This week your not-so-little miracle is getting closer to the four pound mark and is now nearly 17 inches in length. The fat's still rolling in quite steadily and will continue to do so for the next weeks. And you're probably getting your first taste of Braxton-Hicks contractions now and then, but don't worry, they're false contractions. How 'bout your leaky boobs? Not fun eh?
This week, your amazing growing baby is around 3 pounds and 17 inches tall.
With each added layer of baby fat, your baby's wrinkly raisin skin starts to look more and more like it will when they're born.
The heavy news: you can expect your miracle-gro muffin to gain about a half a pound of weight per week from now until about two weeks before birth.
Your baby's developing immune system has made some serious gains over the past weeks getting them in full gear to face our disease-ridden world o’ wonders.
Even so, a large majority of your child’s immune strength will need to come from your milk in the first year.
Their cute little noggin’ (which could already be covered with luscious locks or just purty peach fuzz), is still soft because the skull bones have not yet fused together.
As disturbing as having an infant with a soft cracked skull sounds, it's pretty much a necessity for passage through the birth canal during labor.
If your baby is in your birth canal for an extended period, they'll come out with a bit of a cone head, as a result of their skull plates being compressed while in your rather snug birth canal. It's normal, harmless and their skull will even out into a more round, less cone-heady shape in the next few weeks.
Oh, and FYI: your baby may have that “soft spot” on their head for up to eighteen months after birth.
Thursday, September 29, 2011
Tuesday, September 27, 2011
::: AKU SUKA BUNGA :::
ENTRI NI DITULIS DISEBABKAN KEBOSANAN MELAMPAU ... DUK GODEK2 SATU LAMAN BLOG, HABIS BACA, TERINGIN PULAK NAK COPY TUK SIMPANAN SENDIRI ... SO LEH JUGAK SHARE NGAN SESAPE YANG SUDI MEMBACA BLOG AKU NI ... INI UNTUK PENGETAHUAN KITA BERSAMA !!
SEBELUM TU, JUST 4 INFO, AKU SUKA BUNGA, APA SAJE JENIS BUNGA YANG ADA KAT DUNIA NI ... BILA PANDANG BUNGA, HATI RASA TENANG, AMAN, GEMBIRA DAN MENYENANGKAN ... SEJUK JE MATA. KALAU ADA KAMERA AKU AKAN AMIK GAMBAR BUNGA YANG AKU JUMPA ... KAMERA HPHONE PUN JADI LAH ...
SETIAP BUNGA SANGAT CANTIK DAN UNIK... KALAU PERGI MELAWAT ORANG SAKIT, BELI BUNGA SEGAR .. SEBAB IA MEMBERIKAN SATU TERAPI KEPADA ORANG YANG SAKIT TU ... SEBAB KALO BELI MAKANAN, BUKAN ORANG YANG SAKIT TU YANG MAKAN, TAPI ORANG LAIN YANG MELANTAK .. CUMA BUNGA NI MAHAL JUGAK LA, TU YG ORANG KEBIASAANNYA PEGI MELAWAT ORANG SAKIT SELALU BELI MAKANAN ...
BANYAK LAGI BUNGA KAT DUNIA NI YANG AKU BELUM PERNAH TENGOK SECARA LIVE .... MACAM BUNGA YANG ADA KAT NEGARA LAIN ... MUNGKIN BANYAK LAGI BUNGA YANG KITA SENDIRI BELUM PERNAH TENGOK APATAH LAGI TAHU KEWUJUDANNYA ...
YANG MENARIKNYA, BUNGA NI ADA MAKNANYA YANG TERSENDIRI... MENARIK JUGA BILA WANITA DIIBARATKAN SEBAGAI BUNGA ... HURRMMMM... KALO NAK CERITA PASAL BUNGA MEMANG TAKKAN ADA PENGHUJUNG ... SO BACA JE LA YANG KAT BAWAH NI ... BOLEH TAMBAH PENGETAHUAN !!
1001 FALSAFAH YANG PERLU DIUNGKAP PADA SEKUNTUM BUNGA
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'.
