Showing posts with label Alkisahnya. Show all posts
Showing posts with label Alkisahnya. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Entry takde tajuk

Assalamualaikum wbt

Rindunya kat blog, sangat lama tak update. Sejak masuk giatmara ni memang masa sangat terhad. Banyak perkara nak cerita dan kongsi tapi masa tak mengizinkan tambah dengan penyakit malas. 

Tak sangka sekarang dah hampir 3 bulan aku jadi pelatih giatmara. Rutin harian aku jam 7.30 pagi gerak ke bengkel, lebih kurang 8.45pg aku sampai. Jarak bukan jauh sangat pun, tapi kat bandar ni kadang ada banyak kereta, kadang lengang. Aku kena pandu perlahan-lahan di sekitar Mersing ni. Sebab orang sini memandu melulu, kalau nak keluar simpang tu, main terjah je. motor kereta sama je. Aku pernah eksiden sekali dan hampir eksiden banyak kali. Brek mengejut toksah cakap, sampai simpang baru bagi signal. Kadang tu langsung tak bagi signal. Huuurrmmmmm.

Jam 8.00pg assembly. Kena nyanyi lagu negaraku, lagu negeri johor dan lagu giatmara, bacaan doa dan ikrar. Dengar amanat then baru masuk bengkel sekitar jam 8.40pg. Masuk bengkel pulak kena baca doa, pastu baru leh buat kerja. Jam 10.00pg tea break setengah jam. Rehat sejam dr kul 1.00tghr ke 2.00ptg. Sebelum balik kena gotong royong dulu. Sekitar 5.15ptg baru boleh balik.

Sampai rumah je badan letih. Sesi surirumah pulak sampai la tido jam 11.00mlm. Cuti hari jumaat dan Sabtu. Kalau ada cuti umum, kitorang pun cuti jugak lah. Sama macam orang yg bekerja. Pertengahan bulan mac ni ada cuti pengal selama seminggu. Aku nak duk umah je. Rehat puas-puas. Petang-petang boleh ambil angin kat pantai.

Hari cuti hjung minggu biasanya aku manfaatkan sepenuhnya untuk anak dan suami. So mood nak berblog 50-50. Aku ni jenis yang malas nk berblog kalau tkde mood. Pastu benda nak diceritakan hilang macam tu aje. Bila ada masa online, dah lupa nak tulis apa. akhirnya senyap macam tu aje. Hari ni pun sama, tapi aku nak dapatkan mood, so merepek meraban la sekejap. Mana tahu tetiba je mood datang dan idea mencurah-curah. At least boleh draft dulu. 

Ok dah nak maghrib, kena uruskan anakanda dulu. Malam karang sambung balik. 

Monday, January 12, 2015

tawaran yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum wbt

Tengahari tadi dapat call dari giatmara. Mereka offer aku kelas fesyen and dress making. Kalau tak salah la, aku lupa dah nama penuh kelas tu. Terkejut mak oii! Nervous tiba-tiba.

Tambah terkejut lagi, esok pagi jam 8 pagi dah kena tercongok kat morning assembly. Datang aje, tak perlu bawa apa-apa katanya. Aku specchless. Dah tengah bulan kot, baru dapat offer. Orang lain dah belajar seminggu dah. 

Katanya ada student yang terpaksa tolak. So masih sempat lagi untuk kemasukan awal tahun ni. Kalau tak bulan julai nanti pulak untuk second intake.

Aku tak sempat fikir apa tadi. terus aje setuju. Lepas letak telefon, bagitahu kanda, baru la boleh fikir. Otak baru berfungsi. Masak la aku esok, anak sekolah pagi, sape nak jaga belah petang? Aku tak prepare apa-apa pun. Sebab aku asume yang aku dapat second intake. 

Kalau aku tolak, rugi plak, so terima aje lah. Takkan aku nak cerita masalah aku kat diorang. Sekarang fikirkan sapa nak jaga qa'id. Nasib baik minggu ni kanda masih cuti sakit. Minggu depan qa'id sekolah petang. Kanda plak perlu outstation ke JB. Kanda cadangkan aku tanyakan jiran sebelah sebelah, kalau-kalau dia boleh jagakan qa'id. Lepas perbincangan face to face, alhamdulillah. Jiran aku tu sangat baik hati dan setuju jaga qa'id. 

