Assalamualaikum wbt
Aku sepatutnya balik ke Mersing pada awal bulan Jun 2014 tempohari. Kanda pun memang dah balik ke rumah untuk menjemput aku. aku memang teruja sangat nak balik. Tapi perancangan kami terpaksa ditangguhkan seminggu lagi. Gara-gara ada majlis pertunangan adik ipar (adik kanda nombor dua) yang tetiba sahaja ingin dilangsungkan. Memang keputusan untuk bertunang tu dibuat pada saat akhir oleh kedua-dua pihak keluarga. Jadi aku sebagai menantu sulung, kena la tolong ibu buat persiapan. Nak minta tolong saudara mara, mereka pun ada kerja masing-masing. Lebih-lebih lagi last minit macam ni. Aku pulak suka atau tidak memang kena tolong.
Aku tolong ibu bab hantaran tunang. 5 balas 7 dulang. So aku kena siapkan gubahan hantaran untuk 5 dulang. Ibu pulak jenis yang kalau boleh jimat, memang nak jimat sehabis-habisnya. Kebetulan peralatan masa aku dan adik nombor satu kanda nikah dulu masih berkeadaan baik, recycle aje la. Benda masik elok, boleh digunakan lagi. Tiada istilah out of date, kalau gubah cantik-cantik pasti nampak elok. Tak payah nak ikut trend sangat lah, yang penting ada. Ibu pun bukannya cerewet sangat dan adik ipar yang nak tunang tu pulak memang jenis yang tak kisah. Sehari aje gubahan hantaran siap dibantu oleh ibu dan adik ipar yang bongsu.
|
Tapak hantaran ... setiap tapak berbeza susunan hiasan bunga |
Aku, ibu dan 2 orang adik ipar perempuan sama-sama pergi beli barang-barang yang belum cukup. Dalam dulang tu ibu nak isikan biskut caramello. Beria ibu nak buat. Aku tolong tengok resepi dan listkan barang-barang untuk buat caramello. Balik rumah aku pulak yang kena membuatnya, nasib baik dibantu oleh adik ipar yang bongsu. Banyak kali percubaan gagal. Tapi lama-kelamaan menjadi juga. Seronok bila tengok hasil usaha aku untuk tolong ibu menjadi.
|
Caramello |
Untuk gubahan kain hantaran pula, aku hanya nak bereksperimen sahaja. Tapi terus sahaja menjadi dengan percubaan kali pertama. Aku teruskan dengan gubahan itu. Teringat masa aku kahwin dulu, aku upah orang je buat semua gubahan hantaran tu sebabnya aku tak pandai nak gubah dan juga takde masa. Ini bukan alasan tapi realiti. Aku siapkan gubahan kain tu dalam masa 2 hari. Terfikir tentang hantaran pihak perempuan nanti, mesti gempak dan cantik kan. Kita tengok la nanti ye !!
|
Sekuntum bunga dan 3 helai daun |
|
Ini gubahan asal ... nanti just letak je draft bank bergulung sebelah ... tapi lain yang jadi !! |
Pertunangan bakal diadakan pada hari sabtu malam 7 Jun 2014. Aku gerak ke Raub, Pahang sabtu pagi. Aku satu kereta dengan abah dan ibu serta adik ipar (adik kanda yang ke tiga) yang masih belajar di UIA. Jemput adik ipar kat UIA Gombak dan terus gerak ke Raub. Sepanjang perjalanan dari rumah, jalan sesak bermula di Ampang. Kereta banyak atas jalan, almaklumlah, hari cuti, cuti sekolah pulak lagi. Memang perlahan aje pergerakan kereta. Sampai aje area gombak sebelum Terowong Genting Sempah, kereta abah buat hal, tekan minyak tapi kereta makin perlahan. Terpaksa berhenti tepi jalan. Memang banyak kereta berhenti tepi jalan masa tu. Hampir sepanjang jalan ada kereta berhenti. Lalulintas memang sesak. Selepas 45 minit berhenti, kami teruskan perjalanan. Selepas aje Terowong Genting Sempah, lalulintas lancar-selancarnya. Ada apa ye sebelum terowong tadi??? Takkan semua berpusu-pusu naik Genting Highland kot.
