Monday, January 12, 2015

Apam pisang berangan segar dari pengukus

Assalamualaikum wbt

Petang tadi try buat apam pisang untuk kali kedua. Tawakkal aje sebabnya kali pertama buat tak jadi. Bantat sebantat bantatnya. Frust, sedih, down sangat. Buang macam tu aje. Membazir sangat dan rasa bersalah pada makanan. Habuan tong sampah jadinya. 

Kali ni aku guna resepi kawan bagi. Resepinya sama je cuma nya bila bahan tu betul dan ikut resepi, pasti menjadi. So memang patut la pon yang 1st dulu tu tak menjadi. Rasa memang dah betul, masa kukus bukan main lagi dia menggedik naik, senyum merekah tak ingat. Dah tutup api, nak sejukkan, tetiba makin mengecut, bantat akhirnya. hurrmmmmm

Meh tengok hasil apam pisang aku hari ni .... huhuhuuu




Alhamdulillah

Happy sangat

Bezanya cuma soda bikarbonat aje pon. Yang 1st tu tak bubuh soda. Yang 2nd ni bubuh soda. Laju je pegi beli soda kat bandar tadi. 

So belajar benda baru kali ni iaitu, soda bikarbonat dan baking powder, fungsinya berbeza. Lain kali jangan derhaka pada resepi lagi. Kena banyak belajar lagi ni !! Kalau dan expert, sukahati la nak derhaka pon! ehehheh



2 comments: