Thursday, June 2, 2011

YOU ARE IN WEEK 14

"Welcome to trimester two! Your beautiful baby is covered in downy hair known as lanugo and really starting to move around. You've got a while before you'll be feeling it, but they're in full motion anyway. Watch out for trimester two symptoms there's plenty of not-so-fun stuff like back pain, swelling fingers and feet from water retention, and plenty of good-old fashioned fatigue."
Sekarang usia kandungan aku dh 14 minggu. Lagi 2 minggu genaplah 4 bulan... x sabar nk tunggu bulan keempat. skang ni masih muntah2 lg, harap bulan keempat ni xde muntah lg. skang ni kalo duduk lelama mesti sakit pinggang dan belakang. menurut kakaku. ini perut belum besar, nnt kalo perut dh besar lagi menyakitkan belakang dan pinggang. tambah plak cramp kaki sampai 2 ke 3 hari, so dr sekarang la kena amik kalsium banyak. alhamdulillah aku dh sebulan stat minum susu kambing yg tinggi kalsiumnya dr susu lembu.

YOU ARE IN WEEK 12

"Your little one is around two whole inches long and their head is starting to lift a bit as their neck straightens. What's more they're practicing breathing using amniotic fluid and they've developed their sucking reflexes. As for you, your pregnancy is now becoming a fact which others can observe without you telling them that no, you're not just putting on a bit of weight."

Tak sangka, dh 12 minggu pregy. X tau nk express my feeling camana. Sebab makin hari sama je rasanya ... letih, lesu, tak selesa, kepala pening, perut kejap ok kejap meragam .... setiap hari cuba lawan tapi semakin letih. so bila kat umah tu aku baring aje la. balik keje aje terus terkam tilam... sedar aje dh maghrib. harap2 sangat keadaan ni sementara aje. Maybe after this dugaan lain pula kot, dugaan membawa perut yg semakin membesar. Meletihkan juga tu!! tunggu aje la masa tu nnt, apa agaknya akan jd pd aku ??? anak pertama ni macam2 boleh jadi sebab pengalaman tu xde lg. harapanya sume ok.

Wednesday, May 18, 2011

Makin jauh

Semalam cuti umum sempena Wesak Day. Berehat kat umah je dengan aktiviti harian ialah tidur. Semalam menanti panggilan kanda dengan penuh debaran. Sebenarnya hari semalam kanda akan mula belayar ke Sabah dan kemudian Sarawak untuk 2 minggu. Sehari sebelum berangkat kanda call dan remind banyak kali. Sume tu buat aku risau dan makin rindu. Malam kelmarin asyik duk mimpi kanda je .... sedih sangat, rasa makin jauh kanda pergi. Aku tahu itu adalah tugas dia tp perasaan seorang isteri yg ditinggalkan lebih2 lg sedang mengandung ni, aku tersangatlah sensitif. 

Hari ni aku cuba hubungi kanda, saje mencuba walaupun akau tahu di laut xde coverage... dan pulak tu kanda akan belayar di laut selama 3 hr then baru sampai sabah. Aku bukan ape, rindu yang amat. harapan aku semoga kanda selamat pergi dan kembali. Risau juga sbb kanda mabuk laut. Entah camana keadaan kanda skang ?? hurrmmmm .....

Thursday, April 28, 2011

Morning Sickness !!

Kalo dah mengandung tu mmg la x dpt lari dr morning sickness ... ada yang teruk, ada yg biasa2 aje, ada yg suami muntah tapi isteri relaks aje, ada yg langsung xde .... so masing2 ada bahagian masing2. so kalo yg xde simptom morning sickness tu boleh dikira beruntung la org tu. Tapi aku ni beruntung juga sbb dpt morning sickness yg teruk... huhuhu... ada masa nnt nk wat kajian kenapa bla bla bla.... 

kalo ikutkan pengalaman kakak aku, anak pertama dia dulu mmg alahan teruk, sampai kena tahan wad 2 minggu sbb dehydrate. aku pun hampir2 jd mcm kakak. tapi hanya masukkan 1pain air aje dan dr bg ubat tahan muntah. Alhamdulillah dh semakin ok. Tapi ubt tu kadang2 buat badan x selesa. entah disebabkan ubat entah sebab lain, x sure sgt. tp bdn kadang2 letih dan lenguh, kepala pening dan sakit, perut pedih dan bergelora. 

kalau nk bercerita pasal muntah, eeeiiii fobia sangat. aku ni mmg benci muntah. ada yg kata elok muntah sbb nnt buat kita rasa lega. Betul dia buat kita rasa lega, tp perasaan nk muntah, semasa dan selepas muntah tu betul2 fobia, menyeksakan dan menyesakkan. yikesss ... lain pula dengan muntah org mengandung. lagi la menakutkan. kalo hari biasa macam cuti weekends, after muntah tu boleh la baring, so boleh la melambatkan proses untuk next muntah. tapi kalo kat ofis, camana nk baring??? alamatnya setiap 15 mnt la berlari ke toilet yg agak jauh.... penat dan memenatkan. muntah plak keluar air dan kahak serta lendir, tambah perit muntah kuar melalui hidung. Sampai tahap keluar ketul2 darah. yg hairannya selepas muntah tu, x minum air, tp next muntah kuar air, hingga la ke seterusnya. itu yg menjadi punca dehydrate agaknya. sbb sume air dlm badan disedut keluar. aduh aduh !!! hanya org yg pernah mengalaminya sahaja yg faham perasaan aku ketika ni. setiap kali muntah setiap kali itulah air mata mengalir. sadis sungguh !!! 

Apapun itu semua hanyalah dugaan kecil dr ALLAH SWT untuk aku. Aku bersyukur dan redha. Itu lah satu cara aku mendekatkan diri dengan ALLAH SWT sbb setiap kali aku muntah aku hanya ingat ALLAH SWT. Semua yg berlaku ada sebabnya. InsyaALLAH !