Betapa syukur nya aku, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah permudahkan segala urusan dan usaha hambaMu ini. Semoga esok berjalan lancar untuk aku dan qa'id serta jiran juga kanda. Berkorban untuk tempoh 6 bulan akan datang. Semoga semuanya baik-baik belaka. Semoga aku dapat belajar, menuntut ilmu dan dapat ilmu yang bermanfaat. Semoga aku berjaya dengan izinMu Ya Allah. Amin

Saturday, August 30, 2014

Fresh Seafood at Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang

Saje nak berkongsi apa yang kami makan sewaktu singgah di Tanjung Lumpur tempohari. Menu yang sangat simple tapi sangat sedap, kenyang dan diingati. Aku memang kalau boleh nak masakan aku diingati oleh yang memakannya. Walaupun hanya sepinggan nasi. Itu maknanya masakan kita ni penuh dengan kasih sayang. 

So bagi aku orang yang memasak untuk kami makan malam tempohari telah memasak dengan ikhlas. Sebabnya hingga ke hari ini kami masih ingat dan nak pergi lagi. 







Aku terpaksa meminta izin kanda untuk snap picture makanan ni. Kanda memang anti sangat orang ambik gambar makanan. Dia boleh jadi tak lalu makan dan meluat. Bila kanda izinkan, aku cepat2 snap, dapat sekeping dua pun jadi lah. Gambar-gambar makanan yang lain tu aku snap aje sebab kanda tak berada di tempat kejadian. Kalau kanda ada memang aku tak berani nak buat. Tak pasal kena bebel percuma nanti.

Tengok gambar-gambar ni makin aku rasa nak kesana lagi sekarang juga!!!!

Thursday, August 28, 2014

Nasi Goreng Sukahati

Ini lah dia menu yang selalu aku masak pepagi bila dah takde idea langsung nak masak apa. Nasi goreng sukahati. Campak aje apa rencah apa yang ada dalam fridge. Asal jadi nasi goreng. Style aku makan nasi goreng mesti ada keropok. Tak kisah la keropok apa pun. Wajib ada. Kalau takde rasa tak lengkap. 


Kalau makan kat restoran, selalunya aku akan order nasi goreng ikan masin atau nasi goreng kampung. Aku pernah makan nasi goreng cili padi dan nasi goreng kerabu. Tapi susah nak cari orang yang betul-betul pandai buat. 

Pernah sekali order nasi goreng cili padi tapi entah apa-apa dia masak. Setakat tabur je cili padi yang dipotong kecik atas nasi goreng kosong. Hampeh tul. Nasi goreng kerabu yang paling sedap pernah aku rasa masa zaman study kat UKM Bangi dulu. Sekarang restoran tu dah takde lagi kat situ. Kempunan sangat!!

Tuesday, August 26, 2014

Sandwich Telur Cheese

Entah kenapa teringin sangat nak makan Sandwish Telur. Masa aku bantu abang berniaga dulu, setiap hari aku kena buat Sandwish untuk dijual. Sandwish Tuna, Sardin dan Telur. Mula-mula memang seronok, tapi kalau dah setiap hari buat benda sama aku jadi bosan. Tengok sandwish pun dah muak, apatah lagi nak makan. 




Aku gunakan resepi yang sama macam dulu, cuma aku tambahkan dengan cheese. Sandwish ni kalau bakar selepas siap tak sedap sangat. Kalau buat pagi, dalam tengahari baru bakar, memang terangkat. Sebabnya  roti dah menyerap rasa telur, mayo dan sos cili. So bila bakar, bahagian luar akan jadi rangup dan bahagian dalam akan basah berkrim. Sooo sedap !!

Berkelah di hari raya at Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor

Berkelah di hari raya. huhuhuhu .... orang lain beraya kami berkelah. Ini pun boleh dikira beraya juga. Ramai yang pernah buat apa !!! ehehehheh

Pepagi aku bercinta dalam dapur menyiapkan segala makanan untuk dibawa. Selepas Solat Jumaat, kami gerak ke Pantai Pasir Lanun, Mersing, Johor. 

