Wednesday, March 28, 2012

3 PERKARA BERAT TENTANG SOLAT

 3 PERKARA BERAT TENTANG SOLAT

Sesungguhnya SOLAT itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.'

SOLAT 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana.

Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan.

Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk??????

Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana.

Rasa cinta dan takutnya dengan ALLAH menguasai jiwa mereka.

Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun.

Solat sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek.

Oleh itu mereka memperbanyakkan SOLAT sunat.

BERAT ADA 3 PERINGKAT:

A. Berat sebelum melakukan SOLAT

B. Berat semasa SOLAT

C. Berat menunaikan tuntutan SOLAT

-----------====<<<<>>>>====-----------

A. Berat sebelum melakukan SOLAT

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan SOLAT.

Orang begini tidak akan menunggu waktu SOLAT.

Apabila khusyuk dengan ALLAH tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya.

Orang yang begini tentu berat dan susah dengan SOLAT sebab gangguan kehidupan.

Oleh sebab itu tidak larat untuk berSOLAT dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja SOLAT, fikiran dan hati tidak SOLAT.

Contoh - contoh berat sebelum SOLAT:

1.Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.

2.Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk SOLAT. SOLAT pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.

3.Apabila sedang mesyuarat, SOLAT dipandang berat, maka SOLAT dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat.

Lalu tertinggal atau qada’ maka tidak khusyuklah solat.

4.Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu SOLAT tidak diambil kira dan dipandang ringan.

5.Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka SOLAT dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.

6.Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan SOLAT

7. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, SOLAT tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam SOLAT

Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk SOLAT.

Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam SOLAT ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan.

Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah.

Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam SOLAT

B. Berat semasa SOLAT

Bila rasa bertuhan tiada, SOLAT rasa terpaksa.

Oleh itu SOLAT dilakukan dengan cepat-cepat.

Maka mengerjakan SOLAT terasa penat.

Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya.

Akhirnya dibaca tanpa roh.

Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain.

Dan SOLAT dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal SOLAT

C. Berat menunaikan tuntutan SOLAT

Dia seronok dengan SOLAT tetapi tak faham tuntutan SOLAT. Sewaktu SOLAT berbagai ikrar dibuat.

Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup.

Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.

Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang.

Oleh itu bila selepas SOLAT mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam.

Mereka bimbang takut tak dapat laksanakan.

Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan ALLAH.

Janji tidak ditunaikan dengan ALLAH bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh.

Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya.

Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada ALLAH telah lemah.

Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan.

Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal.

SOLAT tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial.

Membangunkan SOLAT ertinya membangunkan tamadun.

Contohnya di dalam SOLAT memerlukan kain.

Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi.

Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu

No comments:

Post a Comment