Monday, January 5, 2015

Chicken pox hari ke-2

Assalamualaikum wbt

Hari ni dah masuk hari ke-2 kanda chicken pox. Kesian tengok kanda yang dah macam apa ntah. seluruh badan putih dengan ubat. Ada member kat fb komen kata kanda dah macam hantu kongkang. Nasib baik aku tak tahu camana rupa hantu kongkang. Kalo tak memang x tidur malam la jawabnya. 

Muka kanda menggerutu, bahagian depan badan pun menggerutu, bahagian belakang badan pun sama juga. Bahagian belakang rasanya lebih truk. aku yang tengok ni rasa scary. Kanda sendiri bila tengok gambar, geli katanya. 






Ini pertama kali aku tengok rupa cacar air. Dan juga kali pertama berdepan dengan orang yang mengalami chicken pox ni. Kanda duk risau anakanda al-qa'id. Qa'id kemungkinan akan kena. Aku pun boleh jadi akan kena juga. 

Tawakkal dan redha aje lah. Semoga kanda cepat sembuh. Semoga Allah swt permudahkan segala usaha kami. Amin 

Apakah keistimewaan wanita bernama isteri

Assalamualaikum wbt

Entry ni khas buat para suami. Juga buat para isteri.
Semoga bermanfaat ye.

Apakah keistimewaan WANITA bernama ISTERI...?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat sekali...

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...

PELUKAN dan CIUMANnya mampun untuk memberikan KEHANGATAN bagi anak²nya...

Dia TERSENYUM bila melihat suami dan anak²nya tertawa.

Dia TERHARU & Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang² yang dikasihinya...

Dia mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHAN’nya.

Dia sangat GEMBIRA setiap kali melihat KELAHIRAN anak²nya...

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN yang berlaku disekelilingnya...

TITISAN air matanya mampu membawa PERDAMAIAN...

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara...


Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia...!!!”

Saya dapat dari Whatsapp Group. Bagus juga kalau dikongsikan di blog. 

Sunday, January 4, 2015

Demam campak

Assalamualaikum wbt

Sepagi tadi berada di klinik, teman kanda check-up.

Apa kata doktor tentang demam kanda ?? 

Kanda disahkan terkena demam campak. Menurut doktor, nasib baik kanda datang awal, cacar air belum tumbuh banyak lagi. Doktor larang minum air kelapa. Ada beberapa ubat diberikan untuk cacar air.

Aku termenung seketika, semalam sebelum tidur aku perasan ada melepuh pada badan kanda. Aku tak pasti benda apa pada mulanya. Rasa hairan juga tengok badan kanda banyak bintik2 merah macam ruam. Aku syak kanda terkena demam campak. 

Jujur cakap, ini first time kanda demam, pastu kena chicken pox pulak. Camana nak handle ni?? Aku takde pengalaman uruskan orang demam campak. Aku sendiri pun tak pasti samada aku pernah kena atau tak. 

Malam tu jugak aku google pasal demam campak. Semua simptom ada pada kanda. Memang sahlah demam campak. 

Dalam blog yang aku baca tu ada sebut pasal daun semambu, air kangkung dan air kelapa. Itu ubat tradisional untuk chicken pox. So kena prepare la mana patut. 

Skang ni aku zero pengalaman pasal chicken pox. Kalau kata ia akan berjangkit pada aku dan juga qa'id, memang boleh terjadi. Sebab qa'id belum pernah kena. 

Suhu semalam

cacar air yg tumbuh semalam


seluruh badan kena sapu ubat

Kanda dapat cuti sakit 4 hari. Semoga demam campak tak berlarutan dan cepat sembuh. Bila kanda sakit, terserlah beberapa kelemahan dia. Yang jelas, time sakit ni la suami nak bermanja dengan isteri katanya. Betul ke wahai lelaki di luar sana?? 




Bila kanda demam

Assalamualaikum wbt

Sekali kanda kena demam memang haru. Kanda susah nak demam. Sejak kahwin dengan kanda, ni kali pertama kali kanda demam. Memang aku x tahu nak handle, jujur cakap.

Jumaat ritu kanda balik dari pejabat, katanya badan rasa lain macam, semacam nak demam. Malamnya kanda dah lain macam, badan lemah, tak larat dan belakang sakit-sakit katanya. Kanda minta aku urutkan belakang dan kaki. Bila sentuh aje badan dia memang panas membahang. Aku letak tangan kat dahi dan leher, memang panas betul. Terus amik termometer nk tengok suhu. Memang sah la demam.





Hari sabtu, kanda demam teruk. Suh badan semakin tinggi, hilang selera makan, badan lemah tak bermaya. Keluar mencari air kelapa, dapat la dua biji. Kanda still refuse makan ubat. Hanya minum air kelapa. 






Sebelu tidur tadi kanda cek suhu, makin naik ke 38.9 darjah. Esok pagi kalau masih tak berubah, kena ke klinik juga. Apapun tengok lah camana nanti.