai apa yg dia mahu ... dia sendiri nampak kemana hala tuju yg dia impikan. walaupun abah sendiri cuba tuk ubah pendirian dia, tp akhirnya abah akur dengan kesungguhan hairi. dan sekarang dia sedang berjuang tuk mencapai impiannya. ibu abah dan keluarga mendoakan yang terbaik untuk hairi. kenapa hairi memilih jordan??? jawapannye dia lebih suka belajar dengan guru berbanding belajar dengan buku. 

Hairi yg aku kenal mmg seorang yg bijak .... anak yang taat ... adik yang penyayang ... kawan yang baik dan dia seorang yg sederhana dan sporting. terdetik di lubuk hati aku, kalau la aku memiliki anak seperti hairi, alangkah bahagianya seorang ibu... teringat kata-kata hairi yg buat aku menangis ... "saya ke jordan bukan sebab saya hebat, bukan sebab saya dah pandai. tapi saya ke jordan sebab saya nak jadi hebat dan saya nak jadi pandai. sekiranya ibu dan abah tiada, biarla ada seorang di kalangan adik beradik yang ikut jejak abah dan boleh meneruskan legasi abah. saya nak jadi orang yang boleh hantar ibu abah ke syurga."  


Di majlis kesyukuran 



Di KLIA ...







Monday, October 29, 2012

Bayi 2012

Ini anak buah aku yg lahir pada 17 Ogos 2012 jumaat di hospital serdang secara pembedahan. anak kepada abang aku abang abi. nama baby adalah muhammad hariz ... seberat 1.8kg. dilahirkan dua hari sebelum raya puasa yg lepas. aku sempat melawat baby hariz tetapi tak dapat lihat baby. sebab baby kecil dan perlukan penjagaan rapi di ICU. 


Bila hariz balik ke rumah pun aku tak berkesempatan pergi melawatnya ... kebetulan aku balik beraya di kampung. bila balik ke sini, kanda pulak buat pembedahan lutut, 2 minggu MC. dah sembuh, weekend je kanda busy bekerja. then sebelum raya kanda ke kuala kedah 2 minggu atas tugasan rasmi. raya haji pulak mereka balik kelantan. sewaktu kanda di kedah juga hariz admit ward HKL hampir seminggu sebab jaundice. so entah la, x sure bila boleh pergi melawat!!


Ini pula anak kepada anak saudara aku. Dengan lahirnya baby boy aniq qie aisy ni aku secara rasminya menjadi nenek saudara. huhuhu seronok kan, muda2 lg dh bergelar nenek. baby aniq lahir pada 3 Oktober 2012 rabu di HUSM kubang kerian kelantan. baby lahir secara pembedahan sebab songsang. berat baby 3.02 kg.

Entah bila la agaknya aku dapat tengok baby aniq ni. bapak dia pun susah nak jumpa, ni kan pula bila dah masing2 berumahtangga dan dh ada anak, lagi la susah. tapi apa pun harap sangat dapat jumpa .... 


Dan ini yg paling special ... kehadiran nya sangat tidak dijangka dan mengejutkan ... anak kakak aku yg keempat. juga lelaki. lahir secara normal di hospital putrajaya pada 27 Oktober 2012 sabtu. hari raya haji kedua .... berat 3.85kg ...

Apa yg membuatkan dia spesel ialah, usia dlm perut dh 4 bulan br dapat tahu kewujudannya, dan segalanya dipermudahkan oleh allah swt sepanjang mengandungkannya .. subhanallah .. lahir pula sehari sebelum genap 40 minggu usia dalam kandungan ... betul2 selepas raya. kiranya, dia beri peluang ibu nya beraya dan merasa makanan kegemaran, baru dia lahir. sebab lepas ni dh kena berpantang, entah bila pulak boleh rasa makanan kegemaran. 

Apapun sewaktu melawat kakak, aku bawa sebekas sup tulang lembu korban ... kiranya kakak dapat juga merasa daging korban. so xde la kempunan sangat kan !! 

Alhamdulillah, semua selamat dan tahun ni baby yg lahir dalam keluarga ku semuanya lelaki .... boys over flowers !! aku doakan semua baby ini membesar dengan sihat walafiat, menjadi anak yg beramal soleh, menjadi pelindung dan pembimbing keluarga ... membesar penuh kasih sayang dan perhatian .... semoga Allah swt melindungi anak2 ini dan memberkati hidup mereka.

