Sunday, February 23, 2014

Pantai Mersing

Assalamualaikum wbt

Baru seminggu di Mersing, ini je yang sempat dicapture oleh lensa xperia ku ....





Pemandangan dari pantai .... air surut, tanah landai ... angin sangat kuat ... besssttt


Kanda join sorang pak cik yang sedang cari barai .... dek kerana teruja dgn keindahan ciptaan ilahi, aku terlupa nak capture rupa si barai .... 


Anakanda al-qa'id dah mula beraksi ...




Seperti dalam gambar, belah kanan adalah pulau (tak tahu nama) .... belah kiri tu mainland (daratan) ... terpisah sikit je dengan laut ... pulau tu nampak sangat dekat ... sewaktu air surut, boleh jalan kaki je ke pulau tu ... tapi kitorang belum try lgi ... maybe some other times ... tengok keadaan yang sesuai ... bukan apa, nampak cam best tapi aku rasa scary .... semakin ke tengah, aku nampak air laut di belakang pulau tu berombak-ombak .... apa lagi, aku terbayang tsunami la ... duk syok jenjalan ke pulau tu, belum sampai pulau, tetiba air datang .... woooshhhhh scary beb ... air laut tu nampak macam duk kat atas level kepala je .... sekali dia pasang ... boleh hanyut dan tenggelam !!



Pemandangan daratan (mailand) dari tegah laut ...


Pemandangan pulau dari tengah-tengah laut yang surut ... 



Selfie kat tengah2 laut ...





Selalu dpt tgk sunset dari daratan ... Sunset dari tengah laut .... 

Mersing ni mengingatkan aku pada kampung halaman ... nun jauh di Bachok Kelantan .... Bak kata pepatah melayu "hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" .... "tempat jatuh lagi kan dikenang, inikan pula tempat lahir" ... Kelantan tetap di hati !!!


Saturday, February 22, 2014

Babai Selangor ... Mersing mu tunggu aku datang !!!

Assalamualaikum wbt

Hari ni sabtu 22/2/14 ...sudah masuk hari ke-5 aku berada di Mersing, Johor. Syukur alhamdulillah kerana Allah swt telah permudahkan segala urusan dan usaha kanda .... setelah banyak dugaan yang dihadapi akhirnya kami dpt mengatasi dengan jayanya. aku bersyukur dan happy untuk semuanya. takde apa yang seorang isteri mahu melainkan untuk jadi isteri kepada seorang suami ..... erkkk ada kena mengena ke???? ahahahhahhah

Oleh kerana kanda berkhidmat untuk negara, makanya kanda kena akur dengan perpindahan ini .... dah memang field kerja kanda yang memerlukan perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain dalam tempoh tertentu ... ini merupakan destinasi pertama ... selepas ini tak tahu lagi ke mana destinasinya... harapnya semua dipermudahkan segala urusan dan usaha kami.

Banyak cabaran yang berlaku untuk perpindahan ini .... tapi perpindahan ini memberi satu pengalaman dan pengajaran baru buat aku dan kanda. Kami terima dan lalui dgn hati terbuka. Bagi aku secara peribadi, perpindahan ini bagus dalam membentuk jatidiri ... even Rasulullah SAW dan Islam sendiri menggalakkan perpindahan. Baru la hidup ini lebih bermakna ... jadi kami menyahut seruan penghijrahan.

Well memang aku tak pernah terfikir pun tuk berpindah ke Mersing, tapi dalam dasar hati, harap dpt la peluang pindah ke Sabah atau Sarawak .... takpun ke Langkawi atau Kelantan .... hihihihi. Dapat kat Mersing pun ok gak ... dah dkt ngn tioman dah tu .... 

Semoga hari mendatang akan lebih baik !!




Thursday, January 30, 2014

I am proudly announce ......

Assalamualaikum wbt

30 Jan 2014, Khamis ..... dengan ini secara rasmi nye aku mengumumkan .... i am a fulltime housewife !!!


Actually inilah yang aku impikan suatu ketika dulu ... sewaktu sekolah rendah dulu jawapan aku pada cikgu yang bertanya apa cita2 aku bila besar nanti ... dengan selamba aku jawab "saya bercita-cita nak jadi askar" semua orang pandang aku dan gelak ... huhuhu !!

Sekarang ni dah besar aku tukar cita-cita ... nak jadi surirumah sepenuh masa .... alhamdulillah tercapai juga hasrat itu ... so banyak perancangan yang ada dalam pala otak aku ni ... salah satunya nak bercucuk tanam .... In Sha Allah everything will be ok !!




wish me luck and success .... so all the best for myself !!

Wednesday, January 8, 2014

Petani the making

Assalamualaikum wbt

Ta daaaaaaaa ........ huhuhuhuhu

Mula semai pada 1 disember 2013 ... terlupa nak snap picture sebab tak terfikir pun nak update dalam blog ...

Seminggu kemudian 8 disember 2013 ... tengok dah tumbuh ... excited sangat, terus snap sebab nampak cantik je hijau pokok ni !!



Minggu seterusnya tak dapat snap picture sebab berada di pahang untuk event hari keluarga hajah aminah ...

Gambar bawah ni snap pada 21 disember 2013 ... huhuhu makin excited dibuatnya ... dah besar panjang !!!


Tengok tu masih ada yang baru tumbuh .... so untuk pertumbuhan yang baik, kena la alihkan anak pokok ke dalam polibeg ... bagi ruang kepada yang belum tumbuh mencuba nasib ... lagi satu bila dah asingkan dari bekas semaian, senang nak tanam nanti .... persaingan pun kurang ... 


sebahagian daripada anak pokok dipindahkan ... supaya boleh membesar dengan lebih baik ... bagi mengelakkan persaingan dan crowded ... tak elok untuk tumbesaran anak pokok ... beberapa minggu lagi bila dah mencapai ketinggian yang dikehendaki, boleh la tanam di atas tanah .... 


Inilah hasil nye !!!

Anak benih pokok cili padi ...... 

Well banyak sangat masa terluang di hujung minggu, so lebih baik melakukan aktiviti yang berfaedah ini ....

Berbudi pada tanah ... memang membawa hasil .... nantikan hasilnya beberapa bulan lagi yer !! 

Tak sabar nak update ... hihihihi !!

Petani to be .... In sya Allah !!

UUUWWAARRRGGGHHHHH MISS MY FARMVILLE SO DAMN MUCH !!! 
........ SOB SOB SOB ........