Tuesday, November 27, 2012

Memory card

SEDIH

TERKILAN

KECEWA

GERAM

MEMORY CARD KAMERA AKU HILANGGGGGG !!!

UUUUWWAAAAAAAAAA UUUUUUUUUUUUUUWWWWWWWAAAAAAAAAAAAAAAAAA !!

semalam, seharian aku xde mood nak wat keje, otak dan minda aku duk fikirkan mc tu je ... rasa nak balik umah time tu juga, nak cari .... dah tu ibarat jatuh ditimpa tangga plak, handphone tertinggal dalam bilik ... duh!!

memang gila dibuatnya ... apa pun tak boleh buat ... tak senang duduk dan nak nangis. 

Balik je ke rumah, aku terus geledah ruang tamu, bilik dan tempat2 yg tak sepatutnya ... memang xde .... menangis teresak2 terduduk terjelepok atas lantai bilik !!

Alkisahnya pagi semalam, sebelum ke ofis, aku cabut mc dr kamera dan terus masukkan dalam poket bag. aku letakkan bag tu atas meja di ruang tamu. bila aku nak amik bag tu, aku tengok beg make-up terkeluar dr bag. sape plak yg usik ni. mungkin qa'id kot. aku tak syak apa-apa.

sampai ofis, aku keluarkan kunci ofis, sampai kat meja, aku nak transfer gambar, br perasan mc xde .... otomatik darah aku menyirap ... xde benda lain yg aku fikir .... mc aku hilang .... 

hilang akal dibuatnya... aku tak risaukan mc tu sgt pun tapi gambar2 dalam mc tu .... banyak gambar qa'id dalam tu ... aku belum transfer pun lg ... frust sangat .... 

sewaktu keluarkan mc dr kamera, terdetik di hati "nnt tercicir, hilang plak mc ni" tp aku x endahkan kata hati. alih-alih hilang betul2. dh banyak kali aku tak dengar kata hati ... memang benda yg terlintas tu betul2 berlaku ... aduhaiii !!

lain kali kalau terlintas sesuatu di hati, insyaallah aku takkan teruskan niat aku ... walauapapun .... belajar dari kesilapan ...

Rest in peace

Baru semalam update tentang si montel ... alih-alih pagi ni time nak bagi susu, panggil punya panggil, senyap aje ... aku syak ada bapak kucing datang malam td. montel terlalu kecil tuk melawan dan selamatkan diri. sewaktu bela 3 beradik dulu, memang bapak kucing tu ada datang, intai-intai dan kitorang perasan kehadiran dia, kanda terus hambat bapak kucing tu. kali ni memang x dapat buat pape. xde siapa perasan. kesian montel ....

Semalam 26/11/12 isnin, ibu mertua khabarkan pada aku dengan berbisik, "rabbit dah mati" .... erk, speechless kejap. waktu tu hujan renyai, so aku dengan rasa sedih, kuatkan diri pergi ke kandang sebab nak tengok. terkejut tengok markonah terbujur kaku atas rumput. melihatkan keadaan markonah, tentu dia baru mati, sebabnya tanah kat situ tidak terusik. kalau mati semalaman, mesti sekitar bangkai ada tanah gembur ... tak tahu la pulak nape tanah tu tergembur ... tp memang mcm tu keadaannya. 

Aduh, rasa bersalah sangat. nak aje aku pesan pada adik ipar supaya jangan bela arnab lagi. sebab kami yg ada kat rumah ni xde masa nak jaga ... lagipun rabbit ni cerewet sket penjagaan dia. buktinya jelas, arnab yang bawa balik ke rumah comel2 belaka, tapi bila bela arnab tu mesti sakit, bulu yg lebat jadi luruh, bulu sekitar telinga dan hidung akan tanggal, telinga jadi berkurap dan macam2 lagi la. rasa macam mendera binatang pulak. kenapa la adik ipar aku tu tak serik2, tetap nak bela arnab. 

Semoga montel dan markonah rest in peace .... 

Monday, November 26, 2012

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti

Baru je nak rasa aman setelah ketiadaan 3 beradik si gemuk, si tembam dan si debab, petang sabtu yg lalu 24/11/12, kanda bawa balik seekor anak kucing. aduh laaa !! 

Mak mertua dah bising2 lagi sekali .... x larat nak mendengarnya !!

