Thursday, May 17, 2012

apa-apa aje lah !!!

dah lama tak menulis kat blog ni .... sejak jd surirumah tangga sepenuh masa ni, nk jenguk blog sendiri pun susah. apatah lg nk blogwalking. ingatkan jaga anak ni, banyak masa free. rupanya lagi sibuk dari orang yang bekerja makan gaji. 

apa taknye, setiap masa terisi dengan pelbagai aktiviti dengan anak kecil. almaklumlah anak lebih memerlukan aku dan aku pun perlu focus pada anak lebih dari benda lain. pejam celik rupanya dah sebulan lebih aku menganggur. meninggalkan kerjaya makan gaji demi kerjaya yang lebih mulia dan dituntut iaitu membesarkan anak.

mungkin ada yang cemburu terutama bagi ibu-ibu yang memang nak sgt jaga anak sendiri tapi tak dapat berbuat demikian sebab perlu mencari rezeki tuk membantu keluarga. almaklumlah setiap ibu pasti nak tengok anak membesar depan mata sendiri dengan jagaan sepenuh perhatian dan kasih sayang dari dirinya. lumrah manusia, bila jadi surirumah, rasa bosan, nak keje. bila dah ada kerja, rasa nak berhenti sebab nak jadi surirumah. tak pernah puas dengan apa yang ada. 

apapun setiap sesuatu ada baik dan buruknya. kita takkan dapat apa yang kita nak tapi kita dapat apa yang selayaknya untuk kita. bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

2 comments:

  1. hehhe..tu la..better duk umh jaga anak dari sakit ati kt tmpt keje nih..

    ReplyDelete
  2. heehheh setiap pekerjaan ada cabaran dia ... jd housewife pun sama .. cabaran tetap ada !!!

    ReplyDelete