Friday, September 9, 2011

**** AIDILFITRI 2011 ****

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ..... MAAF ZAHIR DAN BATIN ... HHUHUHUUHUH !!!!
Sebelum ni dah masukkan entri pasal raya ... so ni entri kedua pasal raya !! almaklumlah skang ni masih lg dlm bulan syawal dan selalunya sepanjang bulan syawal ni semua orang masih dlm mood raya walaupun masing2 sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Seperti biasa kita sambut raya sebulan, dan dlm tempoh tu tradisi rumah terbuka akan memeriahkan bulan syawal ni. Masing2 pening kepala tuk buat majlis rumah terbuka, pening kepala nak penuhi setiap jemputan, pening kepala jugak lepas menghadiri rumah terbuka sebab terlalu banyak makan !!

Aidilfitri tahun 2011 ni rasanya berlainan sikit sambutannya. Yang istimewanya tahun ni adalah tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri, bersama suami, beraya bersama keluarga mentua dan dengan baby dalam perut !! ( Week 27 dalam minggu raya). 
Boleh dikatakan sambutannya berbeza dengan sambutan raya aku dan family di kampung. Tapi so far ok je la .... macam kebiasaan org buat cuma suasana tu je yg membezakannya. 
Aku dan family selalunya selepas solat sunat raya kitorg akan balik umah melayan tetamu. Sebelum solat lagi dh ramai budak2 datang nak beraya. Kita sibuk bersiap nak ke masjid, sibuk pulak dengan budak2 dtg beraya, kecoh dibuatnya. Tapi setelah arwah ayah meninggal, dah xde lg budak2 datang di pagi raya. Even lepas solat pun xde org dtg hingga la ke petang. Itu la suasana raya yang hambar setelah arwah tiada. Aku sangat rindukan suasana tu. Lebih kurang 2 tahun aku x merasa suasana raya. Sedih sangat, tapi nak wat camana, itulah takdir, bila orang tua kita dh xde, semua dh jadi berbeza. Walau apa pun, yg penting hari raya aku akan pulang ke kampung. Inilah masa nya kitorg adik beradik akan berkumpul bersama, meriah dengan telatah anak2 buah yg ramai, main mercun dan bunga api bersama, terubat juga rindu. 
Tapi tahun ni aku x dpt balik beraya di kampung.  Dah jadi isteri ni kena la ikut suami. So tahun ni aku beraya dengan keluarga belah suami. Bagi diorang, meriah la setiap kali raya, bagi aku ni adalah suasana baru. Seperti biasa aku akan ambil kesempatan tuk solat sunat raya sebab setahun sekali je dpt solat. Kalo boleh xnak lepaskan peluang ni melainkan kalo hari raya tu aku uzur.

Sebelum tu, di akhir2 ramadhan aku mmg xde mood nak raya. Semangat nak raya tu hilang. Aku pun x tahu kenapa. Mb sebab tahun ni x dpt blk kg. Lagi sebab raya pertama je dpt bersama suami, then 2nd raya kanda dah kerja. Sbb lain, persiapan raya lgsg xde, baju raya x beli, dan terpaksa keje sehari sebelum raya.

Alkisahnya... last minit punya cerita, hari ahad .. 2 hari sebelum raya, suami ajak pegi beli baju raya. Heheheheh .. itu pun sebab aku buat surprise kat dia. Hari sabtu aku ngn adik ipar pegi la ke pekan kajang. Hajatnya nk cari baju raya tuk aku. Adik ipar la yg beria nak teman kan aku. Sbb nk harapkan kanda, dia teramat bz. Adik ipar tahu yg aku x shopping raya lagi and dia beria ajak aku pegi shopping. So mulanya aku ajak pegi Jusco sb baju yg aku nak beli mestilah baju mengandung. Di Jusco ada jual baju mengandung. Tapi bapa mertua tak izinkan sebab jauh sangat. So kitorg pun decide pegi pekan kajang aje. Susah pulak la nk cari baju mengandung kat kajang ni... dah la jalan jammed teruk. Orang plak tersangat la ramai. Aku pun hilang mood tuk shopping. Dah alang2 sampai sana aku singgah la kedai Dzull deQlassique tuk amik baju melayu yg aku dan kanda hantar lama dulu. Baju melayu dua pasang yg dh lama siap, cuma xde masa nk pegi amik. Aku sanggup beratur dan tunggu lama demi nk amik baju melayu tu. Akhirnya aku dapat amik baju tu dan dahulukan duit aku. Nanti aku claim balik dengan kanda. Ha, mmg menjadi surprise aku!!
Itu la sebabnya hari ahad dia ajak aku ke Jusco Taman Equine tuk shoping baju raya a.k.a baju mengandung lah. Sebab perut dh besar, baju kurung atau jubah mmg tak muat dah. Tapi malangnya kat Jusco x banyak pilihan baju mengandung. Yang ada pun x sesuai tuk pakai di hari raya. So aku ajak kanda pegi ke BBB. Ada satu kedai berupa butik baju wanita muslimah. Butik MAMA di Seksyen 8 BBB. Akhirnya terjumpa juga sehelai baju yg sesuai. Harganya pun berpatutan. Baru la bersemangat sikit nak sambut raya. Terubat juga la perasaan aku yg x dpt blk kg raya tahun ni .. wawawawa. Tema warna baju tahun ni, kitorg ada dua pilihan. Hijau dan purple. Tapi kitorg pilih warna majoriti iaitu purple. Kebetulan baju melayu kanda warna purple, dh ikut tema majoriti secara x sengaja, so aku pun kena la cari baju yg warna senada.
Hari raya pertama, selesai solat sunat aidilfitri, semua ahli keluarga berkumpul di rumah nenek. Aku dan kanda antara orang yang terawal. Aku tertanya2 kenapa diorg tak pergi ke kubur. Rupanya semalam petang selepas asar semua ahli keluarga dah berhimpun di kubur untuk tahlil dan bacaan yasin. So di pagi raya ni x perlu la terkejar-kejar nak ke kubur lagi. OOOh macam tu !! Elok juga la tu.
Dah semua berkumpul maka tiba la pula sesi bergambar bersama keluarga masing2. Malangnya gambar aku berdua dengan kanda x sempat ambil. Ada la beberapa keping. Aku x beria sangat nak bergambar sebab aku xde kamera sendiri. Segan nak tumpang kamera orang. So kat sini aku letak gambar yg berkaitan dgn aku dan kanda je....















Apa pun aku bersyukur dapat sambut aidilfitri tahun 2011 ni bersama suami tersayang. Sambutan kali pertama kami sebagai suami isteri dan bakal ibu dan bapa secara ala kadar saja. Yang penting kami ada antara satu sama lain di hari yang penuh bermakna. Aku tetap rasa gembira dengan suasana hari raya kali ni walaupun berbeza. Ini adalah satu pengalaman baru. Harapan aku tahun depan giliran kami beraya di kampung halaman aku pula di kelantan.

No comments:

Post a Comment