Monday, October 8, 2012

Granny the making ...





Baru hari ni aku tersedar yg aku dh jadi nenek di usia yg masih muda ..... kalau ikut tahun aku dh 29 tahun. kalau kira bulan, 15 dis ni br 29 tahun .... kiranya aku masih 28 tahun lg la skang ni .... ahahhahhaha boleh kan !!! 

Aku br dapat tahu yg my nephew br sahaja dapat anak hasil perkahwinanya tahun lepas.  through his sister's fb a.k.a my niece. alhamdulillah .... tahniah mak dek ucapkan. semoga semuanya selamat. disebabkan my nephew tu dah ada baby so secara automatiknya, aku naik pangkat la .... ahahhaha .... biologically .... thanks anyway bagi makdek pangkat granny .... terbangga ........... ahahhaha ... nk harapkan pangkat dalam kerjaya, memang tak la kan ... keje tetap pun takde....

Tak tahu la nak ekpresikan camana ... opkos la aku happy dapat cucu saudara tapi bila tersedar yg aku dh jadi granny .... speechless kejap .... ngeeeeee hehehh ... camana tu??? baru je jadi ibu ... tengah struggle jadi ibu, skang dapat jadi nenek lak ... ahaiiii

Masa my nephew kahwin last year, aku tak dapat balik sebab tengah sarat preggy. masa tu raya puasa tahun lepas. raya tahun ni yg br je lepas beberapa bulan, x jumpa juga ... tak tahu kenapa x jumpa .... boleh kan !! sebelum tu memang dh agak lama sangat tak jumpa dia, bertahun jugak .... nama dia syamsuri tapi panggil ijat. umur dia lebih tua dari aku sebenarnya .... oooops ... br terperasan la pulak ... hehehhheh anak sedara lebih tua dr mak sedara ... camana tu???? hebat kan !!! nasib baik mak sedara kawin dulu .... dan dah ada anak ... selamaaaatt !!

Nama cucu aku ni .... erk ... janggal nye rasa ... hish ....  ANIQ QIE AISY ...  cantik namanya ... apa agaknya maksud nama tu yer ... nnt la aku tanya bapak dia ... details aku update kendian ..

ANNOUNCEMENT .... i am a GRANNY ..... my new status !!! 

Alang-alang buat announcement pasal status aku yg dh jd nenek ni, meh aku gtahu tentang family aku .. org selalu tanya aku pasal adik beradik, dan aku kadang tu xleh nk jawab on the spot, aku kena termenung dulu then baru jawab ... termenung sebab duk kira adik beradik ada berapa orang. boleh kan !! sabar je la. so ni aku nk ingatkan diri sendiri jugak la tentang family aku .... 

Arwah ayah ada 3 orang isteri. maknanya arwah kawin 3 kali. isteri pertama aku tak tahu sangat detail tentang dia. yg aku tahu anak hasil perkahwinan pertama dapat seorang. perempuan. nama dia hasnah. orangnya masih ada lagi. aku dengan dia kira adik beradik sebapa. masih adik beradik sedarah la kan. kakak aku ni takde anak. walaupun dah berkahwin sebanyak 3 kali tapi rezekinya untuk mendapatkan anak ditakdirkan tiada.  anak buah semua panggil mak long.

then arwah ayah berkahwin pula dengan arwah ibu aku. arwah ibu meninggal semasa aku masih kecil. menurut kakak, waktu tu aku berumur 6 tahun. hasil perkahwinan dengan arwah ibu, dapat 9 orang anak termasuk aku. 

Anak pertama adalah lelaki. ditakdirkan anak ini meninggal semasa masih kecil lg. then lahir  anak lelaki kedua. nama dia kiyasae. anak buah panggil pak ngah. aku panggil dia abg ayub. abg ayub berkahwin dengan isterinya (mak ngah) yg aku panggil kak mi. dapat 4 org anak, 3 lelaki dan 1 perempuan. anak ikut turutan syamsuri (ijat), umi afiza, syafiq,  mat yi (aku lupa nama dia). syamsuri atau ijat dah kahwin last year dan baru je dapat anak last week. dia la yg bagi aku pangkat granny. huhuhu

Then lahir seorang anak lelaki ketiga. namanya khalatul al-anuar. ditakdirkan arwah abang aku yg ni meninggal semasa aku masih kecil lgi. arwah berkahwin (kak ijah) dan mendapat 3 anak. semua lelaki. yg sulung sebaya dengan aku dan beliau juga telah meninggal dunia 2 tahun lepas. lagi 2 orang tu aku tak tahu sangat perkembangan mereka.

