Monday, August 19, 2013

Ramadhan di Kelantan

Aku berasal dari kelantan .... mek oghe klate !!! huhuhu

Ok, setiap kali bulan puasa, jauh di sudut hati aku memberontak ... teringat zaman aku membesar di kampung halaman dulu, imbas balik kenangan di bulan puasa ... pastu menitis air mata sebab terlalu rindukan suasana ketika tu, rindukan kampung, rindukan kenangan lama, rindu serindu rindunya. tapi apa boleh buat, x boleh dah nk undur balik !!

Setelah berbincang dengan kanda akhirnya kanda setuju tuk balik kelantan sebelum raya. so kami 3 beranak pun gerak la balik kelantan pada 1 Ogos 2013 yang lalu. oleh sebab aku ni anak yatim piatu, mak ayah dah xde, rumah arwah ayah dh jadi rumah abang, dan keadaan rumah tidak lagi seperti dulu (mood rindu rumah arwah, tempat aku dilahirkan dan membesar, sedih weiyh) ... aku decide tuk stay di Kota Bharu ... aku awal2 dah booking hotel ... cukup hotel bajet tuk kami, asal boleh berteduh, tidur, makan, mandi dan berehat dengan selesa.

Pemandangan dari bilik hotel .... nama hotel terpampang besar !!


Masjid Negeri @ Masjid Muhammadi


Pintu Gerbang ... ikon Negeri Kelantan


Bilik hotel pilihan kami .... luas dan selesa ...




Hari pertama kami sampai, amik masa sejam mencari lokasi hotel, betul2 di bandar KB tapi agak tersorok dan jauh dari hiruk pikuk kesesakan bandar. lepas check-in kami berehat sementara tunggu asar. selepas asar kami keluar untuk mencari makanan berbuka. berjalan kaki 5 minit ke Pasar Siti Khadijah mengharapkan ada sesuatu, tapi kebanyakan kedai hampir tutup. tanya punya tanya, katanya ada medan selera 2 blocks away dr tempat kami bertanya. aduh kena jalan lagi. kaki dh penat! rupanya dekat aje. ingatkan medan selera macam kat KL, rupanya ada jualan macam bazar. tp dalam 10 ke 15 stalls aje. ok la tuh, itu pun dh memadai. kami sampai awal so makanan masih banyak. aku apa lagi sempat snap beberapa keping gambar... sebagai kenangan... lepas ni entah ada lagi ke tidak peluang mcm ni kan!!









Dah beli apa yg diperlukan, terus jalan balik ke hotel !! rebahkan badan, berehat, mandi dan tunggu azan. Untungnya stay di hotel ni, bersebelahan dengan Masjid Negeri iaitu Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Selepas berbuka, kanda ajak keluar jenjalan sekitar bandar KB. Selepas isyak kami gerak, kanda decide nk drive. takde hala tuju pun, just nak jenjalan je, tengok2 kalau ada yang menarik. akibatnya kami terperangkap dalam jam betul2 dalam pusat bandar. rupanya ada macam pasar malam kat tengah2 bandar ... so kami decide tuk parking and jenjalan di pasar malam tu. balik bilik hotel, memang kepenatan tahap gaban ... aku terus terlelap, kanda pun sama, qa'id pun sama.

Hari kedua, aku ke Pasar Siti Khadijah mencari barang .... selesai urusan, balik ke hotel ... hari ni habiskan masa dalam bilik hotel je ... kepenatan semalam masih terasa. then petang ke medan selera tuk membeli juadah berbuka .... selepas isyak kanda sekali lagi ajak ke pasar malam. kali ni kami jalan kaki ... hehehe !! taknak jadi kes mcm semalam. 5 minit je pun !! Inilah hasilnya .... 

Singgah tengok je ... x beli pun kucing tu !!


belikan qa'id baju raya !! Rm28 je .... gila murah !!


Berehat sekejap menikmati sate ikan !! qa'id makan banyak ... sedap katanya !!


sate ikan stall .... menggamit kenangan !!


Hari ketiga check out .... gerak balik rumah arwah ayah. sempat berbuka dengan abang sekeluarga. Kalau dh sampai rumah arwah ayah aku akan cari air tuak. minuman feveret dalam bulan puasa.... dapat teguk tuak dua tiga gelas, puas hati .... malamnya kami semua menziarah nenek yang sakit tua. 

