Wednesday, February 29, 2012

Taska oh taska

petang semalam 28 feb hari selasa, my cousin postkan satu video dlm facebook bertajuk "Di bawah penjagaan taska-wajarkah bg anda?". 

tgk pada gambar dh tahu ia berkenaan dengan kanak atau baby... then tgk plak pd komen, seolah2 benda ni x wajar. so ia menarik aku tuk tgk vid tersebut. malangnye my lappy x boleh tgk sbb flash player out of date. cari punya cari dlm youtube pun x jumpa. akhir sekali tgk kat pc, walaupun xde suara pun xpe. yg penting boleh tgk vid tu.

sekali dpt tgk vid tu, aku terkedu, tergamam, dan bulu roma aku meremang..... nak menangis tgk vid tu tp aku tahan .... sbb tgk dgn kawan. kalau tgk sorg2 kompem dh menangis. sambil tu mulut aku x lepas dr duk menyumpah org yg buat mcm tu pd kanak2/bayi.

hari ni dtg ofis, vid semalam dh jd tajuk utama akhbar.... so rupanya vid semalam adalah vid baru dan vid tu dh jd isu besar .... dlm fb pun dh ramai yg post ... ingatkan ni kes lama ... betul2 x sangka. 

aku bersyukur kerana anak aku dijaga oleh orang kampung yg dkenali oleh famly dan makcik tu hanya jaga anak aku sorang aje.... kalau tak, mau aku benti keje tuk jaga nak sendiri.

sangat kejam dan kasihan melihat anak kecil yg x tahu apa2 diperlakukan begitu ... dibedung seketat mungkin, diikat, ditutup mulut dengan plaster dan disumbat puting dan ditelangkupkan pulak lagi..... sgt tidak berperi kemanusiaan ... terbayang my son yg dibedung sebab susah nk tidur ... dia meraung dan melalak menangis nak bebaskan diri, aku dh x sampai hati, ini kan pula nk diperlakukan mcm tu .... kanak/bayi tu mesti trauma, tp nk cakap x boleh ... 

kesian sgt dan sedih serta kecewa.... ibu bapa mana sanggup tgk anak diperlakukan begitu ... mesti mak bapak kanak2/bayi tu x tahu keadaan anak mereka ... kalau tahu tp still hantar ke tempat tu lg mmg x tahu la nk ckp ape... mungkin mak bapak buat jugak kat umah kot ... tapi hrap2 xde la ... so aku anggap mak bapak kanak2/bayi ni tak tahu situasi sebenar ank mereka.... skang isu ni dh tersebar, harap mak bapak amik la tindakan sebelum terlambat ... keian anak2.

petikan akhbar harian metro :-

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.



JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.

No comments:

Post a Comment