Kali kedua datang ke pantai ni. Ada bentuk muka bumi yang berubah. Sungguh menakjubkan. Dan buat pertama kalinya berjumpa dengan tetamu yang tak diundang. 

Dan juga kali kedua berkelah dengan kawan kanda sekeluarga. Kali pertama datang sini dulu pun dengan mereka juga. Secara tidak langsung aku dapat tebus balik kekurangan masa berkelah kali pertama dulu. So rasa puas hati dan berbaloi serta seri kosong-kosong.

Apapun kami gembira dan enjoy sambut raya sambil berkelah. Kali ni aku tak mandi laut, hanya menikmati keindahan alam dan captured the best moment with my Cik Nikon and Mr Sony.
















Jika ada kesempatan, aku nak datang ke sini lagi. Memang best, tak puas rasanya. Kalau boleh nak camping kat sini, walaupun ada resort tapi lebih challenging kalau camping. 

Kerabu Sotong

Puasa ritu aku masak kerabu sotong buat menu berbuka. Gara-gara terliur tengok kakak ipar post gambar kerabu sotong kat fb, aku terus google resepi dan cuba sendiri. Kali pertama buat terus menjadi, almaklumlah tengah puasa mana la nak tahu rasa dia ok ke tidak. Apapun aku happy sangat kanda suka dan minta buat lagi nanti. 


Puas hati dan rasa yakin bila buat sesuatu terus menjadi. Tapi aku jenis yang kalau masak kali pertama menjadi, masak kali kedua dah tak sesedap yang pertama. Banyak kali dah jadi cenggitu !! 

Monday, August 25, 2014

Roti Jala Kari Ayam

Pertama kali menjala, inilah hasilnya. Sangatlah tidak pandai. Tapi rasanya sedap dan lembut. Takpe, cuba lagi lepas ni, pasti menjadi. In Sya Allah !!



Laksam Kuah Lemak

Teringin sangat nak makan laksam, dan dah lama teringin nak buat sendiri. Makan laksam yang dibeli di pasar malam, pasar ramadhan dan kedai-kedai makan tak menepati selera. Almaklumlah mereka buat laksam nak jual dan nak untung. Asal ada rasa dah kira boleh dijual. Bila buat sendiri ni lagi puas hati dan boleh makan sepuas-puasnya. 




Laksam yang menepati citarasa aku ialah kuah lemaknya yang pekat, berlemak, creamy dan rasa ikan yang manis. Ada cara macamana nak hasilkan kuah lemak yang sedap. Teringat masa bulan ramadhan ritu, terliur tengok laksam kat bazar, beli satu bungkus. Lepas makan badan aku gatal-gatal. Tapi aku tak mengesyaki apa-apa. Esoknya lagi sekali aku beli,dan sekali lagi badan aku gatal-gatal alergik. Sahlah memang puncanya dari kuah lemak laksam. 

Aku ni bukan jenis yang alergik. bila tetiba jadi alergik, mesti la rasa pelik, gusar dan takut. Entah apa yang mereka letak dalam kuah lemak tu agaknya. Sewaktu makan takde rasa pelik pada kuahnya. Sekarang ni dah serik dah nak beli laksam kat memana gerai area Mersing ni. Baik buat sendiri. 

Bihun Sup

Mood puasa masih kuat, so aku teruskan dengan puasa ganti sebaik sahaja sampai ke Mersing. Dapat pahala puasa enam. Tetiba datang idea nak masak Bihun Sup. Almaklumlah sekarang ni bulan Syawal. Walaupun mood raya dah lama hilang, tapi hati tetap memberontak untuk menikmati menu raya. Akhirnya buat sendiri, baru puas hati !!











Alkisah si begedil ayam itu .... ini pertama kali buat dan menjadi. Sebenarnya aku pernah belajar buat sebelum ini, tapi tak menjadi, buang begitu sahaja sebesen kentang lenyek, sungguh membazir. Sejak dari hari itu aku serik. Itu kisah sepuluh tahun dulu. 