Sejambak bunga mawar bukan sekadar untuk menyampaikan mesej 'Aku cinta padamu' atau jambangan Carnation yang memberi erti 'moga cepat sihat'.
Bahkan setiap bunga sebenarnya mewakili makna tersendiri.
Sebab itulah dikatakan bunga mampu menjadi wakil tanpa bicara yang berkuasa merungkap 1001 falsafah atau rahsia yang cuba disampaikan oleh pengirimnya. Ramai yang mengaku mereka hanya tahu erti sekuntum ros merah saja.aduhai.kesiannya!!! Jadi marilah kita pada kesempatan ini menilai ataupun menkajinya sendiri secara semulajadi.
Erti Ros
Bunga ros atau mawar adalah antara bunga yang paling diminati oleh orang ramai apatah lagi orang perempuan. Bunga ros mampu melahirkan pelbagai jenis bahasa cinta. Kalau nak memujuk kekasih, lebih mudah pujukan itu dilakukan bila disertakan bersama walau sekuntum bunga ros. Lebih cepat cair jadinya! Selain bunga ros, bunga lain juga mampu menyampaikan mesej dan makna tersendiri. Jadi sebelum kamu berkunjung ke mana-mana kedai bunga untuk membuat tempahan untuk dijadikan hadiah atau sekadar penyeri
rumah kamu, apa kata kamu kenalpasti dulu kuasa yang dimiliki oleh setiap kuntum bunga yang kamu pilih. Pemilihan jenis bunga yang sesuai dikatakan mampu mendorong harapan dan kegembiraan dalam diri kamu.
FALSAFAH KUNTUMAN BUNGA:
ROS PUTIH
Cinta sejati dan kekuasaan.
BUNGA CARNATION
Bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu membantu menggelakkan perasaan sedih menimpa diri seseorang.
BUNGA CAMELIA
Ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan selamanya.
BUNGA KEKWABunga ini melambangkan kekuasaan sebuah perasaan cinta.
BUNGA DAISIIa mampu meningkatkan daya intuisi seseorang untuk meramalkan sesuatu perkara.
BUNGA IRISIa melambangkan bahawa seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialami itu.
BUNGA JASMINIa mendorong ke arah percintaan dan kekayaan.
BUNGA ORKID
Ia memberikan semangat berkobar-kobar untuk menjalani hidup.
ROS MERAH
Boleh mengungkap pelbagai perasaan cinta.
BUNGA MATAHARI
Seseorang itu inginkan dirinya diberikan perhatian dan kehormatan seperti yang sepatutnya.
BUNGA TULIPIa membawa rasa cinta dan tuah.
BUNGA IVY
Ia membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang.
** ni 1st time tgk bunga ivy ... huhuhu
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.
BUNGA VIOLET
Ia meningkatkan daya imiginasi seseorang.
** aku tak pernah tgk bunga violet ni camana... bila google, confuse pulak sbb result dia sume bunga yg kaler purple... entah la!!!
KOD WARNA BUNGA
Merah
: Perasaan yang berkobar-kobar dalam sesuatu perkara yang sedang atau ingin dilakukan.
Ungu
: Apa yang paling penting adalah semangat yang diperlukan untuk melakukan apa saja yang diinginkan.
Kuning
: Peluang-peluang yang bakal hidup dalam diri seseorang.
Putih
: Semangat mementingkan kebenaran.
Merah Jambu
: Seorang mungkin sedang cuba mendekati dirimu!
MAKSUD TERSIRATCuba kumpulkan beberapa orang teman baik. Ambil beberapa jenis bunga segar dan letakkan ke dalam sebuah bekas (ambil bunganya saja). Setiap orang pejamkan mata dan cuba ambil bunga daripada dalam bekas itu tanpa membuka mata. Ha. lepas dah ambil barulah mata boleh dibuka. Perhatikan kelopak bunga itu.
Sekiranya:
KELOPAK BUNGA ITU TERLERAI: memberi makna bahawa beberapa keinginan akan diperolehi tak lama lagi.
