Thursday, March 15, 2012

BERTUNGKU

BERTUNGKU

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang

25 PERKARA YANG SUAMI TIDAK SUKA

25 PERKARA YANG SUAMI TIDAK SUKA

1. Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ianya benar. Contoh: “hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”

2. Mengganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu di masa yang salah. Contoh: “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam nih saya masak sardine jer ..ok tak?”

3. Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau. Contoh: “saya dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.Contoh: “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan si suami tak sempat baca. Contoh: “eh.. saya suka la news pasal new peti ais tu..saya dah potong simpan…”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis, sedangkan nak pergi pasar atau supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar. Contoh: “bang.. semalam saya lupa beli garam, gula beras dan susu budak….boleh singgah tak mana-mana ..please ”

7. Tidak memberi arahan yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami. Contoh: “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir …kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu. Contoh: “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah, you tak ada program tahlil kat mana-mana kan ?? ”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami. Contoh: “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi gambar bunga ros…”

10. Bercakap atau bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber…Contoh: ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot ..”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang ke rumah tanpa izin suami. Contoh: “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby dia orang outstation, ok kan kan kan”.

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuir dan muka tak bermekap serupa mayat di rumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. Contoh: “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kahwin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar ke mana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur. Contoh: "sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih betul-betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan. Contoh: "eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak-anak bila suami sedang hot dengan budak-budak tu..Contoh: “..eh biarlah budak-budak tu pergi slumber party, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja. Contoh: “…nak mandi buat apa awal-awal bukan nak pergi jalan-jalan mana pun..”

17. Suka melengah-lengahkan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak-budak atau buat benda-benda lain.Contoh: “..awak solatlah dulu, saya nak habiskan memasak nih..”

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. Contoh: “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak. Contoh: "u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi...tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak henti-henti tentang hal-hal yang amat kecil dan diulang tayang semula tiap-tiap hari. Contoh: "i dah kata jangan kasi budak-budak tu handphone, kan sekarang dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. Contoh: "eh cik abang, awak nih ada affair ke? apsal sms beep beep beep tak henti-henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan suami atau keturunan suami dan asal usul suami. Contoh: “..eee u tau tak hubby i tu makan makanan negeri die.. eeeii peliknyer!!”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan. Contoh: “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta benda suami pada orang lain tanpa kebenaran. Contoh: “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah. Contoh: “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then nak kacau tepung siap-siap untuk breakfast dan nak masukkan pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali…..”

Ganjaran wanita

Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susunya kepada anaknya mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.

15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.

18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.

26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Tuesday, March 13, 2012

Konvokesyen orang

event convocation macam ni, sgt hapPENING ... macam-macam hal berlaku ... kalau nk cerita semua kat sini mmg xkan habis .... aku pun malas nk ingat balik semua c2wc tu ... ada yg ok ada yg tak ok.... macam2 ragam manusia aku boleh tengok. dah lali dengan keadaan bila setiap kali event konvo.

cuma kali ni aku terpanggil tuk menulis tentang satu c2wc yang menyentuh perasaan aku. mcm biasa, aku bertugas di kaunter pertanyaan. sekeliling aku ni mmg penuh dengan manusia yg dtg entah dr mana. rata2 mcm orang kampung. aku boleh bezakan mereka dr segi penampilan dan pembawaan diri mereka. itu bukan suatu yg luar biasa. 

so nk dijadikan cerita, aku duk melihat gelagat og ramai yg berlegar2 di lobi .... memandang di sekeliling, kemudian aku terpandang ke sebelah kiri kerana ada kelibat seorang graduan lelaki menerpa ke arah ayahnya ... dia meluru ke arah ayahnya lantas terus aje dia peluk ayah dia yg memang sedang menunggu. peluk punya peluk kiri kanan, si ayah sembamkan muka pada bahu kiri anak lelaki dia. lama juga ... aku syak si ayah ni macam menangis aje .... terharu dengan anak dia yg konvo agaknya ... almaklumlah kan.. kemudian pelukan dilepaskan, si ayah terus memalingkan muka membelakangi anaknya ... sambil mengesat air mata ... kan betul tekaan aku. 

tersentuh hati aku melihat seorang ayah menangis gembira dengan kejayaan anak. itu baru konvo dah menangis gembira. konvo ni tuk cikgu, so mmg lepas konvo kompem terus dpt keje. tunggu posting aje tu.

aku teringat masa aku konvo dulu .... mak dan ayah aku dh xde time aku konvo ... yg dtg pun abg dengan kakak je.... dh tu hingga sekarang aku belum dpt keje tetap lg ... belum rezeki dpt keje tetap lagi agaknya. diorg ni bertuah la, konvo yg mmg dh dpt keje, abis belaja terus kompem jd cikgu ... aku ni x, lepas konvo nk kena cari keje dulu, dh tu bukannya keje tetap .. lg satu belum tentu dpt keje seperti yg duk belaja 3 4 tahun tu ... sedih hingga sekarang !!