Kali ni sekali cuba aje, terus menjadi, so keyakinan membuat begedil dah datang semula. Senang sangat buat begedil ni sebenarnya .... huhu. 

Thursday, October 31, 2013

Mission in action

Hari ni genap 5 hari misi makan untuk sihat. Setiap pagi aku ambil bijirin sarapan dengan susu, tengahari aku kunyah bijirin tu tanpa susu, then banyakkan minum air suam, balik rumah baru ambil nasi.  Aku tanamkan dalam kepala, no more nasi lemak, nasi goreng atau mee/bihun/kue teow goreng, kalau lapar, kunyah aje bijirin yang ada, tengahari jangan fikir pasal makan, kalau member ajak keluar, bagi alasan kenyang, dan kontrol selera makan. ehehhehe berjaya bertahan selama 5 hari. satu percubaan yang bagus!!

Sejak aku mula bekerja di UPM ni setahun lepas, berat badan naik mendadak. Apa tidaknya, makan pagi mesti nasi lemak atau nasi/mee/bihun/kue teow goreng, duduk je dalam air-cond ngadap PC. Tengahari keluar makan, mesti makan heavy, siap boleh tapau makanan bergoreng bagai, masuk opis duduk terperap dalam air-cond lagi, mulut tak henti mengunyah. Balik rumah tolong ibu masak, terliur dengan masakan ibu, aku makan lagi, makan sekitar jam 8 mlm, jam 10 mlm dah masuk tidur. Betapa rutin harian aku yang sungguh tidak elok untuk diamalkan. Lama-kelamaan aku boleh dapat penyakit.

Aku memang perasan berat makin naik, tapi awal-awal dulu tak kisah sangat sebab aku kena makan supaya dapat hasilkan susu untuk anakanda. Ada juga alasan untuk makan banyak. ahahahhaha !! Tapi lama kelamaan anak semakin besar, semakin kurang menyusu, tapi aku masih lagi kuat makan, dah jadi habit kan, susah nak hentikan. Sehari mesti tiga kali nasi. memang dasyat sungguh. even puasa hari tu, aku dah start cuba kurangkan makan, time raya pun aku berjaya kontrol dengan berpuasa sunat dan puasa ganti. tapi aku start makan balik sebaik habis bulan syawal.

Sekarang ni dah masanya untuk aku amalkan gaya pemakanan sihat, diet seimbang, bukan tujuan untuk kurus tapi untuk mencegah dari dapat penyakit obesiti dan juga diabetes. Lebih-lebih lagi aku dalam proses persediaan untuk mengandung. Aku kena kekalkan berat badan ideal dengan diet seimbang tanpa pengambilan apa-apa ubat kurus. kalau berat badan turun dan aku nampak kurus tu kira bonus la kan!!

Satu lagi diet takkan berkesan kalau tak bersenam. so aku dengan gigihnya buat tali skipping menggunakan getah ikat. bila dah buat, malas pulak nak bersenam. aku ni jenis yang teringin nak buat itu ini, tapi nak mulakan itu ini tu memang la payah. bila sekali aku dah start, aku risau ianya akan sekerat jalan. itu la masalahnya dengan diri aku ni. senang cerita, xde disiplin. hurrmmmm !!

Apapun percubaan seminggu makan untuk sihat dah berjaya, so aku akan teruskan misi sehingga aku betul-betul yakin akan beroleh hasilnya. Good luck hasni!!





Friday, August 30, 2013

Persediaan untuk preggy

huhuhuhu .... anakanda al-qa'id dh nak masuk 2 tahun .. rasanya dh boleh kot kalau nak tambah zuriat lagi... sebenarnya masih lagi 50-50 ... nak baby ramai sebab dah biasa hidup dalam keluarga besar. so kalau boleh nak anak 5 orang. kalau boleh nak anak ramai sebelum umur 40 tahun.