BUNGA ITU TETAP CANTIK: memberi tanda bahawa tuah akan mendatangi kamu tak lama lagi. Tunggu je la!
BUNGA ITU ROSAK: memberi tanda bahawa kamu mungkin bakal menghadapi beberapa cabaran dalam hidup.
Labels:
Sharing Is Caring
MIND YOUR OWN BUSINESS
Kadang2 rasa sangat annoying dengan sikap segelintir manusia yang suka ambil tahu hal orang lain.. sebagai contohnya, dia akan merasa sesuatu pada org yg baru dikenalinya, cuba untuk berbual dan beramah mesra... kemudian dia meragui orang itu dan seterusnya menyelidik sebanyak mungkin tentangnya ... setiap budi bicara dan perbualan bukan lagi atas dasar kawan tapi atas dasar mengorek rahsia... kenapa???? perlu ke????
Orang tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan pun tapi setiap apa yg dilakukan oleh orang itu tidak disenanginya dan menjadi bahan umpatan. Ada saja perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati seolah2 mencari kesalahan orang itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ia tidak berhenti setakat itu, malah menjaja cerita mengenai orang itu kepada orang2 di sekeliling.
Persoalannya, apa salah orang itu? kenapa perlu rasa tidak puas hati dan mengesyaki sesuatu terhadap orang itu? kenapa pula perlu mengheret orang lain untuk berasa sangsi terhadap orang itu?
Dalam hidup ni kita kena lah sentiasa berbaik sangka, walaupun ada yang meragukan !! Kita tidak akan rugi apa2 pun.
Sekalipun dia kurang menyenangkan, cuba tanya diri sendiri, adakah kita disenangi oleh orang lain?? walaupun kita ramai kawan tak semestinya kita disenangi.
Tidak perlu lah untuk mereka cerita yang bukan2 dengan hanya berdasarkan cerita2 yang tidak betul atau khabar angin.
Yang penting kenali lah diri dan hati budi orang itu dan jangan sesekali ada niat yang tidak baik.
Orang sebegini luarannya nampak sangat elok tapi dalamannya penuh dengan keburukan, busuk hati dan perlu berhati2 jika berkawan dengannya.
Labels:
Motivasi Diri
Monday, September 26, 2011
Open House Aidilfitri 2011
Hari ni 26 September 2011 .... bersamaan dengan 28 Syawal 1432H ... tinggal 2 hari saja lagi .... dan kita semua akan tinggalkan syawal dengan seribu kenangan !!
Disepanjang syawal ni dah menjadi kebiasaan tuk buat open house ... Walaupun mood raya x seberapa tahun ni, tapi kalau ada yang menjemput tuk datang makan ke jamuan raya tu, seboleh mungkin aku akn hadir !! ye lah, org dh menjemput, so kena la datang. kalau tak jemput, xdenye nak datang ... buat malu je kalau datang tanpa jemputan ... lagipun skang kalau ada kawan jemput, bergantung pd keadaan juga, kalau kanda ada, aku akan ajak dia. kalau kanda xde, x dpt la aku nak datang .... itu yg susah sikit sbb bergantung pada org.....
Setakat ni aku dapat jemputan dari rakan2 ofis, ex-ofismate dan saudara mara terdekat... jemputan pertama yg aku terima ialah dari kakak kandung aku sendiri pada 11.09.2011 (ahad). Nasib aku baik sebab kanda ada. So kitorg pegi umah kakak di BBB. Kakak aku masak laksa kelantan. Dah lama x makan laksa kelantan, makan sampai tambah 2 kali.
Selesai umah kakak, gerak ke umah ex-ofismate kak hanim di taman setiawangsa, KL. Kitorg sampai sana dh lebih dr masa yg ditetapkan. Sesat juga la nak cari umah k.hanim. Banyak juga menu tapi aku hanya makan spagheti aje... yg lain tu aku x jamah sb kenyang lagi.