Aku tahu mesti ada sebab kenapa kanda selamatkan anak kucing tu ... memang tak sampai hati tengok anak kucing yg dibuang di tepi jalan, kalau nasib mereka malang kena langgar kereta atau dimakan binatang lain. kalau hidup pun mesti terseksa, susah nak cari makan, senang kena penyakit pulak. 

Kali ni kanda terjumpa seekor anak kucing yg masih kecil, anak kucing yg masih menyusu, agak2 berumur sebulan lebih kurang. kata kanda, kucing tu berdua, tapi seekor sudah dilanggar kereta dan kucing tu ada besebelahan dengan mayat. sungguh menyayat hati. rasa nak tolong tapi serba salah dibuatnya. kalau tak tolong, apa pulak nasib dia. oleh sebab kesian, kanda tolong juga. bila bawa balik rumah, mak mertua apa lagi, terus melenting!!! duh ..

Tapi bila tengok anak kucing yg malang tu, terus ibu mertua ku kendurkan suara, menyuruhku berikan susu. kebetulan hanya ada susu baby qa'id, so beri aje la. anak kucing tu minum dengan gelojoh. lapar sangat la tu. aku amik nasi dan gaulkan dengan ikan bilis, beri kucing tu makan. kesian dia. 

Mak mertua decide tuk jaga sehingga kucing tu dh besar sedikit, baru cari orang yg sanggup bela. option lain, kalau kucing tu berdisiplin, dia boleh stay lama... ehehehehhe ... tersenyum aku dibuatnya!! 

Apa pulak nama yg sesuai tuk kucing ni !! rasa nya montel ok kot !! semoga si montel akan cepat2 sihat dan membesar dengan montel, berdisiplin dan well behave !! 

Selamat tinggal 3 beradik

17-9-2012 isnin - 23-11-2012 jumaat

Itu adalah tempoh dimana aku terjumpa 3 ekor kucing yg dibuang di tepi jalan, selamatkan mereka, bela dan jaga mereka ... akhirnya jodoh kami hanya setakat itu sahaja. tak larat dah. 

Alkisahnya, mak mertua aku bising2 sebab pasu bunga jadi tandas, kurung tak sampai sehari, mereka berjaya keluar, dah tu tidur atas sofa, habis melekat bulu kucing, karpet pun dh jadi tandas, bau najis semerbak busuknya, tiada lagi udara segar,  pantang buka pintu mesti kucing2 tu datang, sebab dia ingat kitorang bawa makanan. padahal br je lepas beri makan. so pintu sentiasa bertutup, mcm duk dalam gua, kalau keluar, kemana saja pergi kucing2 tu akan mengendeng kat kaki. follow aje .. rimas

Masalah lain, walaupun dah sediakan tempat tuk mereka tapi mereka lebih suka bebas, bila dah bebas, berak merata, tidur merata, dah sediakan tempat tuk berak dan ajar mereka berak kat tempat yg disediakan, tapi still berak merata. dah tu kalau hari bekerja, mereka akan kelaparan. makan sekali sehari je. nak keluar rumah mesti rasa rimas sebab kucing asik berkeliaran dekat kaki. nak melangkah pun tak senang. aku sendiri pernah beberapa kali terpijak dan kena cakar dengan mereka. 

Sesungguhnya kami tiada masa tuk mendidik mereka serta mendisiplinkan mereka. makan minum mereka pun tak terjaga. kalau bagi makan hari ni, esoknya mesti cirit-birit. kalau dh cirit-birit, merata la beraknya. 

Aku sukakan kucing tapi aku tak suka tuk membelanya !! memang kalau nak bela kucing kena bg komitmen yg tinggi br leh bela. 

Bukan senang tuk mencari orang yang sanggup ambil kucing2 ni ... aku bukan nak jual, bagi free je pun, xde orang yg sanggup. tapi alhamdulillah akhirnya ada insan yg berhati mulia, dan kucing2 tu akan ada tuan yg lebih baik dr kitorg. aku taknak buang kucing tu, entah apa nasib diorg kalau aku buang. lebih baik berikan saja kepada mereka yg sayangkan kucing.

Aku harap kucing2 tu berbahagia dengan tuan barunya. bye bye selamat tinggal gemuk, tembam dan debab !!