bila dikelilingi oleh orang-orang yang sedang preggy, memang rasa nak mengandung tu melonjak-lonjak, jeles bila tengok orang preggy ... seronok tengok baby baru lahir, seronok tengok orang ada baby, seronok tengok baju-baju baby yang comel-comel, seronok berpantang dan bermacam keseronokan lagi. tapi bila memikirkan pengalaman preggy 1st time dulu, aku mengalami morning sickness yg teruk, lahirkan baby secara pembedahan dan bermacam-macam pengalaman yg aku rasa teruk pernah aku alami, rasa macam trauma. keyakinan diri hilang melayang, rasa macam tak mampu dh nak hadapi perkara yg sama dan rasa macam belum cukup sedia lagi.

aku juga belum puas tuk curahkan kasih sayang pada qa'id, belum puas lagi membesarkan qa'id, belum bersedia tuk agihkan kasih sayang aku pada qa'id dan anak yang lain. entah kenapa kehadiran qa'id begitu istimewa pd aku. dia la nyawa aku, sehingga kalau ada yg lain, aku jadi takut aku akan melukakan qa'id. tapi dalam masa yg sama aku kalau boleh nak qa'id ada kawan dan membesar sama-sama ... xde la qa'id sengsorang je duk main sorg2, berkawan dengan orang dewasa ... berkurung dalam rumah aje.

so apa pun aku tetap kena buat persiapan, walau apa pun yg penting badan kena la stabil kalau nak preggy lagi. so atas kesedaran tu aku dah mula ambil supplement penting seperti multivitamin, multimineral, keadaan rahim kena betul2 kuat, mental pula kena bersedia, positif dan fokus ... dari segi kewangan, masa dan juga persekitaran pula, rasanya itu boleh dipertimbangkan lagi. aku bukannya ada keje tetap pun, persekitaran pula aku tak dapat nak pastikan, sebab nampak gayanya aku akan stay dengan mentua untuk jangkamasa yg lama lagi. belum ada tanda tuk berpindah. kecuali kanda bertukar ke tempat lain.

sekarang ialah misi untuk menambahkan zuriat ... walau apapun perancangan yg aku buat, perancangan Allah swt lebih tepat. anak pertama dulu x merancang so yg kedua ni kena la merancang ... perkara biasa la tu kan, lebih2 lagi aku ni dulu lahirkan qa'id secara pembedahan, kena tunggu sehingga 2 tahun baru luka pembedahan betul2 pulih, insyaAllah. tapi kalau dh rezeki mengandung datang lebih awal, aku terima dengan rehda. 

sementara umur masih muda ni, elok lah mengandung cepat-cepat. umur semakin meningkat semakin tinggi pula risiko nanti. lagipun zuriat tu kan rezeki dari allah ... setiap anak ada rezeki mereka masing-masing. so jangan la risau sebab itu semua kuasa Allah swt. banyakkan berdoa dan tawakkal. insyaAllah dipermudahkan segala usaha dan urusan !!

so, inilah supplement yg aku ambil untuk persediaan mengandung ... elok untuk kesihatan, jika badan ibu sihat, insyaAllah anak pun sihat !!





well, good luck untuk diri sendiri ... harap sangat dapat mengandung secepat mungkin !! insyaAllah ...

Wednesday, July 3, 2013

Si kancil

Alkisahnya, suatu pagi dalam perjalanan ke opis bersama abah (bapa mentua), abah bersuara suh aku belajar drive keta. sebab abah dah tak lama dah di UPM, akan pencen ogos 2013. jun dan julai, abah dah tak masuk opis. jadi nak taknak lepas ni kena pergi keje sendiri. fikir la cara camana. nk drive, keta xde, nk merempit, mcm tak sesuai.

Jadinya aku pun bagitahu pada kanda, dan minta kanda ajar aku drive. aku tahu kanda berat hati nk ajr drive guna kereta kanda, sebab sebelum ni pernah terjadi aku belajar drive dengan keta kanda, tak lepas bukit, tayar keta berpusing atas jalan, sampai berasap dan bau hangit. jadi sebab sayangkan keta, kanda dh xnak lg guna keta tu tuk ajar aku drive.

Jadi aku minta nasihat dr kakak, kakak aku ckp, sebelum nak capai kesenangan kita kena bersusah payah dahulu, kena berkorban dan ambil risiko. jadi bukan senang nak senang. oleh itu aku pun minta jasa baik kanda carikan kereta kancil 2nd hand auto, bajet aku 5k shj. akhirnya kanda jumpa sebiji kancil, harga dia 4k, tp bila pergi tgk, kanda x jadi angkat. kereta tu sgt uzur.

