Wednesday, January 9, 2013

Bantal punya pasal, aku jd robot !!

Jumaat lepas 4/1/12, aku xleh bangun xleh angkat kepala dan badan. Disebabkan tu aku bangun lewat dan setelah bersiap perlahan-lahan, minta kanda hantar ke opis. seharian kat opis menahan kesakitan. sapu flanil dengan harapan akan hilang sakit. tp langsung tak berkesan.

Petang tu sampai ke rumah minta kanda urutkan. rasa lega sangat sebab sakit dh hilang. keesokanya sabtu 5/1/13 aku rasa badan cam lumpuh di bahagian bahu ke kepala. langsung tak boleh bergerak. amik masa yg lama tuk bangun. alhamdulillah boleh bangun juga akhirnya. kesakitan yg teramat sangat. minta kanda urut lg sekali. 

Aku ceritakan pd ibu, ibu senyum dan selamba ckp, "biasa la tu, salah tidur tu, pegi jemur bantal, tepuk2 sikit bantal tu. ibu selalu juga kena, memang x boleh buat apa-apa, tahan je ala sakit tu, dia akan sembuh sendiri tanpa kita sedar. jangan urut, kalau tak dia makin teruk sebab sakit tu pada urat sampai ke tulang belikat." 

Hurrmmmm patut la, hr ni sakit yg amat, sebab semalam aku minta kanda urut. padahnya hr ni rs cam lumpuh. mana la aku nk tahu kan. first time benda nk jd. sume ni salah bantal ... bantal punya pasal ... bantal yg dipersalahkan !! padahal selama ni tidur atas bantal yg sama, elok aje... dah benda nk jd ... apa boleh buat. 

So jadilah aku mcm robot dua tiga hari ni ... hari ni rabu 9/1/13 pun masih sakit. kalau baring memang menyakitkan, so terpaksa la tidur sambil duduk. aku yg bijak pandai ni beli la salon pas dan tampal koyok salon pas tu kat belakang leher dan bahu dengan harapan kurang lah rasa sakit. Membazir duit aje ... betul ckp ibu, jgn fikir sgt, buat biasa je, nnt hilang la dia. bila aku buat tak tahu memang x rasa sakit. tp bila aku tersalah pusing badan, br terasa sakit balik semula. robot pun robot la !! 

Masalahnya disebabkan sakit ni aku tak boleh nk dukung qa'id lelama. tak larat dan rasa mcm nk tercabut bahu dan leher. tp terpaksa juga dukung sebab qa'id sekarang tengah demam, so dia asyik minta dukung dan merengek aje ... aku tahu badan qa'id tak selesa dan sakit. so aku kena la dukung dan peluk tuk tenangkan qa'id. kesian anakanda, kesian juga dekat ibu dia ni!! 

Cepat la sembuh wahai anakanda al-qa'id dan cepat la sembuh sakit otot aku ni !! 

Tuesday, January 8, 2013

Pergi tak kembali

Jumaat lepas 4/1/13 selepas lunch aku dpt call dr maknoor. maknoor inform angah dah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun, takziah!!. dan maknorr minta aku jemput qa'id sebab nak uruskan jenazah. aku terus call kanda, tp tak dapat. owh aku terlupa kanda tengah solat jumaat. 

Aku cuba call sarah tuk dapatkan no ibu. tp takde jawapan. aku nk call abah tp terfikir yg abah tentu masih kat masjid. then aku terfikir tuk call yah. dapat aje no ibu, terus call dan inform apa yg berlaku. yg buat aku kalut ialah, nak kena jemput qa'id secepat mungkin sb tak mahu maknoor tertunggu2. ye lah sebab maknoor nk ke hospital untuk uruskan jenazah.

Akhirnya masalah selesai. itu lah padahnya kalau tak boleh drive. kalau dia tak terbuka hati lg aku tak tahu la. kalau berlaku benda emergency mcm ni, dengan aku yg tak boleh drive, terpaksa la menyusahkan semua orang. 

Malam selepas maghrib gerak ke rumah keluarga arwah tuk melawat jenazah. Jenazah selamat dikebumikan selepas isyak. aku doakan semoga roh arwah angah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. amin.

Arwah angah dimasukkan ke wad ICU hospital serdang pada 7/12/12. sepanjang terlantar di hospital aku sempat menziarahi beliau. memang sangat menyedihkan. Allah lebih sayangkan angah. angah disahkan meninggal dunia jam 12.45 tghr pada jumaat 4/1/13. 

Thursday, January 3, 2013

Sony Xperia Ion

It's mine ...


30/12/2012 until now !!

Wednesday, January 2, 2013

Welcome 2013

Hari ni 2/1/13 rabu .... rasanya belum terlambat tuk ucapkan welcome 2013 ... good bye 2012 !!

Ini entry pertama tuk tahun 2013 .... well, tahun silih berganti, masa bergerak pantas, namun seperti biasa, aku lalui hari2 seperti biasa ... tiada yg luar biasa ... org kata kalau xde azam hidup xde matlamat. kalau hidup xde matlamat, takde guna hidup ni ... so masing2 pun ikut la berazam itu ini !! 

Tp bg aku ... sekalipun xde azam tahun baru, xde matlamat hidup, carry azam tahun lepas yg tak tercapai ... itu semua perkara biasa saje ... yg penting ialah amalan. kerana itu yg dinilai oleh allah ... kalau kita jaga amalan dan ibadah .. kita akan dapat dunia dan akhirat. so lebih baik berazam untuk tingkatkan amalan dan ibadah kepada allah sebagai bekalan di hari akhirat nnt !! 

Alhamdulillah azam aku ni carry forward dr tahun lepas semasa awal muharram bulan november 2012 ... so sah lakunya hingga awal muharam tahun 2013. semoga allah permudahkan segala usaha dan urusan aku !! insyaAllah !!