Tuesday, August 26, 2014

Marhaban Ya Syawal !!

Syawal dah tiba ke penghujungnya. Setiap tahun mesti ada cerita raya yang menjadi moment terindah. Boleh la dikatakan penutup kepada cerita raya untuk tahun 2014 ni. Just nak berkongsi cerita raya di Mersing. Buat Julung kalinya kami beraya di tiga tempat berasingan. 

Kelainan amat terasa pada sambutan raya tahun ni apabila kembali ke Mersing. Seolah-olah kemeriahan aidilfitri telah berakhir. Tapi mood raya datang kembali bila jiran sebelah rumah jemput kami ke rumahnya untuk beraya. Disusuli beberapa jemputan raya yang lain. Tinggal di bandar memang meriah dengan budaya rumah terbuka. Tapi kat kampung-kampung pun dah terikut-ikut. 

Kemeriahan Aidilfitri bukan sahaja terletak pada rumah terbuka dan menu yang dihidangkan sahaja, tapi lebih dari itu ialah silatulrahim dan kemaafan. Aidilfitri kali ni aku berpeluang untuk menjalinkan ukhuwwah dengan jiran-jiran yang belum sempat kenal. Itulah kelebihan hidup berjiran. Tambah lagi bila kita berhijrah ke tempat baru, dapat pengalaman baru, kenalan baru, suasana baru, kenangan baru, kehidupan baru dan banyak lagi. Tapi kenangan yang lepas akan kekal dalam ingatan. 

Di kejiranan yang aku tinggal sekarang ni ada buat Majlis Marhaban Aidilfitri. So aku turut dijemput untuk sesama meraikannya. Dengan izin Allah aku dapat sertai Majlis Marhaban ni. So dapat lah berkenalan dengan jiran-jiran dan merasai kemeriahan marhaban. Selama ini aku tak pernah lalui pengalaman seperti ini. Seronok dan syukur sebab dapat peluang macam ni. 









Marhaban ni bermula dengan lorong rumah aku, Jalan Intan 1. So mana-mana rumah yang nak jemput masuk rumah kumpulan marhaban memaklumkan lebih awal kepada ketua kumpulan. Ikutkan aku nak terlibat sama untuk menjemput mereka masuk, tapi anakanda pulak tidur awal. So rumah aku terpaksa skip marhaban. 

Satu lorong tu tak semua rumah kami dapat masuk, tapi banyak rumah juga yang sudi menerima kunjungan kumpulan marhaban. Ramai juga yang hadir, bukan penduduk di kejiranan sahaja, penduduk kejiranan lain pun turut serta. Dapat la berkenalan dan menjalinkan silatulrahim. Kanak-kanak dapat duit raya, seronok la mereka. Dan rumah terakhir menyediakan makanan dan minuman. Rumah terakhir ni dikira person incharge bagi lorong tersebut.

Setiap rumah yang menerima kumpulan marhaban tak perlu sediakan makanan dan minuman pun, tapi ada juga yang baik hati menghidang air dan biskut raya. Aku beruntung sebab turut dapat duit raya dari tuan rumah yang pemurah. Duit tu aku beri pada anakanda al-qa'id sebagai duit raya untuknya. Kalau qa'id ikut tentu dapat lagi banyak ... hihihihi

Kumpulan marhaban ni hanya kaum wanita sahaja. Tapi kaum lelaki hadir selepas isyak untuk makan sahaja. Marhaban kali ni aku jadi tumpuan. Sebabnya aku adalah jiran baru, semua datang sapa dan bertanya khabar, almaklumlah sebelum ni tak pernah nampak dan tak pernah jumpa.. Sebab lain ialah aku jadi jurugambar, bawa Cik Nikon, setiap rumah aku capture. Orang duk berselawat, aku duk ambik gambar. Memang jadi tumpuan la. Tak tahu la apa yang mereka fikir. 

Next marhaban adalah lorong sebelah, Jalan Intan 2, seminggu kemudiannya, bukan setiap malam ada marhaban. Tapi aku tak dapat join, ada jemputan rumah terbuka. 

Ini adalah suatu yang baru bagi aku, sepanjang hidup mana pernah ada aktiviti seperti ini di tempat aku tinggal. Dan tak sangka ada sambutan sebegini sepanjang Syawal. Beruntung lah aku sebab dapat merasainya sendiri. Ini merupakan salah satu pengalaman baru yang sangat bermakna. 

Rasanya setakat ini sahaja cerita raya 2014. Bye bye Syawal 1435H. Semoga kita bertemu lagi pada tahun depan. In Sya Allah 

No comments:

Post a Comment