Hari keempat kami gerak balik ke Bangi. singgah di Raub Pahang jemput abah, berbuka puasa sesama dan selepas terawikh gerak balik Bangi. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah jam 12 malam. terus rehat sebab esoknya dh kena masuk keje.

Kesimpulannya balik kelantan tuk merasai nikmat puasa tercapai, aku dapat rasa kueh kelantan yang hanya dijual semasa puasa je. tahun depan entah dapat ke tidak peluang macam ni lagi. seronoknya kalau dapat berpuasa dan beraya di kampung halaman sendiri. bilakah agaknya !! well sejujurnya sambutan puasa atau raya tanpa orang tua memang jauh beza. macam aku, orang tua dh xde, rasa macam xde tempat dh nak tuju. balik negeri sendiri tapi stay kat hotel, macam orang asing gayanya. walau apapun terjadi, walau kemana sekalipun aku pergi aku takkan lupa dari mana asal usul aku. walau apa pun kata orang tentang kelantan, aku tetap bangga menjadi anak jati kelantan. walau mak ayah dah xde, dan xde tempat untuk dituju aku tetap akan balik ke tanah tumpah darah aku. tempat jatuh lagi kan dikenang inikan pula tempat lahir, membesar dan bermain.

Jika dipanjangkan umur, insyaAllah aku nak sangat balik kampung halaman ... walaupun sekejap cuma. tidak semestinya hari raya atau puasa. tapi kalau boleh nak aje menetap di kelantan selama-lamanya !!



Ramadhan dan Syawal 2013

Ikutkan ramadhan dah pun berlalu ... hari ni pun dh 12 syawal ... akibat mood nk update blog kelaut so hari ni aku merajinkan diri jugak la .... just nak cerita tentang ramadhan yang baru je ditinggalkan.

Sayu rasa di hati bila ramadhan pergi ... entah sempat entah tidak tuk ramadhan tahun depan ... dengan keadaan dunia sekarang ni yang macam dh nk kiamat ... apa pun aku tetap bersyukur kerana tahun ni berpeluang tuk menikmati ramadhan. 

Sepanjang ramadhan kali ni, aku tanam dalam diri tuk mengelakkan pembaziran. aku nk lalui dan nikmati ramadhan sesederhana mungkin. alhamdulillah aku berjaya tuk tidak mengunjungi mana-mana bazar ramadhan, aku tahan diri dari berbuka di luar, dan bersederhana semasa berbuka dan bersahur. Alhamdulillah aku betul2 menikmati ramadhan dengan cara yang sebaiknya yang dituntut oleh islam. iaitu tidak membazir dan bersederhana. dan yang paling bermakna ialah aku akhirnya dapat merasai suasana berpuasa di kelantan. yang sememangnya dah lama aku rindui dan ditunggu-tunggu saban tahun. alhamdulillah syukur !!

Untuk persiapan raya juga, aku cuba untuk bersederhana ... baju raya aku sepasang aje, aku upah jahit dan telah siap awal tahun ... so tak terasa sangat duit mengalir tuk baju raya. hanya baju kurung moden simple dan xde nak ikut fesyen terkini bagai. kemudian kuih raya aku langsung tak beli. dua tahun lepas aku hanya membantu ibu membuat biskut raya. dan aku ada juga membeli beberapa kueh raya. tapi kali ni aku menyumbang dengan membuat biskut raya. dan aku juga menyediakan juadah raya tuk keluarga yang bertandang. 

Mungkin tahun depan giliran aku plak yang memasak kot ... ibu boleh berehat dan beribadah dengan tenang. itulah hasrat aku ... berjasa pada ibu mertua sama seperti berjasa pada ibu sendiri. inilah peluang tuk aku membalas jasa seorang ibu, menghargai ibu selagi masih ada. kalau dh xde ibu, baru tahu apa rasanya. tentu arwah ibu aku dan juga arwah ibu tiriku bangga dan gembira bila aku berbuat baik pada ibu mertua. aku sekarang pun dh jadi seorang ibu dan aku sangat2 memahami perasaan seorang ibu. dulu tak berkesempatan tuk membalas jasa mereka dan menghargai mereka, so peluang ini tidak akan aku sia-siakan... insyaAllah.

