Monday, January 12, 2015

tawaran yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum wbt

Tengahari tadi dapat call dari giatmara. Mereka offer aku kelas fesyen and dress making. Kalau tak salah la, aku lupa dah nama penuh kelas tu. Terkejut mak oii! Nervous tiba-tiba.

Tambah terkejut lagi, esok pagi jam 8 pagi dah kena tercongok kat morning assembly. Datang aje, tak perlu bawa apa-apa katanya. Aku specchless. Dah tengah bulan kot, baru dapat offer. Orang lain dah belajar seminggu dah. 

Katanya ada student yang terpaksa tolak. So masih sempat lagi untuk kemasukan awal tahun ni. Kalau tak bulan julai nanti pulak untuk second intake.

Aku tak sempat fikir apa tadi. terus aje setuju. Lepas letak telefon, bagitahu kanda, baru la boleh fikir. Otak baru berfungsi. Masak la aku esok, anak sekolah pagi, sape nak jaga belah petang? Aku tak prepare apa-apa pun. Sebab aku asume yang aku dapat second intake. 

Kalau aku tolak, rugi plak, so terima aje lah. Takkan aku nak cerita masalah aku kat diorang. Sekarang fikirkan sapa nak jaga qa'id. Nasib baik minggu ni kanda masih cuti sakit. Minggu depan qa'id sekolah petang. Kanda plak perlu outstation ke JB. Kanda cadangkan aku tanyakan jiran sebelah sebelah, kalau-kalau dia boleh jagakan qa'id. Lepas perbincangan face to face, alhamdulillah. Jiran aku tu sangat baik hati dan setuju jaga qa'id. 

Betapa syukur nya aku, Alhamdulillah Ya Allah, Engkau telah permudahkan segala urusan dan usaha hambaMu ini. Semoga esok berjalan lancar untuk aku dan qa'id serta jiran juga kanda. Berkorban untuk tempoh 6 bulan akan datang. Semoga semuanya baik-baik belaka. Semoga aku dapat belajar, menuntut ilmu dan dapat ilmu yang bermanfaat. Semoga aku berjaya dengan izinMu Ya Allah. Amin

3 comments:

  1. tempoh pmbljrn 6 bulan ke??? good luck hasni..insyaAllah sukses di msa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer ferdz, 6 bulan kursus sepenuh masa, dpt elaun rm200 sebulan

      Delete
  2. Otak dah tepu ni, tak tahu la boleh serap ilmu lagi ke tak. Harap2 masih berfungsi dengan baik lah. Terima kasih ferdz

    ReplyDelete