Anak keempat juga lelaki, namanya habibullah. aku panggilnya abg abi. abg aku ni pernah berkahwin 2 kali. perkahwinan pertama (kak mila) dapat seorang anak perempuan. perkahwinan kedua  kiranya isteri (kak ayu) yg sekarang ni, dapat 4 orang anak. 3 lelaki 1 org perempuan.

Anak kelima juga lelaki, namanya safawi (abg pawi). hasil perkahwinanya dengan kak tina, dapat 6 orang anak, 4 perempuan dan 2 lelaki. ikut turutan dr yg sulung arisya sofea, alya shuhada, aisya syamila, bulya hakimi, naufal amani dan ainatul sakinah. 

Then yang keenam lelaki juga. namanya zakila (abg kila), berkahwin dengan kak ti dan mendapat 4 orang anak. 3 lelaki dan 1 perempuan. nisa' farha, mustakim, al-muktafi dan al-muthaqif.

Anak yg ketujuh perempuan. namanya nazira yg aku panggil kak na. kakak aku ni berkahwin dengan suaminya yg aku panggil miq. dapat  3 anak, 2 perempuan dan seorang lelaki. sekarang kakak aku tengah preggy tuk anak yg keempat. nama anak ikut turutan imtiyaz, insyirah, adam irsyad dan yg keempat ni belum tahu lagi ... heheh

Seterusnya anak yg kelapan lelaki. namanya lukman aku panggi keme. keme kahwin dengan kak su dan dapat 4 org anak 3 perempuan seorang lelaki. Nik nurul syuhada, nik nurul nabila, nik nurul izzati dan iqbal.

Akhirnya yg kesembilan iaitu aku yg diberi nama siti hasni. berkahwin dengan muhammad habibullah tahun lepas 2011 dan dikurniakan seorang putera diberi nama muhammad al-qa'id ha'il.   

Itu secara detail dan sekiranya bertanya tentang adik beradik aku hanya maklumkan 8 orang sahaja. kiranya xde la nk cerita tentang arwah abg aku yg dh meninggal. malas nk cerita panjang2  even pada family-in-law, dirog tak tahu pun secara mendalam tentang family aku. yg diorg tahu parents aku dah meninggal dan  my siblings ada 8. semua adik beradik aku buat macam tu. aku tiru diorg la ni .... 

Sewaktu aku darjah berapa ntah, arwah ayah kahwin dengan ibu tiri aku sekarang ni. mereka tidak dikurniakan anak dan my stepmother ada anak seramai lebih kurang 9 orang jugak la. tapi sebenarnya lebih dr 9. sebab ada yg meninggal juga. 

So itu la sedikit sebanyak tentang family aku. so aku ada lebih kurang  28 orang anak saudara, tak termasuk yg telah meninggal dan juga yg belum lahir serta seorang cucu saudara. huhuhu 

Friday, October 5, 2012

Family-in-law photos


Let me introduce my family-in-law ..... 3rd generations include .... aku tak arif sangat camana nk kira generasi ni ... yg aku faham 3 generasi iaitu ibu dan abah, anak menantu dan cucu ... aku selitkan juga gambar nenek (ini 1st generasi la kot) yg melahirkan abah (father-in-law)

Gambar dibawah dari kiri yg duduk atas karpet :- myself, hasbul, hairi (pangku qa'id) dan munirah.

Dari kiri yg duduk atas sofa :- Habib (hubby), husni (baju melayu biru), ibu, abah (pangku arissa), sarah dan helmi. 

Yang xde dalam gambar ni ialah syida isteri hasbul. 



Husni


Munirah dan husni


Hairi


Ibu (mother-in-law)


Maisarah


Nenek dan hairi


Munirah


Ibu dan abah


Maisarah 


Hairi, nenek dan husni


Hairi


Habibullah



Hasbullah dan isteri (syida)


1st gen, 2nd gen n 4th gen 



Helmi


Helmi, munirah dan qa'id


Helmi dan hasbul




Terselit gambar mak noor. mak noor yg jaga sarah sejak dr umur sebulan, sekarang mak noor jaga qa'id pulak ... kira family juga la ... mak noor ni mak angkat sarah



My family ... will upload later ...