Oleh sebab kanda bizi dengan sailing, dan aku plak dh boleh drive keta, so persiapan raya kanda aku sediakan. sepasang baju melayu tuk kanda dan sepasang baju melayu tuk anakanda. ok, sume dh komplete, dh boleh raya dengan hati yang gembira. ikutkan tahun ni giliran beraya di kelantan, tapi di saat akhir perancangan tak menjadi. so aku decide tuk balik lebih awal. dan hari raya pertama pun tanpa kanda. di saat akhir, malam takbir, kanda muncul dengan selamat ... syukur alhamdulillah. terasa lengkap hari raya aku. 

Cumanya dalam keluarga mertua, 2 adik ipar tidak ada bersama untuk meraikan ramadhan dan syawal kali ini. lumrah hidup memang akan sampai masanya kita akan berjauhan dengan keluarga. dan pengalaman yang macam ni yang buat diri kita menghargai kehidupan. apapun sambutan raya tetap diteruskan dan disambut dengan sederhana penuh kesyukuran. kemeriahan raya tetap ada dan diri sendiri lah yang mewujudkan suasana itu ... di hari yg mulia penuh keberkatan sempena meraikan kemenangan diri kita menentang hawa nafsu, kita berhak tuk bergembira walaupun org tersayang tiada di sisi. iaitu dengan gembira mensyukuri nikmat Allah swt. jangan lupa untuk mendoakan insan2 tersayang yang tiada di sisi. 

Sekarang ni pulak masing-masing sibuk dengan open house, jamuan raya, beraya sakan mengunjungi sanak saudara, teman dan rakan taulan. bagi yang menjemput aku ke rumah masing2, aku cuba hadirkan diri jika tiada aktiviti lain. sebabnya di rumah aku ni setiap malam ada tetamu. rasanya abah xde buat open house tahun ni, makanya sesiapa yang ingin bertandang dialu-alukan. kerana rumah kami sentiasa open !!!

Ok, dah penat menaip dan berceloteh, layankan gambar2 yang sempat aku snap sepanjang ramadhan dan syawal 2013. Semasa balik ke kelantan 4 hari, dapat juga akhirnya merasa makanan kelantan yang hanya boleh dibeli di bazar. nak buat sendiri memang xreti ... so jejak juga kaki ini ke bazar ramadhan. harga murah, makanan sedap, banyak dan beli tuk berbuka leh simpan sampai sahur !!








Ini pula puding trifle yang aku buat tuk hari raya .... 1st time buat dah menjadi ... alhamdulillah !!




Puding trifle 2nd time buat .... baru berani buat dalam bekas besar !!


Jelly buah-buahan tropika .... habis licin sumenya !! 


Gambar raya family .... our family ... big family .... tema biru !!





big family, tema warna warni ... !! 



Mood raya macam biasa je .... tapi kemalasan tuk bekerja tu .... adoyaiiii .... ok, nanti update pasal ramadhan 4 hari kat kelantan plak !!

Monday, August 12, 2013

Aidilfitri 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2013
1 Syawal 1434H - Khamis 8 ogos 2013
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

Layan gambar sambil tu aku cerita berdasarkan gambar. gambar ni aku masukkan ikut turutan peristiwa. senang untuk aku ingat ... ngeeeeehehe

Pagi raya selepas solat sunat aidilfitri, semua keluarga akan berkumpul di rumah nenek. aku tak amik gambar umah nenek, lain kali la. aku sampai di rmah nenek jam 10 pgi, tak semua keluarga ada. so orang masih tak ramai, maka bergambar dulu la aku dan kami sekeluarga yang mana ada. 


aku bergambar dengan adik ipar ... munirah !!


bapa mertua dan ibu mertua .... dan al-qa'id anakku !!


kemudian panggil semua ahli keluarga tuk bergambar .... ini sahaja ahli yang ada buat pagi raya ni. dari depan belah kiri sarah, ibu, abah dan munirah. dari belakang belah kiri hairi, habib (kanda) al-qa'id dan hasni (aku la tu) !!!! kami sekeluarga memang tema warna warni ikut sukati sendiri ... setiap tahun warna warni ... huhuu