Kali kedua kanda kata ada org nak jual 7k, tp kanda mnta kurang jd 5k, pg tgk keta, deal dan setuju. so aku dengan hati yang berat telah mengeluarkan duit simpanan, dan bayar harga keta cash. bila dh dpt keta, banyak pula duit habis tuk repair sana sini, terutama enjin. 

Pemilik kereta guna kereta ni untuk hantar dan ambil anak sekolah serta bawa jalan dekat2 aje. so dia xde la nak jaga sgt kondisi kereta tu. asal leh hidup, jalan, minyak penuh, ok. jadi enjin masih elok cuma x pernah diapa-apakan. kanda pulak setelah dpt keta kancil ni dia sgt excited. dia la yg bersusah payah repair, katanya enjin keta kalau nk laju kena tukar turbo, stereng asal memang berat, kalo tukar turbo stereng ringan. mcm2 la dia cerita sb dia teruja. bg aku, asal ada keta, aku x kisah. yg aku x sabar ialah nak belajar bawa keta, so lepas ni x nyusahkan sesapa. 

Selepas kanda dah repair apa yg patut, kanda ajar aku drive. 22/5/13 hari rabu, kanda datang jemput aku di opis, dia suh aku drive, suh aku rasa sendiri keta milik aku. aku drive balik jemput anakanda. pagi esoknya, 23/5/13 khamis, selepas hantar anakanda ke rumah pengasuh, kanda suruh aku drive ke opis. kanda duk sebelah jadi pemerhati. kebetulan hari yang sama kakak sulung dr kelantan transit di KLIA untuk ke mekah menunaikan umrah, aku amik peluang tuk jumpa beliau di KLIA. Kanda datang jemput aku di opis jam 10 pagi. kanda minta aku drive. so aku drive dari UPM hingga ke KLIA. betapa gementar dan nak tercabut kepala lutut, nak kematu bontot aku .... dh tu masuk plak parking berbumbung. sume tu terlalu asing bg aku, sume benda baru, dan secara tak dirancang. alhamdulillah lepas dan selamat. gambar di bawah ni buktinya. 




Hari-hari berikutnya, pergi opis kanda drive, balik keje baru aku drive. hinggalah pada pada 31/5/13 jumaat, kanda maklumkan kancil masuk bengkel sebab nk tukar enjin turbo katanya. aku banyak juga soal dia tentang enjin turbo itu ini. balik dari jamuan farewell PICC, singgah ke bengkel tgk keadaan kancil. Inilah dia, kanda dh sembur warna biru, sebab hasil perbincangan akhirnya setuju tuk tukar warna kereta jadi biru. ikutkan aku mesti la nak kaler kuning atau putih. tp kanda x suka. memang la kancil ni aku punya tp yg buat sume tu adalah kanda. setuju aje la. Inilah enjin turbo yang dimaksudkan. aku x snap gambar enjin asal sebab menakutkan. 






Lama juga kancil berada di bengkel, itu pun kanda berusaha siapkan secepat mungkin. 13/6/13 khamis, akhirnya kancil siap sedia tuk berkhidmat. kanda benarkan aku drive belah pagi dan petang. seminggu juga drive pegi dan balik kerja ditemani kanda. sepanjang bawa kancil ni dapat rasa perubahan yg ketara bila enjin dh tukar. enjin turbo ni buat kereta gerak smooth aje, stereng ringan, minyak jimat. cuma yang tak tahannya asyik kena marah dengan kanda. ada sahaja yg tak kena, terus dia marah, salah sikit terus marah, aku plak jenis yg melawan. bergaduh dalam kereta. tapi bila jemput anak, kitorg baik balik.

Tapi aku tak kisah pun, aku lawan saje sesuka, sebb nak hilangkan rasa gabra. ibu pernah cakap, suami tak boleh ajar isteri memandu, nanti bergaduh, ibu dulu pun macam tu juga. abah yg ajar. bergaduh dalam keta. tp bg aku, aku nak kanda yg ajar. dia garang, marah macamana sekali pun, aku lebih suka kanda yg ajar. xnak orang lain. kadang aku ni nak kena dimarah baru la ilmu tu lekat kat pala otak. 