Untuk ahli keluarga dan saudara mara lain, mereka stay di Chalet. Aku sekeluarga kecil, ibu dan abah stay di rumah emi. Tapi semuanya berkumpul di chalet. Kanda dah sampai lebih awal dari Mersing. Petang selepas asar aku, kanda, anakanda al-qa'id dan adik-adik ipar melawat kambing-kambing abah. Ini kali kedua aku kesana bersama qa'id dan kanda. Aku tak pasti samada Qa'id ingat ke tidak yang dia pernah datang sini sebelum ni. Nampaknya kambing-kambing abah semakin banyak, sihat dan motel2 belaka. Comel pulak tu.
|
Banyak lagi kambing belum masuk kandang |
|
Sangat Jinak |
|
Sangat manja |
|
Sangat comel |
|
Baru lahir beberapa hari |
|
Kambing baru balik ke kandang |
|
Berani betul qa'id ni ... |
|
Full house |
Selepas isyak kami semua gerak ke rumah pihak perempuan. Aku bersama kaum wanita masuk ke dalam rumah. Anakanda al-qa'id bersama papanya dilua. Qa'id tak mahu masuk ke dalam. Belum lagi selesai majlis pertunangan, papa tetiba sahaja menyerahkan anakanda al-qaid yang menangis kesakitan. Qa'id datag mencari ibunya. Ada bau minyak gamat. Aku tak tahu kat mana luka yang parah. Tak nampak sebab samar malam. Hanya nampak muka qa'id yang kemerah-merahan. Menurut kanda, qa'id tersungkur menyembah batu-bata atas tanah tepi jalanraya. Seriau dibuatnya, aku dah meremang bulu roma, cuba membayangkan apa yang terjadi. Papa kata qa'id berlari-lari dan tak mendengar kata. Seperti biasa, dah terkena pun masih lagi tak serik. Aduhaiii anak. Malam sebelum tidur tu baru lah nampak jelas kat mana luka teruk. Betul-betul bahagian muka. Lengan, tangan dan betis serta kaki pun luka. Kanda waktu tu memang sedih sangat, kecewa dan pasrah. Aku terpaksa redha walaupun berat untuk terima.
Pagi ahad sebelum gerak balik Mersing, kami sempat ke ladang sawit, kandang kambing buat kali terakhir. Aku sedih sebab tak berpeluang ke ladang gaharu. Nak sangat tengok pokok gaharu secara live. Kemudian kami mandi manda di sungai. Teruja dapat mandi sungai. Petang selepas zuhur kami gerak balik ke Mersing.
|
Keesokannya |
|
Luka yang dah kering ... nampak makin jelas ! |
Gambar hantaran, gambar family serta tunang Emi, cincin tunang ada dua ... tak tahu lah kenapa ... tapi untuk kahwin nanti kena sediakan 2 lagi cincin sebab langkah bendul. Bakal isteri Emi ni adik ... dia ada dua orang kakak yang belum berkahwin ... aku pun tak faham kenapa ada istilah langkah bendul dan patut ke ada adat tertentu sekiranya si adik ni nak berkahwin terlebih dahulu !!!
|
Hantaran kedua belah pihak ... tak sempat snap hantaran dari pihak perempuan |
|
Caramello |
|
Ini bukan hasil kerja aku ye !!! Bakul tu je yang aku hias ... |
|
Ni lah hasilnya .... ini pun bukan hasil kerja aku ... aku susun lain, tapi diorang tak setuju ... so jadilah macam nih !! |
|
Biskut pemberian ... plan asal ialah kek |
|
Family pihak perempuan minta 2 bentuk cincin ... |
|
Tak semua ada masa snap ni ... |
Pernikahan bakal diadakan pada hujung bulan Ogos nanti ... segala persiapan ibu uruskan lah ye ... aku boleh bantu dari kejauhan sahaja !! Apapun aku seronok dan teruja dapat membantu ibu. Bangga juga sebab tak sangka aku boleh buat gubahan hantaran. Seronok tengok hasilnya. Nak cuba test market la lepas ni !!! hikhikhik. Tapi kena ada ilmu ... menuntut ilmu baru !!
Tentang tragedi anakanda al-qa'id tu, memang aku speechless sangat. dah tu malam tu pulak aku dan kanda tak senang duduk dengan kerenah qa'id. Masih tak serik, masih berlari. kami berdua sibuk mengawasi dia. makan tak senang, nak berborak pun tak senang. Rasa bersalah sangat dekat tunang emi. aku perasan dia datang dekat macam nak bertegur sapa, aku nk berborak dengan dia tapi aku jadi kelu, dalam masa yang sama duk memintas qa'id yang berlari-lari. Tension sungguh !!
Secara keseluruhannya, aku happy be part of the family event ... berjasa juga walau sedikit ... orang nak hargai atau tidak tu lain cerita lah kan .. hidup kita ni kalau tak boleh membahagiakan orang, jangan pula menyusahkan orang !!
No comments:
Post a Comment