Raya kali ni 2 orang adik ipar takde. sorang berada di sabah dan sorang lagi di pahang. masing-masing ada urusan yang tak boleh dielakkan. sepasang family lagi iaitu hasbul dan syida belum sampai. kejap lagi sampai la tuh !!


selesai bergambar keluarga, kami pula amik turn bergambar bersama. tema kali ni biru .... ikutkan merah, tapi saat akhir aku tukar .... huhuhu takut nnt tenggelam dengan lautan marooooooonnnnn !!! 


inilah dia wanita yang ada dalam family haji dahari dan hajah zaleha buat masa ni. Ibu, anak dan menantu bergambar bersama !!! 


wokeh, dah sampai pun family hasbul dan syida serta anak mereka arissa !!!


macam biasa, ada peluang aje, terus bergambar bersama .... masa raya je boleh bergambar camni ... kamera pun dh x pakai filem, so snap banyak2 memory kad pun masih banyak lagi !! heheheh


hairi, al-qa'id dan ibu .... 


ini lah dia anak menantu dalam keluarga ..... close up sikit .... dari kiri syida, munirah, hasni dan sarah !!! tahun depan mungkin akan bertambah ahli keluarga lagi, mungkin baby atau menantu ... insyaAllah, tungguuuu !!!


papa dan anakanda !!! makan yong taufu di rumah nenek. setiap tahun yong taufu akan dihidangkan sebagai menu utama !!! selain rendang, ketupat daun kelapa, kuah kacang dan minuman koktel !! raya pertama memang aku tak pandang biskut raya !! tunggu la hari raya keempat dan seterusnya baru aku makan biskut tat !!!

Dah kenyang di rumah nenek, bertandang pula ke rumah sebelah ... tiga empat langkah aje ... dh sampai rumah cik peha. menunya sate dan air karbonat !!! hahahhahaah .... kata-kata yg tak dapat aku lupa, cik peha cakap "umah cik ah ada polisterin" ..... sume org ingatkan dia nak hidang polisterin sebagai menu utama tuk kitorang makan. lepas tu baru cik peha tersedar kesilapan ayat dia tu. cik peha maksudkan makan di rumah di guna polisterin sebab dia malas nak basuh pinggan .... heheheh ... sukati cik peha la ... kitorang tak kisah pun !!! 


mercun papan di pagi raya .... anakanda lari lintang pukang bila mercun meletup ... budak kecik, masih belum kenal mercun lagi, takut la dia .... tahun depan mungkin qa'id plak tukang bakar mercun !!!


sesi pemberian duit raya ... budak-budak la yang seronok dpt duit raya, kumpul banyak2 !! kalau budak sebaya qa'id ni mak bapak la yg excited lebih ... aku la tuuuuu !!! tolong simpankan aje ... mana la qa'id reti simpan duit sendiri !!! mula-mula orang hulur duit, qa'id taknak amik ... pemalu ... dah tu lepas sorang2 hulur, dia dh tahu dan faham, terus aje ambil cepat2 .... heheehheheh


Selesai di rumah cik peha, naik pula rumah cik da ... rumah atas bukit .... ini rumah last tuk sesi pagi sampai tengahari, dan selalunya kat rumah cik da lah semua keluarga berkumpul untuk bergambar raya sekeluarga. menu di rumah cik da tahun ni ialah steamboat ... cik da tak sihat sejak berpencen, so anak perempuan yg sulung (along fizah) jadi tukang masak. kalau tak menu utama mesti rendang kerang, rendang ayam dan rendang daging serta nasi impit dan lemang. raya tahun ni tak merasa dh sume tu. kesian cik da, anak lelaki plak beraya di rumah menantu baru, sorang lagi anak lelaki memang bertugas di rumah najib setiap kali raya ... steamboat pun jadi la !!! huhuhu


ok sesi bergambar raya keluarga ... dimulakan dengan keluarga pak lang (haji dahari) .... dh cukup korum so, apa lagi yg nak ditunggu ... snap banyak2 yer .... mana tahu kot2 gambar tak menjadi, senget ke, tak bersdia ke, kabur ke apa ke .... ngeh ngeh ngeh !!!


ini pula keluarga pak long .... sama juga, ini sahaja yang ada .... lagi 3 orang anak pak long tak turut serta !! 