17/6/13 isnin, minggu ni kanda bertegas suh aku drive sendiri ke opis, katanya aku dh boleh drive sendiri. masalahnya dengan aku ni plak, nak ada teman sebelah iaitu kanda. bila ada teman aku rasa selamat dan yakin. kalau sorg2 aku akan rasa takut dan tak yakin. pujuk juga kanda dan bagitahu reason aku. aku kejutkan kanda pagi ni, "jom hantar dinda ke opis" kanda akur. esoknya pun sama. dlm perjalanan aku ckp "kanda seronok yer ada keta kancil ni??" kanda jawab "seronok sangat, sebab enjin turbo" aku gelak besar mendengarnyer. tapi aku nmpk la perubahan pd diri kanda, kalau dulu kejutkan suh hantar pegi keje mesti liat, sepanjang perjalanan, muka masam mencuka. aku jadi takut, x berani nak kejutkan lagi dah, tak berani nak tegur sewaktu kanda drive. berbeza kali ni, sekali kejut, cepat je kanda bangun, dalam perjalanan ke opis, berborak mesra gelak-gelak. hurrmmmmm dia jadi mcm tu disebabkan kereta ???? nasib baik "kereta" .... 

26/6/13 rabu, ikutkan minggu ni kanda dah xnak teman. tapi aku berjaya pujuk 2 hari je. alih2 hari ni dia x makan pujuk. katanya "sampai bila dinda nak kanda teman, kan dah boleh drive, cuba la pegi keje sendiri. kalau tak sampai bila pun akan jadi penakut". So dengan rasa gementar aku beranikan diri bawa kereta sorg2 ke opis. alhamdulillah selamat sampai dan balik. hari kedua, dah yakin sikit, tetiba parking plak masalah. hari ketiga, 28/6/13 aku betul2 dah yakin dan berani. kebetulan ada pulak jemputan miting koperasi PICC, aku redah dan selamat sampai dan balik. cuma aku hampir2 mencium proton wira di depan hospital serdang, kerana jalan jam, kereta sume slow dan bersimpang siur, aku agak panik sebab kereta keluar baris dan masuk baris ikut suka. setiap pagi jalan situ memang jam. akhirnya aku belajar sesuatu pada hari itu. 

30/6/13ahad, roadtax kereta tamat tempoh, so kancil direhatkan seketika sehingga urusan selesai. urusan amik masa lama sebab nak kena tukar nama pemilik kereta, insuran dan roadtax. harap-harap minggu depan dah boleh drive balik semula. aku risau kalau lama tak drive nnt aku hilang skill. sume ilmu yang kanda curahkan hilang. maklumlah pelupa tahap diva!!

Itulah kisah aku dan kanda dengan si kancil ni .... apa yg bermain di fikiran aku ialah, aku dh boleh berdikari macam dulu semula. mcm zaman sebelum kahwin aku merempit, mana nk pegi ikut suka hati. jauh dekat sume aku redah. sejak kahwin aku jd bergantung dengan kanda. jujur aku ckp aku memang takleh hidup bila bergantung dengan orang. rasa mcm orang lumpuh. sekarang semangat dan kekuatan aku dah muncul balik semula. cuma yg jd kerisauan ialah, kalau terlalu berdikari setelah berkahwin ni ada keburukannya. suami akan amik kesempatan untuk melepaskan tanggungjawab dia. contohnya hal hantar dan jemput anak di rumah pengasuh, beli barang dapur, nak ke rumah family, kerja dan keluar bersama. aku belum nampak lagi, tapi ianya boleh terjadi. tunggu dan lihat saja nanti. sebab kanda dh bagi hint, "lepas ni dinda dah boleh hantar dan jemput qa'id sendiri" huuurrmrmrmrmrmrm

update 8/7/13 isnin : rindu nk drive ... baru drive sendiri 3 hari, dapat rasa betapa excited, freedom, independent, high self-esteem & passionate !!