Saturday, February 22, 2014

Babai Selangor ... Mersing mu tunggu aku datang !!!

Assalamualaikum wbt

Hari ni sabtu 22/2/14 ...sudah masuk hari ke-5 aku berada di Mersing, Johor. Syukur alhamdulillah kerana Allah swt telah permudahkan segala urusan dan usaha kanda .... setelah banyak dugaan yang dihadapi akhirnya kami dpt mengatasi dengan jayanya. aku bersyukur dan happy untuk semuanya. takde apa yang seorang isteri mahu melainkan untuk jadi isteri kepada seorang suami ..... erkkk ada kena mengena ke???? ahahahhahhah

Oleh kerana kanda berkhidmat untuk negara, makanya kanda kena akur dengan perpindahan ini .... dah memang field kerja kanda yang memerlukan perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain dalam tempoh tertentu ... ini merupakan destinasi pertama ... selepas ini tak tahu lagi ke mana destinasinya... harapnya semua dipermudahkan segala urusan dan usaha kami.

Banyak cabaran yang berlaku untuk perpindahan ini .... tapi perpindahan ini memberi satu pengalaman dan pengajaran baru buat aku dan kanda. Kami terima dan lalui dgn hati terbuka. Bagi aku secara peribadi, perpindahan ini bagus dalam membentuk jatidiri ... even Rasulullah SAW dan Islam sendiri menggalakkan perpindahan. Baru la hidup ini lebih bermakna ... jadi kami menyahut seruan penghijrahan.

Well memang aku tak pernah terfikir pun tuk berpindah ke Mersing, tapi dalam dasar hati, harap dpt la peluang pindah ke Sabah atau Sarawak .... takpun ke Langkawi atau Kelantan .... hihihihi. Dapat kat Mersing pun ok gak ... dah dkt ngn tioman dah tu .... 

Semoga hari mendatang akan lebih baik !!




No comments:

Post a Comment