Friday, February 13, 2015

Tribute untuk Tok Guru kesayangan

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Assalamualaikum wbt 

Tribute untuk allahyarham tuan guru Nik aziz
masih terkejut dengan pemergian beliau
redha kerana Allah lebih sayangkan beliau
dan beliau adalah insan terpilih cukup istimewa
sangat bangga dengan tok guru 
kehilangan yang tiada galang gantinya
damailah disana
mutiara kata tok guru akan tersemat disanubariku

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun
Al-Fatihah







Monday, January 12, 2015

tawaran yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum wbt

Tengahari tadi dapat call dari giatmara. Mereka offer aku kelas fesyen and dress making. Kalau tak salah la, aku lupa dah nama penuh kelas tu. Terkejut mak oii! Nervous tiba-tiba.

Tambah terkejut lagi, esok pagi jam 8 pagi dah kena tercongok kat morning assembly. Datang aje, tak perlu bawa apa-apa katanya. Aku specchless. Dah tengah bulan kot, baru dapat offer. Orang lain dah belajar seminggu dah. 

Katanya ada student yang terpaksa tolak. So masih sempat lagi untuk kemasukan awal tahun ni. Kalau tak bulan julai nanti pulak untuk second intake.

Aku tak sempat fikir apa tadi. terus aje setuju. Lepas letak telefon, bagitahu kanda, baru la boleh fikir. Otak baru berfungsi. Masak la aku esok, anak sekolah pagi, sape nak jaga belah petang? Aku tak prepare apa-apa pun. Sebab aku asume yang aku dapat second intake. 

Kalau aku tolak, rugi plak, so terima aje lah. Takkan aku nak cerita masalah aku kat diorang. Sekarang fikirkan sapa nak jaga qa'id. Nasib baik minggu ni kanda masih cuti sakit. Minggu depan qa'id sekolah petang. Kanda plak perlu outstation ke JB. Kanda cadangkan aku tanyakan jiran sebelah sebelah, kalau-kalau dia boleh jagakan qa'id. Lepas perbincangan face to face, alhamdulillah. Jiran aku tu sangat baik hati dan setuju jaga qa'id. 

Betapa syukur nya aku, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah permudahkan segala urusan dan usaha hambaMu ini. Semoga esok berjalan lancar untuk aku dan qa'id serta jiran juga kanda. Berkorban untuk tempoh 6 bulan akan datang. Semoga semuanya baik-baik belaka. Semoga aku dapat belajar, menuntut ilmu dan dapat ilmu yang bermanfaat. Semoga aku berjaya dengan izinMu Ya Allah. Amin

Apam pisang berangan segar dari pengukus

Assalamualaikum wbt

Petang tadi try buat apam pisang untuk kali kedua. Tawakkal aje sebabnya kali pertama buat tak jadi. Bantat sebantat bantatnya. Frust, sedih, down sangat. Buang macam tu aje. Membazir sangat dan rasa bersalah pada makanan. Habuan tong sampah jadinya. 

Kali ni aku guna resepi kawan bagi. Resepinya sama je cuma nya bila bahan tu betul dan ikut resepi, pasti menjadi. So memang patut la pon yang 1st dulu tu tak menjadi. Rasa memang dah betul, masa kukus bukan main lagi dia menggedik naik, senyum merekah tak ingat. Dah tutup api, nak sejukkan, tetiba makin mengecut, bantat akhirnya. hurrmmmmm

Meh tengok hasil apam pisang aku hari ni .... huhuhuuu




Alhamdulillah

Happy sangat

Bezanya cuma soda bikarbonat aje pon. Yang 1st tu tak bubuh soda. Yang 2nd ni bubuh soda. Laju je pegi beli soda kat bandar tadi. 

So belajar benda baru kali ni iaitu, soda bikarbonat dan baking powder, fungsinya berbeza. Lain kali jangan derhaka pada resepi lagi. Kena banyak belajar lagi ni !! Kalau dan expert, sukahati la nak derhaka pon! ehehheh



Sunday, January 11, 2015

Hari pertama sekolah

Assalamualaikum wbt. 

Hari ni adalah hari penting tuk aku, kanda dan anakanda al-qa'id. Hari pertama anakanda al-qa'id bersekolah. 

Hari yang sangat kelam kabut dan nervous. Juga hari yang penuh bermakna!










Terima kasih kanda sebab bertolak ansur uruskan qa'id. Dari awal lagi kanda banyak berkorban untuk memastikan qa'id boleh didaftarkan ke taska. 

Syukur alhamdulillah semuanya lancar dan dipermudahkan segala urusan.