Friday, September 21, 2012

Gemuk Tembam Debab

Semenjak dah ada pet ni aku makin busy .... risaukan kucing mengalahkan risau kat anak sendiri ..... ada ke patut .... 

Dalam duk mencari nama sesuai tuk 3 ekor anak kucing yg aku jumpa tu, aku ada tanya pada ofismate yg memang sukakan kucing dan memang bela kucing. ofismate aku ckp kalau nk bg nama pd kucing, mcm manusia juga, beri nama yg elok2 semoga bila kita panggil dia dengan nama tu, mudah-mudahan ia akan jd seperti yg kita panggil. 

So agaknya apa nama terbaik tuk seekor kucing ye??? supaya dia akan jadi sihat walafiat. kena fikir satu nama yg positif. aku dengan bersungguh-sungguh fikir itu ini akhirnya muncul nama bambam. bambam ni singkatan tuk tembam. dengan harapan kucing tu akan jadi tembam dan sihat. 

Tapi kanda tak suka nama tu sebab nnt sama pulak dengan nama salah sorang anak buah dia. hahahhahhaa secara tak sengaja. akhirnya panggil guna nama tembam. tak kisah la ....... hehhehehehe ..... lagi dua ekor, aku letak nama gemok dan debab ...... ekekekkekekek

Semalam 20/9/12 rabu, balik dr tempat keje aku ajak kanda pegi beli barang. dah alang2 nk keluar tu aku rasa baik bawa tembam ke klinik haiwan. lagipun tembam memang sakit mata. so aku call klinik haiwan yg ada di putrajaya. xde jawapan. call pulak klinik haiwan di BBB. nasib baik ada yg jawab. katanya klinik tutup kul 9 dan kebetulan vet ada. 

Selepas jemput anakanda al-qa'id, kitorg terus ke BBB Seksyen 8, cari klinik haiwan Dr. Pet. Aku rasa sangat lega selepas si tembam dah dapat rawatan vet. semoga mata si tembam cepat sembuh. 

Nak dijadikan cerita, aku nak bawa si tembam ni jumpa vet, br aku terfikir yg kami takde cage. so camana nk bawa si tembam? bawa baby lagi? alih2 aku dapat idea tuk letakkan si tembam dalam bakul kain. si tembam tu duduk diam dan elok je dalam bakul kain tu ..... 

Selepas jumpa vet pun si tembam duk je dlm bakul tu diam-diam. kami siap pegi soping kat econsave, tinggalkan dia dlm keta, dia cool je .... xde nk nakal2, bising-bising atau buas dalam keta. terbaring aje. mungkin juga sebab dia tak sihat sebab tu dia pasif. 

Pagi tadi aku pegi jenguk, si tembam dh makin sihat dan bertenaga sikit. alhamdulillah. balik nanti nk amik gambar si tembam dan adik beradik dia yg lg dua ekor tu ..... oh lupa plak, 3 ekor anak kucing ni kanda letak sekalikan dengan 3 ekor arnab peliharaan ... biar mereka berkawan .. hehehe

Get well soon tembam ...

No comments:

Post a Comment