Minggu seterusnya, kanda xde, so x dpt la aku pegi open house. Kali ni umah Cik Noor, En Din ( 17.09.2011) & En Asrul (18.09.2011). Sedih gak x dpt pegi open house umah diorg. Tapi nk wat camana, kalau kanda ada, boleh je pegi .... kebetulan umah mak sedara kanda ada wat open house dan majlis sempena persaraan, so nak tak nak, aku kena gak pegi. Tapi pegi dgn bapa mertua. Belum puas makan lagi dh kena gerak balik ... huhuhu sedihhhh !!! aku br sempat merasa soto dan lemang, belum sempat minum air, dh kena gerak balik .... duhhhh ....
Pada minggu terakhir raya, dpt pulak jemputan dari faisal anawai, puan zaiton dan puan kamariah ali. Alkisahnya, open house umah faisal, jumaat malam, so aku x boleh nk dtg mlm sbb ada hal, so after work, aku ngan kanda terus ke umah faisal. Nasib baik kanda ada, boleh la aku pegi open house umah faisal. Kitorg adalah tetamu terawal.
Open house kali ni faisal import mak dia tuk masak. Menu kali ini ialah nasi kerabu, sate, rendang dan ketupat palas. Menu yg mmg aku nak makan dan cari2 selama ni. Akhirnya aku dapat gak makan ketupat palas yg aku duk mengidam. Aku mengidam ketupat palas lemak manis drpd kandungan aku cecah 5 bulan...pegi memana mesti cari ketupat palas, jumpa mcm2 versi ketupat palas, semua xde yg kena dgn yg aku nak.
Duk borak2 ngn faisal, aku boleh plak buat permintaan nk mkn ketupat yg mak faisal buat dan akhirnya dapat. Terharu sangat ... siap mak faisal tapaukan tuk aku bawa balik .... dapat makan dengan puas hati ... nasi kerabu pun sedap, almaklumlah org pantai timur yg masak mesti kena dengan selera, nak lagi yang homemade, complete dengan sambal tumis, budu and sambal... secukup rasa .. kalau yg jual dkt psr malam tu, x berapa sedap walaupun penjual and tukang masak dia org pantai timur. satu lgi mmg berbeza kalau buat tuk jual and buat tuk makan kat umah.
Open house umah bonda keesokan harinya aku dpt merasa laksa... tidak kira la laksa penang atau laksa kedah sememangnya tidak menjemukan ... walaupun selalu makan tapi kalau jumpa memana mesti kecur liur .... sedap atau tak, belakang cerita ... hari biasa atau hari raya, mesti nak rasa .. kemudian kitorg gerak ke umah puan kamariah ali. jumpa tempat yg betul tapi x jumpa jalan umah. tiga kali pusing baru jumpa. menu umah puan K dasyat2. banyak sangat sampai tak tahu nak makan apa... lastly aku hanya jamah nasi dagang aje. Puan K cakap nasi tu dia masak sendiri ... kira OK la ... perut pun dh kenyang tuk sumbat menu lain ... sebelum balik puan k tapaukan aku cempedak goreng ...
Itu aje la jemputan open house yg aku terima. Lebih baik terima jemputan yg sedikit daripada terima jemputan yg banyak tapi x dapat memenuhi jemputan tersebut... Terima kasih kepada yang menjemput dan aku mohon maaf kepada yg menjemput tp aku x dpt nk hadir. Tahun depan jangan serik jemput aku lgi. Nk letak gambar tapi kamera xde. maklum la serba kekurangan, tapi kenangan pegi open house aidilfitri 2011 akan terpahat di hati sanubari sampai bebila.. nnt bila aku dh ada rumah sendiri, giliran aku pulak mengajak korang... InsyaAllah.
Teringat raya tahun 2010, dalam sehari aku dengan kanda (time tu tengah hangat bercinta) pergi beraya di 11 buah rumah ... dari pagi sampai malam ... sangat penat tapi seronok ... berat badan naik 2 kg pada hari tersebut (timbang berat di rumah terakhir kitorg pergi) ...
Labels:
Aidilfitri
Subscribe to:
Posts (Atom)











