Wednesday, March 12, 2014

Gembirakan orang lain

Assalamualaikum wbt

Nak kongsi sedikit info ... harap bermanfaat untuk semua !!

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man:

Menarik kisah ini untuk muhasabah diri..

Al-Kisah Belon

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar Senyumlah bersama Ustaz Rahim. Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz Rahim memberikan seorang setiap belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon.

Belon yang ditiup besarkan dan diberikan kepada Ustaz Rahim.

Ustaz Rahim melepaskan 100 belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam masa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. 5 orang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut.

Para peserta berebut2, menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing. Suasana cukup melemaskan. 5 minit berakhir, tiada seorang pun dapat mencari belon mereka.

Ustaz Rahim tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.Dalam masa 3 minit sahaja, semua mendapat kembali belon masing-masing.

Ustaz Rahim tersenyum lagi.


Wahai shbtku.. Inilah yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Semua orang sibuk mencari kegembiraan sendiri, tapi tidak tahu di mana dan bagaimana. 

Walhal, wahai shbt kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.


Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak pentingkan diri sendiri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon untuk orang lain dan bukan diri sendiri. 

Akhirnya belon milik sendiri akan datang daripada orang lain. Jika semua berebut, suasana akan menjadi kelam-kabut dan akhirnya semua orang rugi.


Senyum...

Jom kita jadi orang yang menggembirakan orang lain.

No comments:

Post a Comment