keluarga cik payah pula ambil tempat ..... gelombang marooon bermula !!!!


keluarga cik maziah .... family boys over flower mcm family cik payah juga !!!!


keluarga cik peha .... yang ini lelaki sorang aje .... nak gelarkan mereka apa yer !! ngiihiihihi


ooooppps terselit plak gambar kitorg .... sementara tunggu keluarga cik da ... kami menyelit la sekejap !!!


hurrmmmmm .... belum nak balik lagi ... bergambar dulu sekejap !!! ni pun ada yg dh balik sebenarnya !! pak long dan pak lang dh balik sebab lepas ni turn rumah masing-masing plak. gambar dengan nenek tak sempat ambil ... hari panas terik, masing2 nak balik cepat dan nenek pun dh balik rumah sebab penat !!!


akhirnya keluarga cik da ... banyak betul halangan ... tp akhirnya berjaya juga disatukan .... 2 org anak lelaki cik da xde .... it's ok !!! yg penting gambar ada !!

selesai sesi pagi bawa ke tengahari .... petang selepas asar pakat serang rumah pak long. aku tak amik gambar sebab penat .... nak beraya plak. heheheh ... menu rumah pak long ialah nasi lemak sambal sotong ... itu adalah menu wajib dan setiap tahun mesti ada pemintaan tinggi !!! memang nasi lemak maklong superb !!! aku bertambah 2 kali ... huhuhu

lepas isyak tiba la giliran rumah pak lang (rumah kitorang) pulak. hehehhe mlm baru aku pakai baju merah !!! sedondon dengan papa dan qa'id !!! nasib baik diorg tak bising !!! ahahhaha





sungguh meriah sekali ... sume ahli keluarga ada ... yang xde siang tadi dh muncul kat sini malam ni ... ada banyak lagi peristiwa yg berlaku tapi aku tak sempat nak rakamkan semua ... terutama sesi bagi duit raya ... gambar mercun papan dan menu yg dihidangkan ... selesai majlis pun dh 12 mlm ... so ini gambar terakhir untuk malam ni ... gambar kami bertiga !! kepenatan dalam keseronokan dan kepuasan beraya !!


ini pula adalah hidangan yg aku sediakan tuk raya kali ni ... tahun lepas memang aku tolong ibu masak aje, tapi kali ni aku rasa patut menyumbang sedikit air tangan aku untuk di rasai !! tapi malangnya hidangan ini tidak dihidangkan sebab ......... terlupa !!!! frust sungguh !!! ada yang berbunyi tanya mana satu menu yg aku masak .... sebab mereka memang menantikan hidangan pantai timur dari air tangan aku .... tp x dapat .... ahahahah korang ingat aku senang2 nak masak menu pantai timur tuk korang ???? air tangan aku ni mahal tau .... sebelum korang merasa, chef ibu kena merasa dulu .... dh lulus baru leh hidang kat org ramai ... kalau tak buat malu je kalau korang tahu aku tak pandai masak ... baabahahahahahahahha !!!




apa pun puding trifle ni lulus dan aku buat lagi satu tuk dihidangkan pada raya ketiga .... raya ketiga keluarga belah ibu pula berkumpul .... memang riuh, ramai dan meriah sekali. sayangnya aku tak sempat amik gambar sebab berperang di dapur .... makanan tidak mencukupi !!! tetamu ter ... over ramai !!! dan kami semua penat sudah ... !!!



Ini pula jeli mangga wit fruit cocktail .... sebelum terlupa, menu utama hari raya pertama ialah, rendang daging, kuah kacang, laksa asam, bihun sup dan nasi putih lauk masak lemak ikan masin, sambal udang petai, sayur sawi goreng dan ikan masin. air pula ialah air buah kabung perisa anggur !!

menu raya ketiga pula ialah laksa, bihun sup, nasi putih lauk masak lemak ketam, asam pedas ikan tenggiri, rendang daging dan air buah. 

itu la dia rentetan sambutan hari raya aidilfitri 2013 ... yang sempat aku rakamkan .... sepatutnya raya tahun ni turn kelantan tapi disebabkan masalah tertentu ... perancangan kami bertukar !!!! apapun tahun ni aku happy dan syukur sangat sebab dapat berpuasa di kampung ... aku akn update nanti !!