Thursday, December 12, 2013

Demam pakej

Assalamualikum wbt

Kalau nak kata sekarang ni musim demam, rasanya sepanjang masa ada je yang demam. so memang demam tak pernah ada musim la ye ... pape je la ... tapi kali ni demam pakej. Aku demam, diikuti anakanda al-qa'id. kebetulan semasa kami berdua demam papa sailing. memang besar sungguh dugaan untukku.

First time aku dan qa'id demam serentak. Mulanya aku selsema aje dulu pd isnin 2/12. kemudian aku ke Pusat Kesihatan ambil ubat selsema pada 4/12 rabu. Hari jumaat 6/12 kerongkong rasa perit, panas dan kering. tengahari tu aku dah mula batuk2 kering. 

Sabtu 7/12 pergi kenduri, balik dr kenduri kanda sakit2 badan. malam pulak badan aku rasa semacam, seram sejuk, senak perut, kepala berdenyut, akhir sekali aku berpeluh sewaktu tidur.

Ahad 8/12 aku ke kelas menjahit, memang hilang fokus sebab kepala berdenyut dan sakit. Balik rumah kanda gtau qa'id terkena iron. petang lepas zohor pergi kenduri. malam badan aku terasa sangat lemah. sangka aku sebab makan makanan kenduri. so ajak kanda teman aku berurut. 


Isnin 9/12, bangun pagi rasa ringan tapi sakit2, sengal2 dan seram sejuk seluruh badan. aircond pulak kuat, kepala aku dh berdenyut, selsema datang balik, mata dah berair, tekak dah perit, kompem demam. badan menggigil, aku telan ubat demam. then rebahkan badan sekejap kat surau. 

Petang jemput qa'id, mak noor kata qa'id demam. sampai rumah aku terus bagi ubat pada qa'id then tidurkan dia. aku pun turut tertidur kepenatan sebab demam. malam jam 10 terjaga sebab qa'id muntah. setel sume, sambung tidur. kemudian jam 2 pagi terjaga lagi sebab qa'id muntah lagi. aku berikan ubat bontot sebab panas badan qa'id cecah 38darjah.


Jam 5 pagi hari selasa 10/12, qa'id lapar, minta susu, kemudian muntah lagi. selepas makan ubat qa'id sambung tidur. aku tak pergi kerja sebab anak demam, diri sendiri pun demam. bangun pagi jam 8 qa'id segar, sempat bermain sebelum badan lemah kembali. sekitar jam 11 pagi selepas beri ubat makan dan ubat bontot aku tidurkan qa'id. suhu badan dah cecah 39.4darjah. jangan sampai 40 darjah, bahaya untuk kanak-kanak. nanti boleh jadi sawan. qa'id sambung tidur, dengan harapan bila bagi ubat bontot tu suhu turun. jam 3 ptg suhu menten 39. aku dah cuak.


Terus aku maklum kan ibu dan abah. lepas asar gerak ke klinik zalfah di seksyen 4, BBB. orang ramai so kena tunggu agak lama. lepas maghrib baru dapat jumpa doktor. lega lepas jumpa doktor, sebab doktor masukkan ubat bontot dan juga berikan ubat demam yang baru serta antibiotik. bukan apa, dah bagi ubat demam dan ubat bontot sampai 3 biji panas masih tak kurang. 

Balik dari klinik terus tidurkan qa'id. sepanjang malam qa'id tidur lena. rabu 11/12 hari cuti umum untuk selangor, so dapat lah aku cuti dan menjaga anak yang masih demam. diri sendiri pun belum semdbuh sepenuhnya. tapi aku kena kuat demi anak. alhamdulillah hari ni masih panas tapi berkurang sedikit. takde la cecah 39. keep cont bagi ubat demam, antibiotik, ubat selsema dan ubat batuk. nampak macam semakin ok. lega sangat !! 

Ikutkan hari ni khamis 12/12 aku masih malas nak bekerja, memikirkan anak yang masih belum sembuh sepenuhnya. tapi apakan daya, aku perlu bekerja. mengharapkan qa'id sembuh seperti sediakala, sepanjang hari fikiran tak fokus, asyik teringat anakanda saja. tak sabar nak balik jemput qa'id, rindu sangat pada anak. aku pun cepat la sembuh, aku perlu sihat supaya anak aku pun sihat. semoga Allah permudahkan segalanya. 




No comments:

Post a Comment