Monday, November 26, 2012

Selamat tinggal 3 beradik

17-9-2012 isnin - 23-11-2012 jumaat

Itu adalah tempoh dimana aku terjumpa 3 ekor kucing yg dibuang di tepi jalan, selamatkan mereka, bela dan jaga mereka ... akhirnya jodoh kami hanya setakat itu sahaja. tak larat dah. 

Alkisahnya, mak mertua aku bising2 sebab pasu bunga jadi tandas, kurung tak sampai sehari, mereka berjaya keluar, dah tu tidur atas sofa, habis melekat bulu kucing, karpet pun dh jadi tandas, bau najis semerbak busuknya, tiada lagi udara segar,  pantang buka pintu mesti kucing2 tu datang, sebab dia ingat kitorang bawa makanan. padahal br je lepas beri makan. so pintu sentiasa bertutup, mcm duk dalam gua, kalau keluar, kemana saja pergi kucing2 tu akan mengendeng kat kaki. follow aje .. rimas

Masalah lain, walaupun dah sediakan tempat tuk mereka tapi mereka lebih suka bebas, bila dah bebas, berak merata, tidur merata, dah sediakan tempat tuk berak dan ajar mereka berak kat tempat yg disediakan, tapi still berak merata. dah tu kalau hari bekerja, mereka akan kelaparan. makan sekali sehari je. nak keluar rumah mesti rasa rimas sebab kucing asik berkeliaran dekat kaki. nak melangkah pun tak senang. aku sendiri pernah beberapa kali terpijak dan kena cakar dengan mereka. 

Sesungguhnya kami tiada masa tuk mendidik mereka serta mendisiplinkan mereka. makan minum mereka pun tak terjaga. kalau bagi makan hari ni, esoknya mesti cirit-birit. kalau dh cirit-birit, merata la beraknya. 

Aku sukakan kucing tapi aku tak suka tuk membelanya !! memang kalau nak bela kucing kena bg komitmen yg tinggi br leh bela. 

Bukan senang tuk mencari orang yang sanggup ambil kucing2 ni ... aku bukan nak jual, bagi free je pun, xde orang yg sanggup. tapi alhamdulillah akhirnya ada insan yg berhati mulia, dan kucing2 tu akan ada tuan yg lebih baik dr kitorg. aku taknak buang kucing tu, entah apa nasib diorg kalau aku buang. lebih baik berikan saja kepada mereka yg sayangkan kucing.

Aku harap kucing2 tu berbahagia dengan tuan barunya. bye bye selamat tinggal gemuk, tembam dan debab !!  


No comments:

Post a Comment